5 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Brighton, East Sussex

'What a view!'

Rihanna memuji dalam hati sambil melihat ke deretan kedai dan pemandangan hijau di luar tingkap apabila kereta yang dinaikinya telah sampai ke bandar Brighton.

"Can we stop for a while?" soal Rihanna tetapi lebih kepada arahan lalu mengambil topi dan penutup muka yang sentiasa dibawanya sebelum dipakainya.

Exploring time.

Pemandu kereta hanya mengangguk kecil lalu memberhentikan kereta di deretan kedai yang dipenuhi rakyat diikuti kereta bodyguard dari belakang.

"No bodyguards surrounding 5 meters from me and please in undercover," arah Rihanna lalu membetulkan penutup muka dan bajunya.

"But Reah-"

Bodyguard yang duduk di sebelah pemandu tidak sempat membantah keputusan Rihanna kerana gadis itu sudah keluar dari kereta terlebih dahulu. Dia terus memberitahu arahan Rihanna kepada bodyguard yang lain melalui earpiece bluetooth yang dipakai.

Rihanna tersenyum kecil melihat kedai yang dipenuhi rakyat dan pelancong sepanjang jalan itu. Dia sudah lama tidak menjejakkan kaki pusat beli-belah mahupun kedai pakaian.

Dia melirik ke arah bodyguards yang berada sedikit jauh darinya dalam pakaian santai sebelum melangkah masuk ke dalam jalan itu dengan hati yang riang.

North Laine adalah kawasan membeli belah yang meliputi 5 jalan. Tempat ini telah menjadi tarikan pelancong kerana kafe, tempat hiburan dan banyak lagi terdapat di sini.

Rihanna berhenti di sebuah bakeri selepas berjalan sekian lama. Dia sendiri terliur melihat pelbagai kek dan biskut yang terhidang di kedai itu. 

Cielo Cakery.

Dia melangkah masuk ke dalam kedai itu. Aroma kek dapat dihidu sebaik sahaja masuk ke dalam kedai itu. Ada beberapa pelanggan memberikan senyuman semasa dia berjalan berhampiran mereka.

"Good evening, miss. What will you like to have?" soal salah satu pelayan wanita dengan senyuman manisnya.

"I'll take this and that one, please." balas Rihanna lalu menunjukkan sebuah bekas yang dipenuhi dengan pelbagai jenis cupcake dan satu kotak lut sinar yang terisi kek keju.

Pelayan wanita itu mengangguk lalu membungkus kek yang dipesan Rihanna.

Rihanna berjalan ke arah kaunter bayaran sementara menunggu pelayan wanita itu menyiapkan pesanannya. Dia melihat ke sekitar kedai itu dengan perasaan kagum kerana kedai itu sangat cantik dan kelihatan mewah jika hendak dibandingkan dengan ruangan kecil kedai itu.

"Altogether £15, miss." kata pelayan wanita sambil menghulurkan beg plastik kepada Rihanna.

Rihanna mengambil beg plastik itu lalu meraba poket seluarnya untuk mengambil dompetnya. Dia meraba seluruh poket baju dan seluarnya apabila sedar dompetnya tiada bersamanya.

"Holy shit!" carut Rihanna perlahan kerana dia baru mengingati yang dompetnya berada dalam beg tangannya di kereta.

Rihanna memberikan senyuman hambar apabila pelayan wanita itu sedang menunggunya.

"Errr...Can you give me a min? I think I don't have my purse with me," kata Rihanna sambil mengusap tengkuknya.

'Siapa suruh terlampau excited,' kata Rihanna dalam hati menyalahkan diri sendiri.

"You're kidding me, aren't you? Why the hell are you here if you don't have money with you?" marah pelayan wanita dengan muka merah.

Pelanggan yang berada di kedai itu menumpukan perhatian kepada mereka berdua apabila mendengar suara yang agak kuat pelayan wanita itu.

Rihanna mengaku dia salah di sini. Dia terlampau teruja untuk bersiar-siar sehingga terlupa untuk membawa duit bersamanya.

"I'll pay for her," jawab seorang lelaki yang sejak tadi menyaksikan adengan itu.

Rihanna mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu. Lelaki itu mengenakan t-shirt polo berwarna biru dan seluar jeans fit berwarna hitam dipadankan dengan sneakers adidas serta topi berwarna hitam.

"Thank you sir but it's fine. I can manage." balas Rihanna menolak pertolongan lelaki yang tidak dikenalinya.

Lelaki itu menjongketkan keningnya mendengar respons Rihanna.

"Will you? It is obvious that you don't have a single penny with you right now and how can you pay for this?" ujar lelaki itu sambil menunjukkan beg plastik di atas kaunter bayaran itu.

Rihanna ingin membalas tetapi terbantut apabila ada dua orang lelaki masuk ke dalam kedai itu tergesa-gesa.

"God Reah! Where've you been? Thank god we've found you." kata salah seorang lelaki dengan dada turun naik akibat berlari mungkin.

Rihanna melihat dua orang lelaki itu dengan pandangan bosan.

Lelaki dan pelayan wanita itu bingung dengan situasi itu.

"Thank you for your kindness sir. I really appreciate it." kata Rihanna dengan senyuman nipis lalu mengambil beg plastik itu.

"Noah, please pay for the bill. I forgot my purse in the car. Thanks buddy," kata Rihanna ringkas lalu keluar dari kedai itu diikuti dengan lelaki yang sebelah Ian itu.

Noah Ash Wilson merupakan bodyguard peribadi Rihanna yang diupah khas oleh Tengku Marleena untuk menjaga puterinya. Semua urusan kerja mahupun peribadi akan dirujuk kepada dia. Semua orang yang ingin berurusan dengan Rihanna harus berjumpa dengan Noah terlebih dahulu. Rihanna dan Noah sudah seperti rakan karib walaupun baru beberapa minggu mereka bersua muka.

Noah menggelengkan kepala melihat kecuaian gadis itu lalu terus pergi ke kaunter bayaran untuk membayar kek yang dibeli Rihanna.

"How much does she need to pay?" soal Noah sambil mengeluarkan dompetnya.

"£15, sir." jawab pelayan wanita itu.

Noah terus menghulurkan jumlah yang disebut dengan tepat sebelum keluar dari kedai itu dengan cepat tanpa menunggu balasan pelayan wanita itu.

Pelayan wanita dan lelaki yang ingin menolong Rihanna itu berbalas pandangan.

'Weird'

***

The Grand Brighton

Sebuah kereta Porsche Cayenne yang diapit beberapa kereta Mercedes GLA dari belakang dan hadapan memasuki perkarangan hotel bertaraf 4 bintang itu. Semua kereta itu berhenti di pintu utama hotel dengan kereta Porsche Cayenne betul-betul dihadapan pintu masuk hotel itu.

"Really,dude?" soal Rihanna menyampah apabila banyak orang sedang mengerumuni pintu utama hotel itu diikuti wartawan yang tidak jemu mengikuti mereka.

Noah hanya tersenyum kelat kerana dia sendiri tidak boleh mengelak situasi kerana walaupun perjalanan mereka telah dirahsiakan seberapa yang boleh, wartawan dapat mengesan juga.

"Cover the crowd. Not a single person get near to Reah," arah Noah melalui earpiece bluetooth yang dipakainya.

Rihanna membuka penutup mukanya dan topi yang dipakai kerana tidak mahu dicop yang bukan-bukan oleh rakyatnya. Dia membetulkan rambutnya yang lurus dan kerinting di hujung sejak lahir. Dia mewarisi warna rambut ibunya, Tengku Marleena dan bukannya nenek moyangnya seperti dikatakan oleh Tok Mi. Anak mata yang berwarna light amethyst yang sama dengan Raiden pula diwarisi dari nenek moyang sebelah ayahnya. Arzyn hanya memakai contact lense untuk mengaburi orang awam sebenarnya.

Seorang bodyguard membuka pintu kereta Porsche Cayenne yang dinaiki Rihanna sambil dikawal ketat oleh bodyguards yang lain kerana terlalu ramai orang awam dan wartawan di pintu utama hotel itu.

Rihanna keluar dari kereta itu dengan senyuman manis tanda menyapa orang ramai itu. Dia berjalan diiringi beberapa bodyguard sekelilingnya dengan Noah di sebelahnya sehingga memasuki ke dalam hotel.

"Welcome to The Grand Brighton, Your Royal Highness" sapa seorang lelaki 30-an yang lengkap berpakaian suit lalu menunduk hormat.

"Nice to meet you, Mr Royce." kata Rihanna lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan lelaki yang bertag nama 'James Royce'.

"Pleasure is mine, Your Royal Highness." balas James sambil menyambut tangan Rihanna dengan senyuman.

James meminta diri sekejap untuk mengambil kunci bilik hotel Rihanna.

Rihanna melihat sekitar hotel sementara menunggu James mengambil kunci bilik hotelnya.

"Room for you guys?" soal Rihanna sambil melihat Noah yang sedang berdiri di sampingnya dengan riak yang serius.

"It has been settled, Reah. The rooms for me and some bodyguard in charge is at your room's floor. The whole floor of your room is fully booked and restricted to enter until our visit ends," balas Noah kerana semua bilik untuk Rihanna dan bodyguards telah ditempah awal oleh staff yang bekerja di bawah keluarga diraja untuk menguruskan perkara-perkara sebegini.

"Okay then. You should learn to smile more you know? I think you will be more good looking than now," usik Rihanna kerana muka Noah selalu ketat dan dia yang selalu tengok pun sudah menyampah.

Hujung bibir Noah ternaik sedikit kerana gadis itu sering mengusiknya. Dia sudah menganggap gadis itu sama seperti adik perempuannya kerana dia hanya ada seorang adik lelaki yang sama umur dengan Rufawi. Bodyguards yang dekat dengan Noah dan Rihanna menahan senyuman mereka mendengar kata Rihanna.

"This your room key for, Your Royal Highness. I hope you love it because this room is has a breathtaking view of the sea on the opposite," kata James sambil menghulurkan kunci kepada Noah.

Noah mengambil kunci itu dengan anggukan.

"Thank you, Mr Royce. I'm sure I'll enjoy it. I'll see you later then," kata Rihanna lalu melangkah ke lif diiringi Noah dan bodyguards yang lain.

Lif berhenti di tingkat 7 di mana bilik Rihanna dan bodyguards berada. Rihanna keluar dari lif menuju ke biliknya diikuti Noah di sampingnya.

"I'll manage. See you tomorrow morning at eight?" kata Rihanna seusai sambil di pintu biliknya sambil menyuakan tangannya kepada Noah meminta kunci biliknya.

"Eight in the morning. Have a good rest, Reah." balas Noah lalu menghulurkan kunci bilik Rihanna.

Rihanna memasuki ke dalam biliknya apabila Noah dan bodyguards masuk ke bilik masing-masing meninggalkan beberapa bodyguards untuk berkawal. Bodyguards akan bertukar setiap 2 jam untuk berkawal sepanjang malam.

"Woah!" jerit Rihanna kecil melihat biliknya yang sangat cantik dan elegant.

Bilik itu mempunyai seperate lounge dengan bilik tidur, bilik mandi, gym kecil dan ruang tamu dengan pemandangan laut English Channel bertentangan bilik itu.

Rihanna memasuki bilik tidurnya lalu baringkan diri di tilam empuk itu. Dia sedang memikirkan tentang masalah yang perlu diselesaikan di sana esok. Dia menoleh ke sebelah dan jam loceng digital di nightstand sudah menunjukkan pukul 8 malam. Mereka sudah makan malam di restoran semasa perjalanan ke hotel ini. Dia sempat membawa sejadah dan telekung kerana dia tahu sukar untuk solat di masjid di Brighton.

'I'll prove to them what I'm capable of,'

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

❤STAY SAFE❤

🎅MERRY CHRISTMAS🎅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro