44 + kad jemputan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

44 + kad jemputan

"IBU! Liyat ada syorang budak perempuan beri Hali hadiah," beritahu Halilintar seraya berlari mendekati ibunya.

Kotak hadiah yang dibaluti dengan kemas dan berwarna merah, sama seperti bola mata Halilintar. Halilintar yang masih berusia lima tahun. Ibu mula menundukkan tubuhnya agar menyamai ketinggian Halilintar, lembut ibu mengusap kepala Halilintar kecil.

Bibir tersenyum memandang Halilintar.

"Apa dalam dia?" soal ibu seraya tertawa kecil. Hidung Halilintar sengaja dicuitnya manja.

Halilintar mengembungkan pipi tembamnya. Menyorokkan hadiah apabila ibu mencuit hidungnya sebentar tadi.

"Tak boyeh tahu! Hali beyum buka lagi," balasnya.

"Ibu tahu apa dalam hadiah Hali, tau? Nak tahu tak?" Sengaja ibu ingin mengusik Halilintar buat Halilintar tertanya-tanya.

Ibu tahu? Bagaimana? Sedangkan Halilintar tidak tahu apa yang berada dalam hadiahnya.

"Apa dia, ibu?" Ibu tersenyum tipis.

Dahi Halilintar mula dikucupnya lembut. Anak rambut Halilintar yang terjuntai diatur perlahan-lahan, memegang lembut wajah tembam milik anaknya.

"Nak tahu tak? Kalau Hali menerima hadiah, tu maksudnya Hali sedang menerima cinta. Hali dicintai oleh banyak... banyak orang!"

Terkebil-kebil Halilintar mendengarnya. Ada ramai orang mencintainya?

"Apa... ibu juga cinta Hali?"

"Mestilah. Hali satu-satunya cinta ibu."

Cinta. Kalau menerima hadiah, dalamnya pasti cinta. Dan Halilintar amat menyukai hadiah kerana kata-kata ibu.

Berdebar-debar. Pipi yang kemerahan, Halilintar merasakannya buat pertama kali. Perasaan yang tidak sama seperti yang dia rasa apabila bersama Hayes. Sekitarnya seakan-akan ada beberapa kelopak bunga yang terbang indah.

Jantungnya kedengaran kencang.

"Nenek, kau lebih sesuai rambut pendek."

Apa yang dikatakannya sebentar tadi? Alette blur seketika, wajahnya memerah kerana Halilintar masih memeluknya. Lantas Alette menolak kuat tubuh Halilintar buat Halilintar terdorong ke belakang.

Halilintar tertelan liur. Bawah bibir dikemam, tanpa izin pergelangan tangan gadis itu ditariknya pergi.

"Ikut aku. Sini bahaya," beritahu Halilintar. Sebelah tangan naik menekup separuh muka, kenapa wajahnya terasa hangat sekarang?

Telinga Halilintar memanas.

"Saya... saya tahulah. Lepaskan tangan saya," pinta Alette sambil menarik-narik tangannya. Rasanya boleh terbakar wajah Alette sekarang kerana malu yang teramat.

Semakin erat Halilintar mengenggam tangan Alette. Dia tidak mahu melepaskannya.

"Jangan banyak bunyi. Ikut saja."

Alette hanya mengembungkan pipi. Tangannya yang memerah kerana asyik digenggam Halilintar ditatap Alette. Kemudian matanya beralih memandang Halilintar yang membelakanginya. Pipi sedikit tersipu-sipu.

Andai ini mimpi, jangan kejutkannya.

Tiba-tiba Halilintar berhenti di hadapan penjual aiskrim buat kening Alette terangkat. Tidak lama itu, dua aiskrim dibelinya. Aiskrim berperisa strawberi mula dihulurkan ke arah Alette buat Alette terpinga-pinga tidak mengerti.

"Nah. Tadi aiskrim kau jatuh, kan?"

Halilintar tahu? Alette mula menyambut aiskrim strawberi yang dibeli Halilintar untuknya, tersenyum-senyum Alette.

"Terima kasih. Nanti saya bayar aiskrim ni," kata Alette seraya tersenyum menunjukkan giginya.

"Tak perlu," balas Halilintar biasa. Alette mengangkat kening.

Kaki Halilintar melangkah menuju ke arah kerusi panjang yang tersedia seraya melabuhkan duduk. Alette turut duduk di sebelah lelaki itu bersama aiskrim di tangan. Kelihatan Halilintar sedang menikmati aiskrim berperisa coklat.

"Kenapa awak lari rumah? Ada masalah?" soal Alette yang dari tadi tertanya-tanya.

Terhenti Halilintar memakan aiskrim coklatnya. Terdapat sisa aiskrim di tepi bibirnya mengganggu penglihatan Alette.

"Aku mimpi buruk. Dia nak aku kembali, jadi aku perlu lari sebab aku tak nak bahayakan abang dalam masalah aku. Cukup aku saja dalam bahaya," jelas Halilintar mengenai mimpinya.

Spontan Alette mengelap sisa aiskrim pada hujung bibir Halilintar buat Halilintar tergamam. Alette hanya tertawa melihat wajah blur Halilintar.

"Makan pun comot. Tadi awak cerita apa? Saya tak dengar, heheh," tutur Alette sambil tersengih-sengih.

Memerah wajah Halilintar. Terasa panas. Alette yang tersengih-sengih ditatapnya. Rasa yang menyesakkan dada Halilintar, apa maksudnya? Ada rama-rama dalam perut.

Sejak bila Halilintar jadi suka diperlakukan seperti ini?

"Tak ada apa-apa." Cepat-cepat Halilintar menyambung makan aiskrim coklat yang mulai cair. Kenapa dengan dirinya hari ini?

Selama ini Halilintar memandang Alette biasa sahaja, tetapi kenapa sekarang malah duduk berdua begini rasa berdebar-debar yang hebat? Sesekali Halilintar melirik ke arah Alette yang lahap memakan aiskrim strawberinya.

Tanpa sedar bibirnya tersenyum tipis.

+++

"FUYOO! Abang Gempa!"

Samsak tinju ditinju bertalu-talu tanpa hati. Keringat yang jatuh mencium lantai, bersama rambut paras bahunya basah kerana berpeluh banyak. Mata emasnya fokus pada tinju, sehingga tidak sedar sudah mengoyakkan isi samsak tinju.

Hembusan nafas berat dikeluarkan. Gempa berpaling, memandang jengkel ke arah Taufan yang menepuk tangan tanda kagum. Sepertinya Taufan baru sahaja selesai kelas piano.

"Kenapa kau ke sini?" soal Gempa. Air mineral yang dihulurkan Taufan disambut seraya dibuka penutup botol.

Meminumnya rakus. Taufan tersengih-sengih. Dia mula menayangkan tiga kad jemputan buat Gempa terangkat kening.

"Nanti datang tengok pertunjukan piano aku. Bawa Hali sekali! Dengan tunang Hali juga, heheh," ajak Taufan tidak sengaja buat Gempa tersenyum tipis.

Pasti ibu Taufan tidak dapat datang lagi kali ini. Taufan hanya tersenyum memandang Gempa, tiga kad jemputan itu diterima Gempa lalu dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Balutan pada kedua-dua tangan dilepaskan Gempa. Lantas kemeja sekolah disarung pada tubuh, dikancing satu per satu. Tali leher dan blazer hitam tidak dilupakan bersama lencana Sakura.

"Kau tak ajak yang lain?" soal Gempa keluar dari kelab tinju diikuti Taufan. Taufan tersengih lagi.

"Dah. Blaze, Ice, Thorn dan Solar! Ah, Mel juga..." Terus perlahan suaranya apabila nama Melantha disebut. Dia benar-benar tidak begitu akrab dengan adik Thorn.

Tetapi, Taufan ingin cuba berkawan meskipun sedikit takut dengan Melantha. Entah apa alasannya, Melantha menerima kad jemputan Taufan. Gempa tersenyum kecil mendengarnya.

Kepala Taufan diusapnya sekali.

"Bagus."

Senang hati Taufan mendengarnya. Jarang-jarang Gempa nak puji dia, sekali puji memang berbunga-bunga hati milik Taufan.

"Ibu kau masih sama? Kau ada cuba bicara dengan ibu kau?" Gempa mula membuka pembicaraan setelah lama berdiam diri.

Taufan mendiam seketika, tidak lama itu tawa kecil dilepaskan. Belakang tengkuk diusap lembut oleh Taufan, cuba menyembunyikan rasa tidak senang hatinya. Dia harus terlihat baik-baik sahaja.

"Hahaha, ibu dengan aku makin rapat."

Bohong. Gempa tahu kerana Taufan tidak memandangnya ketika berbicara seperti itu.

Kata-kata yang Taufan lontarkan, hanya keinginannya. Bukan kenyataan.

"Baguslah. Banyak luangkan masa dengan ibu kau, suatu hari nanti dia pasti akan terima kau dalam hidup dia. Slow-slow. Kalau kau ada pendam sesuatu, luahkan dekat sesiapa yang kau percaya. Aku dan ahli Sakura akan sentiasa ada. Ingat tu."

"Kita ni umpama keluarga. Jadi sebagai keluarga, jangan ada rahsia, okey?" sambung Gempa lalu menghadiahkan senyuman manis buat Taufan tertawa kecil.

Senyuman Gempa dibalasnya. Taufan mula tautkan jari kelingking pada jari kelingking Gempa, berjanji.

"Ketua risaukan aku, heheh? Taufan anak yang kuat! Hoho." Sempat Taufan menyemangatkan dirinya sendiri sambil menunjukkan ibu jari kepada diri sendiri.

Terletus tawa Gempa mendengarnya. Dia sudah kenal Taufan sejak kecil, apa-apa tentang Taufan dia tahu. Gempa sudah anggap lelaki itu sebagai adiknya seperti Halilintar. Kerana itulah Gempa sedikit khawatir.

Telinga Taufan ditariknya sengaja buat Taufan mengaduh sakit.

"Ada-ada je kau. Cepat pulang dan jumpa ibu kau, peluk dan cium dia."

"Akh, sakit! Jangan tarik!"

+++

"AKU tak nak balik."

"Awak kena juga!" Tangan Halilintar ditariknya secara paksa untuk masuk ke dalam kediaman Grandville secara senyap-senyap.

Alette berjaya membuat anak ini tidak lari dari rumah. Halilintar perhati pergelangan tangannya yang ditarik Alette, kemudiannya tatapan Halilintar beralih memandang kedua kaki Alette yang melangkah.

Bawah bibir dikemam lembut saat matanya beralih memandang Alette yang sedang membelakangi dan menarik tangannya.

Ada rasa yang menggelitik.

Halilintar berharap tangannya terus ditarik dan digenggam hangat seperti ini.

"Shhh. Jangan sampai maid awak tahu yang ada perempuan bersama awak, susah saya nanti," bisik Alette di telinga Halilintar buat telinga Halilintar mulai memanas.

Terlalu dekat. Lantas Alette menyorokkan Halilintar di balik tirai langsir saat terpandang beberapa pembantu rumah yang berjalan sambil berbual mesra. Tergamam Halilintar saat Alette menutup keberadaan mereka berdua dengan langsir.

Air liur diteguk Halilintar. Dia tidak pernah sedekat ini dengan perempuan.

Mata sakura itu mula menatapnya.

"Awak dapat nafas? Tahan sebentar."

Apa Alette dapat mendengar bunyi degupan jantungnya? Halilintar tidak mengerti apa yang dirasakannya sekarang. Berdebar-debar, wajah yang memanas tiada hentinya. Lama Halilintar menatap wajah gadis itu.

"Sudah?" tanya Halilintar cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Tanpa sedar dirinya sudah berpeluh-peluh.

Wajah Halilintar terasa hangat.

"Saya rasa dah. Jom keluar."

"Tunggu..."

Buk!

Belum sempat Halilintar menghentikan Alette, Alette terus menarik tangannya begitu sahaja buat kakinya tidak sengaja tersangkut pada kaki Alette, mereka berdua jatuh bertindih. Langsir putih yang terbuka, memberi cahaya masuk menerangi mereka berdua.

Dua bibir hampir bersentuhan tanpa sedar. Membulat mata Halilintar, lantas dia bangun dari terus menindih tubuh Alette. Bibir yang hampir bersentuhan mula ditekup dengan lengan, wajah Halilintar memerah.

"Ma... maaf," ucap Halilintar lantas memalingkan pandangan. Bergetar hebat bibir Alette.

"Eirene, jangan lihat." Lantas ditutup mata Eirene dengan buku. Eirene blur seketika.

Mengeras tubuh Halilintar dan Alette saat mendengar suara yang tidak asing. Lantas mereka berdua melihat seseorang yang berada di hadapan mereka berdua bersama budak perempuan yang memeluk patung beruang coklat.

Ketahuan.

"Ha... hai?" Hayes menyapa canggung.

Automatik merah padam wajah kedua-duanya.

Ehem ii

Finished on Friday, 26 April 2024
Published on Friday, 17 May 2024

1461 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro