Chapter 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hyung okay tak?" soal Suga.

"Jangan risaulah, hyung okay" jawab Jin.

Sekarang, mereka semua berada di hospital. Doktor yang paksa Jin untuk rehat di hospital sehari untuk permatauan. Bang Pd-nim pula berada di balai polis untuk bincangkan tentang kejadian penembakan serta mengawal keadaan yang agak kecoh di laman media sosial.

Bahu kiri Jin telah dirawat cuma Jin disarankan untuk tidak banyak bergerak kerana itu cuma akan lambatkan proses pemulihannya. Keluarga Jin sudah pulang dahulu ke hotel. Mereka akan datang semula pada waktu malam. Jin hanya memandang kearah luar tingkap. Dia berasa bosan apabila tidak melakukan apa-apa.

Mereka semua menjaga Jin dengan baik sekali. Tidak disangka, masa berlalu dengan pantas. Waktu malam pun telah tiba. Semua ahli BTS pergi ke kafeteria untuk makan malam sebentar. Keluarga Jin dalam perjalanan. Bang Pd-nim berjumpa doktor sebentar. Jin yang keseorangan hanya bersandar di atas katilnya sambil membaca majalah yang dibelikan oleh Namjoon.

Tiba-tiba, lampu biliknya tertutup. Jin terus terkejut lalu mula bangun perlahan-lahan. Dia membuka pintu biliknya. Setiap lorong hospital gelap-gelita. Jin hanya berdiri di depan pintu biliknya. Dia keliru untuk kemana kerana keadaan yang gelap-gelita membuatkan Jin agak kepayahan untuk mencari jalan. Kelihatannya bekalan elektrik hospital terputus seketika.

Jin baru ingin masuk semula ke biliknya tetapi ada sepasang tangan menutup mulutnya menggunakan sapu tangan yang telah diletakkan sejenis ubat untuk pengsankan mangsa. Jin memberontak tetapi lama-lama Jin terus rasa pening. Jin hanya nampak orang itu ialah lelaki dan memakai topeng yang sama ketika di konsert mereka.

'Lelaki yang... Sama' bisik Jin di dalam hati.

Jin terus pengsan tidak sedarkan diri. Lelaki tersebut terus mengangkat Jin gaya bridal style lalu membawanya pergi dari hospital. Bekalan elektrik yang terputus kembali normal semula. Terus Bang Pd-nim, ahli BTS dan keluarga Jin sampai ke bilik Jin. Bila mereka masuk, Jin tiada dalam bilik tersebut.

Mereka terus panik lalu mencari Jin di merata tempat tetapi masih tidak menjumpainya. Akhirnya, mereka buat keputusan untuk melihat CCTV. Mereka bernasib baik kerana saluran CCTV tidak sama dengan saluran elektrik hospital. Mereka semua terkejut melihat ada seorang lelaki telah menculik Jin ketika bekalan elektrik terputus.

"Lelaki ni yang nak tembak Encik Minhyuk!" jerit Jimin.

"Macam mana Jimin tau?" soal Bang Pd-nim terkejut.

"Masa Jin hyung jerit dekat Encik Minhyuk, Jimin ternampak seorang lelaki pakai topeng pegang senapang. Senapang tu tertuju kearah Encik Minhyuk dan Jin" jawab Jimin.

Bang Pd-nim baru ingin menelefon polis, tiba-tiba telefon Minhyuk berbunyi. Dia melihat nombor itu ialah nombor yang tidak dikenali. Dia terus menggunakan speaker lalu menjawab panggilan tersebut.

"Bagaimana rasanya kehilangan anak hm?"

Soalan tersebut membuat mereka terkejut. Suara lelaki! Rasanya inilah lelaki yang sama mereka lihat dalam CCTV. Minhyuk terus menjawab dengan nada amarah.

"Mana Kim Seok Jin?!" tanya Minhyuk.

"Dia ada dengan aku. Dia selamat dengan aku. Kau hanya seksa dia. Kau tak layak jadi appa dia" kata lelaki tersebut.

Minhyuk tergamam. Tangannya digenggam erat. Puan Kim Hyuri hanya menangis disamping Hyunji.

"Aku nak dia balik. Aku nak anak aku balik. Mana dia?!" tanya lagi Minhyuk.

"Ouh... Tak bolehlah~ selama ni dah cukup aku tengok penderitaan Jinnie. Aku tak akan biarkan Jinnie terseksa lagi" ucap lelaki itu.

Suaranya tiba-tiba menjadi menyeramkan. Lelaki tersebut terus menamatkan panggilan tersebut. Mereka semua sedikit terpukul dengan kata-kata lelaki itu. Tetapi mereka semua terus terkejut apabila mendengar kata-kata Minhyuk.

"Aku rasa... Aku dah tau siapa culik Jin" kata Minhyuk.

Di sebuah gudang lama, kelihatan lelaki yang telefon Minhyuk sedang berjalan menunju ke sebuah bilik kecil yang disediakan khas. Topeng yang dipakai terus dibuka. Dia terus memasuki bilik tersebut. Dia hanya memandang kearah Jin yang masih pengsan lagi. Dia membelai rambut Jin yang lembut serta berwarna hitam itu.

Tiba-tiba, Jin mula bergerak. Belaian terus dihentikan. Jin mula membuka matanya perlahan-lahan. Apabila matanya sudah sepenuh terbuka, Jin memandang kearah lelaki tersebut.

"Kenapa ahjussi culik Jin?" tanya Jin.

Rupanya, lelaki tersebut ialah pakcik Jin sendiri. Nama sebenar dia ialah Song Wongju. Tetapi sejak ibubapa Minhyuk ambik Wongju, nama keluarganya diubah dari Song ke Kim. Kim Wongju merupakan adik angkat keluarga Kim. Dia juga yang membantu Jin ketika dia larikan diri dari rumah dahulu.

Wongju membantu Jin untuk mencari tempat tinggal baharu. Dia jugalah yang uruskan hal persekolahan Jin. Dari urusan sekolah ke urusan universiti juga. Dialah yang banyak membantu Jin ketika Jin perlukan bantuan seseorang. Dia telah menganggap Jin seperti anaknya sendiri. Isterinya telah meninggal dunia ketika Jin berusia 18 tahun.

"Ahjussi tak ada niat nak culik Jinnie. Ahjussi cuma nak lindungi Jinnie" jawab Wongju.

Jin telah lama tahu bahawa Wongju mengalami sakit mental. Dia mengalami sakit mental sejak kematian isterinya lalu dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Entah macam mana, Wongju berjaya melepaskan diri dari sana.

"Ahjussi... Jin nak jumpa yang lain" kata Jin.

Wongju terus marah lalu bangun berdiri. Wongju mencampak kerusi yang dia duduk tadi ke dinding sehingga patah teruk. Jin menggigil melihat tindakan Wongju yang drastik itu. Wongju terus menenangkan diri lalu memeluk Jin yang menggigil.

"Jinnie sayang~ ahjussi minta maaf sebab buat kamu takut. Jangan takut tak akan ada sesiapa sakitkan kamu" kata Wongju.

Sikapnya seperti yandere. Jin hanya diam sahaja. Tiba-tiba, Jin dapat rasakan ada sesuatu benda tajam menusuk di lengan kanannya. Rupanya, Wongju menyuntik Jin dengan ubat tidur.

"Ah... Ahjussi" kata Jin.

Jin terus tertidur. Wongju membaringkan Jin lalu menyelimutkan diri Jin. Dia mula menapak keluar dari bilik tersebut. Sebelum keluar, dia sempat menoleh belakang melihat Jin yang sedang lena.

"Walau apapun terjadi, ahjussi tak akan serahkan Jinnie kepada orang lain lagi~" kata Wongju.

Terus Wongju keluar dari situ. Sementara itu, yang sudah berada di balai polis. Mereka sedang heck telefon Minhyuk untuk dapatkan lokasi dimana Wongju dan Jin berada.

Minhyuk hanya melihat para polis sedang membuat kerja mereka. Hyuri pula sedang ditenangkan oleh Hyunji. Ahli BTS yang lain turut sama berada di situ begitu juga dengan Bang Pd-nim. Minhyuk termenung sahaja. Hatinya sakit apabila adik angkat dia telah culik anaknya.

Dia sedar yang dia salah. Dia tidak patut buat macam itu dekat Jin. Niat hati sebenarnya, dia nak minta maaf dan berbaik dengan Jin selepas konsert comeback tamat. Tetapi, malah kejadian buruk telah berlaku kepada mereka semua. Tangan digenggam erat. Dia berharap yang Jin selamat. Dia berharap yang dia masih boleh berbaik dengan Jin semula.

~Bersambung

Macam mana? Okay ke tak untuk chapter ni?😆😆kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen! Bye💕💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro