green eyes

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"If you are testing my waters, you better know how to swim."

"Azalea! Pergi dari sini!" Azalea berpaling mendengar suara ibunya yang kedengaran sayup-sayup. Ibu?

Mustahil ibu ada di sini. Ibu mana pernah pergi prom, dan ibunya sendiri tidak pernah membenarkan dirinya turut serta.

Tetapi dia suka prom. Dia suka menari. Sangat suka. 

Sebab itulah dia senyap-senyap keluar rumah dan membeli sebuah gaun prom yang sangat cantik, hasil daripada penat lelah dia mencari duit. Motifnya hanya untuk membeli gaun prom yang dia sangat inginkan dari dulu lagi.

"Azalea!"

Azalea melilau-lilau memandang sekeliling. Sekali lagi dia mendengar suara ibunya menjerit entah dari mana. Bulu roma terasa tegak dan serta-merta badan Azalea menggigil sedikit. Mungkin imaginasi dia. Mungkin kerana dia takut nanti apabila ibunya tahu keberadaan dia, ibunya akan marah.

Sejujurnya, dia tidak pernah melanggar satupun peraturan yang ibunya sudah aturkan. Tidak boleh keluar lewat malam, tidak boleh bergaul dengan lelaki, tidak boleh pergi ke prom, dan banyak lagi.

Dia tidak tahu kenapa ibunya sangat tegas dengan hidupnya, tetapi dia hanya anggap bahawa ibunya terlalu sayangkan dia. 

Tetapi kali ini, dia melanggar salah satu daripada peraturan tersebut, dan dia takut menghadapi kemarahan ibunya selepas ini.

Keluhan dilepaskan dan kepala digeleng perlahan, mengusir jauh-jauh fikiran negatifnya itu.

Bibirnya mengukir senyuman girang melihat keadaan sekeliling yang tidak pernah dilihatnya itu. Tidak dia sangka bahawa majlis prom seseronok begini. Kalau dia tahu, sudah lama dia turut serta dari dulu lagi biarkan ibunya menghalang.

"My lady. Grant me a dance?" Seorang lelaki kacak menghulurkan tangan kepadanya. Azalea tersenyum sekilas sebelum menyambut huluran itu.

"Gladly."

Mereka terus menari dan menari, bertukar-tukar pasangan sebelum lagu tiba-tiba terhenti membuatkan Azalea menjadi hairan. Masa seakan-akan terhenti. Apa yang terjadi?

Dia sendiri tidak tahu.

Seorang perempuan bergaun biru menghampirinya dan memegang bahunya, membuatkan dia terperanjat.

Apabila dia memandang mata gadis itu, serta-merta dia rasa mahu lari. Mata gadis itu hitam sepenuhnya. Tiada pupil atau apa-apa. Hanya hitam. Dia menepis tangan gadis itu yang berada di bahunya namun tepisan itu tidak berjaya.

Malah, bahunya dicengkam kuat seakan tidak mahu lepas.

"He wants to see you."

"Huh?" Apa perempuan ini katakan? Dia langsung tidak faham.

"He wants to see you."

Baru Azalea perasan, kini semua orang di dalam dewan itu memandangnya. Dan mereka berkata lagi dengan serentak,

"He wants to play."

Nafas Azalea terasa tersangkut di esophagus. Dia rasa seperti mahu mati. Ni semua imaginasi!

Ni semua mimpi! Dia mahu bangun dari mimpi ini!

"Let's play, Cyntherellia."

Mereka semua berjalan perlahan-lahan menghampiri, mengerumuni Azalea.

"Ni semua mimpi! Bangun Azalea!" Azalea menampar pipinya berkali-kali.

This is not a dream, Cyntherellia, bisik suara itu dari dalam mindanya.

Serta-merta badan Azalea kaku. Suara itu, dari dalam mindanya! Tak! Tak mungkin! Mungkin dia sudah gila.

Ya, dia sudah gila!

Kedengaran suara itu tergelak kecil, terhibur.

Kau tak gila, Cyntherellia. This is real. I am real.

Azalea mencari suara itu namun gagal.

"Where are you, huh?"

I am everywhere. Everyone. I could be behind you, in front of you, inside you, kata-kata itu diakhiri dengan gelak kecil.

Azalea memandang gadis yang kaku langsung tidak bergerak di hadapannya itu.

"Hey, bangun! Sedarkan diri!" Badan itu digoncangkan kuat, mahu gadis di hadapannya itu sedar. Gadis itu seakan dipukau oleh seseorang.

Atau sesuatu.

"Apa kau buat hah?!" marahnya kepada suara itu. Suara yang sendiri bermain di dalam mindanya.

They are my slave, honey. They all are, balas suara itu. Dapat dia dengar nada bosan dalam suara itu.

Tiba-tiba badannya terasa ditolak kuat oleh seseorang. Apabila dia berpaling, seorang lelaki, yang matanya juga hitam menyapa pandangan.

"Hey!!" Dia cuba meronta namun tak berjaya.

"He wants to play with you, Cyntherellia." Bagaikan robot lelaki itu berkata. Seakan dikawal. Azalea rasa seperti darahnya mulai mendidih mahu meletus.

"Then show yourself! Pengecut! Kau fikir kau boleh hynotize aku? And for your information, my name is Azalea!" Azalea memandang sekeliling, mencari gerangan yang berani mempermainkan mindanya sebegini.

Pengecut? Tch tch. You broke my heart, Cyntherellia, bisik suara itu lagi, kedengaran sayu pada pendengarannya.

Psychopath!

"Heh, pengecut lah tu kalau kau tak berani nak berdepan dengan aku. Awww, so pity." balas Azalea sarkastik. Tak, ini bukan dia. Dia bukan orang jenis sebegini. Tapi entah kenapa, seakan ada sesuatu yang merasuk dirinya untuk berkelakuan sebegini.

Seakan dirinya dikawal oleh sesuatu.

Setelah itu, suasana sepi.

Jeda.

Hatta nafas orang lain pun dia langsung tidak dengar. Walaupun terlalu ramai orang di dalam dewan ini.

Bulu roma Azalea terasa meremang apabila dia dapat rasa bahang haba dari belakang badannya.

"Surprise." bisik suara itu dekat di telinganya. Sangat dekat sehingga dia dapat rasa nafas itu berhembus ke telinganya. Jantung Azalea berdegup kencang sehinggakan dia sendiri dapat mendengar bunyi degupan itu.

Pantas Azalea menjauhkan diri dan berpaling, menghadap lelaki itu.

Lelaki itu tinggi, sangat tinggi dan badannya maskulin. Dapat dia rasa aura gelap menyelubungi tubuh lelaki itu. Dan apabila matanya menyapa wajah lelaki itu, dia seakan dipukau.

Mesmerizing green eyes, with a little mischief in it. Bersama senyuman tajam yang bergayut di bibirnya.

Azalea menelan air liurnya deras.

This man is deadly handsome.

"Mhm, you're more beautiful than I remember." Sepertimana dia merenung lelaki itu, lelaki itu juga merenungnya dengan pandangan tajam, seperti pisau.

"Apa yang kau nak dari aku?" soal Azalea garang. Dia cuba menenangkan dirinya dari perasaan takut yang semakin meresap.

Ya, lelaki ini sangat menakutkan dan bahaya darinya.

"Me? I want your soul."

Soul? Jiwa dia? Lelaki ni gila ke apa?! Adakah lelaki ini mahu bunuh dia?

Oh tidak, dia tidak mahu mati malam ini!

"Kau ni kelakar lah, Cyntherellia." Lelaki itu tergelak kecil, dia berjalan perlahan mengelilingi Azalea.

"That's not my name! Nama aku Azalea!" nafinya. Dari mana datang nama Cyntherellia tu pun dia tak tahu. Mungkin lelaki ini salah orang.

"Nope. No. Nama kau Cyntherellia. Azalea is not your name." balas lelaki itu dekat di telinganya.

Bahunya terasa disentuh.

"Are you going to kill me?" Suara Azalea bergetar. Dia tidak mampu bergerak. Dia terlalu takut.

"Are you scared?" Azalea dapat rasanya lelaki itu sedang tersenyum sekarang ini. Psycho.

"You're trembling in fear, honey." Tangan sejuk itu menyentuh jari Azalea yang menggigil hebat.

"Aku.. tak takut dengan kau!" Azalea cuba beranikan diri. Lelaki ini makin suka jika dia takut, bukan?

"Oh really?"

Lelaki itu memeluk bahunya dari tepi pula. Tangan lelaki itu berehat di bahunya, mengundang kehairanan Azalea. Apa pula rancangan lelaki ini sekarang?

"Jom tengok theater." Lelaki itu mengetip jari di hadapan wajah Azalea.

Namun, dengan pantas Azalea memejamkan mata, takut jika dirinya pula dipukau.

"Open your eyes, darling."

Bila Azalea rasa seperti tidak ada apa-apa yang terjadi pada dirinya, lantas dia membuka mata.

Tiada apa-apa yang pelik. Dia hanya dapat melihat orang menari, seperti biasa.

Tiba-tiba, matanya melekat pada satu pasangan yang menari tidak jauh darinya. Pada mulanya, nampak seperti normal, namun Azalea dapat kesan sesuatu yang pelik apabila melihat kuku perempuan itu semakin panjang.

Mata Azalea semakin membulat.

Perempuan itu menyandarkan tubuhnya pada belakang tubuh lelaki itu dan dapat dia lihat kuku perempuan yang panjang itu bermain-main di sekitar leher lelaki itu.

Nafas Azalea terasa seperti mahu terhenti saat itu juga.

Dia menolak jauh tubuh lelaki yang memeluk bahunya itu dan berlari ke arah pasangan itu. Ingin menghalang perbuatan perempuan itu yang mungkin mahu membunuh pasangannya.

"No! No! No!"

Namun, dia terlambat. Perempuan itu merobek leher lelaki itu, darah terpancut keluar dari lehernya, dan lelaki itu jatuh menggelupur ke lantai.

Tak dapat tahan, Azalea menjerit sekuat hatinya. Dia melutut ke lantai dan menangis.

Tolong. Tolong hentikan semua ini. Tolong.

"Miss, miss? Are you okay?" Badannya terasa digoncang-goncang sebelum Azalea membuka matanya sambil termengah-mengah. Peluh membasahi badan.

Azalea memandang sekeliling. Keadaan normal, bukan seperti yang dia lihat tadi. Pantas matanya beralih kepada pasangan yang dia cuba selamatkan tadi.

Mereka masih lagi menari. Tiada darah, tiada kuku panjang yang tajam, seakan itu semua hanya imaginasinya sahaja.

Azalea ketawa, mungkin dia sudah gila. Mungkin dia sudah hilang akal.

Let's meet again, Cyntherellia, suara itu berbisik dekat di telinganya.

Azalea memegang jantungnya yang masih berdegup kencang tatkala mendengar suara itu.

Tak, dia memang tidak berkhayal.





























jap, ni cerita romance ke horror ni?









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro