62 + penguasa sebenar

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

62 + penguasa sebenar

"MEL, serang dia!"

"Fighting!"

Para pelajar lelaki bersorak melihat Melantha sedang bertarung melawan peserta. Peserta yang mengikuti permainan ini harus bertarung dengan Melantha, jika menang akan dapat menjadi kekasih sehari gadis berambut merah itu!

Siapa yang mahu melepas peluang?

"Walaupun cik manis seorang perempuan, saya takkan ragu-ragu menyerang," ucapnya penuh gula. Melantha tersenyum senget.

"Lelaki mabuk cinta tu memang lelaki yang bodoh, heh?"

"Kata-kata cik kedengaran indah di telinga saya."

Entah kenapa Melantha berasa kesal mendengarnya. Apa dia menghancurkan sahaja lelaki bermulut manis ini? Tetapi Gempa pasti akan membebel seperti nenek. Taufan dan Blaze yang dari tadi menonton, berasa merinding melihat raut wajah Melantha berubah.

"Sial... Mel marah."

"Gulp, aku takut, Blaze."

Membulat mata Melantha saat pedang yang diarahkan lelaki itu telah memutuskan beberapa helai kecil rambut merahnya. Lelaki itu tersenyum sinis buat Melantha mula menjaga jarak. Bukan kerana takut, tetapi Melantha merasakan bahaya.

Mata biru Melantha menyala sebentar. Aura lelaki ini... berubah. Tadi lelaki itu berkelakuan seperti manusia lainnya, tetapi aneh.

Tiada bau-bau manusia.

"Kau siapa?" soal Melantha berhati-hati. Lelaki itu membulat mata seketika, tidak lama itu tersenyum. Dengan langkah perlahan dia mendekati Melantha buat Melantha tidak keruan.

Yang lain sedang menonton mulai berasa pelik mengapa suasananya begini.

"Sudah aku duga cik manis seorang yang peka."

"Katakan sebenarnya sebelum aku..." Tangan Melantha yang mahu mencekiknya mula ditahan lelaki itu buat Melantha merinding seketika.

Mata coklat lelaki itu, berubah menjadi merah.

"Kau..."

"Kau."

Suaranya berubah!

"Bodoh, lepaskan aku!" jerit Melantha.

"Weh, kenapa Mel?" soal Blaze berasa tidak sedap hati. Tiba-tiba sahaja Melantha berkelakuan begitu.

Taufan yang mendengar itu daripada Blaze mula berpaling memandang Melantha, membulat mata birunya. Suara jeritan dari para penonton kedengaran melihat lelaki itu berubah menjadi makhluk yang mengerikan.

"Le... lepas!" Melantha menjerit, merinding melihat perubahan bentuk lelaki ini.

Lelaki ini berubah menjadi syaitan!

"Kau makanan aku hari ni, cik manis."

Kenapa syaitan boleh berada di sini? Apa kuasa pelindung Oak Valley sudah hancur? Siapa yang menghancurkannya? Melantha mengetap bibir, dia mula menggunakan kaki menyepak kuat perut si syaitan lalu Melantha melompat berundur ke belakang.

Nafas Melantha tercungap-cungap sedikit.

"Gempa! Dia syaitan!" Lantang suara Melantha mengumumkan.

Tersentak semua yang ada di sini mendengar itu. Gempa mengemam bibir, lantas ahli Sakura lainnya tertumpu ke arah syaitan tersebut.

Setelah syaitan itu menunjukkan aslinya, beberapa manusia berubah menjadi wujud syaitan. Ada syaitan yang menyamar jadi manusia, ini di luar jangkaan. Suasana menjadi huru-hara dengan syaitan yang semakin banyak muncul.

"Dengar! Kita akan menyerang syaitan bersama-sama, jangan ragu-ragu untuk mati!"

"Kerana di sini Oak Valley, tempat perkuburan kita."

Saat Gempa melontarkan arahannya, serta-merta semua pelajar Oak Valley bergerak menyerang. Di sini ialah Oak Valley, tempat hidup dan mati mereka. Saat kaki sudah menjejak ke sini, mereka telah terlebih dahulu memijak kuburan mereka.

"Mel, kau okey?" soal Gempa. Melantha hanya mengangguk kecil.

"Ahli kita dah menyerang, kan?" Melantha menyoal. Dia lantas mengelak saat satu syaitan cuba memakannya, lantas Melantha menghentakkan kaki atas tanah menenggelamkan syaitan tersebut.

"Ya. Mereka lebih pantas daripada kita berdua. Mel, boleh kau bereskan yang lain? Aku ada urusan yang harus diselesaikan," pinta Gempa buat Melantha sedikit kaget.

"Kau nak pergi mana?"

Gempa melepaskan tindikannya seraya dibaling ke arah Melantha, cepat-cepat Melantha menangkap. Mata Melantha tidak sengaja melihat senyuman Gempa untuknya, buat Melantha berdebar seketika.

"Kalau kau rasa sunyi tanpa aku, bawa tindikan aku bersama kau. Aku takkan lama."

Merah wajah Melantha.

"Bodoh, kau fikir aku apa?" Melantha membalas kesal, sedangkan jantungnya mahu meledak sekarang.

Tindikan... tidak buruk juga.

+++

"SETELAH aku jadi ketua, aku bertemu seseorang yang merupakan ketua yang selama ni mengatur Oak Valley. Dia bersembunyi agar tak dilihat orang. Dia yang buat aku jadi lebih pentingkan dendam, dia juga yang beritahu cara untuk buat aku kuat dengan mengumpulkan otak para pelajar."

Firasat Gempa kuat mengatakan orang itu punca ini semua berlaku. Air liur ditelan. Teringat kata-katanya kepada Blaze mengenai penguasa sebenar Oak Valley. Yang tersembunyi tidak diketahui keberadaannya.

Dia.

"Tiba-tiba minta jumpa?" soalnya sinis buat Gempa tersentak kecil.

Kamar ahli Sakura bahagian bawah tanah, tempat pertemuan Gempa dengannya. Bawah tanah ini isinya penjara, namun telah dihancurkan kerana Halilintar a.k.a Hayes suruh. Mungkin Hayes tidak suka melihatnya kerana Gempa pernah mengurung Taufan dalam penjara tersebut.

Mengingat dirinya yang dahulu, Gempa berasa amat kejam terhadap Taufan.

"Gempa..." Ternaik bahu Gempa saat lelaki itu mula mendekat.

Senyum lelaki itu terlihat buat Gempa kurang senang.

"Apa kau minta berjumpa takut terjadi apa-apa kat adik kesayangan kau? Lambat atau cepat, Hali akan kembali ke pangkuan aku. Kau yang merampas dia daripada aku." Nadanya menjadi gerun buat Gempa tertelan liur.

Mata emas milik Gempa berlaga dengan sepasang iris coklat miliknya. Gempa tahu mengatakan ini tidak begitu sulit, namun dia tetap mahu mengatakannya.

"Kau hasut aku supaya balas dendam. Kau suruh aku kumpul otak manusia dan makan kesemuanya bila sudah terkumpul sesuai yang kau nakkan. Kau kata kalau makan otak boleh buat aku jadi kuat, dapat kuasai semuanya dan balas dendam kepada siapa yang bunuh ibu ayah aku," luah Gempa mula menundukkan kepalanya. Nafas terasa berat.

"Tapi rupanya kau..."

Terangkat kening lelaki itu mendengarnya. Tidak berapa mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Gempa. Tiba-tiba Gempa menarik kolar bajunya buat dia terdorong ke hadapan.

Tajam mata milik Gempa menatap ke dalam matanya. Seakan-akan telah lama menanam dendam terhadapnya.

"Kenapa selama ni aku tak perasan? Kau bukan manusia, bukan syaitan."

Lelaki itu tersenyum sini mendengarnya. Tangan Gempa yang menarik kolarnya disentuh, menepis lembut.

"Separuh manusia separuh syaitan. Gempa, kenapa kau nak tahu tentang aku? Aku cuma penguasa Oak Valley yang tiada siapa tahu kecuali kau," balasnya tenang.

Bibir diketap Gempa.

"Kau, kan? Kau yang arah syaitan tu bunuh ibu ayah aku? Sebab semua ni pelik! Kenapa kau hasut aku untuk balas dendam? Kenapa kau selalu nak tahu tentang Hali bila kita bertemu? Kenapa... kenapa kau tak nak tunjuk diri kau kat semua orang?"

"Kau penguasa yang sebenarnya, bukan aku."

"Dan kau berlagak tenang sedangkan situasi sekarang sedang kacau. Syaitan menyerang, tapi kau hadiri pertemuan kita dengan wajah biasa," sambung Gempa sedikit menyindir.

Lelaki itu ketawa tiba-tiba buat Gempa merinding sejenak. Saat lelaki itu mahu mendekat, tanpa sedar Gempa jadi mengundur ke belakang sehingga belakang tubuh tertampar dinding. Tiada lagi jalan untuk keluar daripada perangkap lelaki ini.

Mata coklat itu, menatapnya.

"Kau tahu mana semua otak yang kau dah kumpul? Aku bagi syaitan-syaitan aku makan sebab semuanya tak enak. Untuk jadi manusia dengan makan 1000 otak, aku gunakan kau. Rupanya rasanya tak sedap, aku tak mampu makan."

"Bawa adik kau untuk aku. Kau tahu, kan? Jantung dia amat bernilai. Sejak dia lahir di muka bumi ni, dia terpilih menjadi hidangan istimewa buat para syaitan yang merebutnya. Aku akan jadi salah satu yang mendapatkan dia."

"Nah, Gempa... putuskan. Kalau kau ikut cakap aku, akan takkan serang sekolah ni," katanya tersengih buat Gempa tertelan liur.

Apa lelaki ini gila?

"Adik aku bukan hidangan, dia manusia."

Halilintar ialah Halilintar. Kenapa lelaki ini sesuka hati menganggapnya rebutan para syaitan? Gempa menyesal, kerana ingin menjadi kuat dia mengambil otak manusia lainnya. Semata-mata mahu membalas dendam.

Jantung Halilintar lain daripada yang lain, syaitan-syaitan merebutnya. Jika memakan jantung itu, mereka akan mendapat kekuatan yang luar biasa. Bahkan, dapat menjadi manusia dengan kekuatan melebihi manusia lainnya.

Namun dia malah dikhianati. Lelaki itu tahu manusia tidak akan jadi kuat dengan memakan otak, dan dengan licik menyuruh Gempa mengumpul otak agar lelaki itu boleh menjadi manusia seutuhnya. Gempa mempercayainya, namun dia tahu itu tindakan yang bodoh.

Kerana dendam, jadi tidak dapat berfikir mana betul dan salah.

"Sebenarnya... kenapa kau begitu obses dengan adik aku?"

"Kenapa, ya?" Tersentak Gempa saat mata coklat itu perlahan-lahan berubah menjadi merah.

Tawa sinis sengaja dikeluarkan.

"Aku cuma ingin bawa dia pulang kerana berani tinggalkan aku, salah?"

Dijatuhkan tubuh Gempa ke bawah buat Gempa meringis kesakitan. Cengkaman tangan lelaki itu terhadap bahunya sangat menyakitkan buat Gempa tidak dapat berdiri dengan benar. Gempa angkat kepala cuba menatap lelaki itu.

"Barang berharga yang dicuri harus kembali kepada pemiliknya."

"Jangan cuba halang aku, Gempa."

Finished on Wednesday, 31 July 2024
Published on Saturday, 14 September 2024

1339 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro