Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hi I'm back with luv<3


"I need your love for my whole life, sayang"
-taetae mereciks-

                         ———————

Author POV

Tiupan angin yang dingin menyebabkan rambut milik jejaka itu berterbangan sehingga menampakkan dahinya.

Tiada sesiapa di ruangan rooftop itu. Hanya dia seorang.

Kim Taehyung.

Taehyung khusyuk mendengar lagu sambil menikmati suasana di pandangan matanya. Earphone miliknya terletak elok di lubang kedua-dua telinga.

Sunyi sepi.

Tiada bunyi. Tiada suara. Tiada gelak ketawa.

Sepi yang dialami ketika ini.

Taehyung tekun menghayati setiap bait bait perkataan yang terkandung di dalam lagu itu.

Sweet Night by V BTS yang menyapa gegendang telinganya.

Kalau dulu, pasti telinganya akan mendengar celoteh oleh gadis itu tapi situasi sekarang tak sama seperti dulu.

Kalau dulu, Hayeon mesti setia menemani dirinya tapi sekarang kesunyian yang menemaninya.

Tempat inilah yang selalu jadi 'port' untuk lepak sama-sama.

Taehyung menghela nafas berat.

Perlu ke ingat tentang perempuan tu kalau dia sendiri berasa kecewa dengan gadis yang bernama Park Hayeon.

He really feel frustrating towards her.

And he mean it.

Taehyung mendongak kepalanya ke atas melihat langit yang kebiruan ditemani oleh sekelompok awan yang berkepul-kepul berwarna putih.

Hatinya tenang selepas melihat scene yang mendamaikan.

"Langit tu.... macam aku. Awan tu macam..... dia" ucap Taehyung perlahan.

"Setia menemani waktu susah dan senang"

Matanya mula berkaca.

                      ———————

Waktu persekolahan sudah tamat selepas loceng berbunyi. Para pelajar mula berpusu-pusu pulang ke rumah. Semua pelajar menghala ke pintu pagar utama untuk menuju ke rumah masing-masing.

Tapi berbeza dengan Saera.

Langkahnya menghala ke arah kelas 4-1. Kelas pertama yang diduduki oleh jejaka itu.

Park Jimin

Saera tergamam bila diberitahu yang Jimin dari kelas ni. Saera pula dari kelas kedua dan satu kelas dengan Hayeon dan Taehyung. Terasa bodoh di situ.

Tak sangka luaran kelihatan bad boy vibe gitu tapi otak bergeliga macam budak bijak.

Terciduk Saera.

Betul cakap Taehyung.

Tapi Taehyung pun satu kelas dengan dia. Ceh cakap kat orang bodoh dia pun sama.

Langkah Saera terhenti bila destinasi yang dituju telah tiba. Tapi bukan betul betul di hadapan kelas cuma langkahnya terhenti di pintu bahagian belakang kelas itu.

Manik manik peluh mula keluar pada dahi. Jantungnya berdegup pantas. Jari-jemarinya mula menggigil.

Air liur yang terasa pahit dipaksa telan. Satu perkataan yang dia boleh describe sekarang ini.

Nervous

Ada dua perkara kenapa dia berasa nervous bila berjumpa jejaka itu. Dengar nama pun dah goosebump, apatah lagi berjumpa secara face to face.

Pertama; dia tak sangka lelaki itu abang kepada sahabat kamcengnya.

Kedua; dia kalau boleh tak nak berjumpa, terserempak, ternampak dan segalanya ter ter lah. Dia tak nak ada apa-apa kaitan dengan lelaki penggoda tu eh

Saera menarik nafas dan menghembus nafas dengan perlahan. Demi kawannya, Saera sanggup berjumpa dengan mamat itu.

Tiba-tiba,

"Awak buat apa kat sini?"

Dari tadi Saera menunduk kepala, mula mengangkat kepalanya melihat gerangan pemilik suara yang menegurnya sebentar tadi.

"Eo? Err saya cari orang" Saera menggaru kepalanya yang tidak gatal seraya tersengih.

"Oh awak cari siapa? Awak cari budak kelas saya ke?"

"Erm nae! Saya cari....erm"

Lelaki itu mengangkat sebelah keningnya menunggu jawapan yang dikeluarkan oleh mulut Saera.

"P-Park erm J—"

"Park? Setahu saya ramai yang nama Park"

"Erm Park J-Jimin" Saera menundukkan kepala selepas menyebut nama jejaka itu.

"Oh Park Jimin!"

Saera menoleh ke arah lelaki itu yang kelihatan lebih tinggi darinya.

"Dia ada je tadi tapi dah balik. Baru je dalam beberapa minit yang lepas. Sebelum awak datang, dia dah balik dulu. Sorry" lelaki yang tidak diketahui nama menggosok lehernya seraya tersengih.

"Ehhhh takpelah tak payah lah minta maaf kat saya. Saya okey je" Saera mengukirkan senyuman.

"Saya lambat sangat jumpa dia tadi" sambung Saera.

"Oh tadi waktu dia balik, dia macam tergesa-gesa. Macam ada benda penting yang dia kena buat. Saya nak tanya Jimin tadi tapi tak sempat. Laju sangat dia lari tadi hehehe"

"Oh macam tu okey thanks bagitahu."

"No problem by the way hi I'm Choi Soobin. Just call me Soobin. Nice to meet you" Soobin tersenyum comel. Dia menghulurkan tangan kanannya menandakan salam perkenalan.

Saera menyambut tangan Soobin lalu tersenyum. "Nice to meet you too. Nama saya Oh Saera. Panggil je Saera."

                         ———————

Hayeon POV

Aku mula membuka kelopak mata. Aku terkebil-kebil melihat sekeliling. Aku ternampak eomma sedang berbual-bual bersama doktor Seojoon dengan pandangan yang serius.

Tapi eomma sebaliknya. Muka dia kelihatan sembap dari sudut tepi. Matanya mengeluarkan butir-butir jernih.

Ada apa-apa jadi ke pada aku?

Sejak menjak ni kepala aku kerap sakit. Bukan itu sahaja, jantung aku seperti ditikam berkali-kali. Betapa peritnya sakit yang aku rasai.

Badan aku pun makin lama makin kurus. Muka aku pun makin pucat. Aku dah tak kuat macam dulu. Tubuh badan aku mula lemah dan tidak bermaya.

Aku pun rasa macam tak selera nak makan. Kena paksa baru aku makan. Siapa lagi paksa aku kalau bukan Park Jimin. Itupun 3 kali suapan je aku boleh telan.

Aku tahu eomma bincang dengan Doktor Seojoon tentang penyakit aku. Hidup aku tak lama dah.

"Saeng"

"Oppa" sahut aku dengan ceria. Aku tutup kesakitan yang aku rasai dengan senyuman comel aku.

Senyuman yang aku selalu tunjukkan ni pun aku rasa dah jadi lain. Dah macam mayat dah.

"Gwenchana? Saeng ada rasa sakit kat mana-mana? Saeng dah makan?" Jimin melontarkan beberapa soalan ditujukan kepada aku.

Aku membentuk senyuman kecil.

"I'm okay oppa. Jangan risau Yeon baik-baik sahaja."

Jimin tersenyum hambar.

Aku akui yang Jimin terpaksa memendam perasaan sedih, takut dan macam-macam perasaan bergabung menjadi satu.

"Saeng baru je makan tadi."

Jimin menyapu kepalaku dengan lembut. Seolah-olah dicurahkan kasih sayang melalui sentuhan ini.

Jimin POV

Aku menyapu kepalanya dengan lembut seraya tersenyum.

Siapa tak sedih kalau kembar dia sendiri sakit?

Duduk kat hospital, makan makanan hospital yang tak sedap, tak boleh keluar macam dulu-dulu. Sedangkan dia sihat dan boleh bergerak bebas tanpa halangan.

Aku rasa bersalah dengan keadaan adik kembarku, Park Hayeon.

Aku dapat tahu dari eomma yang penyakit Hayeon ni penyakit keturunan. Penyakit ni datangnya dari keturunan mendiang appa aku. Appa aku pun meninggal gara-gara jantungnya.

Sama seperti Hayeon.

"Oppa"

"Nae saeng" aku mula menumpukan perhatian ke arahnya.

"Yeon pengsan lagi eh? Disebabkan penyakit tu kan?"

Aku terkelu.

TBC

                         ———————

Lepas ni Taehyung memunculkan diri
♡'・ᴗ・'♡

Random tag;

dairymlk_ -wintertae bangtanies BANGTANIES- -ddytae jeonstaetic staereo- TaeKingdom luvstarhoney LUV-JVNGKOOK taehazel Taeherb rosesjung taekooyakies ttaekoo baeryls -ferbviour silverlining99 iamyourcupcake as_shn crushleus

Stay tuned!❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro