23 + cahaya yang indah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

23 + cahaya yang indah

HARI ini.

Hayes mengetap bibir, akhirnya tiba masanya dia bertukar tubuh dengan Halilintar. Kesempatan ini akan Hayes gunakan untuk memujuk si gila itu agar mendengarkannya.

"Hei, hei. Di sebelahnya tu Solar gila membunuh, kan? Hik!"

"Haliku kenapa dekat dengan orang seperti tu?"

Namun apa yang telah ayah lakukan minggu lepas sampai heboh begini? Berkeringat seluruh tubuh Hayes, dia tidak sangka di sebelahnya ada Solar. Masih teringat jelas dia pernah berkelahi dengan lelaki itu.

Rasanya tidak menyenangkan.

Solar cuba mengawal ekspresi. Berkat berada di dekat Halilintar, semua mata-mata tertuju ke arah mereka! Jujur, Solar senang sekali! Hatinya sudah teriak kegembiraan.

"Kenapa kau ikut aku? Jangan ikut aku!" marah Hayes tidak senang. Dari tadi Solar mengikutinya. Orang-orang tengah melihat mereka tau!

Hayes tidak berniat menjadi perhatian orang ramai.

Solar mengangkat kening, masih mengikuti langkah Hayes. Ekspresi kesal ditunjukkan ke arah Hayes buat Hayes tidak sedar menelan liur.

Seram.

"Suka hati akulah! Mulai hari ni aku akan lebih sering di dekat kau." Kerana itu, semua perhatian tertuju ke arahnya! Ah, senangnya hati! Solar memicit lembut hidung sendiri, cuba menahan rasa gembira yang melonjak-lonjak.

Tercengang Hayes mendengarnya, laju dia menggigit kuku sendiri. Kalau begini, bagaimana dia ingin berjumpa dengan Gempa? Kenapa Halilintar membuatnya begini? Hayes mula mengusutkan rambut sendiri.

Ini sulit. Hayes cuba melarikan diri dari Solar yang tidak henti-henti mengikutinya. Ini seperti dikejar hantu tau! Mengerikan.

Buk!

"Adoi!" Kepala Hayes terhentak dengan kepala seseorang. Laju tangannya mengurut dahi yang merah, gara-gara nak lepas daripada Solar.

Alette cuba mencelikkan matanya seraya angkat kepala memandang Hayes. Hayes terpinga-pinga saat matanya bertembung dengan sepasang iris merah jambu milik Alette.

"Apa... awak!" Laju Hayes menekup mulut Alette seraya menarik tangannya pergi dari situ. Alette masih tertanya-tanya, tidak mengerti.

Turun naik nafas Solar mengejar Hayes. Mana keberadaan lelaki itu? Decitan kesal keluar dari bibirnya. Kakinya mula berlari ke arah lain, tidak sedar bahawa Hayes sedang menyorok di bawah kerusi panjang yang tersedia.

Alette mencelikkan mata, tersentak gadis itu saat kedudukannya dengan Hayes begitu dekat.

"Eh, awak bukan Hali?" soal Alette. Dia mula keluar dari bawah kerusi panjang saat keadaan sudah aman. Hayes juga turut keluar.

Sakit pinggangnya menyorok bawah kerusi. Hayes mengurut perlahan pinggangnya seraya tersenyum memandang Alette. Nasib dia bertemu ibu, kalau tidak pasti Solar dapat mencarinya.

"Aku Hayes, ibu. Maaf dah susahkan ibu, aku baru kena kejar oleh orang gila," ujarnya sambil cuba mengatur nafas. Tersentak Alette mendengarnya.

"O... orang gila?" Tersedak angin Hayes mendengarnya.

"I... ibu tak payah fikirkan lagi. Hahaha." Tawa janggalnya keluar, laju Hayes tidak memandang ibu seraya menggigit kukunya sendiri. Dia tidak ingin mengingat Solar lagi.

Alette mengemam bibir lembut. Apa dia perlu memberitahu Hayes yang Halilintar seorang homoseksual? Bagaimana ini? Kenapa Halilintar ada perasaan terhadap Hayes? Dia kan baru sahaja berkawan dengan Hayes!

Takkan Alette mahu putus kawan pula, dia tidak sekejam itu.

Apa-apa pun, tanya dulu kepada Hayes!

"Ha... Hayes, boleh kita berbual sekejap? Di tempat yang tak banyak orang." Hayes mengangkat keningnya. Tiba-tiba?

+++

HAYES... ah. Dia memang aneh, sejak awal bertemu, lelaki itu berperangai aneh. Halilintar duduk di atas katil sambil merenung kosong.

Dia tidak minta perasaan ini. Kenapa hatinya panas setiap kali membayangkan Hayes bersama orang lain? Walau itu lelaki mahupun perempuan. Tidak suka, seakan-akan miliknya dirampas. Sedangkan dia yang dulu mengenali lelaki itu.

Kenapa? Kenapa dia malah sendirian di dunia ini lagi? Halilintar fikir Hayes dapat memberinya cahaya untuk keluar dari kegelapan ini.

Sesak. Nafasnya bagai tersekat.

"Sepatutnya Hayes dah balik dari sekolah, kenapa dia masih tak datang-datang? Dia tinggalkan aku?" Halilintar menyoal resah. Gara-gara sering meluangkan masa bersama lelaki itu, dia jadi takut ditinggalkan.

Jelaskan kepadanya apa perasaan membuak-buak ini. Entah sejak bila Halilintar mengalaminya, dia sudah tidak tahan lagi memendam. Apabila di dekat Hayes, dia ingin melakukan sesuatu yang disukai lelaki itu. Ingin tahu apa yang lelaki itu lakukan dan sentiasa tertanya-tanya ke mana perginya.

Perasaan ini begitu menyesakkan.

"Ayah!" Halilintar angkat kepala saat dengar dirinya dipanggil. Merah wajahnya apabila Hayes benar-benar berada di hadapan matanya.

Hayes... berlari ke sini untuk menemuinya?

"Kau dah balik?" Halilintar cuba menyoal sambil mengatur ekspresinya. Dia masih belum ingin Hayes mengetahui tentang perasaannya.

Bagaimana kalau hubungannya dengan Hayes malah renggang kerana perasaan ini? Apa lelaki itu akan membencinya kerana merasa jijik? Takut. Halilintar cuba menyembunyikan rasa takut yang dialami.

Dia tidak ingin ditinggalkan.

Hayes mengetap bibir. Ternaik bahu Halilintar yang merupakan hantu apabila Hayes tiba-tiba mendekatinya. Wajah lelaki itu seakan marah, apa Halilintar berbuat kesalahan?

"Kenapa ayah?" Terangkat kening Halilintar. Dia lihat Hayes sedang mengepal tangan membentuk penumbuk.

"Ayah sepatutnya sukakan ibu, bukan aku!"

Ah, Hayes sudah tahu? Siapa yang memberitahunya? Hanya gadis itu yang tahu Halilintar menyukai Hayes. Bawah bibir digigit Halilintar, menggenggam erat cadar katil.

Hayes tidak boleh tahu perasaannya, kenapa boleh jadi begini?

"Apa perempuan tu beritahu kau?" Halilintar cuba bertanya. Hatinya mulai resah, takut dianggap jijik oleh Hayes.

Tubuh Halilintar bergetar hebat.

"Jadi semua tu betul? Ayah betul-betul ada rasa kat aku? Sejak bila? Kenapa? Kenapa ayah tak beritahu aku? Jawab aku!" desaknya, mahu hilang suaranya kerana menjerit. Tajam Hayes menatap Halilintar yang diam tidak bersuara.

Hayes menekup mukanya menggunakan kedua-dua tangan. Sedangkan dia belum dapat menghentikan pembunuhan di Oak Valley, sekarang tambah satu lagi masalah. Tubuhnya jatuh terduduk di hadapan Halilintar buat Halilintar tergamam.

Tangan Halilintar yang cuba menyentuh kepala Hayes dihentikan niatnya. Dia bahkan tidak dapat menyentuh Hayes kerana dia hantu. Apa gunanya?

"Kau jijik dengan aku?" Jeda. Hayes mengetap bibir, kenapa ayah bertanya begitu?

Kedua-dua tangan yang menekup muka dijatuhkan. Angkat kepala cuba menatap Halilintar sedangkan matanya berkaca. Hayes lelah, dia ingin semua ini selesai. Namun ayah tidak memahaminya.

Apa cuma dia yang berusaha keras mengubah masa depan?

"Aku jijik. Tolong buang perasaan ayah. Aku pasti perasaan ayah cuma sesaat, jadi ayah... ayah tak boleh suka aku."

Kerana Halilintar berasa menjadi boneka, lelaki itu kesepian. Dia tidak tahu erti cinta yang sebenarnya, namun sejak berjumpa ibu, ayah jatuh cinta pandang pertama. Bagi Halilintar, Alette ialah cahaya yang menerangi kegelapannya.

Namun kali ini berbeza, ayah bertemunya dahulu dan jatuh cinta. Ini silapnya, sepatutnya dia tidak merosakkan pertemuan Halilintar dan Alette kalau tahu risikonya begini. Apa ayah boleh mencintai ibu lagi kerana kecuaiannya ini?

Kenapa semua tidak berjalan sesuai keinginannya?

"Aku nak ayah bahagia. Suatu hari nanti, aku akan pastikan perasaan ayah menghilang terhadap aku. Aku akan berusaha lebih keras supaya ayah dan ibu boleh bersama. Kerana tu ayah, tolong bersabar sikit, okey?" Bungkam Halilintar mendengar kata-kata Hayes. Dia tahu Hayes sedang menyalahkan dirinya sendiri.

Apa kerana perasaannya Hayes jadi kena berusaha lebih keras? Selama ini dia menyusahkan Hayes. Dia terlalu mementingkan perasaannya, sedangkan Halilintar tahu.

Dia dan Hayes memerlukan antara satu sama lain.

"Aku... apa aku boleh mencintai perempuan?" soalnya teragak-agak.

Hayes tersenyum tipis seraya angguk kecil. Halilintar memegang belakang tengkuknya lalu berpaling tidak memandang Hayes.

"Kau juga, kalau ada masalah jangan berahsia. Kau anggap aku ni apa? Aku... aku juga nak membantu."

Demi masa depan yang diinginkan. Hayes tergamam mendengarnya, tidak lama itu bibirnya mengukir senyuman. Selama ini Hayes berusaha sendirian ingin mengubah masa depan.

Tetapi sekarang dia tidak lagi sendirian di dunia ini.

"Terima kasih, ayah."

Kerana ada ayah dan ibu yang menemaninya.

Finished on Thursday, 29 February 2024
Published on Monday, 18 March 2024

1205 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro