61 + malaikat dan syaitan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

61 + malaikat dan syaitan

Sambungan masa depan,

KETAKUTAN.

Itu yang dirasakan Halilintar saat bertatapan mata dengannya. Dirinya yang masih kecil, melihat sesuatu yang sepatutnya tidak dilihat. Dia hilang diri, sampaikan Halilintar tidak tahu bagaimana berekspresi yang seharusnya.

Kerananya.

"Hali, mari sini..."

"Mana kau kurung mereka?" soal Halilintar dingin. Lelaki itu tertawa besar tiba-tiba.

Kakinya melangkah ke arah Halilintar. Mata coklat yang menawan, bersama rambut hitam. Wajah yang tidak menua, meski usianya sudah ratusan tahun. Halilintar tidak berundur, masih kekal di tempat.

Tersentak Halilintar saat mata lelaki itu membesar menatapnya, marah.

Pang!

Berpaling wajah Halilintar. Pipi merah ditampar olehnya.

"Kau tak rindu aku, hm? Mereka siapa bagi kau? Aku! Aku yang seharusnya kau tanya!"

"Apa aku dah makan? Aku hidup baik-baik? Kau lebih sayang mereka? Hali..." Nada akhirnya kedengaran keras. Dapat dirasakan dagu Halilintar dicengkam kasar oleh lelaki itu.

Menatapnya.

"Kau milik aku."

Bawah bibir diketap Halilintar. Tersenyum sinis lelaki itu saat mata merah Halilintar menatapnya maut. Merasakan kepuasan kerana membangkitkan rasa kesal Halilintar.

"Mari kita balik, okey? Aku dah sediakan bilik yang selesa untuk kau. Makan minum kau, pakaian kau, semuanya tersedia," ajaknya lembut. Tatapannya penuh kasih sayang memandang raut wajah Halilintar.

"Kalau aku serahkan diri aku, boleh kau biarkan mereka selamat?" Halilintar mengatakannya.

Semua ini terjadi kerananya.

Kerananya, kerananya, kerananya.

Bersinar-sinar mata lelaki itu mendengarnya. Tawa dikeluarkan riang, buat bulu roma Halilintar sedikit menegak.

"Aku... aku sayang mereka. Mereka tak bersalah."

"Hahah, semestinya. Aku akan tunaikan apa saja asalkan kau jadi milik aku."

"Hali..." Gulp.

"Kita akan hidup bersama. Bahagia bersama, aku dah lama impikan semua ni. Apa yang aku nakkan selama ini, tak lama lagi tercapai. Aku bahagia akhirnya kau datang kepada aku." Jika mendengarnya, pasti itu kata-kata manis.

Namun bagi Halilintar, itu kata-kata yang menakutkan. Lelaki ini gila, fikirannya tidak betul, bahkan berperangai seperti budak-budak jika kemahuannya tidak tercapai.

"Emris, lihat Hali kembali kepada aku," beritahunya teruja. Emris yang dari tadi melihat sahaja, tersenyum kecil ke arah tuannya.

"Nah, mari hidup selamanya," ujarnya manis. Halilintar meneguk liur saat lelaki itu mendekat ke arahnya.

"Guna tangan terlalu menyakitkan, kan? Emris, pedang."

Nafas ditarik Halilintar dalam.

Gempa telah pergi meninggalkannya. Solar juga, meski lelaki itu menyebalkan. Dan kali ini, Halilintar bakal menyusul mereka berdua. Ada yang ingin Halilintar katakan, sudah lama dia pendam.

Sebelum dia mati di tangan lelaki ini.

"Ak... aku."

Terangkat kening lelaki itu, menanti apa yang Halilintar cuba katakan.

"Sebenarnya siapa aku?" Bergetar suara Halilintar menyoalkan itu.

Lelaki itu tertawa kecil.

"Apa maksud kau, Hali?"

Bawah bibir diketap Halilintar. Mata merah ini, dan rambut hitam miliknya. Halilintar tahu dirinya ialah manusia, namun dia masih tertanya-tanya.

"Kau tahu maksud aku," balas Halilintar dingin. Lelaki itu merengus kesal, mula mengacukan mata pedang ke arah keberadaan jantung Halilintar. Belum menusuknya, hanya mengusik sedikit.

"Diam. Kau akan mati di tangan aku."

"Aku bukan milik kau, hidup bersama? Kau masih bermimpi."

"Diam! Aku kata diam!" marahnya geram. Apa Halilintar cuba mencabarnya?

Halilintar menggigil, namun dia cuba kuatkan diri. Andai mesejnya ini dapat disampaikan, dia ingin mengatakan banyak perkara.

'Anak ayah, jaga ibu baik-baik.'

'Ayah akan mati dan kau harus hidup.'

Halilintar memejamkan matanya. Rapat.

"Miliki aku, itu yang kau inginkan, kan?"

"Apa yang kau nantikan?"

Lelaki itu terdiam seketika mendengarnya. Tidak lama itu dia tertawa kecil, anak kecil yang dia jaga kini sudah pandai berkata-kata. Memang yang paling memuaskan dirinya apabila Halilintar tidak punya apa-apa lagi.

Halilintar hanya dapat menyerahkan diri dan meninggalkan semuanya. Membuang semuanya.

Miliknya. Ah...

Ah.

Shrak!

Darah terpercik. Namun yang mengejutkan, Halilintar dapat merasakan seseorang memeluknya sehingga pedang yang menusuk menyatukan mereka berdua. Dia terbatuk darah buat mata Halilintar membulat.

"Ha... Hali."

Kenapa menyelamatkannya?

"Aku... aku terlambat, ya?" katanya seraya tertawa kecil. Dia terbatuk-batuk mengeluarkan darah buat Halilintar terkaku.

"Taufan, kenapa?" Kenapa nak ditusuk?

Taufan merehatkan kepalanya atas bahu Halilintar, tubuhnya rasa lemah. Dapat dirasakan darahnya banyak mengalir. Pedang masih menusuk mereka berdua, anehnya Taufan tidak merasakan begitu sakit.

Dia tahu dia bukanlah sepatutnya menjadi sorotan. Taufan tahu. Dia tidak penting untuk masuk dalam kisah hidup Halilintar.

Tetapi.

"Kita kawan, kan?" soalnya dengan suara yang bergetar.

Meski Halilintar pernah menjatuhkan kek pemberiannya, Taufan cuba tidak memikirkan lagi.

Kerana waktu itu, Halilintar menyelamatkannya yang dalam keadaan lemas. Saat tiada siapa sedar dan mahu menolong, hanya ada Halilintar. Andai sahaja tiada Halilintar, pasti Taufan sudah mati.

Tiada yang akan mengerti betapa Taufan ingin berkawan dengan Halilintar.

Kenapa Halilintar dan bukan lain?

"Aku tak pernah anggap kau kawan," balas Halilintar lemah. Berapa kali dia harus mengatakannya agar Taufan mengerti?

Siapa yang gila mahu berkawan dengan Halilintar? Halilintar tahu diri. Dia tidak layak, bahkan bergurau senda bersama rakan-rakan itu seperti mimpi indah yang tidak akan jadi kenyataan. Walaupun Halilintar menginginkan, namun takdirnya sudah tertulis.

Pada akhirnya, semua yang berlaku kerananya.

Salahnya.

"Apa aku masih belum layak? Hali... sakit. Darah aku banyak mengalir... rasanya lemah."

"Aku lari secepatnya bila dengar dari Alette yang kau serah diri. Kalau saja... kalau saja aku tak terlambat datang sekolah, pasti semuanya baik-baik saja. Blaze, Ice dan Thorn dah aku selamatkan. Mereka bertiga sekarang cuba selamatkan pelajar lain yang dikurung."

"Ak... aku."

Taufan cuba bernafas. Dia ingin mengatakan banyak lagi. Dia ingin mengatakan semuanya kepada Halilintar. Meski Taufan sudah tahu dia akan mati bersama Halilintar di sini, dia ingin mengatakannya juga.

Halilintar mengetap bibir. Menekan kuat kepala Taufan yang sedang berehat atas bahunya.

"Jangan cakap lagi."

"Semuanya dah berakhir."

Taufan tertawa kecil mendengarnya. Sampai akhir pun, Halilintar masih mengekalkan nada tenangnya.

"Kita akan menyusul mereka, kan?" soal Taufan bergetar.

Halilintar cuba menahan perasaannya. Dia tidak mahu terbawa perasaan sedih, namun sukar mengawalnya. Kerana Halilintar juga manusia.

Kepala dianggukkan Halilintar.

"Aku rindu mereka. Hali, nanti kita say hi kat mereka, okey? Supaya mereka happy jumpa kita."

Halilintar mengangguk lagi. Taufan tersenyum tipis, sempat tangan menepuk belakang badan Halilintar. Dia tahu Halilintar sedang mengawal rasa sedih yang menebal.

Mata merah milik Halilintar sempat menatap mata coklat tidak berperasaannya. Bertatapan mata. Lelaki itu masih tidak melepaskan pedangnya. Sampai sekarang Halilintar tidak mengerti.

Mengapa?

Tetapi Halilintar ingin mengatakannya.

"Jangan sesekali sentuh dia. Kau akan tunaikan?"

'Dia' yang Halilintar maksudkan. Lelaki itu tersenyum sinis, mengerti ucapannya.

"Matilah dengan tenang, Hali. Penderitaan kau dah berakhir."

"Dia yang kau sayang takkan aku usik, itu sumpah aku."

Dan syaitan menyatakan sumpahnya di hadapan manusia.

+++

"HOSH... hosh."

Andai masa depan boleh berubah.

Apa itu mustahil?

Setelah melihat masa depan, Hayes jadi sedar sesuatu. Syaitanlah punca semua ini berlaku. Blaze, Ice dan Thorn di dunianya, ternyata memang hanya tinggal mereka bertiga sahaja.

Yang lain telah masuk kubur.

"Ei... Eirene." Hayes telan liur setelah membuka pintu kamar Eirene.

Dia berlari ingin menemui Eirene mahu memastikan sesuatu. Namun yang berada di hadapannya bukan Eirene, melainkan seorang lelaki berwajah tampan yang mempunyai dua tanduk. Sebelah mata tertutup oleh rambut, bahagian dadanya telanjang dan hanya mengenakan seluar.

Lelaki itu terangkat kening, baru sahaja dia ingin mengenakan baju namun jadi terbantut.

Ternyata... mengubah diri menjadi yang asli itu dia harus telanjang?

"Ehem, aku dah agak kau bukan Eirene. Kau siapa?" soal Hayes tanpa berkias-kias.

Sial, tubuh lelaki ini kenapa sungguh menggoda? Kalah dirinya. Apa tubuh syaitan seperti ini?

Hayes fikir rentung.

"Aku Eirene," balas lelaki itu tenang. Baju disarung pada tubuh.

Sudah ketahuan, mahu bagaimana lagi?

"Nama sebenar kau."

"Emris."

"Aku tanya nama kau bukan sebab aku tertarik, aku cuma nak tahu," jelas Hayes tersekat-sekat. Kenapa dia nak gugup depan syaitan? Sekarang kan dia hantu!

Syaitan takkan dapat menyerangnya.

Apa maksudnya, pangkat hantu lebih tinggi berbanding syaitan? Hayes tersentak.

Emris yang melihat Hayes sepertinya memikirkan aneh-aneh, mengeluarkan keluhan berat. Dia bergerak mendekati Hayes buat Hayes terkejut sedikit. Baru sedar bahawa Emris lebih tinggi daripadanya.

Tampan, tubuh dah berketul-ketul, lepas itu tinggi pula! Dia nak miliki segalanya ke apa? Entah kenapa Hayes agak kesal.

"Hayes, baik kau berundur. Aku tak nak libatkan kau."

Aik? Bila masa syaitan baik dengan manusia? Hayes agak tercengang dengan situasi sekarang. Syaitan ini terlalu baik sampai menyuruhnya menyerah.

Apa syaitan dunia ini dah insaf?

"Apa yang kau rancangkan?" soal Hayes cuba berlagak seperti penyiasat. Dalam hati macam nak melompat keluar dari bilik ini.

"Kau baik seperti malaikat. Aku tak usik malaikat seperti kau, jadi kembalilah ke dunia kau. Aku tahu kau bukan asal sini."

Gulp.

"Dan, Hali yang kau rasuki selama ni tu berbahaya. Dia tak boleh ada di dunia ni. Aku tahu kau takkan dengarkan aku, tapi dia bawa maut kepada manusia lainnya."

"Sekarang dia sedang berlawan sesuatu dalam diri dia, menderita menahan rasa sakit yang dia rasakan. Sesuatu dalam diri Hali akan semakin membesar dan bila-bila masa akan meletup. Sebelum tu terjadi, aku akan hapuskan dia dari dunia ni. Mungkin selama ni dia hidup nampak baik-baik saja, tapi kau tak tahu apa-apa tentang Hali."

"Menyerahlah, Hayes. Selagi aku masih baik-baik."

Dah berapa kali Hayes telan liur, tetap sahaja dia tidak mengerti. Kenapa ayah harus dihapuskan? Kerana berbahaya? Tetapi sekarang ayah sudah ada kawan dan cuba berekspresi seperti manusia lainnya.

Ayah tak berbahaya.

Hayes tatap tajam wajah Emris buat Emris terangkat kening. Hayes baru tahu kalau syaitan ada sisi baik, mungkin hanya Emris yang begitu.

"Aku tak berniat nak putus asa. Hentikan apa yang kau inginkan. Semua tu takkan terjadi."

Emris menunduk perlahan. Dia melihat Hayes yang mahu keluar dari kamar.

"Kami akan menyerang Oak Valley."

Membulat mata Hayes.

"Orang-orang yang kau sayang."

"Apa kau dapat selamatkan semuanya? Hayes..."

"Terima kasih pernah belikan aku roti. Rotinya hangat."

Tiba-tiba cakap pasal roti, apa syaitan ni lapar?

+++

B O N U S

EMRIS [berubah bentuk]
[warna mata : coklat]

+ bawahan tuan
+ misteri
+ tenang dan dapat diharap

Sbb ada yg nk sy up, jdi sy up. Maybe esok atau lusa sy edit bab ni tambah banner dan gambar, phone sy bermasalah sikit utk tambah tu huhu. Enjoy reading!

Finished on Sunday, 21 July 2024
Published on Saturday, 17 August 2024

1579 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro