42 + mimpi buruk

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

42 + mimpi buruk

MATA bertaut mata.

"Rambut palsu?"

Tiada yang menduganya. Kisah hidup Gempa yang selama ini penuh dengan timbunan kerja, kini terlakar indah bak taman bunga. Tubuhnya menindih atas seorang perempuan, dengan rambut palsu yang tidak sedar sudah terlepas.

Gempa mengalami kecelakaan.

Beberapa jam sebelum itu,

"Kau tahu khabar angin Gadis Pemusnah, kan? Dia boleh bantu kita sebab hampir semua pelajar tak berani berhadapan dengan dia. Aku perlu seseorang yang dapat buat para pelajar takut untuk membunuh," terang Gempa panjang lebar.

Masalahnya, dia tidak tahu bagaimana rupa sebenar Gadis Pemusnah itu. Terangguk-angguk kepala Taufan, Blaze dan Thorn mendengarnya.

"Aku tak sangka ketua percaya khabar angin tu, heheh," sakat Taufan sengaja. Merona merah wajah Gempa dibuatnya mengundang tawa mereka bertiga.

"Diam. Sekarang kita kena betul-betul serius." Tegas Gempa mengatakannya sambil menahan malu.

Taufan masih tersengih-sengih. Thorn mengangkat kening, terfikirkan satu cara untuk mencari Gadis Pemusnah.

"Apa kata kita berempat berpecah?" cadang Thorn dengan rambut tocang duanya. Gempa, Taufan dan Blaze terus memandang ke arah Thorn.

"Aku setuju!" jawab Blaze dengan bersemangat.

"Aku juga!" Taufan turut bersetuju, sempat menaikkan tangannya tanda setuju.

Gempa tidak sedar meneguk liur. Hembusan nafas kecil dilepaskan, perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman kepada mereka bertiga.

"Aku juga setuju. Taufana, Blazy, Thorny, pastikan kau orang kembali dengan selamat, okey?" pesan Gempa sedikit khawatir. Bukan apa, dia takut kalau identiti mereka bertiga terbongkar.

Laju mereka bertiga mengangguk.

"Jangan risau ketua, kami bertiga takkan ketahuan!" ujar mereka bertiga serentak. Gempa hanya mengangguk, mengiyakan sahaja.

Beberapa saat kemudian, mereka berempat berpecah. Gempa mula mencari di merata tempat, dengar cerita si Gadis Pemusnah suka ponteng kelas. Entah ke mana perginya, Gempa tetap berusaha mencari.

Sehinggakan Gempa jadi terdengar bunyi aneh dari stor sukan. Gempa menjengukkan kepalanya sedikit saat pintu stor sukan terbuka sendiri, melihat siapa yang berada di dalam. Membulat mata Gempa. Ada seorang gadis yang sedang tertidur nyenyak.

"Mel?" Terkeluar nama tersebut dari bibir Gempa. Kenapa adik Thorn malah tidur di dalam stor sukan yang kelihatan sudah lama dibiarkan?

Perlahan-lahan Gempa cuba mendekati Melantha. Air liur basi jatuh meleleh tanpa disedari Melantha bersama dengkuran kuat. Rambut merah kusutnya tanpa diikat dibiarkan terurai. Tidak sengaja wajah Gempa merona merah saat terpandang Melantha hanya mengancingkan separuh kemeja sekolahnya.

Bahagian dadanya hampir terdedah. Segera Gempa membuka blazer hitamnya sambil melarikan pandangan. Belum sempat Gempa menutup tubuh Melantha dengan blazer hitam, dapat dirasakan rambutnya ditarik kasar.

"Siapa kau?"

Merah padam wajah Gempa, dia tidak sedar sudah menindih Melantha. Rambut palsunya perlahan-lahan terlerai akibat ditarik Melantha. Rambut paras bahu Gempa kelihatan, bersama kedua telinganya yang bertindik.

Gempa ketahuan.

"Rambut palsu?"

"Aku... akan jelaskan." Cepat-cepat Gempa berhenti menindih atas tubuh Melantha. Rambut palsu yang tercabut sempat diambilnya lalu disorokkan sepantas mungkin.

Gelabah. Gempa mengetap bibir, dia fikir jantungnya bakal tercabut.

"Apa yang kau lakukan? Kenapa lelaki ada kat sini? Jangan-jangan kau miang?" teka Melantha mula mengundurkan diri setapak ke belakang, sempat menatap tajam wajah Gempa.

Laju Gempa menggeleng. Bukan begitu.

"Tak... bukan. Tolong dengarkan aku," mohon Gempa sambil merenung sepasang iris biru milik Melantha.

Melantha mula mengusutkan rambut merahnya. Air liur diteguk, wajah lelaki di hadapannya diperhati Melantha. Mata kuning keemasan dan bertindik. Melantha seperti pernah melihatnya. Lama menatap wajah milik Gempa, akhirnya Melantha ingat.

Ternyata dia lelaki itu.

"Aku sekarang tak ada mood nak dengar penjelasan kau, tolong diam dan pergi sekarang." Tangannya memberi isyarat menghalau buat Gempa memasang riak sedih.

Ternaik bahu Melantha apabila Gempa tiba-tiba mendekatinya.

"Pa... pahal?" Melantha bertanya, berasa pelik.

Dapat dirasakan Gempa memakaikan blazer hitam pada tubuhnya buat kening Melantha terangkat. Bawah bibir diketap Gempa, berusaha menutup sebaik mungkin bahagian yang terdedah.

Tatapan emasnya mula bertatapan dengan anak mata milik Melantha.

"Apa kau kenal si Gadis Pemusnah? Aku cari dia," beritahu Gempa masih menatap Melantha.

Gadis Pemusnah?

"Itu aku." Tenang Melantha menjawab buat Gempa terkedu.

"Sekarang jelas, kan? Tolong pergi."

"Jap. Tunggu, Mel. Aku perlukan bantuan kau, dengar." Segera Gempa menahan pergelangan tangan Melantha.

Tidak lama itu, Gempa meleraikan pegangannya. Pipi yang terasa gatal tiba-tiba digaru Gempa, Melantha mula menyilangkan tangan dan memasang riak datar.

"Apa? 1 minit je aku bagi."

Gulp. Gempa telan liur.

"Tolong bantu aku hentikan pembunuhan. Mungkin orang-orang akan lebih dengarkan kau. Kau boleh buat apa sahaja untuk menghukum mereka asalkan jangan sampai mati."

"Aku memohon bantuan."

Mungkin ini kedengaran gila. Sanggup menyamar jadi perempuan semata-mata ingin mencari si Gadis Pemusnah. Gempa tatap wajah milik Melantha, menunggu balasan daripada gadis itu. Tertanya-tanya Gempa apabila Melantha selamba merampas rambut palsunya yang sudah disorok susah payah.

Rambut palsu tersebut dipasang semula pada kepala Gempa oleh Melantha.

"Tunggu apa lagi? Jom hentikan pembunuhan." Eh? Gempa masih terpinga-pinga sampai tidak sedar pergelangan tangannya ditarik keluar dari stor sukan.

Melantha tersenyum menyeringai.

"Macam dah lama aku tak buat orang mampus," bicara Melantha sendirian namun dapat didengari Gempa. Gempa telan liur, apa ini baik-baik sahaja?

Gempa membiarkan sahaja Melantha menarik tangannya sambil mengikuti ke mana Melantha mahu membawa dia. Perhatian mereka berdua mula beralih ke arah kekecohan yang berlaku buat kening Gempa terangkat.

"Apa jadi?" soal Melantha berasa pelik. Tiba-tiba kecoh semacam.

"Mari lihat," ajak Gempa seraya menghampiri kekecohan yang berlaku.

"Mereka sebenarnya lelaki! Saya tahu sebab mereka pernah ganggu saya!" jerit seorang pelajar perempuan yang selamba menarik ketiga-tiga rambut palsu milik mereka bertiga.

Entah bagaimana mereka bertiga yang tadi berpecah lalu bertemu semula dan bertemu dengan nasib buruk.

"Eh, saya perempuanlah. Taufana! That's my name," tipu Taufan seraya cuba mengambil semula rambut palsu yang sudah terjatuh atas lantai, selamba memakai semula rambut palsunya di hadapan gadis itu.

"Be... betul tu! Kami ni perempuan! Blazy, Blazy!" Blaze turut berbohong.

Taufan dan Blaze mula memandang ke arah Thorn yang menunduk dari tadi. Berharap kalau Thorn juga menipu. Thorn angkat kepala memandang gadis itu takut-takut.

Maaf Gempa, Thorn ingin ketahuan juga.

"Kami lelaki, bukan perempuan," kata Thorn buat Taufan dan Blaze membulat mata.

Laju Taufan dan Blaze menekup mulut Thorn meski sudah terlambat, semua sudah tahu bahawa pelajar lelaki telah menceroboh kawasan perempuan.

Thorn mengetap bibir seraya menundukkan tubuhnya 90 darjah. Tanpa sedar mendiamkan mulut-mulut yang tadi saling berbisik.

"Kami akan menerima hukuman yang setimpal, maafkan kami. Kami berjanji takkan buat lagi," ucap Thorn buat gadis itu tergamam.

Taufan dan Blaze turut menunduk. Terkesima dengan ayat-ayat Thorn.

Tangan digenggam menjadi penumbuk oleh Gempa. Melantha yang secara tidak sengaja menyedari raut wajah ketat Gempa mula menelan liur. Tatapan emas tajamnya seakan-akan ingin memakan orang.

Ah, sudah.

+++

[tambahan]

"Semua mati kerana kau."

"Ibu... ayah..." Lirih suaranya memanggil. Tangan kecilnya menyentuh tubuh-tubuh yang berlumuran darah.

Cuba menyedarkan mereka, namun dia tidak dapat mendengar degupan jantung. Mata merahnya menyaksikan darah sana sini, keluarganya telah mati seperti kata lelaki itu.

Kerananya.

"Hali, kembalilah. Keluarga yang kau impikan takkan pernah jadi kenyataan. Kau patut sedar darah apa yang mengalir dalam diri kau. Darah yang membawa kematian," kata lelaki itu yang mempunyai sepasang iris coklat, sebelah matanya ditutupi dengan rambut.

Tersedar Halilintar daripada mimpinya, degupan jantung berdetak kencang. Seluruh tubuhnya berpeluh-peluh tanpa baju, hanya seluar yang dikenakan.

"Hosh... hosh..." Nafasnya seakan tersekat. Halilintar cuba mencari nafas.

Pantas Halilintar turun dari katil lalu bergerak ke laci mejanya. Pisau yang sememangnya dia simpan dalam laci mula diambil. Perlahan-lahan Halilintar cuba mencederakan tangan namun niatnya automatik terbantut.

"Kau tak perlu cedera lagi."

Terngiang-ngiang apa yang pernah Ice katakan kepadanya. Jatuh terduduk Halilintar sampai tidak sedar pisau sudah terlepas dari tangannya, tubuh disandarkan pada kaki meja.

Rambut dikusutkan Halilintar, fikirannya serabut.

"Hah..."

Makin lama saya rasa sy tulis hali terlebih attractive, helpp-

Finished on Wednesday, 17 April 2024
Published on Saturday, 11 May 2024

1248 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro