Bab 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Enjoy <3


"Setia itu penting dalam setiap hubungan"

-Namjoon doktor pakar cinta-

———————

Hayeon POV

Aku merenung jendela dengan pandangan kosong. Taehyung bencikan aku. Hidup aku pun tak lama dah.

Bagus Hayeon bagus.

Pintu dikuak dari luar. "Hayeon gwenchana?" Soal doktor muda yang ditugaskan merawat aku.

"Ah nae doktor Seojoon" aku tersenyum nipis. Doktor Seojoon setiap hari memeriksa kondisi kesihatan aku.

Aku menggenggam erat selimut yang menutupi separuh tubuhku. Doktor Seojoon fokus menulis pada failnya. Aku mengetap bibir rapat.

Takut

Aku takut nak bertanya soalan berkaitan penyakit aku. Aku menghembus perlahan.

"Doktor"

"Ya, cik Hayeon" dia memandang aku.

"Aaaa err saya okey je kan ani maksud saya penyakit saya ni boleh sembuh kan doktor?"

Doktor Seojoon diam. Tiada reaksi pada wajahnya. Mungkin tengah susun ayat supaya dapat menyenangkan hati aku kot.

Dia memandang aku semula serta membentuk senyuman pada wajah kacaknya.

"Cik Hayeon akan sembuh kalau cik beri kerjasama pada diri cik. Selalu makan ubat dan kena kuatkan semangat. Kalau cik Hayeon dengar apa yang saya cakap, mungkin penyakit cik boleh sembuh" jelas Doktor Seojoon dengan panjang lebar.

"Erm nae" aku menundukkan kepalaku.

"Jangan sedih cik Hayeon. Semua ni ada hikmahnya. Cik perlu bersabar dan kuat tempuhi cabaran ni eo? Cuba menjadi seorang yang kuat dan tabah untuk orang yang cik Hayeon sayang. Arasseo?"

Taehyung...

Aku membalasnya dengan senyuman comel aku.

"Saya kena keluar dulu. Ramai lagi patient saya kena periksa so kejap lagi nurse akan bagi ubat. Awak makan tau. Jangan lewat makan pulak" bebel Doktor Seojoon. Aku tersengih lalu menganggukkan kepala.

Doktor muda itu mengusap kepalaku sebelum meloloskan diri pergi ke bilik wad yang lain.

Pintu dikuak dari luar sekali lagi. Aku ingat Doktor Seojoon. Mungkin dia tertinggal barang ke.

"Hayeon"

Aku menoleh.

"J-Jungkook? Kenapa datang sini?" Terkejut kuasa sepuluh.

Dengan pakaian sekolah tak tukar tukar lagi. Apa nak jadi lah anak Jeon ni. Nasib crush.

Macam biasalah. Setiap kali jumpa aku, mesti tunjuk senyuman bunny nya. Taulah comel hiks.

"Kookie bawakan makanan untuk Yeonnie tehee" dia meletakkan beg kertas yang diisi dengan beberapa bekal makanan di atas meja kecil di hadapan aku.

Serta senyumannya yang comel ;-;

"Eo? Susah susah je Kook btw gumawoyo Kookie~" aku tersenyum kecil.

" hehe takpe lagipun eomma masakkan khas untuk Hayeon" Jungkook menggosok belakang lehernya.

Amboi dah claim aku jadi menantu mak dia ke?

Tapi aku hm

"Yeon?"

"Err ah nae nae!"

"Meh saya suapkan" Jungkook merampas sudu yang ada pada tanganku.

"Eh tak—

Dia suap aku.

"Macam mana? Sedap tak?"

Makanan yang memenuhi dalam mulut aku, aku kunyah perlahan-lahan lalu menelan melalui esofagus aku k stop

Aku mengangguk sambil menunjukkan isyarat bagus. Jungkook ketawa kecil melihat reaksi aku.

                
                        ———————

Taehyung menongkat dagu sambil memandang tingkap di sebelahnya. Suasana dalam kelas agak bising. Yalah cikgu mesyuarat memang pelajar buat konsert ah dalam kelas.

Ketua kelas pulak macam takde function. Sedap buat kilang air liur basi.

Saera mengetuk meja dengan jari telunjuknya. Saera memikirkan siapa abang Hayeon dan sebab ketiadaan Hayeon selama dua hari.

Ya Park Hayeon dah dua hari tak datang sekolah.

Saera bangun dari tempatnya lalu berjalan ke arah tempat Taehyung.

Tangan Saera refleks menepuk meja Taehyung lalu menegur mamat di hadapannya.

"Yah!"

Taehyung kekal memandang tingkap.

"Kau ni kenapa? Aku tanya tentang Hayeon kau jawab macam nak tak nak je. Kenapa ni!? Bukan ke korang best friend forever!"

"Hm"

"Yah! Haish" Saera menyerabutkan rambutnya. Stres dengan Taehyung punya pasal.

"Kau.... bergaduh dengan Hayeon eh alien?"

"Dah tahu tanya lagi"

"Haih kau ni apa apa jelah malas aku nak layan kau. Cuba mature sikit" Saera menjeling Taehyung geram.

"Jap kau tak bagitahu pun siapa abang Hayeon! Cepat bagitahu aku!"

Asalnya tadi Saera pergi melangkah ke arah tempatnya, terus dia reverse ke tempat Taehyung semula bila teringat tentang persoalan yang dia perlukan jawapan.

Taehyung memutarkan bebola matanya tanda menyampah dengan perempuan di hadapannya yang suka pot pet tak henti henti.

"Sies lah kau tak tahu?"

"Haah aku tahu je dey kalau aku tahu aku tak tanya kau lah setan!"

Hamek kau setan terus😂

Taehyung mendengus geram.

Tau marah orang panggil dia setan ha kan dah kena. Kau jangan main main dengan Saera tu.

"Park Jimin"

Saera yang kekal memandang Taehyung dengan pandangan tajam bagaikan pedang terus memandang Taehyung dengan pelik.

"Kau pehal seru nama mamat annoying tu!"

Taehyung menyebak rambut ke belakang. Fedap dengan minah tak betul ni.

"Aish tadi kau tanya siapa abang dia kan?!"

Mata Saera terbuntang luas diikuti dengan suaranya bak halilintar. "MWOYAAAA!"

Manakala Taehyung menutup telinganya. 'Boleh cair taik telinga aku ni dengar suara Saera' bisik Taehyung.

Serta merta suasana kelas diam.

Krik krik krik krik

Kelas mula riuh semula setelah dua minit.

Saera gelak sinis. "Kau jangan buat lawaklah alien si pendek yang menggoda tu abang Hayeon. Michin"

"Aku buat lawak ke bodoh. Dah jelas dua orang manusia tu nama Park. Kau ni tulah mak kau suruh minum susu yang menghubungkan DHA tu kau tak nak. Bodoh dari kecik" Taehyung bangun lalu keluar dari kelas.

Saera terdiam sambil menyentuh dada kirinya.

"Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku"

Setepek kena panggil bodoh HAHAHA

TBC
———————

Double update muah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro