4 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Avryn sempat mencuci mukanya di tandas sebelum pergi ke arah rakan-rakannya yang sedang berbual.

"Ryn!" jerit Alvin kecil memanggil nama Avryn yang sedang jalan ke arah mereka.

Avryn hanya mengangkat keningnya memandang Alvin.

"Kau pergi mana tadi?" soal Ayran bagi pihak Alvin.

"Ambil jaket dekat bilik khas," jawab Avryn sambil menunjukkan jaket miliknya di tangan sebelum disarungkan pada tubuhnya.

Avryn memang singgah bilik khas AF yang disediakan tok wan selepas bertembung dengan Arina.

"Ooo...Dah jom! Semua dah beratur," kata Aaril lalu menuju ke arah bas.

Sebanyak 3 bas akan dinaiki pelajar DH'S untuk pergi ke Tapah, Perak.

"Diamond, Ruby and Emerald in bus 1"

"Sapphire, Pearl dan Coral in bus 2"

"Gold, Silver and Bronze in bus 3"

Cikgu Wafie memberi arahan sebelum semua pelajar masuk ke dalam bas yang ditetapkan mengikut kelas masing-masing.

AF, FP dan PP menaiki bas 1 kerana mereka semua kelas Diamond tetapi berlainan tingkatan. Arina dan Dahlia turut menaiki bas yang sama kerana mereka berdua kelas Ruby.

"Dua beruk tu pun naik sini. Tak aman hidup aku sehingga sampai sana," rungut Diana perlahan sambil naik ke dalam balas diikuti AF yang lain.

"Ye beb. Aku pun dah sanggup jalan kaki dari duduk satu bas bersama dua beruk ini," balas Sarah dan mengambil tempat di belakang bas.

"Macam-macamlah korang ini," tutur Haikal lalu mengambil tempat.

Mereka masuk dahulu ke dalam bas menyebabkan mereka bebas memilih tempat duduk mereka.

Aayiz Farheen Aayash Haikal Alvin

Fryan Aaril Afran Kaish

Adam Ayran Arzyn Avryn

Bella Diana Lucia Wisha

Sarah Sofia

🔺Kedudukan dalam bas

Bas mereka dijaga oleh Cikgu Wafie dan Cikgu Atiqa. Cikgu Adelin disuruh menjaga bas 3.

"Semua boleh berbual dan buat kerja masing-masing tetapi jangan ganggu orang lain. Faham?" tanya Cikgu Wafie.

"Faham," serentak semua pelajar jawab

3 buah bas mula keluar dari perkarangan DH'S menuju ke Tapah, Perak.

Arzyn merenung Avryn di sebelahnya yang sedang melihat luar tingkap sambil mendengar lagu dari airpods.

Arzyn menepuk perlahan paha Avryn dan Avryn menoleh ke arahnya.

"Kenapa menangis?" soal Arzyn kerana walaupun Avryn sudah mencuci mukanya, jelas kelihatan yang dia menangis. Hanya Arzyn tahu kerana anak mata amtheyst Avryn bersinar. Jika Avryn menangis sahaja matanya akan bersinar.

"I miss Ayd," jawab Avryn sayu dengan genangan air mata.

Arzyn dan Luciana tersentak mendengar nama yang disebut Avryn. Sudah lama nama itu tidak meniti di bibir Avryn. Hanya mereka yang dengar sebab dekat. Kaish dan Darwisha yang mendengarnya sudah pelik.

"Baby...Jangan nangislah," pujuk Arzyn walaupun hatinya sendiri pilu mendengar nama itu.

"Aku rindu dia. Sebelum ini Ayd, sekarang Arlan dan Ariq...Why should it...happen now?"

Air mata sudah membasahi pipinya.

Avryn terus menyebamkan mukanya di dada Arzyn. Arzyn merangkul erat tubuh Avryn sambil menepuk perlahan bahu Avryn.

Luciana sudah bergenang air mata mendengar rintihan Avryn. Mereka juga merindui mereka tetapi apakah daya untuk menghalang takdir.

"Ayla...Calm down...Everything will be alright soon...We all are with you...Just sleep,"

Tersekat-sekat Arzyn pujuk kerana dia sendiri sudah kesedihan yang teramat. Suara pun sudah tersekat di kerongkong akibat kesedihan yang tidak dapat dibendung lagi.

Arzyn menepuk perlahan bahu Avryn sehingga dia terlelap di dada dia. Arzyn hanya biarkan Avryn di dadanya dan mengalihkan pandangan ke atas supaya air matanya tidak jatuh lalu melelapkan matanya.

***

Behrang RnR

"Semua bangun! Boleh turun untuk pergi tandas dan makan. Sesiapa yang nak duduk dalam bas pun tak apa. Masuk ke dalam bas semula pukul 11,"

Lantang suara Cikgu Wafie mengejutkan semua pelajar yang terbuai mimpi.

Semua pelajar mula turun dari bas dengan mamai.

"Fia cepatlah! Aku nak pergi ladies ni,"

Isabella terkinja-kinja menarik Sofia dan pecut ke tandas.

Mereka yang lain mula turun dari bas kecuali dua kembar tak seiras itu.

"Ayla, wake up,"

Arzyn sedang mengejutkan Avryn untuk kali ke-5 kerana dia sudah mengejutkan Avryn sejak dia tersedar akibat suara lantang Cikgu Wafie.

Avryn mengetatkan lagi pelukan pada tubuh Arzyn dengan senyuman kecilnya.

Arzyn sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana mati akal nak kejut Avryn.

"Aku dukung kau turun kalau kau tak bangun sekarang," ugut Arzyn

Avryn yang dengar ugutan itu mendonggakkan kepala melihat Arzyn dengan pandangan 'ada aku kisah'.

Arzyn yang sudah tak tahu nak buat apa terus menyuruh Avryn bangun sebentar dan diikuti Avryn tanpa bantahan.

"Naik," sepatah Arzyn kata sambil membelakangi Avryn

Avryn tersenyum senang lalu terus naik ke atas belakang Arzyn. Dia sempat menutupkan kepala dia dan Arzyn dengan hood jaket yang dipakai.

"Nak dukung tu cakaplah lain kali. Tak perlu aku bazir air liur untuk kejut kau," bebel Arzyn sambil memakai airpods sebelum memegang erat kaki Avryn.

Arzyn dari turun bas dengan mendukung Avryn gaya piggyback dan terus menuju ke food court di mana rakan-rakannya sedang menunggu.

Semua pelajar DH'S yang melihat adengan itu sudah terlopong dan ada yang senyum.

"You know right?" soal Arzyn sambil jalan menuju ke food court.

Avryn mendiamkan diri sekejap sebelum menjawab.

"Yeah! Mark told me before the camp was announced in school," jawab Avryn kerana dia sudah tahu ada sekolah lain yang turut sertai untuk kem kali ini.

Arzyn hanya menggangguk sebelum menurunkan Avryn di tepi sebuah meja panjang sambil diperhati FP, PP dan AF.

"Manja betul, Ryn." kata Haikal dengan tawa kecilnya melihat Avryn yang didukung Arzyn tadi.

"Bukan selalu," jawab Avryn lalu mengambil tempat diikuti Arzyn.

Haikal hanya mengiyakan sebelum bangun untuk memesan makanan diikuti yang lain. Hanya Avryn, Darwisha, Aaril dan Alvin tinggal di meja.

"Vin, sebelum ini kau belajar dekat mana?" soal Aaril kerana muka Alvin bukan macam orang Malaysia.

Alvin yang sedang bermain telefon mengangkat kepala apabila namanya disebut.

"Aku belajar dekat universiti sama dengan Ryn," jawab Alvin dan sambung main telefon.

Alvin hanya mengangguk dan melihat Avryn yang sedang termenung.

"Ryn," panggil Aaril sambil melambaikan tangan di hadapan muka Avryn.

Avryn tersedar dari lamunannya.

"Kenapa?" soal Avryn

"Fikir apa?" tanya Aaril kerana dari raut wajah Avryn seperti dia sedang memikirkan sesuatu.

"Kem," jawab Avryn ringkas sebelum mengeluh berat.

"Tak payah takutlah. Kitaorang ada," sampuk Darwisha yang mendengar perbualan Aaril dan Avryn sejak tadi.

"Berani diorang nak sentuh cucu terakhir William Jake. Tempah kubur sendiri maknanya,"

Suara Ayran dari belakang kedengaran.

Ayran membawa beberapa dulang makanan diorang diikuti yang lain dari belakang.

Avryn sudah tersenyum kelat mendengar nama yang disebut Ayran.

"Yelah," jawab Avryn sebelum mengambil dulang makanan dari Arzyn

Mereka makan dengan senyap sebab semua tidak sarapan pagi tadi.

"Her name has feared all not to mention his,"

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

^^^

❤SELAMAT BERPUASA GUYS!❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro