cyntherellia

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Her value is priceless,

Her potential is limitless,

Her soul is royalty.

conspectus

Aku Cynthia. Hidup aku tak pernah senang, sejak dari aku lahir lagi. Keluar sahaja dari perut mak, aku menangis, sudah tentu, aku masih bayi, dan disebabkan itu, aku serta-merta dapat hadiah pertama dari orang yang melahirkan aku sendiri.

Aku ditampar sehingga aku tidak dapat menangis lagi. Aku bukan anak biasa seperti orang lain. Aku lahir tanpa ayah di sisi. Hanya ada mak, yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.

Ya, kasih sayang.

Setiap kali aku dipukul, ditampar, dan ditendang, aku selalu berfikir yang mak buat semua ni sebab aku yang salah. Mak buat semua ni sebab dia nak ajar dan didik aku. Ya, memang salah aku dari awal sebab lahir-lahir je memang aku dah menyusahkan dia.

Aku faham walaupun ia menyakitkan.

Dan kenyataan bahawa nama aku bukanlah nama yang mak beri, tetapi orang lain yang aku sendiri tak kenal. Yang aku tahu, berdasarkan cerita mak aku, ada orang terlebih dahulu dah isi borang untuk aku dan orang itulah yang beri nama Cynthia ni.

Aku tak pernah tahu apa sebenarnya maksud nama ini.

"Oi, pekak! Aku panggil ni kau tak dengar ke?!" Bahuku terhinjut mendengar jeritan itu yang dekat sahaja denganku. Lantas rambutku ditarik olehnya kuat dan aku diseret keluar dari bilikku.

Jeritan yang ingin terluah dari mulut aku tahan. Mak tak suka bising-bising. Mak tak suka dengar suara aku. Aku rasa dah lama aku langsung tak bercakap. Aku hanya diam dan terima.

I just keep talking to myself indeed.

Bruh, Thia. Sewel ke kau cakap dengan diri sendiri? Lonely. Pity you.

Aku ditarik ke ruang tamu dan mataku menyapa dua orang lelaki berpakaian kot di hadapanku. Kedua-duanya sudah berusia namun aku dapat agak apa yang akan terjadi selepas ini. Air liur ditelan kasar. Terasa seperti tersekat di kerongkong.

Aku tak mampu bersuara. Lidah bagai dipotong dari terus berbicara. Mak selalu suruh aku layan tetamu dia dengan hormat, tapi aku selalu ingkar. Macam mana aku nak layan mereka dengan hormat jika mereka langsung tak layan aku sebegitu?

Aku memandang mak dari sisi.

Apa ni mak?

Soalan itu tak mampu aku luah tatkala mataku bersapa dengan renungan tajamnya.

"Aku nak kau layan dia dan bagi aku duit. Kau faham tak?"

Oh tidak. Seperti yang aku agak, lantas aku menggeleng laju. Aku tak nak, aku tak nak jual maruah aku, tolonglah.

"Ada aku mintak pendapat kau ke? Takde kan? Buat jelah kerja kau tu!" Dia menolak aku ke arah salah seorang lelaki itu kuat, lebih kuat dari kudrat aku meronta. Aku tak nak, aku tak nak!

Tolonglah, sesiapa, aku tak sanggup dah. Tolonglah selamatkan aku. Aku tak nak selama 20 tahun aku jaga diri aku selama ini jadi sia-sia macam tu je. Tolonglah...

Malangnya aku ditarik kasar ke sebuah bilik, yang pastinya bukan bilik aku.

"Jangan berkasar dengan aku kalau kau tak nak mati." Lelaki itu menutup pintu kasar lalu membuka tali pinggangnya.

"Tak nak! Tak nak!"

Tubuhku ditolak kasar ke atas katil dan lelaki itu menindihku. Berat. Air mata mengalir deras menuruni pipi. Aku rasa jijik dengan diri sendiri apabila lelaki itu menyentuh kulitku. Hatta kulit tangan walaupun sedikit.

Jadi, aku buat rancangan drastik. Gila tak gila, aku kena selamatkan diri aku daripada syaitan bertopengkan manusia di hadapan aku yang sedang buat muka hodoh sekarang ini.

Kakiku menolak tubuhnya menjauh. Berjaya.

"Tak guna. Duduk diam jelah!" Pipiku ditampar kuat. Berdesing telinga aku kesan daripada tamparan itu. Dapatt aku rasa cecair yang mengalir dari pipi. Sakit, tapi aku tahan.

Aku tak boleh lemah. Takkan ada hero yang akan membantuku saat ini, dan hero yang sebenar ialah diri aku sendiri. Aku sendiri yang kena selamatkan Cynthia. Ya, aku.

Tubuh dicampak semula ke atas katil. Kakiku dipegangnya dan kemudian diikat. Tak, tak boleh!

Aku menendang mukanya kuat. Terbelakang tubuh sasa lelaki itu akibat daripada tendangan aku. Mataku melilau mencari benda terdekat yang boleh selamatkan aku dari dia.

"Bodoh punya perempuan!" Dia menerkam aku dan akibat momentum, kami berdua terjatuh ke lantai dengan tubuhnya yang menghimpit tubuhku.

Mukaku ditumbuknya tanpa henti dan tanpa belas kasihan. Tangan kiriku yang bebas mencari barang terdekat yang dapat menolong aku ketika ini.

Jumpa. Pasu bunga yang mak aku curi dua tahun lepas. Dengan sekuat hati, aku hempas pasu bunga itu tepat pada kepala lelaki di atasku ini. Dia meraung kesakitan dan kepalanya berdarah.

Bagus.

Aku menolaknya sekuat hati dan berlari menuju pintu. Tanpa menoleh, aku terus keluar dan langkah terhenti sendiri apabila melihat mak di hadapan mata.

"Kau ni memang anak tak guna!"

Tangannya dihayun untuk memukul aku, tapi aku pantas mengelak. Aku pun tak tahu kenapa aku berani sangat sekarang ini. Mungkin sebab aku terlalu penat. Mungkin sabar aku sudah pudar.

Aku sendiri tidak dapat baca diri sendiri. Yang pasti sekarang ini, aku kena selamatkan diri. Aku tak sanggup lagi dah. Aku penat dengan hidup aku sendiri.

Peluang yang ada aku ambil lantas aku berlari sekuat hati ke luar rumah. Tanpa berpaling ke belakang lagi. Kaki yang semakin pedih akibat berkaki ayam di jalan tar aku biarkan.

Dalam fikiran aku hanya seorang sahaja yang aku ingat dan aku teringin sangat nak jumpa.

Nafas semakin pendek dan apabila aku rasa aku dah agak jauh dari rumah, larianku terhenti. Aku tercungap-cungap kelelahan. Mata memerhati kawasan sekeliling yang tidak asing pada pandanganku. Aku rasa aku tak salah jalan. Syukur.

Beberapa minit kemudian, aku akhirnya sampai ke destinasi. Aku harap aku tidak salah tempat. Sudah lama aku tidak ke sini selepas kantoi dengan mak beberapa bulan lepas.

Dengan nafas dihela perlahan, aku mengetuk pintu itu beberapa kali. Tak sampai seminit, pintu dibuka dan mataku menyapa susuk tubuh seorang wanita berusia yang sangat aku rindu. Wanita itu seakan terkejut melihat aku di hadapannya sebelum dia tersenyum manis.

Terus aku menerpa dan memeluk tubuh itu erat.

"Nenek." Dia membalas pelukanku lalu mengusap-usap belakang tubuhku, seakan tahu apa yang terjadi kepadaku tadi. Aku rasa sebak.

Aku sudah kenal Nenek Anne lima tahun lamanya, dan dia merupakan orang yang sangat aku sayang dan memahami aku. Pertemuan pertama kami adalah di sebuah stesen bas semasa first attempt aku untuk lari dari rumah.

Walaupun usianya sudah mencecah 70 tahun, namun wajahnya seakan kelihatan muda pada pandanganku. Hanya sedikit sahaja kedut kelihatan di wajahnya menampakkan dia 10 tahun lagi muda daripada umur.

Nenek Anne suka bercerita folk tales denganku dan aku suka semua ceritanya. Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia akan sentiasa berkongsi cerita folklore dan magic kepadaku dan sejujurnya, aku kagum dengan daya ingatan nenek Anne. Macam mana dia boleh ingat semua cerita tu?

"I miss you so much." Pelukan dileraikan dan dia memegang wajahku.

"Makin cantik nenek tengok kamu ni." Aku tergelak kecil mendengar kata-katanya. Merepek apanya dia ni kalau sekarang ini mukaku calar balar dengan luka dan darah. Selekeh dengan luka di tapak kakinya lagi.

Dah macam orang gila dah.

"Rindu nak dengar cerita nenek." Aku memuncung manja. Nenek Anne tergelak kecil melihat perlakuanku itu.

"Mari, masuk dalam. Pergi bersihkan diri dulu." Dia mempelawa aku masuk. Sebaik sahaja aku masuk, terus aku tersenyum tatkala disapa dengan wangian rumah ini.

Hyacinth.

Bunga yang unik dan aku sangat sukakannya. Hujung namanya juga hampir sama sebutan dengan nama aku. Cynth.

Aku dibekalkan dengan sepasang baju dan seluar milik salah seorang cucu nenek Anne dan juga tuala sebelum aku ditinggalkan berseorangan di dalam bilik tetamu. Luka di tangan aku perhati satu persatu. Kesan daripada kaca pasu yang aku hentak ke kepala lelaki tadi terkena sedikit pada tangan aku.

Air mengalir pedih di seluruh badan, bertukar menjadi warna merah. Aku melihat pantulan tubuhku di cermin, terdapat banyak kesan parut yang ditinggalkan di badan. Di lengan, kaki, perut, itu pun belum tengok belakang badan aku lagi.

Keluhan dilepaskan perlahan.

Buruk juga aku ni.

Pili air ditutup dan aku mencapai tuala untuk membungkus badan.

Dengan perlahan, aku menyarung pakaian ke badan. Disebabkan tubuh aku yang agak kecil, baju yang aku pakai sekarang ini agak longgar pada badan. Menggelebeh sehingga ke peha. Yang aku tahu, cucu nenek Anne ada seorang sahaja yang pernah dia cerita. Lelaki.

Mungkin ini baju dia memandangkan pakaian ini terlalu longgar bagi aku.

Sebaik sahaja aku sampai di ruang tamu, terus sahaja aku tersenyum nipis memandang nenek Anne yang sedang duduk santai di atas sofa, lantas aku menghampiri dan duduk disebelahnya.

Kepala dilentokkan ke bahunya. Nenek Anne mengusap-usap rambutku. Tenang. Kalaulah mak macam ni.

Tanpa sedar, aku mengeluh perlahan.

"Kenapa ni?" soal Nenek Anne apabila melihatkan raut wajahku yang berubah.

"Mak jual Thia. Mak tak sayang Thia." aduku sambil mengetap bibir. Jelas di situ getaran suaraku menandakan betapa sedihnya aku.

Nenek Anne hanya mendengar luahan aku sambil mengusap-usap kepalaku dengan lembut. Sekalipun dia tidak mencelah, Nenek Anne bagaikan therapy aku. Fairy Godmother aku.

Kami berdua diam tidak berbicara setelah itu. Hanya aku yang masih bersandar pada bahunya dan dia mengusap rambutku.

"Thia dah bersedia nak dengar cerita nenek?" soalnya membuatkan mood aku tiba-tiba jadi naik. Inilah yang aku suka!

"Nak!" Aku betulkan dudukku. Nenek Anne tersenyum melihat aku yang tak sabar-sabar mendengar cerita dia.

"Kalini cerita dia panjang sikit dari sebelumnya. Mungkin malam ni tak sempat kot habis." Nenek Anne sengaja mengusik aku.

"Ah tak kisah. Tak tidur malam ni pun takpe." Aku tetap berkeras. Aku sengaja buat muka garang.

"Apa pulak macam tu. Nenek kena tidur."

"Alaaaa tak bolehhh. Kalau dah mula, kena cerita sampai habis." Eh nenek ni. Main-main pulak dia. Aku dahlah tengah tak sabar ni.

"Yelah-yelah."

Nenek Anne pun memulakan ceritanya.












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro