Chapter 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada malam itu, Jin hanya duduk di dalam biliknya sahaja. Dia tidak mahu terserempak dengan Jhope lagi selepas apa yang jadi tengah hari tadi. Jin berbaring di atas katilnya sambil mendengar lagu miliknya iaitu Tonight.

Jin sudah makan roti yang dibawa dari dorm mereka di Seoul. Dia juga sudah memakan ubatnya memandang Bang PD-nim telah menelefonnya banyak kali mengingatinya untuk makan ubat. Sudah tentu dia tidak mampu menipu orang yang telah dianggap sebagai hyung sendiri itu.

Jin terus bangkit dari terus baring dan keluar dari biliknya. Sebelum itu, dia sudah mengambil dompet dan kunci biliknya. Earphone sudah berada di telinga kanan dan kirinya. Lagu-lagu miliknya terus dimainkan. Entah kenapa, moodnya pada malam ni. Tetiba nak dengar lagu sendiri.

Tiba-tiba, Jin terlanggar Taehyung yang berjalan kearah bertentangannya. PS4 yang dibawa oleh Taehyung jatuh berderai ke lantai. Terus Jin terkejut memandang keadaan permainan itu.

"Kenapa rosakkan game aku?!" tengking Taehyung.

"H-hyung minta maaf Tae. Hyung tak sengaja" ucap Jin rasa bersalah.

"Sikit-sikit tak sengaja! Hyung ni memang suka rosakkan barang kami kan?!" marah Taehyung.

"Kim Taehyung!" jerit seseorang.

Taehyung dan Jin terus berpusing memandang kearah orang tersebut. Rupanya, orang itu ialah Jhope. Dialah yang jerit nama Taehyung tadi.

"Kenapa Tae menjerit-jerit ni?" soal Jhope.

"Dia ni ha! Dia pergi rosakkan game aku! Menyusahkan!" jerit Taehyung.

Pang!!

Taehyung dan Jin terus tergamam. Sementara itu, Jhope memandang Taehyung tajam. Rupanya, Jhope telah menampar Taehyung kerana cakap Jin tu menyusahkan.

"Kenapa Tae kurang ajar dengan Jin hyung?! Dia lagi tua dari Tae! Dan Jin hyung dah kata yang dia tak sengaja?! Kau ingat benda macam ni boleh jangka ka?! And kau kata Jin hyung menyusahkan? Dia tak menyusahkan! Selebihnya, kita ni yang menyusahkan dia! Kau tau tak yang dia sakit sebab kita! Jin hyung sakit! Walaupun dia sakit, tapi dia tak pernah nak marah kita balik! Kalau nk salahkan seseorang, orang yang patut disalahkan ialah kita!" marah Jhope.

Air matanya mengalir sambil berkata-kata. Jin tergamam mendengar kata-kata Jhope. Taehyung juga terkejut mendengar kata-kata Jhope.

"J-Jin hyung... Sakit?" tanya Taehyung.

Jin terus melarikan diri dari situ. Dia terus berlari keluar dari resort tersebut. Membuatkan Taehyung dan Jhope terkejut. Jhope terus memandang Taehyung tajam.

"Kalau jadi apa-apa kat Jin hyung... Siap kau" kata Jhope.

Jhope terus lari keluar dari resort tersebut untuk mencari Jin. Taehyung masih terkaku di situ. PS4 yang sudah pecah berderai dipandang lama. Kemudian, kata-kata Jhope bermain di fikirannya. Taehyung terus menangis di situ.

Sementara itu, Jhope masih mencari kelibat Jin. Sudah merata tempat dia cari Jin tetapi tidak menjumpainya. Sekarang dia berada di satu jalan yang sunyi tidak jauh dari resort sakura.

"Jin hyung!" panggil Jhope.

Tiada sahutan dari Jin. Jhope mengenggam tangannya erat. Air matanya yang ditahan hampir mengalir.

"Hobi-hyung!" panggil seseorang dari belakang.

Jhope terus pusing ke belakang. Mata Jhope terus membulat terkejut. Rupa-rupanya, orang itu ialah Taehyung.

"Taehyung?" ucap Jhope terkejut.

"Tae nak ikut hyung cari Jin hyung! Tae tak sepatutnya kurang ajar tadi! Tae dah buat salah selama ni dengan Jin hyung! Tae nak Jin hyung balik!" kata Taehyung dengan mata berkaca-kaca.

Jhope terus memeluk Taehyung. Taehyung membalas semula pelukan tersebut. Jhope berasa lega yang Taehyung sudah sedar. Jhope terus melepaskan pelukan tersebut lalu memandang kearah Taehyung.

"Jom, kita cari Jin hyung sekarang" ajak Jhope.

Taehyung terus menganggukkan kepala tanda ya. Mereka terus sambung mencari Jin semula. Di salah satu lorong berdekatan dengan jalan Jhope dan Taehyung berada, kelihatan Jin berjalan di situ sambil memeluk dirinya.

'Menyesal tak pakai sweater sebelum keluar bilik tadi' kata Jin di dalam hati.

Jin terus berjalan tanpa arah sambil memeluk dirinya. Tiba-tiba, ada sekumpulan lelaki datang kearah Jin. Dalam sekelip mata, mereka sudah mengepung Jin dari melarikan diri. Salah satu dari mereka yang berpakaian serba berkot hitam berjalan kearah Jin.

Mata Jin terus membulat. Dia amat mengenali orang yang berada di hadapannya sekarang.

"Appa" ucap Jin perlahan.

Yes, itulah ayah Jin. Mr Kim memandang anaknya dengan senyuman sinis. Jin terus menggigil melihat senyuman tersebut. Itulah sebab yang membuatnya takut dari mula mereka datang ke Gwacheon. Dia takut berjumpa dengan ahli keluarganya. Sekarang, dia bernasib malang kerana terjumpa appanya.

Mr Kim terus menendang perut anaknya itu. Jin terus tersungkur ke tanah. Mr Kim memberi isyarat kepada anak buahnya yang lain untuk membelasah Jin.

"Itulah akibat kau lari dari sini" kata Mr Kim dingin.

Mr Kim terus pergi dari situ dengan menaiki sebuah kereta mewah. Anak buah Mr Kim terus belasah Jin selepas Mr Kim beredar dari situ. Jin cuba menahan setiap tumbukan dan tendangan tersebut. Dia bukan tidak mahu lawan balik tetapi dia tidak berdaya. Dia hanya seorang dan mereka pula ramai.

'Sesiapa tolong aku!!' jerit Jin di dalam hati.

"Woi!! Berhenti belasah hyung aku!!" jerit seseorang.

Jin terus memandang kearah orang tersebut. Rupanya, Jhope yang menjerit tadi. Disebelahnya, kelihatan Taehyung turut berada di situ. Jhope terus berlari dan menumbuk salah seorang dari anak buah Mr Kim. Taehyung juga melakukan perkara yang sama. Semua anak buah Mr Kim terus melarikan diri selepas dibelasah dengan Jhope dan Taehyung.

Jhope dan Taehyung terus berlari kearah Jin yang terbaring di atas tanah. Kelihatan keadaan Jin agak teruk. Darah mengalir keluar dari hidung serta mulutnya.

"Hyung bertahan! Biar Hope telefon PD-nim hyung!" kata Jhope.

Dengan segera, Jhope menelefon Bang PD-nim. Bang PD-nim agak terkejut dengan berita itu lalu menyuruh mereka membawa Jin ke hospital segera. Dia akan tiba di sana tidak lama lagi. Jhope terus menamatkan panggilan tersebut.

Jhope terus mengangkat Jin ke belakangnya dengan bantuan Taehyung kerana Jin sudah pengsan. Jhope dan Taehyung terus berlari sepantas boleh ke hospital.

'Hyung tolonglah bertahan!' kata Taehyung di dalam hati.

Setiba di hospital, jururawat dan doktor terus membawa Jin masuk ke wad kecemasan. Dalam 3 minit kemudian, Bang PD-nim tiba di situ dengan Jimin. Ketika hendak keluar ke hospital, Bang PD-nim terserempak dengan Jimin. Jimin terus bertanya pada Bang PD-nim tentang keberadaan Jin. Bang PD-nim terus memberitahu yang Jin masuk hospital. Jimin terus mengatakan ingin ikut sekali.

Mereka semua menunggu di luar wad penuh debaran. Setelah sejam menunggu, akhirnya doktor pun keluar dari wad kecemasan. Bang PD-nim terus pergi kearah doktor tersebut diikuti Jhope, Jimin dan Taehyung.

"Macam mana dengan keadaan Jin?" tanya Bang PD-nim.

"Keadaan dia stabil sekarang. Boleh saya nak tanya sesuatu?" tanya doktor tersebut.

"Tanya apa doktor?" soal Bang PD-nim.

"Kim seokjin ada penyakit ke? Sebab saya cek keadaannya, dia mengeluarkan darah yang banyak dari mulut dia" kata doktor tersebut.

"Sebenarnya... Jin mempunyai penyakit batuk kering tahap 3" ucap Bang PD-nim.

"Apa?!" jerit Jhope dan Taehyung terkejut.

~Bersambung

Pergh!!! Chapter ni memang menguji hati Nia betul! Nia hampir menangis😭😭. Sebenarnya, salah Nia sendiri. Tulis chapter ni sambil dengar lagu Tonight-Jin 😂😂. Okaylah, kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen. Bye!!😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro