43 + lari rumah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

43 + lari rumah

"SALAH siapa kita kena buat semua ni?" omel Blaze sempat menjeling ke arah seseorang yang dari tadi menunduk. Nak tak nak sahaja Blaze mengemop lantai.

Taufan mula menolak kasar bahu Blaze dengan bahunya buat Blaze hampir terjatuh.

"Hoi, sakit gila!" marah Blaze tidak puas hati.

"Thorn kan orangnya tak boleh menipu, kau dah kenapa?" soal Taufan sempat mengetuk atas kepala Blaze dangan batang mop.

Pak! Pak! Pak!

"Akh! Akh! Akh! Yang kau pergi ketuk aku tiga kali pahal? Sini kau!"

Laju Taufan lari pecut sebelum Blaze dapat membalaskan dendamnya. Taufan, Blaze dan Thorn dihukum membersihkan seluruh kawasan sekolah selepas berlari 100 kali mengelilingi kawasan sekolah.

"Werk!" Sempat Taufan menjelirkan lidah.

"Semua ni salah kaulah, Taufan! Kalau kau tak hasut aku mesti aku takkan kena semua ni! Salah kau!" teriak Blaze bagai orang gila. Orang-oramg yang melihat mereka berdua tidak dihiraukan langsung.

Thorn tersentak. Kenapa Taufan dan Blaze malah berkejaran pula? Cepat-cepat Thorn meletakkan mopnya ke tepi lalu cuba menghentikan mereka berdua.

"Sudah, jangan gaduh!" Kedua-dua kepala Taufan dan Blaze dihentak serentak oleh Thorn buat mereka berdua mengaduh sakit.

"Argh! Kepala aku!"

Thorn laju-laju melepaskan mereka berdua. Kuku digigitnya, apa dia menghentak kepala mereka berdua terlalu keras? Kelihatan dahi mereka berdua berdarah buat tubuh Thorn automatik mengeras. Dia telah mencederakan orang!

Taufan dan Blaze cuba bangkit sambil menyentuh dahi yang terasa sakit. Tersentak mereka berdua melihat Thorn yang kini membatu tidak bergerak.

Lantas badan Thorn digoncang kuat oleh mereka berdua.

"Thorn, sedarlah! Jangan mati dulu!" jerit Taufan cuba menyedarkan Thorn. Sepertinya Thorn terkena kejutan yang berat.

"Hiks... Thorn! Maaf sebab aku jeling kau tadi! Dahi berdarah macam ni tak ada apa-apanya, aku boleh buat teruk lagi!" kata Blaze seraya menghentakkan kepalanya dengan kuat pada permukaan lantai.

Terbelalak mata Taufan melihat perbuatan Blaze. Dasar gila.

"Orang gila," bisik salah satu kelompok pelajar yang dari tadi memerhati tingkah mereka bertiga.

"Jangan dekat-dekat dengan mereka, nanti kita yang jadi gila macam mereka."

Pening kepala Thorn apabila tubuhnya asyik digoncang oleh Taufan dan Blaze. Perlahan-lahan Thorn mencelikkan mata, secara tidak sedar mata hijau bersihnya terpandang Gempa bersama seseorang. Matanya membulat.

"Ke... ketua!" jerit Thorn buat Taufan dan Blaze automatik terkejut. Laju mereka bertiga kembali mengemop lantai.

"Se... selamat pagi, ketua! Hari ni ketua nampak handsome macam selalu!" puji Taufan sedikit tersekat-sekat.

"Be... betul tu!" Tersengih-sengih Blaze dan Thorn melihat Gempa yang sedang mengikat rambut.

Terangkat kening Gempa. Automatik merinding Taufan melihat Melantha yang berada di sebelah Gempa, gadis itu yang perasan Taufan menatapnya mula menghadiahkan tatapan maut. Laju Taufan menyorok di belakang Blaze.

Blaze tersentak.

"Pahal kau, gila? Lepaskan aku!" Blaze cuba meleraikan tangan Taufan yang erat menggenggam pakaiannya. Taufan menggeleng laju, tidak mahu.

Thorn lantas mendekati Melantha. Tiba-tiba sahaja Melantha masuk ke dalam kawasan lelaki, apa tidak melanggar peraturan?

"Psst! Kenapa ada perempuan sini?"

"Apa perempuan dibenarkan masuk sini?"

"Tengok tu! Tu ketua Sakura!"

"Mel buat apa kat sini?" soal Thorn tertanya-tanya. Tidak mungkin Melantha ingin bertemu dengannya.

"Aku nak buat orang mam... umph!" Laju Gempa menekup mulut Melantha buat Melantha meronta-ronta. Lelaki ini!

Terkebil-kebil Thorn tidak mengerti.

"Adik kau cuma cakap benda pelik, jangan hiraukan," beritahu Gempa seraya tersenyum. Masih menekup mulut Melantha agar tidak meneruskan kata-katanya.

"Umph... umph!"

"Argh!" Terpempan Taufan, Blaze dan Thorn apabila dengan selamba Melantha menggigit tangan Gempa begitu sahaja. Orang-orang yang melihat turut terkejut.

Melantha tarik nafas sedalamnya. Tatapan birunya penuh makna, bersama senyuman menyeringai yang mengerikan. Seakan-akan ada aura jahat yang mengelilingi Melantha sekarang.

"Sesiapa yang masih membunuh tanpa pengetahuan aku iaitu ahli Sakura, dia akan mati di tangan aku! Dengar! Kau orang mungkin boleh bersembunyi, tapi bukan dengan aku. Aku akan pastikan kau orang mati dalam keadaan menyedihkan, jadi kalau nak tunjukkan diri sekarang lebih baik!"

"Aku belum habis lagi. Cara aku bunuh... umph!"

"Dah, dah! Dah cukup!" jerit Gempa cuba menahan Melantha daripada menyambungnya. Membulat mata Melantha, dia belum habis menerangkannya lagi!

Tersentak Gempa apabila Melantha dengan kasar menarik rambut panjangnya. Semakin kuat Melantha menarik, semakin Gempa mengaduh sakit. Rambut yang susah payah Gempa panjangkan.

"Hmph!" Krauk! Digigit sekali lagi tangan Gempa. Namun Gempa cuba tahan, kenapa dia kena berhadapan dengan perempuam segila ini?

"Ketua." Terangkat kening Gempa apabila Thorn tiba-tiba memanggilnya.

Perhatian orang-orang mula tertuju ke arah Thorn. Melantha agak blur seketika. Taufan mula berbisik-bisik sesuatu yang tidak jelas di telinga Blaze, entah apa yang dibicarakan.

Thorn tarik nafas sedalam-dalamnya.

"Biarkan aku bantu juga. Aku boleh jadi berguna untuk tugas ni, heheh," ujar Thorn seraya tersengih-sengih.

Dasar gila.

"Thorn! Kau nak membunuh lagi?" Terus tanpa tapis-tapis Taufan dan Blaze menyoal serentak. Dia fikir Thorn sudah insaf.

"Kau pahal sibuk nak ikut juga? Aku tak perlukan bantuan kau!" marah Melantha tidak puas hati. Saat-saat seperti inilah Thorn ingin menunjukkan sisi protective sebagai abang.

Automatik sedih raut wajah Thorn mendengarnya buat Melantha tersentak hebat.

"Sudah-sudah! Ada bagusnya Thorn ikut, ehem." Sempat Gempa berdehem kecil. Semudah itu sahaja Gempa mengizinkan Thorn buat Taufan dan Blaze ternganga.

Bersinar-sinar mata Thorn mendengarnya. Selama ini Thorn tahan punya tahan kerana tidak mahu membunuh lagi, tetapi kalau sedikit tidak apa, kan? Sedikit sahaja, boleh?

"Tapi dengan syarat, tiada membunuh. Aku takkan benarkan mana-mana ahli Sakura membunuh lagi. Hukuman mereka yang membunuh akan ikut kem muhasabah diri," sambung Gempa sambil tersenyum manis.

Wajah teruja Thorn berubah menjadi sedih. Tiada membunuh? Dia salah dengar, kan? Taufan dan Blaze menghembus nafas lega, nasib Thorn mereka tidak perlu dikotori darah.

Hampir terjerit Gempa apabila Melantha dengan kasar menarik kolar seragamnya.

"Hah? Suka hati aku la nak buat apa, sial! Kau siapa nak arah-arah aku?" herdik Melantha di hadapan muka Gempa buat mereka bertiga tercengang hebat.

Hilang kata Gempa dibuatnya. Lantas Thorn cuba menghentikan ulah Melantha.

"Mel, cukup! Jangan berlebihan."

"Aku tak puas hati sekarang!"

"Kawan-kawan... bawa bertenang," pujuk Taufan dan Blaze cuba meredakan suasana yang mulai kacau. Menggigil lutut mereka berdua melihat Melantha yang dipenuhi amarah.

Gempa juga sepertinya tidak tahu ingin berbuat apa. Ketua sampai dibuat diam oleh seorang gadis sebegitu. Taufan dan Blaze sempat kagum, dalam pada masa yang sama juga takut.

Gulp.

+++

"TERIMA kasih!"

Plastik yang berisi makanan ringan dijinjitnya. Bibirnya tersenyum lebar, misi ponteng sekolahnya berjalan lancar! Si gadis mula bernyanyi kecil sendirian, aiskrim strawberi yang dibeli mula disuakan ke dalam mulut.

Terangkat keningnya apabila terpandang seseorang yang tidak asing. Sepertinya lelaki itu dikejar.

"Ha... Hali?" Kenapa Halilintar tidak sekolah? Dia mula mengikuti ke mana Halilintar pergi.

"Hali! Awak nak pergi mana?" soalnya sempat mencapai pergelangan tangan Halilintar buat Halilintar terperanjat.

Bawah bibir diketap Halilintar. Tanpa ragu-ragu, pergelangan tangan gadis itu ditariknya buat aiskrim strawberinya jatuh menyembah tanah. Si gadis agak tergamam.

"Kita lari, nenek."

Ah.

"Siapa kejar kita? Awak buat masalah?" soal Alette masih mengikut larian Halilintar. Laju bukan main.

"Aku lari rumah. Lepas tu aku tak sengaja buat orang marah, sebab tu mereka kejar aku," terang Halilintar dengan tenang.

Tercengang Alette mendengarnya. Kenapa lari rumah tiba-tiba pula ini? Sudah gila, ke? Saat dirasakan sudah jauh, Halilintar mula memandang sebelahnya. Terbuntang mata.

Nenek ke mana?

"Hali!"

Nenek ditahan. Seorang lelaki berbadan gempal sedang menahan tubuh Alette bersama pisau diarahkan ke leher gadis itu. Gengnya hanya tersenyum menyeringai memandang Halilintar yang kini berada dalam masalah.

Alette telan liur. Pisau! Gila, Halilintar ternyata membuat orang seperti ini marah?

"Aku akan lepaskan dia kalau kau bagi duit. Cepat!" desak lelaki berbadan gempal itu. Gengnya hanya ketawa seronok.

Halilintar meraup rambut hitam ke belakang, mata merahnya memandang kesal. Dia nak lari rumah pun tidak senang.

"Aku tak kisah apa yang jadi kat dia. Lagipun aku tiada duit," balas Halilintar terus-terang. Hubungannya dengan nenek tidak lebih daripada itu.

Tercengang Alette mendengarnya. Meronta-ronta Alette cuba melepaskan diri, namun tidak dipedulikan Halilintar langsung. Tatapan lelaki itu begitu dingin, seakan-akan tidak kisah jika dia mati di tangan lelaki gempal ini.

"Hali, tolong saya! Saya tunang awak!" rayu Alette.

"Diam!" Semakin dekat lelaki gempal itu arahkan mata pisau ke leher Alette buat Alette berpeluh-peluh tanpa sedar.

Halilintar berpaling tidak memandang Alette. Kepala hoodie ditariknya menutupi kepala.

"Hali... saya tak nak mati! Tolonglah! Saya merayu."

Decitan kesal keluar daripada bibir Halilintar. Kakinya mula melangkah pergi buat Alette tergamam. Lantas Alette menggigit tangan lelaki gempal sekuat mungkin buat lelaki gempal itu mengaduh kesakitan.

"Sial! Kejar dia!" Terlepas pisau di tangannya. Cepat-cepat Alette ingin melarikan diri.

Namun belum sempat Alette melangkah, rambut panjangnya ditarik buat Alette menjerit sakit.

"Akh! Lepaslah, gila!"

Suara Alette yang kesakitan buat Halilintar berpaling ke belakang. Bawah bibir diketapnya. Lantas dia berlari menemui Alette semula.

Menyusahkan.

"Heheh, cantiknya rambut. Alang-alang lelaki tu dah terlepas, kau nak tak bersenang-senang dengan kami? Kami bukan orang jahat, heheh," ajaknya sambil tersengih-sengih. Sempat lelaki gempal itu menghidu dan mencium hujung rambut Alette.

Alette spontan menyepak kuat perut lelaki gempal itu buat tubuhnya terdorong ke belakang. Geng lelaki gempal itu mula menghampiri ketuanya yang sudah terjatuh. Lantas Alette mengambil pisau yang tadi terjatuh ke atas tanah.

Srak!

Beberapa helai rambut jatuh menimpa tanah buat lelaki gempal dan gengnya terpempan. Rambut panjangnya lenyap begitu sahaja.

"Jadi lebih cantik bila aku potong, kan?" Tersenyum senget Alette membalas kata-kata lelaki gempal itu.

Lelaki gempal itu mulai berasa tidak puas hati.

"Kau!"

"Nenek, ke tepi. Biar aku." Dipeluk erat tubuh Alette buat Alette tersentak. Sejak bila Halilintar datang kembali?

Tangannya mula menyalurkan kilat ke dada lelaki gempal buat lelaki gempal itu terkena renjatan. Kilatnya mula beralih ke arah geng lelaki gempal tersebut buat keseluruhan mereka terkena renjatan elektriknya.

Bunyi teriakan mereka langsung tidak dipedulikan Halilintar.

"Akh! Akh!"

Alette terpana. Saat Halilintar mula berpaling menatapnya, secara tidak sedar wajah Alette memanas.

"Nenek, kau lebih sesuai rambut pendek."

Apa... apa?

+++

B O N U S

ALETTE SEYMOUR [hantu]
[warna mata : merah jambu]

+ berusia 15 tahun
+ tunang halilintar, mabuk cinta terhadap halilintar
+ mudah ramah dan selamba
+ pantang menyerah

Finished on Tuesday, 23 April 2024
Published on Monday, 13 May 2024

1654 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro