4 0

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

_lunastella

Fuego' Prince turut dipindahkan ke DH'S atas arahan tok wan kerana mahu menstabilkan pentadbiran sekolah itu.

DH'S Library

"Guys!" jerit Farheen sambil berlari menuju ke rakan-rakannya .

"Kau dah kenapa terjerit-jerit macam beruk ha?" marah Sarah, bingit telinganya.

"Kenapa ini?" soal Diana walaupun telinganya bingit dengan jeritan Farheen tadi.

"Form 4 dan Form 5 ada kem. Semua wajib pergi," tutur Farheen senafas lalu mengambil tempat di sebelah Aayiz.

"When?" tanya Luciana dan Avryn serentak.

"Tak silap aku lusa," jawab Kaish kerana dia ada terdengar beberapa orang guru bercakap tentang kem itu.

"Kita kena turun Glatic Hall sekejap lagi untuk taklimat tentang kem itu," kata Farheen lagi.

Glatic Hall ialah dewan utama yang kedua yang digunakan untuk pelajar berkumpul jika bukan atas perhimpunan dan majlis rasmi. Sparkle Chamber ialah dewan utama yang digunakan untuk majlis atau perhimpunan rasmi.

"Kita gerak sekarang sebab kita jalan kalah siput. Takut tak sampai tepat pada masa," ujar Adam lalu memandang AF.

PAK

"Aduhh! Sakitlah," teriak Adam kesakitan kerana dipukul Avryn yang duduk berdekatannya.

"1-1 dude," kata Avryn lalu tergelak bersama yang lain.

Tiba di Glatic Hall, mereka menjadi perhatian tetapi mereka terus beratur mengikut kelas masing-masing sebelum guru yang bertugas memberi taklimat.

"Attention! Hari ini saya nak beritahu tentang kem yang akan diadakan Khamis ini. Kem ini merupakan kem bina semangat yang bermula hari Khamis sehingga hari Sabtu" terang Cikgu Qistina.

"Bosanlah,"

"Malas aku,"

"Aku tak nak pergi,"

Macam-macam rungutan kedengaran dari semua pelajar.

"Kem ini wajib dihadiri semua pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Hanya pelajar mempunyai masalah kesihatan bersama surat doktor sahaja dikecualikan. Semua boleh bersurai," kata Cikgu Qistina sebelum melangkah keluar dari Glatic Hall.

"Rys, pergi ke?" tanya Alvin yang apabila sedar Avryn sedang memikirkan sesuatu itu.

Alvin sudah masuk kumpulan Perfecto' Prince atas permintaan Ayran.

"Haah?"

Avryn yang sedang termenung tidak sedar akan soalan Alvin.

Alvin sudah pasti ada yang mengganggu fikiran Avryn.

"Dia tanya Ayla pergi tak?"

Arzyn yang sedar akan perubahan Avryn bertanya semula.

"Pergilah. Lagipun wajib kan," jawab Avryn sebelum melangkah keluar dari Glatic Hall meninggalkan yang lain.

PP, FP dan AF sudah berpandangan antara satu sama lain.

"What happened?" tanya Sofia.

"Tak tahu," balas Haikal.

"Korang nak beli barang bila?" soal Aayash sambil memeluk tepi bahu Afran.

Afran cepat-cepat menepis tangan Aayash dan bergerak ke sebelah Ayran. Meremang bulu romanya tiba-tiba Aayash memeluk bahunya.

Aayash membuat muka apabila Afran berbuat demikian.

"Hari ini atau esok mungkin. Tak pasti lagi," jawab Darwisha.

"Aku pergi hari ini sebab esok aku ada latihan,"

Aaril lalu duduk mencangkung. Penat berdiri!

Aayiz mengiyakan kerana dia akan mengikut kembarnya.

"Aku nak semua jaga-jaga semasa kem itu. Terutamanya dengan Cikgu Adelin, Arina dan Dahlia." ujar Ayran tegas.

Semua mengangguk sebagai balasan.

"Sekolah kita sahaja kan yang terlibat?" soal Adam kerana dia rasa ada sekolah lain akan terlibat.

"Tak sure lagi. Nanti aku semak balik," jawab Alvin kerana dia memang hendak semak senarai peserta yang terlibat untuk kem itu.

"Korang nak balik sekarang ke?" soal Isabella sambil melirik watch Chopard yang dipakai di tangan kanannya telah menunjukkan tepat pukul 1.30 tengah hari.

"Haah! Aku, Ryn dan Vin kena pergi syarikat. Ada fail kena semak dan mesyuarat pekerja," balas Arzyn kerana Avryn sudah memaklumkan kepadanya semalam.

"Alvin?" soal Farheen kerana Alvin turut serta bersama Avryn dan Arzyn.

"Errr...Yeah because he is..."

Arzyn sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana tercakap nama Alvin kerana tidak siapa yang tahu tentang jawatan Alvin kecuali AF dan PP.

"Because?" soal Fryan tidak sabar kerana dia pun pelik.

"Because I'm the Cheif Operating Officer, COO of Axeyal' D Incorporation," kata Alvin, membongkarkan rahsia yang disimpannya.

FP sudah terlopong mendengarnya kecuali Afran dan Aayiz.

"Seriously?" tanya Adam tidak percaya.

"Yes," jawab Alvin menggosok tengkuknya kerana segan apabila FP melihatnya bagai nak terkam.

"Dah tak perlu terkejut sangat. Pergi balik," kata Sarah, menghalau mereka lalu keluar dari Glatic Hall.

Mereka yang lain berlaga tangan sebelum keluar dari Glatic Hall.

***

DH'S High School

Avryn mengeluarkan sebuah luggage miliknya dari kereta diikuti Arzyn. Dia melangkah menuju ke bangku di mana AF sedang duduk sementara menunggu semua pelajar berkumpul. Bas awal-awal sudah sampai.

Arzyn mengeluh berat melihat mood Avryn yang tidak baik sejak kem bina semangat ini diumumkan di dewan hari itu.

"Awal sampai?" soal Isabella selepas Avryn mengambil tempat di sebelahnya.

"Malas nak dengar bebelan raksasa itu kalau lambat," jawab Avryn menyampah sebelum memakai airpods miliknya lalu menundukkan kepalanya.

Isabella ketawa kecil mendengar gelaran Avryn untuk Cikgu Adelin. Cikgu Adelin cepat mengamuk kalau ada pelajar yang tak dengar arahannya.

"Assalamualaikum,"

FP yang baru sampai beri salam.

"Waalaikummusalam," jawab AF kecuali Avryn.

Avryn menjawab salam dalam hati sebelum mengangkat kepalanya melihat FP dan menundukkan kepalanya semula. Semua hanya membawa sebuah beg sederhana.

"Lama sampai ke?" tanya Aayiz.

"Baru je," balas Sofia sambil membetulkan topi di atas kepalanya.

"Cukup ke beg itu untuk 3 hari? Korang biar betul," tutur Darwisha dengan muka tidak percaya.

"Terlebih cukup. Bukan macam korang, kena bawa satu atau dua beg besar gedebak. Nanti tak cukup tempat nak letak, baru tahu," ejek Aayash lalu high-five dengan Fryan di sebelahnya.

AF memberi jelingan maut kepada Aayash kecuali Avryn yang tidak dengar apa-apa.

Aayash mengangkat tangan paras bahu tanda kalah.

"Mana yang lain?" soal Adam apabila sedar PP tidak berada di situ.

"Teman Ayran ambil barang dekat bilik pengawas," jawab Sarah lalu mengalihkan pandangan kepada Avryn yang sedang memejamkan mata sambil menunduk di sebelahnya.

Sarah menyenggol lengan Avryn perlahan menyebabkan Avryn mengangkat kepalanya.

"What?" soal Avryn selepas mengesat air mata di tubir mata sebelum yang lain perasaan.

AF dan FP sempat menangkap perbuatan Avryn lalu memandang muka masing-masing kecuali Afran yang sudah tahu kenapa.

"Kenapa diam je?" tanya Sarah lembut tanpa bertanya sebab sepupunya itu menangis.

"Sakit kepala. I'll be back," jawab Avryn sebelum laju melangkah dari sana sambil diperhati FP dan AF.

"Ryn, ada masalah ke?" soal Kaish.

AF hanya menggeleng tidak tahu mungkin sedih tentang Arlan dan Ariq.

"Dia rindu Ar dengan Riq,"

Farheen berkata kerana dia yang 10 tahun kenal mereka pun sedih apatah lagi yang membesar bersama mereka.

FP dan AF menganguk tanda setuju.

Meanwhile

"I miss you, Ayd. I really miss you," rintih Avryn kesedihan sambil merapatkan lututnya ke dada.

Dia duduk di blok bersebelahan dengan perkarangan sekolah dan bertentangan dengan padang.

"Ar dan Riq tak ada nak bimbing adik. Kau pun tak ada sebelah aku. Macam mana ini?"

Air mata yang ditahan akhirnya mengalir di pipi mulusnya.

"Why you left me?"

Suara Avryn sudah tenggelam dalam esakannya.

Avryn menyebamkan mukanya ke lutut sambil menghamburkan tangisan kecilnya.

"Whoah! See who's here,"

Suara seseorang menyebabkan esakan Avryn terhenti serta-merta.

Avryn mengesat air matanya dengan cepat sebelum bangun dari duduknya.

"Kau nak apa?" soal Avryn dengan suara seraknya.

"Guys, ada orang nangislah. Kesiannya," sindir suara itu lagi dengan senyuman mengejeknya.

"What's your problem, Arina?" soal Avryn sambil mengempal penumbuknya.

"My problem? Aku tak ada masalah. Aku nak cakap takziah sahaja atas pemergian dua sepupu lelaki kau. How sad?" kata Arina dengan sinis.

"KAU!" jerkah Avryn kerana malaun di hadapannya sengaja menaikkan darahnya.

"Cakap dengan Edward yang aku akan musnahkan hidup dia bermula saat ini. Dia ingat aku tak tahu ke yang dia sengaja sabotaj kapal terbang itu?"

Avryn menyoal sambil melangkah mendekati Arina.

Arina sudah berpeluh mendengar tutur kata Avryn.

"Apa....kau..ka...kata ini? Siapa...Ed...Edward?" kata Arina dengan gagap kerana terlalu takut.

Avryn tersenyum sinis mendengar soalan Arina.

"Don't test me girl. Cakap dekat Edward zaman kejatuhan Zyad tak lama lagi," kata Avryn dingin sebelum menepuk perlahan pipi Arina.

Arina sudah mengeletar satu badan dengar suara Avryn yang seram.

"Mark my words!" kata Avryn sambil memanah tajam muka Arina sebelum beredar dari sana.

Arina hanya menghantar pemergian Avryn dengan ekor mata.

"You will fall soon,"

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

^^^

❤SELAMAT BERPUASA GUYS!❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro