Chapter 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kini Minhyuk, Hyuri, Hyunji, Bang Pd-nim dan BTS sedang menunju ke hutan di Busan. Kenapa Busan? Sebab di situlah, tempat lahir Wongju. Mereka semua menyertai para polis dalam misi selamatkan Jin. Mereka dapat lokasi mereka sejam yang lalu. Mereka berada di pinggir hutan.

Selama setengah jam kemudian, mereka semua sudah sampai di lokasi yang dijejaki. Mereka semua turun bersama para polis yang datang seramai 50 orang. Mereka tidak sedar yang Wongju melihat semuanya. Wongju terus berlari laju ke tempat persembunyiannya. Bila dia masuk ke bilik Jin, Jin tiada di situ. Kelihatan tingkap bilik itu telah pecah berderai.

Wongju terus menjerit marah lalu menendang rak di tepinya. Dia terus keluarkan pistol dalam poket lalu berjalan keluar. Wongju tersenyum. Senyuman yang menyeramkan.

"Jinnie sayang~ kamu dimana hm? Ahjussi akan datang pada kamu! Hahahaha!" jerit Wongju.

Dari jauh, kelihatan Jin sedang berlari. Dia berlari selaju yang boleh. Dia perlu lepaskan diri daripada Wongju. Ranting pokok yang mencalar lengannya setiap kali dia berlanggar dengan pokok, dia buat tidak tahu. Jin terus berlari dan berlari. Tangannya berdarah kerana menumbuk tingkap sampai pecah.

Jin berlari sehingga ke kawasan sungai. Tiba-tiba, Jin tersilap langkah lalu jatuh ke dalam sungai. Sungai yang deras membuat dia susah untuk berenang.

"Arrgghh!" jerit Jin.

Jin dapat rasakan kaki sebelah kanannya terkena sesuatu benda yang tajam. Dia dengan pantas mencapai akar pokok yang menjalar. Jin dengan sedaya upaya keluar dari sungai yang deras itu. Akhirnya, Jin berjaya juga keluar dari sungai itu. Jin baru ingin berdiri tetapi dia terus berhenti apabila mendengar picu pistol yang ditarik.

"Kemana kamu pergi sahaja Jinnie sayang?~" kata Wongju.

Wongju mengacukan pistol kepada Jin. Jin hanya tergamam melihat Wongju di situ. Wongju tersenyum menakutkan melihat kearah Jin. Sementara itu, para polis dan yang lain sedang mencari tempat persembunyian Wongju. Kawasan pinggir hutan boleh tahan luas. Sudah dua jam mencari tetapi hasilnya tetap sama. Mereka semua mencari Jin secepat yang boleh kerana hari makin gelap.

"Arghhhh!!"

Suara jeritan itu milik Jin! Mereka mula melangkah dengan cepat. Ketika Taehyung baru nak melangkah lagi, sebuah tembakan tepat mengenai lengan kirinya. Taehyung terus berhenti melangkah termasuk semua orang. Anggota polis mula memandang sekeliling mencari orang yang menembak kearah Taehyung.

Kelihatan Wongju berlari kearah Jimin. Dia mula mengangkat pistolnya kearah Jimin. Jhope yang melihatnya terus menjerit.

"Jimin! Hati-hati!" jerit Jhope.

Jhope terus memeluk Jimin. Tembakan tersebut mengenai bahu kanannya. Jimin terus memeluk Jhope dengan cemas. Air mata mula mengalir. Takut melihat salah satu hyungnya cedera di hadapan matanya sendiri. Jhope terus menenangkan Jimin. Suga dan Namjoon mula menjaga ahli mereka semua. Minhyuk yang melihatnya hanya berasa marah serta kecewa terhadap Wongju.

"BTS! Ahjussi nak kamu semua cari Jin sekarang!" kata Minhyuk.

"Apa?!" kata BTS terkejut.

"Betul kata Minhyuk! Kamu semua cari Jin cepat, biar kami uruskan Wongju bersama polis!" kata Bang pd-nim.

Namjoon memandang kearah Suga. Suga terus anggukkan kepala. Mereka semua terus berlari bersama-sama untuk mencari Jin. Mereka berlari dan terus berlari. Akhirnya, mereka sampai di sebuah gudang. Mereka semua diam memandang Namjoon. Namjoon terus buka pintu gudang tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka melihat Jin yang diikat di sebuah kerusi dengan keadaan yang parah. Darah berada dimana-mana sahaja. Mereka terus berlari mendapatkan Jin.

"Jin hyung!" jerit mereka.

Jin terus perlahan-lahan membuka matanya lalu mengangkat kepalanya. Darah mengalir di tepi sudut bibirnya sebelah kanan.

"K... Kalian" kata Jin.

Jungkook ternampak sebuah pisau lalu berlari mengambilnya. Dia terus memotong tali yang mengikat tangan dan kaki Jin. Jin terus bangun dengan bantuan Jimin dan Taehyung. Tiba-tiba, kelihatan Wongju berada di pintu gudang sebelum sempat mereka keluar dari situ.

"Macam mana kau boleh terlepas dari polis?!" tanya Suga.

"Aku akan lepaskan diri aku demi Jinnie tersayang aku~" jawab Wongju.

Suga, Namjoon dan Jhope menyerang Wongju. Wongju mengelak setiap serangan yang diberikan oleh mereka. Jimin, Taehyung, Jungkook hanya memandang mereka takut. Jin memandang mereka penuh kerisauan. Suga, Namjoon dan Jhope terus tumbang ditumbuk oleh Wongju. Wongju seorang yang amat kuat.

Jin terus diserahkan kepada Jungkook oleh Jimin dan Taehyung. Jimin dan Taehyung terus berlari lalu menyerang Wongju bersama-sama. Jimin cuba menumbuk Wongju yang terus mengelak setiap serangannya. Wongju terus mencengkam tangan Jimin lalu memegang pinggang Jimin.

Jimin diangkat sebelum dicampak ke lantai dengan kuat. Taehyung, Jungkook dan Jin terkejut melihatnya. Taehyung terus menyerang Wongju bertubi-tubi. Wongju terus menumbuk di bahagian perut Taehyung sebelum menendangnya dengan kuat.

Jungkook yang melihatnya terus menyerang Wongju kerana Wongju menunju kearah mereka. Jungkook terus menumbuk muka Wongju. Wongju termuntah darah akibat tumbukan Jungkook yang kuat. Wongju dengan geram terus menumbuk Jungkook sehingga lelakit itu terjatuh kesakitan.

Wongju mula berjalan menunju kearah Jin. Jin sudah menggigil ketakutan. Minhyuk, Hyuri, Hyunji, Bang pd-nim dan para polis baru tiba di depan pintu gudang. Tiba-tiba, kaki Wongju ditahan oleh seseorang. Orang itu ialah Jungkook. Kelihatan Jungkook yang mengesot bersusah payah untuk menahan Wongju daripada menyakiti Jin.

"Kau!" kata Wongju.

Wongju terus menarik rambut Jungkook paksa menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan. Wongju terus menendang Jungkook kuat sehingga Jungkook tumbang. Mata Jin terus membulat besar. Jin terus tertunduk. Dia mula berdiri tetapi keadaannya masih sama.

"Kau... Kenapa?" tanya Jin.

Semua memandang kearah Jin yang tertunduk kepalanya.

"Sebab mereka tak layak untuk Jinnie! Mereka semua patut mati! Mereka semua tak berguna! Kamu tu pun bodoh ikut mereka!" jawab Wongju.

Wongju terus terdiam. Wongju tidak menyangka dia akan berkata macam itu kepada Jin. Mereka yang lain turut tidak kalah terkejut.

"Arghhhh!!!!" jerit Jin.

Mereka terus pandang kearah Jin yang menjerit. Jin mula mengangkat kepalanya. Kelihatan air matanya mengalir.

"Bodoh?! Aku yang bodoh?! Ya! Memang aku bodoh! Aku diam selama ni! Setiap kali korang seksa aku, aku just diam! Aku tak pernah ada kawan! Mereka semua buli aku! Keluarga aku tak pernah pedulikan aku! Kawan-kawan aku semua pun tak pedulikan aku! Memang aku bodoh! Aku sentiasa diam! Aku selalu berharap satu hari nanti semua orang akan berubah! Aku nak hidup macam orang lain juga! Gembira! Bahagia! Aku nak semua tu! Aku sentiasa bertahan! Ya! Memang aku pernah berdendam dengan semua orang! Tapi aku tak sanggup lakukannya! Aku bencikan semua orang tapi aku juga sayangkan semua orang!! Kepala aku sakit sebab semua ni! Kenapa?! Apa salah aku?! Aku tak cukup bagus lagi ka?! Apa yang patut aku buat lagii!!" jerit Jin.

Jin terus meluahkan semua yang ada di dalam hatinya. Jin terus terduduk di situ. Air matanya mengalir deras. Mereka semua tergamam mendengar luahan hati Jin.

"Tolonglah... Aku mohon... Apa yang perlu aku buat... Untuk korang terima aku... Aku masih tak cukup bagus lagi ka? Tolonglah... Aku mohon sangat-sangat!!" kata Jin.

Mereka semua menangis. Hati mereka semua retak mendengar kata-kata Jin. Mereka tidak pernah menyangka Jin bertahan selama ini demi mereka. Jin terus mencengkam kepalanya yang berdenyut kuat tiba-tiba.

"Arghhhh!!" jerit Jin kesakitan.

Minhyuk dan Hyuri berlari kearah anak bongsu mereka itu. Jin terus menjerit sehingga dunianya mula menjadi gelap

'Semua yang ada... Akhirnya terlepas juga... Apakah aku pun akan terbebas juga?'

~Bersambung

Hola gais!! Macam mana chapter ni? Untuk pengetahuan korang, lepas ni ialah chapter terakhir kemudian diikuti epilog. Tak sangka, cerita ni terlalu cepat berjalan😂 okay gais. Kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen!😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro