41 + kawasan perempuan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

41 + kawasan perempuan

HARI ini suasana hati Gempa tidak baik-baik.

"Raut wajah Gempa mengatakan Gempa putus cinta," jelas Blaze setelah lama memikirkannya.

"Wah, kau memang hebat, Blaze!" puji Taufan yang mendengarnya. Kembang kempis sahaja hidung Blaze mendapat pujian.

Tuk! Tuk!

"Adeh!" Serentak Taufan dan Blaze mengaduh sakit saat kepala mereka dipukul dengan buku.

"Pahal kau, gi... eh, Thorn?" Nada yang tadi kasar mulai lembut apabila sedar Thorn di hadapan mereka berdua.

Thorn mencekak pinggang seraya merenung tajam.

"Tak baik panggil ketua dengan nama. Nanti perbetulkan lagi," beritahu Thorn buat mereka berdua laju mengangguk.

Kalau Thorn yang mengatakannya, mereka berdua tidak berat hati meski sampai kepala dipukul dengan buku oleh Thorn. Kerana ketika Thorn marah pun, tetap comel.

"Uwah, Thorn! Kau beli kasut baru? Cantik!" puji Blaze buat wajah Thorn memerah kerana malu dipuji.

"Hari ni kau nampak makin handsome, je? Kulit Thorn sebagus ni, aku cemburu!" Dipicit lembut kedua-dua pipi merah Thorn oleh Taufan.

Semakin merah wajah Thorn dibuatnya. Dia memang lemah jika dipuji. Bibirnya bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu.

"Terima... kasih," ucap Thorn perlahan. Senyuman automatik terlakar di bibir Taufan dan Blaze.

Pak! Taufan dan Blaze bertepuk tangan kerana berjaya meredakan kemarahan Thorn. Memang yang paling menyeronokkan itu buat Thorn malu-malu seperti anak kucing. Namun suasana yang tadi membaik tiba-tiba jadi buruk kerana keluhan berat Gempa.

Taufan, Blaze dan Thorn hanya mampu menelan liur. Gempa terlihat penat, bahkan Gempa tidak sedar dengan kewujudan mereka bertiga. Thorn perlahan-lahan mendekati Gempa bersama Taufan dan Blaze.

"Ketua, okey?" soal Thorn berasa khawatir.

Gempa angkat kepala saat Thorn menyoalnya. Senyuman palsu dihadiahkan menandakan dirinya baik-baik sahaja.

"Aku okey." Taufan, Blaze dan Thorn yang mendengarnya mendiam seketika.

Tetapi raut wajah Gempa mengatakan Genpa tidak baik-baik sahaja.

Pak! Ternaik-naik kedua bahu Gempa dek Taufan menampar mejanya kuat tiba-tiba. Mata emas milik Gempa secara tidak sedar bertembung dengan sepasang iris biru langit itu, saling bertatapan.

Taufan tarik nafas sedalam-dalamnya.

"Gem... ketua! Ketua boleh cerita dekat kami, kami akan cuba bantu. Jangan kerjakan semuanya sendirian, habis tu kami ni apa?" Kata-kata Taufan buat Gempa terkedu seketika.

Blaze dan Thorn yang mendengarnya laju mengangguk, bersetuju.

"Betul tu, Gem... ketua! Serahkan semuanya kat kami, kau cuma perlu goyang kaki je!" Giliran Blaze pula mengatakannya kepada Gempa.

Thorn pula cuba mengatakan sesuatu.

"Ka... kami sentiasa ada untuk ketua. Jadi aku harap ketua cuba percayakan kami," ujar Thorn menghadiahkan senyuman manis buat Gempa.

Terletus tawa kecil daripada Gempa buat mereka bertiga mengangkat kening. Gempa fikir dapat menyembunyikan sebaik mungkin kekhawatirannya, namun mereka bertiga malah berniat ingin masuk campur.

"Kau orang tahu kan aku hentikan pembunuhan tiba-tiba? Sesetengah pelajar memberontak. Mereka tetap saling membunuh senyap-senyap supaya aku tak tahu. Aku tak tahu macam nak selesaikan semua ni, sedangkan aku ketua. Teruk betul." Gempa menyinis di akhir kata, berasa lucu.

Taufan menggeleng laju.

"Masih ada jalan penyelesaiannya, ketua!" beritahu Taufan masih tidak mahu melihat Gempa memasang raut putus asa begitu.

"Ketua cuma patut hukum mereka kalau mereka membunuh! Gantung sampai mati!" cadang Blaze yang mulai bersemangat.

"Eh, eh, salah!" Thorn menjerit tidak percaya. Laju dia menekup mulut Blaze agar berhenti bercakap.

"Mmph... mmph!"

Taufan sudah bersinar-sinar matanya. Gantung sampai mati? Menarik!

Gempa hanya memasang riak datar. Sudah dia duga, mereka bertiga memang tidak dapat membantu apa-apa. Namun berkat mereka juga, dia memikirkan jalan penyelesaian yang lain. Senyuman tidak sengaja terukir di bibir Gempa.

Automatik terangkat kening Taufan, Blaze dan Thorn apabila Gempa tiba-tiba berdiri.

"Baiklah. Aku terfikirkan satu cara, kita akan bertemu seseorang."

"Seseorang? Perempuan ke?" Blaze mula meneka sesuka hati.

"Perempuan," usik Taufan sambil tersengih-sengih.

Gempa cuba menahan rasa malunya. Dia belum mengatakan apa-apa lagi. Thorn yang dari tadi terpinga-pinga cuba mengerti suasana sekarang. Sebenarnya kenapa tiba-tiba membahas perempuan?

Belakang tengkuk yang terasa merah disentuh Gempa.

"Ya, perempuan. Mari ke kelas perempuan." Akhirnya Gempa mengaku.

"Yes! Sebab ni aku suka Gempa jadi ketua!" Blaze sudah sorak keriangan.

"Kakak-kakak cantik, aku datang!"

+++

"PERLU ke kita sampai macam ni?" Blaze menyoal aneh.

"Kau nampak comel, Thorn!" puji Taufan bersungguh-sungguh.

"Eh... iya?"

"Peraturan tetap peraturan. Kita tak boleh masuk ke kawasan perempuan sesuka hati, jadi kita harus menyamar. Sebab aku dah jadi ketua balik, aku buat hukuman baru. Sesiapa yang masuk kawasan perempuan akan berlari mengelilingi kawasan sekolah sebanyak seratus kali."

Tersentak Taufan, Blaze dan Thorn mendengarnya. Laju mereka bertiga membelakangi Gempa sambil berbisik sesama sendiri. Peluh-peluh tidak sengaja keluar.

"Weh, masa tu kita pergi kelas perempuan, kan? Ada orang yang kenal wajah kita?" soal Blaze yang sudah ketakutan.

"Jangan takut, Blaze! Mereka takkan ingat muka hodoh kita ni, kita ni tak layak diingati! Tenang je dulu." Taufan cuba menyedapkan hati masing-masing.

"Hiks... huwaa!" Terkejut Taufan dan Blaze apabila Thorn sudah menangis.

"Eh, shhh! Jangan nangis! Thorny, stop crying!" pujuk Taufan agar Thorn berhenti menangis. Kang Gempa dengar habislah mereka.

Thorn terkebil-kebil. Siapa pula Thorny ini?

"Apa yang kau orang buat? Mengutuk aku, eh?" teka Gempa, entah kenapa hatinya tiba-tiba berasa kesal.

Ternaik kedua-dua bahu mereka bertiga mendengar suara Gempa. Laju mereka bertiga menggeleng. Terpesona mereka bertiga melihat penampilan Gempa yang berubah menjadi pelajar perempuan.

Blaze sampai menekup mulut.

"Wah, ketua... kau sebenarnya bukan lelaki, kan?" teka Blaze yang berasa takjub.

"Diam. Sebab kita dah menyamar ni, kenalah tukar nama. Nama aku akan jadi Gempana."

Memang pelik, tetapi adalah sikit bunyi macam nama perempuan. Taufan, Blaze dan Thorn cuba menahan tawa saat mendengar nama baru Gempa. Merah wajah Gempa dibuatnya.

"Jangan ketawa."

"Haha... aku Taufana. Nama kita hampir mirip, Gempana. Hahah." Tidak tahan terus menahan, terletus jua tawa Taufan. Gempa cuba beriak tenang, menahan malu yang teramat.

"Aku Blazy!"

"Thor... Thorny."

Bawah bibir diketap Gempa.

"Baiklah. Taufana, Blazy dan Thorny, ikut aku!"

Gempa, Taufan, Blaze dan Thorn lantas menyorok di belakang vending machine. Air liur ditelan secara serentak. Seumur hidupnya, tidak pernah Gempa melanggar peraturan. Ini yang pertama kalinya.

Gempa memandang ke arah mereka bertiga sambil mengangkat kening. Laju mereka bertiga mengangguk menandakan sudah bersedia.

"Berpura-pura macam kita pelajar perempuan. Mudah, kan?" bisik Gempa buat mereka bertiga mengangguk lagi.

Perlahan-lahan mereka berempat keluar. Laju Taufan memeluk lengan Gempa buat Gempa terperanjat hebat.

"Kak Gempana, curang! Kakak cuma sayang Blazy dengan Thorny, tak suka! Benci! Hmph!" Suara garau diubahnya menjadi secomel mungkin. Pipi dikembungkan.

Blaze dan Thorn sudah terlopong. Lakonannya... bagus!

"Wah, pelajar baru? Aku suka yang tocang dua tu. Comelnya," puji salah satu pelajar perempuan yang sedang bersama kawannya-kawannya. Yang dimaksudkan ialah Thorn.

"Tapi... tapi! Kau lihat dia? Aku tak pernah nampak perempuan secantik tu dalam hidup aku."

"Taufana, aku sayang kau tapi dengan cara lain. Kau ingin aku buktikannya?" Bawah dagu Taufan diangkat dengan jari tengahnya.

Taufan sudah menelan liur. Ah, dia kalah. Ternyata lakonan Gempa lebih bagus daripadanya.

"Betul la cakap kau. Dia nampak cantik... dan sedikit menggoda?" Lama mata para pelajar perempuan menatap ke arah Gempa. Berharap kalau gadis cantik itu masuk ke kelas mereka.

"Dah aku duga, kakak sayang aku, heheh!" Kalut Taufan cuba menghindari tatapan Gempa dengan menjauhinya sedikit.

Gempa membuang wajah ke tempat lain. Merah padam wajahnya, apa yang dia lakukan sebentar tadi? Benar-benar memalukan. Suasana menjadi lebih riuh dengan kedatangan seseorang buat Gempa, Taufan, Blaze dan Thorn jadi menumpukan perhatian terhadap keriuhan berlaku.

Automatik merona merah wajah Taufan, Blaze dan Thorn melihat seorang gadis yang baru sahaja lalu.

Sebentar tadi... itu bidadari?

"Hati aku dah dicuri... zup!" Acah-acah Blaze menyentuh keberadaan jantungnya, apakah dia sudah jatuh cinta pandang pertama?

Gempa mengangkat keningnya, dia seakan-akan mengenali wajah gadis itu.

"Alette, kau benar tunangannya Hali? Cis, curang... kongsilah Hali kat aku juga," rayu pelajar perempuan lainnya sambil merangkul erat lengan Alette.

Alette hanya mampu tersenyum canggung.

"Hahah, kalau macam tu aku boleh cemburu tau?" Sengaja Alette bergurau.

"Cemburu... Alette dah dewasa, ya? Heheh."

"Bu... bukan tu maksud aku! Dahlah."

"Malu-malu, hihi."

Tidak sedar bibir Gempa terukir senyuman kecil, dia sudah mengingati gadis itu. Gempa kembali melihat ke arah mereka bertiga yang masih tidak lepas daripada memandang Alette. Keluhan berat dilepaskan.

"Dia dah berpunya, jangan nak macam-macam," pesan Gempa sambil menghadiahkan renungan tajam.

Taufan, Blaze dan Thorn tersentak hebat.

"Si... siapa? Siapa lelaki tu?" soal Blaze sedikit kesal. Dia kan baru sahaja jatuh cinta.

Gempa senyum senget.

"Adik aku."

Mengeras tubuh Blaze mendengarnya. Hali... idolanya? Terkejut Taufan dan Thorn melihat Blaze sudah jatuh terduduk, bagaikan ada batu besar yang menimpa kepala Blaze sekarang. Dia baru sahaja jatuh cinta setelah sekian lamanya.

"Blazy, sedarlah!" Ah, sudah. Roh Blaze sudah terkeluar kerana terlampau terkejut.

Gempa mengeluh berat. Mereka harus cepat-cepat bertemu seseorang, tetapi Blaze malah putus cinta di sini. Nampaknya kena pujuk Blaze yang sedang bersedih hati.

+++

[tambahan]

"Boleh beri makanan? Saya dah beberapa hari tak makan."

Membulat mata Hayes mendengarnya. Kenapa budak perempuan ini dapat melihatnya? Sedangkan dia ialah hantu sekarang. Budak perempuan beriris coklat itu menatapnya penuh harap agar Hayes memberikan makanan.

Hayes menelan liur.

"Macam mana... kau boleh lihat aku?" soal Hayes berasa aneh. Budak perempuan itu mengangkat keningnya, tidak mengerti.

"Apa pak cik bukan manusia?"

"Aku manusia, tapi sekarang aku hantu." Apa yang dia mengarut ini? Haih.

Tersentak Hayes apabila budak perempuan itu mula memasang wajah sedih.

"Ta... tapi, saya minta makanan kat orang lain mereka tak nak beri. Pak cik pun nak biarkan saya kelaparan?"

Hati Hayes terusik mendengarnya. Laju Hayes menggelengkan kepala, mana mungkin dia biarkan anak kecil sepertinya kelaparan. Terangkat kening budak perempuan itu apabila Hayes berlari masuk ke dalam kedai roti.

Tidak lama itu, Hayes kembali dengan membawa beberapa roti yang dicurinya. Lantas Hayes segera mendekati budak perempuan yang mengenakan gaun putih dan berambut hitam panjang. Teddy bear erat dipeluk budak perempuan tersebut.

"Nah, makan sepuas kau." Kesemua roti tersebut diberi kepada budak perempuan itu.

Orang-orang yang baru lalu melihat situasi itu mula berasa takut. Mana tidak, ada budak perempuan yang bercakap seorang diri dan menerima roti entah dari mana. Sedangkan budak perempuan itu sedang bercakap dengan hantu.

Lebar senyuman budak perempuan itu apabila Hayes mahu memberinya makanan.

"Terima kasih, pak cik!" Senyuman budak perempuan itu dibalas Hayes.

"Apa nama kau?"

"Eirene!"

"Baiklah Eirene, aku Hayes. Makan yang lahap, okey?"

Laju Eirene mengangguk.

+++

EIRENE [???]
[warna mata : coklat]

+ berusia 6 tahun
+ tidak diketahui dari mana asalnya, suka meminta makanan
+ menyukai benda manis, patung beruang, orang baik

+++

B O N U S

GEMPANA GRANDVILLE [tanah]
[warna mata : kuning]

+ berusia 17 tahun
+ pewaris keluarga Grandville
+ seorang abang yang protective, selalu bersabar dalam menghadapi dugaan

TAUFANA ATLAS [angin]
[warna mata : biru]

+ berusia 15 tahun
+ kaki gosip, bahkan membangunkan kelab untuk membawang
+ tidak pernah serius, kalau buat masalah semua orang kena

BLAZY EMERSON [api]
[warna mata : jingga]

+ berusia 16 tahun
+ kawan sejak kecil Ice, suka beri nasihat cinta
+ panas baran, suka tengok perempuan cantik, cepat jatuh cinta

THORNY SEBASTIAN [daun/duri]
[warna mata : hijau]

+ berusia 16 tahun
+ anak dari keluarga terkaya nombor satu
+ polos, menyukai alam sekitar, kebudak-budakan

Finished on Sunday, 14 April 2024
Published on Thursday, 9 May 2024

1816 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro