Chapter 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sebenarnya, dah lama ke Jin hyung sakit?" soal Taehyung.

Sekarang, keempat-empat lelaki itu sedang berada di luar bilik Jin yang telah ditetapkan. Jin sudah dipindah ke wad biasa selepas selesai rawatan. Bang PD-nim juga telah menerangkan perkara sebenar kepada Jhope dan Taehyung. Mereka juga sudah mengetahui yang Jimin sudah mendapat tahu secara diam-diam.

"Dah lama. 4 tahun yang lalu, Jin dah sakit. Masa tu, hyung terjumpa Jin pengsan dalam dance room. Hyung terus bawa Jin ke hospital dan dapat tau yang Jin ada batuk kering. Masa tu tak terlalu teruk keadaan. Tapi... Sejak beberapa bulan lepas, dia hilang semangat dan mula tinggalkan rutin makan ubatnya" jelas Bang PD-nim.

"Sekarang, Jin hyung ada makan ubat tak?" tanya Jimin.

"Sekarang, dia dah mula makan ubat semula. Hyung tengok Jin pun macam sudah kembali seperti dulu" jawab Bang PD-nim.

"Apa maksud Hyung yang Jin hyung dah kembali macam dulu?" soal Jhope pula.

"Selain batuk kering, Jin mengalami Kemurungan. Dia hampir membunuh diri suatu ketika dulu tapi hyung sempat halang dia. Sejak hari tu, Jin lebih suka berpura-pura. Bila ditanya keadaan nya, jawapannya mesti 'kenapa pedulikan saya? Bukan semua bencikan saya?'. Tapi sejak seminggu yang lalu, hyung tengok Jin mula happy. Dia selalu bercerita tentang aktiviti yang dia buat bersama Jimin pada hyung" terang Bang PD-nim tersenyum.

Jimin, Jhope dan Taehyung tergamam mendengar kata-kata Bang PD-nim. Tidak sangka akibat perbuatan mereka, Jin sakit macam itu sekali.

"Lepas ni, Tae nak sentiasa bersama Jin hyung! Tae akan jaga Jin hyung sampai dia sihat macam dulu!" ucap Taehyung bersemangat.

Jimin dan Jhope terus menganggukkan kepala menyokong kata-kata Taehyung. Bang PD-nim tersenyum melihat mereka.

'Mereka sudah sedar. Sekarang, kamu mesti happy kan Jin?' kata Bang PD-nim di dalam hati.

"Jomlah, kita masuk dalam" ajak Jimin.

Mereka berempat terus masuk ke dalam bilik Jin. Kelihatan Jin sudah sedar dari pengsan. Mereka terus meluru kearah Jin yang sedang bersandar dengan bantal sebagai tempat bersandar.

"Jin hyung!" jerit Jhope, Jimin dan Taehyung serentak.

Bang PD-nim hanya mengelengkan kepala sahaja melihat perangai mereka. Jhope, Jimin dan Taehyung terus memeluk Jin. Pada mulanya, Jin agak terkejut tapi membalas semula pelukan tersebut. Air matanya mengalir.

"Jin hyung... Jangan tinggalkan kami" kata Jhope.

Jin hanya diam seketika lalu menganggukan kepalanya.

'Maafkan hyung hobi. Hyung terpaksa tipu kamu. Hyung tetap kena pergi sebab hyung dah sakit teruk. Hyung tak sanggup cakap sebab hyung terlalu takut' bisik Jin di dalam hati.

Sepanjang malam itu, mereka menghabiskan masa bersama. Jhope dan Taehyung bercerita pelbagai perkara kepada Jin. Jimin yang tidak mahu kalah terus bermanja-manja dengan Jin. Kelihatan Jhope dan Taehyung memandang Jimin dengan pipi dikembungkan.

Jin hanya tertawa melihat sikap mereka. Selama seminggu Jhope, Jimin dan Taehyung melawat Jin. Pada hari itu, Jin menyuruh mereka balik ke resort semula kerana jam sudah menunjukkan pukul 8:46 malam.

"Alaaa! Nak stay kat sini!" kata Jimin.

"Betul tu hyung! Hobi, Chim dan Tae nak stay kat sini" kata Jhope.

"Haih... Hyung bukan tak bagi kamu stay untuk malam ni tapi esok kamu bertiga sibuk kan? Lagipun apa kata member lain bila kamu asyik keluar masuk resort je? Latihan dance kamu pun, hyung tau yang kamu tak masuk. Tolong ya, hyung nak kamu balik dan buat latihan dance macam biasa okay?" tanya Jin lembut.

Akhirnya, mereka pun bersetuju dengan Jin. Mereka berjanji untuk datang melawat Jin selepas selesai urusan. Jin hanya tersenyum memandang mereka. Sementara itu, mereka sudah berada di resort. Mereka menaiki teksi dari hospital kerana jarak antara resort dan hospital sedikit jauh.

Sebelum mereka sempat masuk ke dalam bilik masing-masing, Namjoon datang kearah mereka lalu menyuruh mereka datang ke ruang mesyuarat yang ada di resort itu. Jimin dan Taehyung memandang pelik kearah Namjoon seketika tetapi Jhope menepuk bahu mereka perlahan.

Mereka terus ke bilik mesyuarat. Disana sudah ada Suga, Namjoon dan Jungkook. Masing-masing memasang muka ketat melihat kelibat mereka bertiga. Namjoon terus berdiri dari duduk.

"Selama ni apa yang terjadi?" tanya Namjoon.

"Apa yang terjadi?" soal Jimin semula.

"Jangan buat tak tahu!" bentak Suga.

Mereka terus terkejut mendengar bentakan dari Suga. Jungkook terus berdiri dan cuba menenangkan Suga. Namjoon memandang kearah mereka semula.

"Sebenarnya, kenapa korang tak masuk latihan selama seminggu ni? Apa yang korang rahsiakan dari kami? Dan mana... Kim Seok Jin?" tanya Namjoon.

Mereka bertiga memandang antara satu sama lain. Mereka berfikir untuk beritahu atau tidak kepada mereka. Kalau diberitahu, apakah mereka peduli? Mereka pun hampir menyesal seumur hidup apabila hampir kehilangan hyung mereka. Mereka pun belum bertanya kepada hyung tertua mereka itu pasal kumpulan  gengster yang membelasahnya.

"Adalah, kami keluar ke bandar.  Kami? Berahsia? Dengan korang? Jangan mengarut lah. Pasal Jin hyung, peduli apa kau?" kata Jhope.

Pangg!!

Semua orang tergamam. Jhope memegang pipinya yang terasa pedih. Namjoon telah menampar Jhope kerana Jhope kurang ajar dengan dia.

"Apahal kau tampar aku hah?!" marah Jhope.

"Sebab apa? Sebab kau kurang ajarlah!!" tengking Namjoon.

Namjoon mula ingin menumbuk Jhope tetapi ditahan oleh Suga dan Jungkook. Jhope juga tidak kalah dengan Namjoon. Jhope ditahan erat oleh Taehyung.

"Hentikan semua ni!!" jerit Jimin.

Suasana yang kecoh tadi terus bertukar ke suasana sunyi. Masing-masing agak terkejut mendengar jeritan Jimin. Jimin kelihatan amat marah ketika itu.

"Ini semua salah kita! Disebabkan kita, kita hampir kehilangan hyung tertua kita sendiri! Kalau Suga hyung, Namjoon hyung dan Jungkook nak tau, kami pergi ke hospital! Jin hyung masuk hospital! Dia tengah sakit! Dan dia sakit sebab kita! Kita yang tak pernah nak nampak diri dia! Kita buat seperti dia buat salah yang terbesar! Sedangkan yang bersalah sebenarnya ialah kita sendiri!!" terang Jimin.

Jimin terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu. Dia amat marah sangat. Dia marah dengan diri dia sendiri. Dia berasa kecewa kerana dia buat hyung dia sendiri merana kerana dia dan lain. Air matanya mengalir. Disekat dengan kasar pun, ia tetap mengalir.

Jimin terus masuk ke dalam biliknya apabila sedar yang dia sudah sampai depan pintu biliknya sendiri. Dia terus menutup pintu lalu bersandar dan perlahan-lahan dia terduduk di atas lantai. Air matanya mengalir semakin deras. Hatinya terlalu sakit.

Tetapi dia sedar yang sesakit dia, Jin mesti lebih sakit dari dia. Mengingati itu, sudah cukup buat Jimin menangis dengan lebih deras. Jimin terus menjerit sekuat hati. Dari disebalik pintu, Jhope dan Taehyung sedang berdiri sambil air mata mereka mengalir.

Taehyung terus terduduk di situ. Jhope memeluk Taehyung. Mereka dengar suara tangisan Jimin serta jeritannya. Ia sungguh pedih. Air mata mereka mengalir dengan lebih deras dari sebelumnya. Suga yang bersembunyi di sebalik dinding berdekatan mereka, turut tersandar pada dinding.

Air matanya juga mengalir. Dia mendengar suara tangisan Jhope dan Taehyung. Dia juga mendengar suara jeritan Jimin.
Namjoon yang masih di bilik mesyuarat hanya memandang kearah luar tingkap. Air matanya mengalir. Dia terus menjerit lalu membaling salah satu kerusi yang ada.

Jungkook terus keluar dari resort selepas semua kecuali Namjoon keluar dari bilik mesyuarat. Sementara itu di taman hospital, Jin yang masih terjaga sedang memandang kearah langit. Hatinya rasa perit sekali.

"Hyung..." panggil seseorang.

Jin terus memandang kearah orang tersebut. Matanya terus membulat besar. Dia agak terkejut melihat kehadiran orang tersebut di situ.

"Jungkook"

~Bersambung

Fuhhh...penat jari jemari Nia menaip ni😂 so macam mana? Okay ke tak chapter ni? Kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro