Epilog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jin hanya berdiri tanpa berkata apa-apa. Dia hanya meletakkan dua jambangan bunga lily putih di atas dua kubur. Jin memejam matanya sebentar lalu membukanya kembali. Angin lembut menerpa pada dirinya.

"Ahjumma... Jina... Permintaan kalian... Jin dah berjaya lakukannya" kata Jin.

Flashback-10 tahun yang lalu

"Jina! Tolonglah jalan perlahan sikit. Penatlah!" kata Jin.

Kelihatan seorang gadis berambut coklat gelap dengan mata coklat cerah yang berjalan dihadapan Jin, memusingkan badannya menghadap Jin.

"Alahh!~ Jin hyung jalanlah cepat sikit!" kata Jina.

Jina memegang tangan Jin lalu menarik lelaki itu agak berjalan lebih pantas.

"Jina, ahjumma kan dah cakap yang dia ada kat rumah ja. Janganlah gelabah sangat" kata Jin.

"Tapi, omma selalu kerja dan pulang lewat malam! Bila omma cutilah, Jina boleh luangkan masa dengan omma!" balas Jina.

Jin hanya tertawa kecil melihat adik sepupunya ini. Jina memang begitu. Sikapnya yang ceria dan peramah membuatkan orang selesa dengannya. Jin dan Jina baru sahaja pulang dari sekolah. Mereka berdua bersekolah di satu sekolah yang sama. Beza umur Jin dan Jina ialah dua tahun.

Akhirnya, mereka tiba juga di rumah. Jina terus masuk apabila pagar rumah dibuka oleh Jin. Kereta Wongju yang di parking di luar pagar rumah, menarik perhatian Jin.

'Aik? Bukan ahjussi kata dia balik minggu depan ke dari Jepun?' soal Jin di dalam hati.

Tiba-tiba, Jin terdengar suara jeritan Jina dari dalam rumah. Jin terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Jina! Apa yang dah ja-?!" kata Jin terputus.

Kelihatan omma Jina iaitu Kim Han jung tergeletak di lantai dengan keadaan yang mengerikan. Badannya hampir terputus. Darah mengalir keluar dari kakinya yang kini putus dan menampakkan isi serta tulang kakinya. Jin terus memandang keliling mencari Jina. Jin baru nak pergi mencari Jina di tingkat atas, kakinya tiba-tiba dipegang oleh Han jung. Jin terus melutut memandang Han jung.

"Ahjumma! Siapa buat macam ni? Apa yang jadi? Kenapa semua ni berlaku?" tanya Jin bertubi-tubi.

Han jung hanya tersenyum lalu mengusap pipi Jin, meninggalkan kesan darahnya pada pipi Jin.

"Ahjumma... Nak..ka..mu.." kata Han jung terputus-putus.

Nafasnya mula tersekat. Jin mula ingin menangis melihat Han jung seperti itu. Han jung cuba kuatkan diri untuk bercakap dengan Jin.

"Ahjumma! Jangan cakap lagi!" kata Jin.

Air matanya mengalir melihat keadaan Han jung yang mengerikan.

"Ahjumma... Nak... Ka... Mu... Ba... Las... Dendam... Kat... Dia" kata Han jung.

Terus mata Han jung terpejam sempurna. Dengupan jantungnya terus berhenti. Jin mengetap bibirnya melihat Han jun yang meninggalkan dirinya. Dia ibarat ibu kandungnya sendiri.

"Argh!! Tolong!!" jerit Jina.

Jin terus tersentak. Suara jeritan itu dari halaman belakang rumah. Jin terus bangun lalu berlari ke halaman belakang. Bila dia sampai di sana, matanya membulat besar. Apa yang dilihatnya, amat sukar dipercayai.

Kelihatan Wongju mengunakan mesin pemotong rumput memotong tangan Jina. Jina menjerit kesakitan apabila tangannya dipotong sebegitu. Jin terus berlari lalu menolak Wongju sehingga jatuh. Mesin pemotong rumput terus dicampak jauh-jauh.

"Jina! Telefon polis dan ambulans! Cepat!" jerit Jin.

Jin terus mencampak telefonnya kepada Jina. Jin terus berlawan dengan Wongju. Sementara Jin dan Wongju berlawan, Jina dengan penuh kesakitan menelefon polis dan ambulans. Dalam 10 minit kemudian, kedengaran siren polis dan ambulans di hadapan rumah.

Wongju yang mendengar siren tersebut, terus mengeluarkan pisau dari poketnya lalu berlari kearah Jina. Wongju terus menikam Jina tanpa henti. Jin terus menendang Wongju kuat. Jin terus memandang Jina yang cedera parah.

"Ji... Jina" kata Jin.

Air matanya mengalir lagi. Hatinya terasa ditikam dengan situasi sekarang. Jina memandang Jin sambil tersenyum mesra walau sedang kesakitan.

"Ji... Jina nak... Hyung... Ba... Las dendam... Kat... Wongju... Dia... Bu... Bunuh omma... Sebab... Ha... Harta" kata Jina.

Terus Jina terkulai di hadapan Jin. Jina sudah tiada lagi. Jin seolah rasa ingin menjerit kesedihan ketika itu. Tiba-tiba, dia terasa kepalanya dihentak sesuatu lalu dia terus jatuh terbaring diatas tanah.

Jin nampak Wongju ditahan oleh anggota polis. Jin juga boleh nampak ada beberapa orang berlari kearahnya. Tidak jauh dengan dirinya, dia nampak sebuah pasu dengan darah yang masih mengalir.

'Mungkin dia ketuk aku guna pasu' kata Jin di dalam hati.

Jin diangkat oleh anggota ambulans. Masa itu, dia nampak polis mengangkut mayat Han jung dan Jina ke dalam ambulans yang lain. Penglihatannya mula kabur lalu Jin terus tidak sedarkan diri.

End Flashback

"Jin rasa bertuah kerana masih hidup. Jin juga rasa gembira kerana Jin masih boleh ingat kejadian mengerikan tu walaupun ketukan tu agak kuat. Mungkin ia memang takdir Jin. Takdir Jin untuk menunaikan permintaan terakhir kalian. Jin berjaya membalas dendam kepada Wongju untuk kalian. Kalau kalian nak tahu, kalian bagai keluarga Jin sendiri. Ahjumma dan Jina selalu ada bersama Jin bila Jin perlu. Jin sayangkan ahjumma dan Jina" kata Jin.

Air matanya mengalir. Tiba-tiba, angin menderu kearahnya. Mata Jin terus membulat besar. Dia terasa seolah-olah ada memeluk dirinya. Jin terus mengukirkan senyuman.

"Jin hyung!" jerit Jungkook.

Jin terus berpusing kebelakang. Kelihatan ahli BTS yang berada di situ. Mereka menemani Jin ke situ untuk berjumpa Han jung dan Jina.

"Jin hyung! Jom balik! Kookie lapar!" jerit Jungkook.

"Tae pun!" sahut Taehyung.

Jin terus tergelak kecil apabila melihat Jungkook dan Taehyung dimarahi Jhope kerana menjerit di kawasan perkuburan. Kelihatan Jimin berjalan kearahnya. Jimin tersenyum kepadanya. Jimin terus menghulurkan tangannya kepada Jin.

"Jom Jin hyung. Kita balik ke dorm semula. Nanti ada masa, kita datang lagi" ucap Jimin.

Jin terus menganggukkan kepalanya. Jin menyambut huluran tangan Jimin. Jin terus tersenyum semula kepada Jimin. Mereka terus mula berjalan keluar dari kawasan perkuburan. Jimin terpandang kearah sebuah pokok. Kelihatan ada dua bayangan wanita berdiri di situ.

Jimin melihat salah satu darinya yang memiliki mata berwarna coklat cerah dan berambut coklat gelap mengerakkan bibirnya. Jimin mula membaca pergerakan bibir wanita tersebut.

"Terima kasih kerana menjaga Jin hyung. Saya dan omma saya rasa tenang melihat Jin hyung gembira. Buat dia gembira selalu. Jaga dia dengan baik"

Bayangan itu terus menghilang dengan senyuman yang indah. Jimin terus tergamam.

'Itu mesti Han jung dan Jina yang Jin hyung ceritakan' kata Jimin di dalam hati.

"Jangan risau. Kami akan jaga Jin hyung dengan baik. Kami tak akan buat dia sedih lagi. No more tears. Dia sempurna. He was good enough" kata Jimin perlahan.

Jimin terus berlari anak mendapatkan Jin yang berjalan sedikit jauh kehadapan darinya. Jimin tersenyum pada Jin begitu juga sebaliknya. Nampaknya, tidak semua orang mempunyai kehidupan yang sempurna. Tetapi mereka sentiasa berusaha yang terbaik demi orang disekeliling mereka.

Walaupun hati mereka hancur, mereka tetap berusaha. Kerana dalam diri manusia, pasti ada sebutir kecil harapan. Harapan yang besar sekali. Harapan yang membuat mereka bangkit demi semua orang. Betul kata orang, senyuman melambangkan 1001 rahsia disebaliknya.

The end

Hello gais! Akhirnya cerita ni dah tamat!😭😭 macam mana perasaan korang selepas habis baca cerita ni? Terima kasih kerana selalu menyokong Nia untuk teruskan cerita ni. Terima kasih sangat-sangat!😘😘 so... Korang promote lah cerita ni pada kawan korang yang lain! Kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen! Bye!💕💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro