22 + bodoh dan cengeng

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

22 + bodoh dan cengeng

"AKU belum selesai dengan kau lagi."

Halilintar mengangkat kening. Memandang Solar yang sedang menatapnya tajam. Seakan ingin memakannya sahaja.

"Apa yang kau buat?" soal Halilintar dingin.

Rahang diketap Solar. Setiap kali melihat Halilintar, dia berasa kesal. Lelaki itu hanya anak angkat keluarga Grandville, tidak diketahui asal-usulnya. Bagi Solar ini tidak adil, kenapa dia perlu tunduk di hadapan manusia rendah seperti Halilintar?

Ini penghinaan. Solar membencinya, dia ingin Halilintar mati di tangannya. Hari ini, dia akan pastikan hidup Halilintar berakhir.

"Aku nak bunuh kau!" jeritnya kuat mampu memekakkan telinga para pelajar di dalam kelas ini. Halilintar masih mengekalkan wajah tenangnya.

"Sekarang kau boleh bunuh aku, kenapa kau tak lakukannya?" Halilintar bertanya aneh. Solar mengepal tangan membentuk penumbuk, bengang.

Membulat mata Halilintar apabila tiba-tiba Solar mencekik lehernya menggunakan kedua-dua tangan. Tatapan Solar ketika itu begitu tajam dan benar-benar ingin membunuhnya. Halilintar cuba mencari nafas.

"Kau kena lenyap dari dunia ni!"

Halilintar cuba melepaskan paksa kedua-dua tangan Solar yang mencekik lehernya. Biar betul lelaki ini ingin membunuh di dalam kelas. Namun tidak berjaya, Halilintar terpaksa menendang perut Solar agar Solar berhenti mencekiknya.

Terbatuk-batuk Halilintar, dia mula menyentuh leher yang mulai merah. Solar yang terjatuh ke bawah akibat ditendang mengangkat kepala memandang Halilintar, bawah bibir digigitnya kuat.

"Kenapa kau nak bunuh aku?" soal Halilintar tertanya-tanya. Semua orang jadi memandang mereka berdua.

Solar cuba bangkit sendiri. Sejak kecil, dia melihat Halilintar selalu mendapat perhatian dari banyaknya orang sedangkan Halilintar tidak melakukan apa-apa. Namun Solar yang berusaha agar dapat meraih perhatian mereka, tidak dihiraukan sama sekali.

Usahanya sia-sia selama ini. Mereka hanya memandang Halilintar, hanya kerana wajah tampannya! Ini tidak adil bagi Solar. Kerana itu Solar ingin melenyapkan Halilintar.

Walaupun harus membunuh, Solar sanggup.

"Sebab aku benci kau. Kau ada segalanya tanpa usaha apa-apa. Tapi aku? Aku dah berusaha, tapi kau rampas semuanya!" luah Solar yang selama ini terbuku di hati.

Halilintar mula menyilangkan tangan sambil menatap Solar. Terangkat kening Solar apabila Halilintar mula mendekat.

"Apa maksud kau? Kau benci aku kerana semua tu? Kau bodoh, ya?" soal Halilintar. Solar lantas menarik kuat kolar seragam Halilintar menyentakkan mereka yang berada di dalam kelas.

Rahang diketap Solar. Dia begitu membenci wajah tenang Halilintar.

"Diam kau! Kau dah tak lama lagi akan mati di tangan aku, bukan ke sepatutnya kau ucapkan kata-kata terakhir?" sinis Solar mencadangkan buat Halilintar terdiam seketika.

Solar tersenyum senget menatap wajah Halilintar.

"Lepas aku bunuh kau, aku akan bunuh abang kau. Aku akan bunuh mereka yang anggap aku lemah, aku akan buat sekolah ni jadi milik aku!" katanya di hadapan Halilintar.

Halilintar tidak mengerti, apa seronoknya membunuh? Pergelangan tangan Solar yang sedang menarik kolarnya mula ditahan buat Solar mengangkat kening.

"Lepas kau dah dapat apa yang kau nak, apa yang akan kau buat seterusnya?" Solar terkelu lidah mendengarnya.

Digenggam kuat pergelangan tangan Solar buat Solar berasa sakit. Tajam tatapan Halilintar ketika itu, dia mula mengundurkan tubuh Solar ke belakang secara perlahan.

"Apa kau takkan menyesal?" Ditahan tubuh Solar hingga ke dinding buat pergerakan Solar terhalang. Solar mengetap bibir, semakin benci dia melihat wajah Halilintar.

"Aku bukan Hayes yang terlalu baik sampaikan biar orang lain buat dia. Kalau kau kenal aku siapa sebenarnya, kau mesti akan takut dengan aku." Solar tidak mengerti apa yang sedang Halilintar katakan.

Semakin kuat Halilintar mencengkam pergelangan tangan Solar. Solar mula berasa ada sesuatu yang masuk ke dalam dirinya.

"Argh! Akh!" teriaknya sakit. Tangannya terkena kuasa kilat milik Halilintar.

Tubuh Solar mulai jatuh terduduk, terlalu sakit. Halilintar akhirnya melepaskan tangan Solar buat Solar jadi memandang tangannya sendiri. Lelaki itu mula angkat kepala memandang Halilintar yang sedang menatapnya.

Dia... sedang berlutut di hadapan Halilintar? Solar menggeleng laju, ini tidak mungkin terjadi.

Selama ini dia sudah berusaha keras, kenapa sekarang dia tunduk di hadapan Halilintar yang dibencinya?

"Kau dah kalah. Walaupun kau cuba menyerang aku lagi, lagi teruk kau kena." Solar mengetap bibir, dia tidak mahu mendengar itu.

"Jadi hamba aku." Tersentak Solar mendengarnya. Apa yang sedang dibicarakan Halilintar?

"Aku tertarik dengan kebodohan kau." Entah kenapa Solar kesal mendengarnya. Tajam dia tatap iris merah milik Halilintar.

"Jangan mimpi aku akan jadi hamba kau!"

Halilintar buat-buat tidak dengar. Tiba-tiba dia menangkap esakan kecil lelaki itu, apa Solar sedang menangis? Lelaki itu tunduk tidak memandangnya, seakan-akan sedang menyembunyikan air mata.

"Aku akan tinggalkan kau kalau kau masih menangis. Dasar cengeng." Terhinjut kedua-dua bahu Solar mendengarnya. Tajam betul telinga Halilintar.

"Aku tak menangislah, gila!" Halilintar hanya berpaling tubuh tidak memandang Solar, melangkah pergi meninggalkan lelaki itu selamba.

Solar mula menumbuk lantai kerana kesal. Dia masih belum boleh menerima kekalahan ini.

+++

"MEREKA dah gila?"

"Aku tak sangka dia tunduk juga di hadapan Halilintar..."

Rasa geram bercampur kesal. Solar memandang belakang tubuh Halilintar yang berjalan di hadapannya. Siapa sangka pada akhirnya dia menjadi hamba lelaki ini? Tangan dikepal membentuk penumbuk.

"Ah!" Seorang gadis yang sepertinya sengaja melanggar Halilintar mengejutkan mereka semua yang berada di koridor sekolah. Tumpah air kopinya pada kemeja sekolah Halilintar.

Gadis itu teragak-agak ingin angkat kepala memandang Halilintar. Wajahnya automatik membahang, ini pertama kali dia melihat wajah Halilintar sedekat ini. Jantungnya mula berdetak kencang.

"Ma... maaf. Saya betul-betul tak sengaja!" jelasnya menunduk tidak memandang Halilintar.

Tiba-tiba gadis itu mengeluarkan sapu tangan lalu selamba badaknya mengelap kemeja sekolah Halilintar.

"Aduh, tak dapat hilang. Apa kata awak buka baju tu nanti saya suruh maid saya cuci..."

Membulat mata gadis itu, begitu juga dengan mereka yang berada di koridor sekolah apabila Halilintar terus membuka kancing kemeja satu per satu. Semakin merah padam wajah gadis itu dibuatnya.

"Ap... apa yang awak buat? Ah!" jeritnya takut apabila Halilintar selesai membuka kemeja sekolah. Laju gadis itu memalingkan wajahnya.

Halilintar meraup rambutnya yang terjuntai ke dahi ke belakang. Gadis aneh, tadi suruhnya membuka baju sekarang malu sendiri? Kemeja sekolah yang terkena air kopi mula diserahkan kepada Solar yang agak blur.

"Dia yang akan cuci baju aku, jadi jangan ganggu jalan aku," ujarnya dingin buat gadis itu ternaik bahu. Dia baru sedar telah menghalang jalan Halilintar.

Gadis itu cepat-cepat pergi dari situ dengan perasaan malu. Solar yang masih tidak mengerti, memandang kemeja sekolah yang diserahkan Halilintar. Lelaki ini suruh dia mencuci? Dia tidak salah dengar, kan?

Solar cuba menahan malunya sekarang. Lelaki ini berjalan dengan telanjang dada, dah gila, ke? Orang-orang pandang kut! Sebenarnya Solar agak terkejut melihat tubuh Halilintar penuh dengan luka, begitu juga tembakan peluru. Tetapi apabila dilihat semula, ternyata Halilintar workout, ya?

Tidak hanya wajah yang sempurna, tubuhnya juga! Semakin benci Solar dengan Halilintar.

"Hoi! Aku takkan cuci benda ni!" bentak Solar buat langkah Halilintar terhenti.

"Jadi kau nak cuci badan aku? Kebetulan airnya juga terkena kulit aku." Merah padam wajah Solar mendengarnya.

"Kau gila, hah?"

Halilintar mengangkat kening, dia sedang menatap Solar yang dari tadi tidak puas hati dengannya.

"Kalau aku gila, kau pun gila."

Tersentak Solar mendengarnya. Halilintar berpaling tidak menatap Solar lalu meneruskan langkahnya. Dia cuba menahan senyum, lucu melihat wajah kesal Solar. Ini pertama kali dia mengusik orang, ternyata menyeronokkan.

"Kaulah yang gila! Aku betul-betul takkan cuci benda ni! Woi, tunggu aku!"

+++

"KAU orang kawan aku!"

Pandangan mereka mulai aneh memandang Solar. Solar menggelengkan kepala sambil menekup telinga, ini tidak mungkin berlaku. Kenapa? Kenapa kawan-kawannya tidak mengajak dia lepak bersama?

Sedangkan mereka selalu mengajaknya!

"Kalau tak ada aku, apa kau orang boleh buat, hah? Aku berkawan dengan kau orang, tapi macam ni kau orang buat aku?" soalnya sinis sambil memandang tiga rakannya. Mereka berada di dalam kelas.

Mark mula mengeluh berat. Dah lama dia geram dengan Solar, namun ditahan sahaja. Dia berkawan dengan Solar pun sebab lelaki itu gila. Namun segila-gilanya Solar, akhirnya tunduk di hadapan Halilintar?

"Kau fikir kau penting sangat? Kalau tak ada kau pun, semuanya akan berjalan macam biasa, sial," balas Mark kesal.

"Apa kata kau? Kau nak mati ke, hah?" Bengang Solar dibuatnya. Ditarik kolar seragam sekolah Mark menggunakan kedua-dua tangannya.

Mark cuba mengawal ekspresi marah. Dia tahu Solar sedang ingin membunuhnya sekarang. Selama ini dia berkawan dengan Solar yang gila, sekarang Mark menyesal. Lelaki itu hanya memikirkan dirinya sendiri.

"Kau nak bunuh aku? Bunuhlah! Aku dah lama bersabar dengan kau," cabar Mark. Dah alang-alang Solar tengah bengang sekarang.

Solar mengetap rahang. Penumbuk dilepaskan kuat mengenai pipi Mark hingga jatuh terjelepok. Mark mengelap darah hujung bibir akibat tumbukan Solar. Turun naik nafas Solar ketika ini. Beberapa kawan Mark cuba membantu Mark berdiri dengan baik.

Tidak menyangka Solar akan menyerang kawannya sendiri.

"Bangkitlah! Lemah, aku tumbuk sikit dah jatuh!" Mark berdecit kesal. Nasib ada kawan-kawan membantunya berdiri.

Mark tahu dia tidak akan menang melawan Solar. Tetapi kerana rasa marahnya yang membuak-buak, mereka berdua jadi bergaduh bagai nak gila. Tak boleh nak guna kuasa sangat, kang hancur kelas ini dibuat mereka.

Solar mengelap keringat yang jatuh. Dia melihat Mark yang sudah tidak bertenaga lagi ingin melawan. Wajahnya penuh dengan darah ditumbuk Solar, seluruh badan Mark sakit-sakit. Solar hanya menayangkan senyuman sinis.

"Apa yang kau orang buat? Semua orang dah balik, kau orang masih di sini?" Ternaik kedua-dua bahu Solar dan Mark saat mendengar suara Halilintar.

Halilintar tidak terus pulang ke rumah, dia sempat menjalani latihan pedang bersama Ice. Halilintar pergi ke kelas hanya ingin mengambil beg sekolahnya yang tertinggal, tiba-tiba terdengar bunyi bising dari kelasnya.

Mark mendecit kesal. Lelaki itu terus meninggalkan Solar begitu sahaja dibantu kawan-kawannya. Halilintar sempat memandang Mark yang pergi tanpa sepatah kata.

Hanya tinggal dia dan Solar.

"Sial! Kau nak lari mana, hah? Aku belum lagi selesai dengan kau!" Halilintar hanya diam melihat Solar yang teriak seperti orang gila.

Kaki melangkah menuju ke meja belajarnya seraya beg sekolah disandang pada bahu. Sempat mata merah Halilintar mengerling ke arah Solar yang jatuh terduduk.

Hah, lelaki itu menangis lagi. Sudahlah bodoh, cengeng pula.

"Kau tak nak balik?" soal Halilintar buat Solar berasa marah.

"Kau ingat ni lawak ke, hah?" Terangkat kening Halilintar. Apa dia salah bicara?

Halilintar mengetap bibir.

"Kalau kau tak nak balik, ada aku kisah? Huh." Dengan rasa kesal Halilintar berpaling tidak memandang Solar. Dia bukannya tahu pujuk orang menangis.

Solar menumbuk lantai. Sakit tangannya dibiarkan. Kelibat Halilintar sudah menghilang meninggalkannya. Air matanya mengalir lebat membasahi kedua-dua pipi. Dia tidak berniat menangis di hadapan Halilintar.

Kenapa Halilintar jadi melihatnya menangis?

Finished on Wednesday, 28 February 2024
Published on Saturday, 16 March 2024

1705 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro