24 + tawaran

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

24 + tawaran

MEREKA berdua saling bertatapan berhadapan meja makan. Dia belum ingin memejamkan matanya kerana takut kalah, lawannya pula hebat sekali dalam bermain mata.

Ini perlawanan tatap mata!

"Ah, aku kalah." Riang hati Hayes apabila akhirnya Gempa memejamkan mata sendiri. Hati sudah bersorak gembira. Yes, menang!

Gempa melihat wajah Hayes yang senang. Boleh pula lelaki itu ambil kesempatan untuk lawan mata.

"Kenapa kau nak jumpa aku? Takkan sebab kau nak aku buat perlawanan tatap mata kat sekolah, kan?" teka Gempa lalu menyuakan potongan daging ke dalam mulut, mengunyah perlahan.

Hayes turut makan. Jarang-jarang Gempa ada di rumah kerana lelaki itu sibuk dengan kerja di sekolah. Ini kesempatan untuk memujuk Gempa. Ralit Hayes menghias makanan diperhati Gempa, Gempa tercengang.

Soalannya diabaikan adik sendiri?

"Nyum! Yummy, yummy!" Selamba Hayes menikmati makanannya sendiri. Makanan lazat memang harus dinikmati begini!

Apa adiknya suka berubah-ubah personaliti? Gempa mendiam sahaja. Tidak lama itu Hayes selesai makan lalu angkat kepala memandangnya buat Gempa mengangkat kening. Senyuman di bibir sengaja dihadiahkan kepada Gempa.

"Kau memang suka simpan rambut panjang? Sesuai sekali, aku suka!" puji Hayes tiba-tiba buat Gempa terkebil-kebil. Buang tabiatkah adiknya sekarang?

"Ah, aku tiada masa nak potong rambut sebab terlalu sibuk," balas Gempa teragak-agak. Kenapa dia jadi janggal dengan adiknya sendiri, ini tidak biasa!

Terangguk-angguk Hayes mendengarnya. Sekarang tiba masanya untuk bertanya Gempa. Tidak tahulah berhasil ke tidak, tetapi kenapa seluruh tubuhnya menggigil begini? Relax la Hayes, dia cuma abang gila yang menyayangi adiknya. Pasti kali ini Gempa akan mempertimbangkannya.

Gulp. Air liur diteguk Hayes.

"Apa... apa kau ada sebab biarkan pembunuhan terus berlangsung di sekolah?" soal Hayes teragak-agak.

Gempa berhenti makan daging tatkala mendengar pertanyaan Hayes. Mata kuning keemasannya menatap sepasang iris merah milik Hayes.

"Kau fikir apa sebab aku jadi macam ni?" Terangkat kening Hayes mendengarnya. Apa maksud si gila ini?

Gempa mula menggigit gelang getah di pergelangan tangan lalu menarik keluar. Kedua-dua tangan mula mengikat rambut yang panjang sambil menatap Hayes yang masih blur. Lelaki itu diam tidak membalas, mungkin masih berfikir.

"Sebenarnya kenapa kau tiba-tiba nak hentikan pembunuhan tu? Kau selalunya tak halang aku." Tergamam Hayes mendengarnya, selama ini Halilintar tahu Gempa berbuat seperti ini?

Tetapi Halilintar hanya diam, tidak berniat ingin memberitahu semua orang bahawa Gempa telah membuat para pelajar saling berbunuhan.

"Kau seperti orang yang berbeza, Hali. Mana adik aku yang aku kenal? Kau tak seperti ni," katanya dengan nada sedih. Hayes mula memasang wajah jengkel, dasar si gila yang licik. Dia ingat perbuatannya tidak akan diketahui sampai bila-bila?

Hayes masih tertanya-tanya kenapa Halilintar tidak menghalang perbuatan Gempa. Apa ayahnya ada sebab berbuat begitu? Ah, kenapa ayahnya begitu banyak rahsia? Wajah Halilintar juga selalu beriak kosong, sukar untuk tahu apa yang difikirkannya!

"Beritahu jelah sebab kau buat macam tu, apa susah?" Bengang Hayes dibuatnya. Dia akan pastikan Gempa buka mulut.

"Kenapa kau nak tahu? Tak penting untuk kau tahu." Tenang sahaja Gempa menjawab. Gempa yang baru ingin menghirup air kopi tiba-tiba tumpah airnya dek meja ditepuk Hayes kuat.

Tajam mata Hayes menatapnya bagai ingin makan Gempa. Gempa telan liur.

"Beritahu! Kalau kau tak nak beritahu, aku lari rumah. Biar aku minta simpati orang dengan wajah ni, mereka pasti sudi beri aku tempat tinggal!" ugut Hayes, jika harus menjual wajah ayah, dia sanggup. Terima ayah kerana terlahir sangat tampan!

Ternganga Gempa mendengarnya. Biar betul adiknya ini? Adiknya yang selalu diam dan menurut, mana mungkin membuat keputusan seperti ini. Hayes sudah menayangkan senyuman senget, sejahat-jahat Gempa, lelaki itu pasti masih ada rasa sayang terhadap adiknya.

"Kau dah gila? Kenapa aku nak kau hidup jadi pengemis jalanan kalau kau adik aku? Hali, please jangan buat benda bodoh." Tersentak Hayes mendengarnya. Bo... bodoh?

Dahi diurut lembut oleh Gempa. Adiknya bertingkah aneh.

"Aku sayang kau. Jadi boleh kali ni kau diam dan menurut macam dulu? Kau dah berubah, Hali. Apa kau memang nak aku buang kau? Aku tahu kau pasti tak nak aku tinggalkan kau, kan? Kau cuma ada aku," bicara Gempa panjang lebar. Dia sangat tahu seperti apa Halilintar.

Lelaki itu takut ditinggalkan. Jadi selama ini Halilintar menurut seperti orang bodoh kerana tidak mahu Gempa membuangnya. Di sini tempat yang paling selamat bagi Halilintar.

Hayes mengepal tangan membentuk penumbuk.

"Kalau kau betul-betul sayang aku, buat apa yang aku suruh. Hentikan pembunuhan di sekolah. Kenapa kau tak buat? Apa kata-kata sayang kau tu cuma palsu belaka? Aku tak kira, aku akan lari rumah kalau kau tak nak dengarkan aku!" Hayes masih tidak ingin putus asa. Gempa mengetap bibir, kenapa Halilintar masih tidak dapat memahaminya?

"Hish, kenapa kau degil sangat ni, Hali? Siapa yang racun kau?" Boleh naik angin Gempa dibuatnya kalau Halilintar seperti ini.

"Aku dari dulu memang degil! Kau je yang tak tahu. Kalau kau tak nak beritahu, biar aku cari tahu sendiri tujuan kau!" Segera Hayes bangun dari terus duduk, lama-lama cakap dengan Gempa boleh buat gunung berapi dalam dirinya meletup.

Gempa hanya melihat Hayes yang pergi meninggalkannya begitu sahaja, mungkin lelaki itu ingin ke sekolah sendirian tanpa dia. Kepala dihentak lembut atas meja makan, hatinya mulai berasa resah. Apa Halilintar betul-betul ingin lari dari rumah?

Bawah bibir digigit Gempa lembut.

'Macam mana aku nak beritahu kau, Hali? Aku benci dan sayang kau. Tapi kau tak faham aku...'

+++

"HEI, kalau ada orang nampak kita macam mana?"

"Kenapa kau takut? Kita dah kawan sejak kecil. Jangan takut, tiada apa-apa yang akan berlaku."

Solar meneguk liur. Dia memang berkawan dengan Mark selama ini, tetapi Solar ada satu lagi kawan. Kawannya lebih gila daripada Solar, semua perbuatannya ditutupi dengan wajah polos seperti bayi itu.

Thorn Sebastian, lelaki itu lebih gila.

"Apa kau baru saja bunuh orang? Aku tak sangka kau sesuka tu dengan darah manusia," ujar Solar yang sudah berpeluh-peluh. Mereka berada di tandas.

Thorn tersengih-sengih. Kedua-dua pipi Solar dipicitnya, suka melihat wajah Solar yang kelihatan jengkel. Wajah Thorn jelas dengan percikan darah, memang sah lelaki itu baru sahaja membunuh.

"Hah, apa aku boleh bunuh kau juga, Solar?" soal Thorn yang mula tidak keruan. Kedua-dua tangan Thorn sudah mencekik lembut leher Solar.

Solar tersentak. Dia cuba menghentikan perbuatan Thorn. Nasib tiada orang yang datang ke tandas waktu-waktu begini.

"Kau dah gila? Aku ni kawan kau." Thorn mengangkat kening, ketawa terbahak-bahak tanpa sebab mengagetkan Solar. Parah ini budak.

Merah-merah wajah Thorn menatap Solar, cuba menahan tawanya. Wajah Solar kelihatan lucu saat cuba menghalang perbuatannya.

"Betul cakap kau, kau memang kawan aku. Solar, kau tak rasa tawaran aku ni menarik? Mari bunuh ketua, bukan keinginan kau akan tercapai dengan bantuan aku? Aku sanggup lakukan apa sahaja demi kawan aku," pujuk Thorn yang masih dalam nafsu membunuhnya. Dia sudah membayangkan tubuh Gempa berdarah dan isi tubuhnya terpisah berselerak.

Merinding Solar mendengarnya. Ada banyak orang ingin membunuh Gempa, namun tidak berjaya kerana Gempa paling berkuasa. Tawaran Thorn amat gila, namun Solar masih mengimpikan menjadi yang teratas.

"Aku juga dengar Blaze dan Ice bercadang nak bunuh ketua. Bukan ke ni lebih menyeronokkan? Siapa yang dulu akan bunuh ketua? Ah, aku tak sabar menantikannya!" jerit Thorn keriangan. Dia tidak sengaja terdengar perbualan Blaze dan Ice saat Thorn ingin melawat Blaze yang masih belum boleh menerima kematian Asteria.

"Nah, Solar. Mari bunuh ketua," rayunya lagi. Solar menelan liur.

Cermin mata mula dibuka Solar, menggosok matanya perlahan. Menatap wajah Thorn yang bersinar-sinar berharap Solar menerima tawarannya.

Ternaik kedua-dua bahu Thorn dan Solar saat ada yang masuk ke dalam tandas. Cepat-cepat Thorn berlari ke arah singki, segera mencuci mukanya yang terkena percikan darah. Solar yang memerhati Thorn menayangkan wajah tidak percaya.

"Aku dah tak tahan, ugh..." Hayes berpaut pada dinding sambil memegang perutnya. Apa Gempa memasukkan racun ke dalam daging pagi tadi?

Terkebil-kebil Hayes saat melihat Thorn dan Solar berduaan di dalam tandas. Mata dikecilkan cuba mengamati apa yang berlaku. Thorn dan Solar hanya menelan liur, berharap tiada siapa yang mendengar perbualan mereka sebentar tadi.

"Ah, aku kena lari dari Solar," kata Hayes apabila teringat. Entah kenapa Solar kesal mendengarnya.

"Blah la kau!" Dengan langkah kesal Solar keluar dari tandas, meninggalkan Hayes dan Thorn di dalam.

Hayes mula melirik ke arah Thorn. Thorn yang perasan lirikan Hayes hanya memberikan senyuman tipis.

"Aku minta diri dulu. Jumpa lagi, Hali," pamit Thorn lalu berlalu pergi. Hayes hanya melihat sampai kelibat Thorn menghilang.

Wajah Hayes yang kesakitan menahan sakit perut mula berubah. Dia sebenarnya bukan sakit perut, itu hanya lakonan. Hayes mula menyandar pada dinding tandas, sudah dia duga awal pertemuannya dengan Thorn sangat mencurigakan.

Teh buatan Thorn ketika itu, jelas-jelas racun.

Finished on Friday, 1 March 2024
Published on Thursday, 21 March 2024

1422 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro