Chapter 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jin hanya memandang ke arah luar tingkap. Matanya kelihatan amat kosong. Jin memeluk lututnya tanpa bersuara. Dia hanya duduk begitu diatas katil hospital.

"Doktor, sampai bila dia akan jadi macam tu?" tanya Bang pd-nim.

Kelihatan Bang pd-nim seorang yang berada di situ. Keluarga Jin sedang uruskan kes Wongju di balai polis sementara BTS berada di dorm mereka. Wongju telah ditangkap selepas Jin pengsan pada hari itu. Jin pula telah di masukkan ke dalam hospital.

"Saya pun tak pasti. Pesakit yang ada tekanan jiwa selalu mengambil masa. Sama ada cepat atau lama. Apatah lagi dia mempunyai kenangan buruk, jadi agar sukar untuk pastikan bila dia pulih" jawab doktor.

"Hah... Terima kasih doktor" ucap Bang pd-nim.

Doktor tersebut terus pergi dari situ. Bang pd-nim terus melangkah masuk ke bilik Jin.
Jin tidak memandang walau sekilas kearah Bang pd-nim. Bang pd-nim hanya menghela nafas melihatnya.

"Jin... Sampai bila kamu nak jadi macam ni?" soal Bang pd-nim.

Tiada sebarang jawapan dari Jin. Bang pd-nim terus duduk di kerusi bersebelahan katil Jin sebelum berkata lagi.

"Jin... Dah hampir seminggu kamu jadi macam ini. Wongju pun dah kena tangkap cuma nak tunggu perbicaraan untuk hukuman saja nanti. Dah lama kamu tak makan apa-apa Jin. Cakap pun kamu tak nak. Kenapa hm Jin?" tanya Bang pd-nim lembut.

Akhirnya, Jin memandang kearah Bang pd-nim. Jin hanya diam sahaja. Bang pd-nim terus memeluk Jin lembut.

"Jin... Hyung mohon agar kamu tolong jadi macam dulu. Keluarga kamu perlukan kamu termasuk BTS. Hyung nak sangat kamu jadi diri kamu. Seorang yang ceria, kuat, peramah, baik hati dan yang suka tolong orang. Memang betul semua orang ada kisah silam mereka tersendiri. Sama ada ia memori indah atau buruk tapi ianya hanya sekadar memori. Tak lebih dari itu. Hyung nak kamu sihat Jin. Lihatlah diri kamu, kamu kelihatan amat kurus serta pucat kerana tak makan walau sesuap nasi. Jin... Ketahuilah, kami amat menyanyangi kamu. Kami memang bersalah pada masa dulu tapi kini kami ingin berubah. Manusia boleh berubah Jin" kata Bang pd-nim.

Air mata terus mengakir di sudut mata Jin. Dengan tangan terketar-ketar, Jin membalas pelukan Bang pd-nim.

"Ma... Afkan... Jin" kata Jin dengan suara yang serak.

"Takpe Jin. Kami semua faham dengan keadaan kamu. Sekarang, kamu perlu jaga kesihatan kamu supaya kamu boleh keluar dari sini dan berjumpa dengan semua orang. Sekarang, kamu nak makan apa? Hyung pergi belikan" kata Bang pd-nim.

Jin hanya diam sebelum perlahan-lahan mengukir senyuman di bibir. Senyuman yang sudah lama menghilang.

"Jin... Nak... Nasi ayam" balas Jin.

Sejak ketika itu, Jin mula makan dan bercakap dengan semua orang. Ahli BTS yang lain mendengar berita tentang Jin dari Bang pd-nim terus melawatnya setiap hari. Malah selepas diberitahu oleh Bang pd-nim, mereka terus berkejar-kejaran ke hospital sehingga Bang pd-nim kena kejar mereka ke hospital semula.

Keadaan Jin mula kembali sembuh. Malah selepas seminggu berikutnya, Jin telah dibenarkan pulang semula ke rumah. Jin berkata kepada keluarganya yang dia nak tinggal bersama BTS. Dia rindukan keluarganya tapi BTS juga sudah seperti ahli keluarganya sendiri. Tidak mungkin, dia nak tinggalkan mereka macam itu sahaja. Keluarganya menerima keputusannya dengan baik.

Jin mula melakukan rutin harian seperti biasa. Bangun pagi, mandi, buat sarapan, sarapan dengan BTS dan buat dance pratice. Kehidupan mereka kembali normal. Satu pagi yang tenang, tiba-tiba Hyunji menelefon Jin.

"Hello hyung? Kenapa hyung telefon Jin?" soal Jin.

"Hyung telefon cuma nak bagitau pasal perbincangan Wongju. Perbincangan Wongju diadakan esok, pukul 10 pagi di mahkamah. Apakah kamu akan datang?" tanya Hyunji.

"Entahlah hyung. Jin pun tak tau nak datang ke tak" jawab Jin.

"Jin tak datang pun tak apa. Jin cuma kena bagi keterangan tambahan sahaja nanti" terang Hyunji.

"Nanti Jin fikir lain sama ada nak datang atau tak" kata Jin.

"Baiklah, Jin. Hyung tak akan paksa Jin" balas Hyunji.

Jin terus menamatkan panggilan tersebut. Dia terus termenung memikirkan hal tersebut. Tiba-tiba, Jungkook duduk di sebelahnya menyebabkan lamuannya terhenti.

"Hyung" panggil Jungkook.

"Hm? Kenapa Kookie?" tanya Jin.

"Tadi Kookie tak sengaja dengar perbualan hyung dengan Hyunji hyung dekat telefon. Kookie nak tau... Hyung akan pergi ke mahkamah ka esok?" soal Jungkook.

"Hyung rasa..." kata-kata Jin hanya tergatung di situ.

Jin mula berfikir semula tentangnya. Separuh hatinya mengatakan yang dia tidak perlu pergi untuk melihat orang yang dipercayainya selama ini sanggup buat apa sahaja untuk menyimpan Jin demi dirinya. Tetapi separuh hatinya lagi, berkata yang dia perlu pergi.

Bila fikir baik buruk jika dia pergi ke mahkamah esok, Jin mula memandang Jungkook. Jungkook hanya memandang Jin dengan mata bulat comelnya. Jin terus tersenyum.

"Esok hyung akan pergi ke mahkamah tapi... Kamu semua teman hyung ya?" kata Jin.

Keesokan harinya, Jin dan semua ahli BTS berada di mahkamah. Mereka bernasib baik kerana tiada orang awam yang tahu tentang ini jadi tiada wartawan yang datang. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Mereka semua terus masuk ke ruangan perbicaraan.

Semuanya berjalan dengan lancar. Kini, tiba giliran Jin untuk memberikan keterangan tambahan. Jin terus masuk ke dalam kandang saksi. Jin memandang kearah Wongju. Kelihatan Wongju memandang kearahnya dengan perasaan sedih. Jin terus pandang kearah lain.

"Saya, Kim Seok Jin berjanji segala kenyataan yang diberi adalah benar" kata Jin.

Hakim menganggukkan kepala lalu menyuruh Jin memberikan keterangan tambahan.

"Wongju merupakan ahjussi saya. Wongju ialah adik angkat kepada appa saya iaitu Kim Minhyuk. Ketika berumur 15 tahun, saya telah lari dari rumah. Wongju yang telah menjaga saya sejak hari itu. Tetapi satu hari, isteri Wongju meninggal dunia. Wongju mula menjadi gila. Dia selalu menyuruh saya buat segala benda mengikut kehendaknya. Jadi saya buat keputusan untuk masukkan Wongju ke dalam hospital sakit Jiwa" terang Jin.

Jin berhenti seketika untuk menarik nafas sebentar. Jin terus sambung berkata lagi.

"Dalam beberapa bulan kemudian, saya dapat berita yang Wongju telah larikan diri dari hospital. Ketika itu, saya telah menyertai BTS malah baru sahaja selesai debut. Jadi, saya buat keputusan untuk putuskan segala hubungan dengan Wongju. Tetapi, dia berjaya jumpa saya dan menculik saya ketika saya berada di hospital. Dia telah seksa saya cukup-cukup ketika itu malah dia belasah semua kawan-kawan saya dengan teruk sekali" kata Jin.

Jin terus anggukkan kepalanya tanda dia sudah selesai memberikan keterangan. Jin terus keluar dari kandang saksi. Akhirnya, Wongju dihukum penjara seumur hidup sambil menjalani rawatan psikologi untuk rawat mental dia.

Ketika Wongju nak dibawa ke penjara, Jin telah minta izin ingin bercakap sebentar dengan Wongju pada pegawai polis. Mereka pun memberikan kebenaran kepada Jin. Jin terus berjalan lalu berdiri tepat disebelah Wongju.

"Jin minta maaf. Ini untuk kebaikan semua. Jin tak nak sesiapa cedera lagi demi Jin. Dan ahjussi kena ingat yang... Jin tahu yang ahjussi sendiri bunuh ahjumma iaitu isteri ahjussi" kata Jin.

Mata Wongju terus membulat besar mendengar kata-kata Jin. Dia tidak menyangka ada yang tahu tentang rahsianya yang satu ini.

"Malah Jin juga tahu yang ahjussi sendiri bunuh Jina iaitu anak ahjussi sekali. Ingat ahjussi, yang semuanya sudah selesai. Kerja Jin dah selesai. Jin dah berjaya membalas dendam untuk ahjumma serta Jina. Ini balasan yang setimpal untuk ahjussi" kata Jin.

Jin terus berjalan pergi dari Wongju. Wongju terus dibawa ke penjara oleh pegawai polis. Jin tidak menoleh walau sekilas untuk melihat Wongju. Tugasnya sudah selesai. Dia dah berjaya menunaikan permintaan terakhir ahjumma serta Jina. Dia hanya tersenyum dan terus melangkah menjauhi mahkamah.

~Bersambung

Hoho!! Nia berada di sini lagi gais😂😂 okaylah lah gais, lepas ni ialah bahagian epilog dan selesailah cerita ini! Nia harap korang suka cerita ni! Kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen!😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro