49 + mengamuk

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

49 + mengamuk

SEMINGGU berlalu, Halilintar kembali semula ke dalam tubuhnya. Hari ini Gempa membawanya ke tempat perkuburan.

"Abang rindu ibu ayah?" soal Halilintar sambil merenung dua batu nisan yang tertera nama arwah ibu ayah Gempa.

Arwah ibu ayah angkat Halilintar.

Gempa tersenyum tipis. Tangannya mengusap lembut batu nisan sambil menghantar tatapan sedih. Sungguh tidak tertahan rindu ini, namun mereka berdua sudah pergi ke tempat yang lebih baik. Gempa harus menerima kenyataan bahawa dua orang tercinta telah pergi buat selamanya.

"Ni kubur siapa?" soal Eirene yang berada di sebelah Gempa. Halilintar baru sedar Eirene juga ikut sekali.

Eirene ialah budak perempuan yang dibawa Hayes entah dari mana datangnya. Entah kenapa, Halilintar tidak menyukai Eirene.

"Ibu ayah aku," balas Gempa seraya tersenyum kecil. Lembut tangannya mengusap atas kepala Eirene.

Terangguk Eirene mendengarnya. Sesekali mata coklat besarnya melirik ke arah Halilintar yang masih merenung dua kubur. Tidak dinafikan lagi, dia bukan Hayes. Eirene dapat melihatnya, lelaki itu tidak sebersih Hayes.

Mengerikan dan kotor.

Usai melawat kubur, akhirnya kembali ke kediaman. Kaki kecil Eirene lantas berlari mendapatkan Halilintar, ada sesuatu yang dia ingin bicarakan dengan lelaki itu secara berduaan. Gempa sudah masuk ke dalam kamarnya.

Halilintar terangkat kening.

"Kalau kau nak katakan sesuatu, datanglah ke kamar aku." Dingin. Eirene mengetap bibir, hampir sahaja dia tunduk kerana tatapan merah yang mencengkam itu.

Seperti yang dikatakan Halilintar, Eirene datang ke kamar lelaki itu. Lelaki itu sedang merangkai bunga ros merah sendirian, sekelilingnya penuh dengan gubahan ros merah sampai Eirene terkelu lidah. Tiada bunga selain bunga ros merah.

Bibir Eirene bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu sambil kedua tangan kecil menggenggam skirt kembang.

"Siapa awak?"

Halilintar terdiam. Tatapan Halilintar menjadi dingin, Eirene boleh melihat hantu. Dan itu buat Halilintar tidak senang hati.

"Kalau tiada apa-apa yang penting, keluar," halaunya kesal. Eirene teguk air liur.

Mata Eirene, boleh melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh manusia lainnya.

"Awak nampak mengerikan dan kotor. Tak sebersih Hayes."

"Maksudnya aku tak mandi?" Bukankah agak kejam kata-kata itu?

Tersentak Eirene apabila Halilintar tiba-tiba mendekatinya. Dia cuba beranikan diri menatap sepasang iris mawar merah itu meskipun takut-takut. Mata bertaut mata.

"Hayes macam malaikat, tapi awak tak!"

Ah, malaikat. Benar, Hayes lebih baik daripadanya. Sampaikan Eirene yang tidak diketahui mana datangnya semudah itu masuk ke dalam kediaman Grandville berkat kebaikan hati Hayes. Halilintar menyedari sesuatu.

Dia dan Hayes berbeza.

"Jika dia malaikat, aku ialah syaitan."

Mengerikan dan kotor. Halilintar yang penuh dengan rahsia. Tangannya terbiasa dengan darah, sambil kehilangan akal sendiri. Rasa sakit tiada lagi terasa, hanya tinggal memori yang menyakitkan.

"Aku takkan biarkan kau. Kalau Hayes dalam bahaya disebabkan kau, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau. Biarpun itu suatu dosa."

Eirene tersentak.

"Saya tak ganggu Hayes!" teriak Eirene cuba membaiki salah faham.

Halilintar hanya berdecit kesal. Dia tidak mahu mendengar itu. Sekarang pun dia boleh bunuh, tetapi memikirkan Hayes yang bakal sedih baik Halilintar hentikan sahaja niatnya. Eirene memang seorang budak, tetapi budak yang agak unik.

Lebih baik Halilintar berhati-hati.

"Apa kau boleh buktikan yang kau takkan apa-apakan Hayes? Aku tak boleh percaya kau," kata Halilintar datar.

Eirene meneguk liur. Tangan kecilnya menyuruh agar Halilintar meminjamkan telinga. Halilintar berkerut dahi namun tetap menurut. Eirene mula membisikkan sesuatu di telinga Halilintar.

Halilintar tergamam.

Jari telunjuk diletakkan pada bibir sendiri sambil Eirene memandang manis Halilintar usai membisikkan sesuatu. Seakan-akan menyuruh Halilintar merahsiakannya.

"Saya izin pergi, bye!" Sempat gadis itu melambai riang ke arah Halilintar seraya keluar dengan langkah terlompat-lompat. Teruja bukan main.

Halilintar mula meraup wajahnya, berasa tidak percaya. Bunga ros merah yang jatuh atas lantai ditatap Halilintar, lantas dia menunduk sedikit untuk meraihnya. Digenggamnya sehingga darah mengalir dari celah-celah jari akibat duri.

Ros merah itu dicampaknya ke lantai sehingga terpecik darah.

"Hah... jangan... bukan aku. Bukan aku! Aku tak bunuh sesiapa... bukan akulah, sial!" Dicampak apa-apa sahaja yang ada di dalam kamarnya. Melepaskan amarah yang terbuku di dada.

Teriakan Halilintar yang sampai ke luar menyentakkan Gempa. Lantas beberapa pembantu rumah dan pengawal datang ke kamar Halilintar diikuti Gempa sekali.

"Hali!" jerit Gempa cuba menghentikan tingkah Halilintar yang seperti bukan dirinya.

Cepat-cepat Gempa genggam kedua-dua tangan Halilintar dari belakang agar tidak mencampak barang. Meronta-ronta Halilintar dibuatnya, mata dipenuhi dengan rasa marah. Entah bagaimana Halilintar boleh mengamuk mendadak begini.

Gempa tidak mengerti.

"Lepaskan aku! Aku tak bunuh sesiapa! Bukan aku!" Perut Gempa disikunya kuat buat Gempa mengaduh sakit.

"Hali, sedar! Apa yang kau mengarut ni?"

"Bukan aku..." Terangkat kening Gempa. Suara Halilintar berubah lirih.

Ada getaran dalam suaranya.

Halilintar tidak mahu mengingatinya lagi, namun memori hitam itu berulang kembali. Ibu ayahnya mati dan Halilintar sendiri menyaksikan. Keluarganya, kawan-kawannya, jirannya, bahkan orang-orang yang dia sayang.

Mati.

"Ya, bukan kau. Kau tak salah apa-apa," pujuk Gempa meskipun tidak mengerti.

"Abang, percaya aku... aku tak bunuh mereka. Aku tak bunuh mereka, kan?" Tersentak Gempa apabila Halilintar mula menarik kolar bajunya, mengejutkan.

Halilintar bukan menangis, tetapi tersenyum menyeringai. Automatik Gempa merinding bulu roma. Apa benar di hadapannya ialah Halilintar?

"Hali... aku."

"Kau tak percaya aku! Bohong! Pergi!" Tercekik leher Gempa akibat Halilintar menarik kuat kolar bajunya.

"Hali..."

Terangkat kening Gempa apabila Halilintar terpejam mata dengan sendiri. Kepala diangkat memandang Fang yang merupakan doktor peribadi Grandville telah menyuntik ubat penenang terhadap Halilintar.

Nafas dihembus lega. Nasib sempat.

"Apa ada sesuatu yang buat adik kau mengamuk? Selalunya dia tenang," kata Fang agak aneh. Gempa terdiam seketika, dia juga tidak mengerti.

Tidak pernah Halilintar mengamuk sebegini. Wajah Halilintar ditatap Gempa, ada sisa air mata yang membasahi pipi Halilintar. Gempa mengetap gigi, dia gagal lagi menjadi abang buat Halilintar. Selama ini, Gempa langsung tidak tahu apa-apa mengenai adiknya.

Siapa sebenarnya Halilintar? Gempa langsung tidak tahu.

Halilintar yang banyak rahsia.

Tubuh Halilintar yang tidak sedarkan diri didukung Gempa. Melihat tatapan Gempa yang berubah serius, mendiamkan seluruh mulut-mulut yang berada di sini.

"Jangan biar orang lain tahu tentang kejadian hari ni, kalau tak kau orang mati di tangan aku."

"Ba... baiklah!"

+++

[tambahan]

"Ayah!" Ternaik kedua-dua bahu Halilintar saat mendengar jeritan yang tidak asing.

Hayes yang berada di hadapannya sudah berkaca-kaca mata buat Halilintar tergamam. Dia dengar ayahnya mengamuk dan tidak sedarkan diri, sebenarnya kenapa ini boleh terjadi? Nasib hanya Halilintar yang boleh dengar jeritan Hayes malam-malam ini.

Setelah Halilintar sedar, Gempa terus memeluknya dan meminta maaf. Sedangkan Halilintar tidak suka mendengarnya, dia rasa bersalah telah menyusahkan lelaki itu. Kerana sudah malam, Gempa menyuruhnya rehat yang cukup.

"Ayah mengamuk? Kenapa?" soal Hayes ingin tahu. Dia betul-betul khawatir dengan Halilintar.

Halilintar mendiam seketika.

"Tak ada apa-apa."

"Cakap je! Jangan rahsia dengan aku!" Laju Halilintar menekup telinga, hampir pekak telinganya.

Terangkat kening Hayes apabila Halilintar menyuruhnya mendekat. Hingus ditarik Hayes, menurut sahaja. Halilintar mula membisikkan sesuatu di telinga Hayes buat Hayes terkelu lidah.

"Jangan dekat dengan Eirene," bisik Halilintar perlahan buat Hayes tertanya-tanya.

Sebenarnya kenapa? Hayes ingin bertanya lebih lanjut, namun memikirkan keadaan Halilintar sekarang buat Hayes hentikan niatnya.

Ada rahsia yang belum terungkap.

Maaf jika citer ni slow, sy hrp masih ada yg enjoy membaca oak valley. Sengaja sy tinggalkan tanda tanya supaya sy sng susun kesemuanya seperti puzzle. S2 lebih fokus ke kisah hidup hali berbanding lainnya, jadi hrp mengerti ❤️

Tyy masih setia menunggu update dri citer ni, syg semuaaa <33

Finished on Sunday, 19 May 2024
Published on Wednesday, 29 May 2024

1157 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro