5 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

A few weeks later,

"All settled?"

Rihanna menyoal Noah yang sedang membelek beberapa dokumen di tangannya. Isu hospital diambil alih oleh syarikat korporat telah diselesaikan sebentar tadi selepas berminggu berunding dan berbincang. Syarikat korporat itu mengambil alih hospital untuk keuntungan sendiri walaupun sudah ada banyak hospital di bawahnya.

"Yes, Reah. We can get back to England tomorrow morning." jawab Noah selepas menyemak beberapa kali dokumen yang ditandatangani oleh pemilik syarikat korporat itu.

Rihanna mengangguk cepat kerana dia sudah rindu tahap meroyan terhadap Zayden kerana sudah berminggu mereka tidak berjumpa. Mereka selalu FaceTime tetapi disebabkan dirinya yang amat sibuk, dia tidak dapat menjawab panggilan jejaka itu.

"Aku rasa macam tak lama lagi aku akan makan nasi minyak kau dan Ayrell," gurau Noah lalu mengambil tempat di hadapan Rihanna.

"Nasi minyak my a**. Kitaorang baru je in relationship 11 bulan. Lagi satu bulan baru satu tahun. We got many things to achieve. Lagipun aku baru 17 dan Zay, 21. Lots more to go," balas Rihanna kerana dia dan Zayden tiada apa-apa perancangan untuk membawa hubungan mereka ke alam perkahwinan.

Mereka berdua tidak pernah berbincang untuk menjadikan hubungan mereka halal dari sisi agama. Banyak lagi yang perlu dikecapi mereka berdua dalam kehidupan lagipun masing-masing muda lagi tetapi kita tak tahu perancangan-nya.

"Okay then. Kau rehat dulu. Dah pukul 10 malam ni. I'll see you tomorrow," kata Noah lalu bangun dari kerusinya.

Rihanna hanya mengangguk kerana dirinya dan orang kanannya tidak cukup rehat selama berminggu menyelesaikan masalah hospital yang bangkit.

Noah menunduk hormat sebelum keluar dari suite Rihanna.

Belum sempat Rihanna bangun dari duduknya, getaran iPhone miliknya di atas meja kedengaran. Dia tersenyum lebar melihat Caller ID yang terpapar di skrin iPhone miliknya itu.

My Queen❤️

"Assalamualaikum, mom. I missed you,"

Rihanna menjawab panggilan ibunya dengan hati yang riang. Terubat sedikit rindunya terhadap insan yang telah melahirkannya.

"Waalaikumsalam, sweetheart. I missed you too, dear. Sihat tak puteri ibu? Bila nak balik? Ruf dah tahap kemurungan tak jumpa his beloved sister for weeks. Nasib baik grandma dan grandpa pujuk cucu mereka, banyak sangat meragam. Mom pun dah macam 'betul ke ini anak aku'. I'm dead serious because his behaviour is very contrast with both of you. "

Rihanna tertawa kecil kerana dia juga merindui adiknya itu. Rufawi tidak boleh berjauhan dengannya walaupun beberapa jam walaupun mereka adik-beradik baru bersatu selepas beberapa tahun berpisah. Datuk mereka, Tengku Sam menggunakan kuasa vetonya untuk menenangkan dan menyebabkan Rufawi bersetuju apabila dia ingin bertolak ke Brighton tempoh hari.

"Alhamdulillah, mom. Ela sihat sangat. Kalau tak sihat dah lama bodyguards jadi mangsa bebelan dad dan grandpa sebab tak jaga Ela betul-betul. Ela pun rindu sangat dengan adik. Esok Ela balik. You just inform them, mom. Rasanya Noah tak sempat bagitahu kot sebab baru je kitaorang putuskan untuk balik esok,"

"Ye tak ye jugak. Silap hari bulan semua bodyguards yang ikut kamu diberhentikan tanpa notis oleh dad dan grandpa kamu. Nanti mom inform diorang yang Ela balik esok. Adik kamu itu melompat-lompat lah jadinya apabila tahu yang kakak kesayangannya balik esok,"

"Mom jangan lupa nanti nahas mom kena marah dengan dad dan grandpa. You also know about them,"

"Bukan boleh percaya sangat dua orang itu kalau soal kait perihal kamu. How's Zay?"

Rihanna mengukirkan senyuman manis apabila ibunya selalu bertanyakan cinta hatinya setiap kali menghubunginya walaupun sudah ditanya beberapa kali pada hari yang sama.

"He's good. Little busy with his new project at North London if I'm not mistaken."

"Good to hear. Send my regards to him. Your dad is calling me, I'll talk to you later. Take care. Love you,"

"Sure mom. You and others take care too. Love you too, mom. Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam,"

Rihanna meletakkan iPhone miliknya di atas meja sebelum melangkah menuju ke bilik tidurnya.

"Lagi dua hari kena daftar university. Nanti bertambah kerja aku. Assignment, urusan syarikat, urusan kerajaan. Nasib badan," gumam Rihanna sambil melepaskan rambutnya yang diikat messy bun.

Urusan syarikat? Syarikat yang dibangun sendiri dan dia masih mempunyai hak untuk syarikat yang dibangun bersama Arzyn. Dia tidak memulaukan keluarga Dilarier tetapi dia memerlukan masa untuk menerima suasana keluarga yang lain selepas 17 tahun bersama mereka. Dia akan berjumpa dengan keluarga Dilarier dan rakan-rakannya di Malaysia apabila dia bersedia.

Rihanna membuka baju kemeja yang menutupi tubuh badannya meninggalkan bandeau hitam paras pinggang. Dia mengambil bathrobe yang diletakkan di tepi meja solek lalu menghilang di sebalik bilik air lut sinar untuk menyegarkan badannya yang sudah dibasahi peluh.

***

ZayArl.Inc, Mayfair.

Rihanna berjalan masuk ke dalam syarikat Zayden untuk berjumpa dengan jejaka itu selepas berminggu tidak berjumpa. Dia tiba di England malam semalam dan dia belum memberitahu Zayden tentang kepulangannya mahupun dia berada di syarikatnya untuk berjumpa dengannya.

"Good morning, Miss Henderson." sapa pembantu peribadi Zayden, Clarissa yang sedang berdiri di meja penyambut tetamu.

"Morning too, Issa. Good to see you," balas Rihanna dengan senyuman kecil lalu memeluk Clarissa kerana dia sudah lama kenal dengan Clarissa. Gadis itu pernah mengikuti Zayden ke mesyuarat pemegang saham sebelum ini.

"Good to see you too," ujar Clarissa selepas mereka berdua meleraikan pelukan.

"I'll see ya later, Issa." kata Rihanna apabila sedar ramai staff sedang berjalan melepasi mereka kerana sekarang merupakan masa selepas lunch hour.

Clarissa mengangguk dengan senyuman lalu menunduk hormat sebelum Rihanna berjalan ke arah lif eksekutif di sebelah lif yang digunakan pekerja.

Semua staff yang sedang menunggu lif memandang Rihanna pelik kerana tiada siapa yang akan menggunakan lif eksekutif melainkan CEO dan COO.

Rihanna mengimbas jarinya di pengimbas jari lif eksekutif itu untuk menggunakan lif itu. Zayden sudah meletakkan cap jarinya di dalam sistem itu apabila dia datang ke syarikat itu untuk pertama kali.

Semua pekerja terkejut melihat situasi itu kerana Clarissa juga tidak pernah menggunakan lif itu melainkan dia disuruh Zayden.

Rihanna menekan butang yang 10 di mana bilik CEO, COO dan bilik pihak atasan syarikat itu berada. Dia melihat pantulan dirinya pada pintu lif sementara menunggu lif sampai di tingkat 10 bangunan itu.

H&M's red checked cotton shirt front tucked and Levi's black slim fit skinny jeans membaluti tubuh langsingnya dipadankan dengan Nike's white sneakers. Rambutnya diikat messy ponytail dan wajahnya hanya disapu baby powder. Gucci's black mini zipped bag disilangkan di tubuhnya dan Casio's rose gold G-Shock watch dipakai pada tangan kiri.

Simple and nice.

Ting!

Rihanna melangkah keluar dari lif selepas sampai di tingkat 10 syarikat Zayden. Tingkat itu mempunyai staf yang terhad kerana hanya orang kanan pegawai eksekutif ditempatkan di tingkat itu.

Staf yang berada di pantry dan meja kerja masing-masing merenung Rihanna kerana hanya pekerja yang dibenarkan di bangunan itu. Jika ada klien atau tetamu khas, salah satu pekerja mereka akan mengiiringi tetamu itu tetapi Rihanna tidak ada ID kad yang tergantung di leher seperti pekerja lain menyebabkan semua pelik.

Rihanna mengabaikan pandangan staf kerana ini kali pertama dia datang pada working hours kerana sebelum ini dia akan datang selepas working hours atau lunch hours sahaja. Belum sempat dia melangkah ke ruangan yang terletaknya bilik jejaka kesayangannya, ada seorang gadis menghalang jalannya. Ruangan CEO dan COO dipisahkan dengan dinding lut sinar.

"Who're you miss? Are you new here?" soal gadis yang menghalang langkah Rihanna.

Rihanna melihat tag nama di bahagian atas sebelah kiri baju.

Helena Brown.

"I'm here to meet your CEO," jawab Rihanna kerana dia rasa macam biadap kalau teruskan melangkah tanpa menjawab soalan gadis itu.

Helena memandang Rihanna dengan curiga kerana dia memakai mask berwarna hitam yang selalu dipakainya untuk mengelakkan pandangan awam. Staf lain juga sedang mendengar perbualan mereka berdua.

"You've an appointment? Can you tell your name so I can check and inform Mr Lee," balas Helena walaupun masih ada keraguan dengan kehadiran gadis misteri di hadapannya.

"Err...I didn't make an appointment. I think I don't need it," balas Rihanna kerana mana ada gadis membuat temu janji untuk berjumpa dengan kekasih.

If she made an appointment to see her boyfriend or vice-versa, it can be meant that he/she does not trust each other.

Helena mengangkat keningnya mendengar balasan gadis itu. Klien dan CEO syarikat lain perlu membuat temu janji terlebih dahulu untuk berjumpa dengan CEO inikan pula seorang gadis yang dia sendiri tidak tahu siapa.

"I'm sorry miss. I can't let you in if you don't have an appointment," ujar Helena dengan sopan.

Rihanna sudah mengurut pelipisnya mendengar balasan Helena.

"Kalau aku degil nak pergi jumpa Zay jugak, nanti dia kejar aku untuk berhentikan aku. Zay dengar suara bising mesti dia keluar, my suprise will be spoiled." gumam Rihanna sangat perlahan sambil berfikir cara untuk pergi ke bilik Zayden.

"Sorry?" soal Helena kerana dia seperti mendengar suara gadis itu bercakap tetapi suaranya sangat perlahan.

Rihanna menggelengkan kepala lalu melirik ke jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 2.10 tengah hari.

'Ya Allah! Apalah nasib aku hari ini. Aku ingat nak lunch sama Zay, tapi budak ini tak nak bagi masuk'

Rihanna sudah merungut dalam hati.

"Can you-"

Belum sempat Rihanna bersuara suatu suara menyampuk dari belakang.

"What the hell are you doing, Helena?" marah Clarissa dengan suara tidak begitu kuat yang baru sampai dengan beberapa fail di tangan.

Semua staf dan Helena terkejut mendengar suara Clarissa yang marah kerana gadis itu tidak pernah marah tanpa sebab yang kukuh.

"Thank god!" ujar Rihanna lega apabila Clarissa datang tepat pada masanya.

"She doesn't have an appointment to meet Mr Lee, Ari." jawab Helena dengan tidak puas hati apabila dimarahi oleh Clarissa yang tidak tahu apa-apa.

"You can go in, Miss Elaine. Mr Lee and Mr Smith are busy preparing an introductory presentation for the project in North London so he won't notice the situation here. I'm sorry for the inconvenience," kata Clarissa sambil menunduk sedikit badannya tanda maaf. Dia menggunakan nama Elaine kerana sudah diberitahu tidak membongkarkan identiti Rihanna di khalayak ramai.

Joel Vincenzo Smith. Chief Operating Officer, COO of ZayArl.Inc.

"Nah, it's okay, Issa. She doesn't know who am I. She did her job. I'll get going," balas Rihanna lalu menepuk bahu Clarissa sebelum melangkah menuju ke bilik Zayden.

Rihanna sempat senyum kecil kepada Helena sebelum berjalan menuju ke bilik Zayden yang di bersebelahan dengan bilik Joel.

Tengku Zayden Ayrell Ryad Lee
Chief Executive Officer

Nama yang terpampang di pintu bilik di hadapannya sudah mencukupi untuk dirinya mengukirkan senyuman.

Tok!

Tok!

Rihanna mengetuk bilik Zayden seperti seorang staf.

"Come in, Issa." laung Zayden dari dalam bilik.

Rihanna tertawa kecil apabila dirinya dianggap pembantu peribadinya. Dia membuka pintu bilik itu melangkah masuk. Haruman lavender menusuk hidung dia sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu. Dia tersenyum kecil melihat Zayden yang tekun menulis sesuatu di skrin iPad dan Joel pula sedang membelek beberapa dokumen di hadapannya.

Zayden belum sedar akan kehadirannya kerana sangat fokus dalam menyiapkan kerjanya begitu juga Joel. Rihanna bersandar pada dinding berhampiran pintu masuk lalu berpeluk tubuh menunggu Zayden mengangkat kepalanya dari skrin iPad.

"Have you finished the budget report for North London project?" soal Zayden tanpa mengangkat kepalanya.

Rihanna kekal berdiam diri dengan senyuman semakin lebar.

Zayden mengerutkan dahi apabila tiada jawapan dari Clarissa. Dia mengangkat kepalanya dari skrin iPad dan terkejut melihat gadis yang dirinduinya berada di depan matanya. Apple Pencil yang dipegang turut dilepaskan serta-merta apabila wajah gadis kesayangannya menyapa pandangannya.

"Clarissa huh?" soal Rihanna sambil mengangkat kening sebelahnya melihat muka terkejut Zayden.

Joel mengalihkan pandangan ke belakang apabila mendengar suara perempuan yang asing.

"Joel, can you leave us for some time?" soal Zayden dengan suara tersekat-sekat di kerongkong.

Joel mengangguk lalu bangun untuk keluar tanpa bantahan dari bilik Zayden walaupun pelik dengan kehadiran gadis bertopeng muka itu.

Rihanna melangkah mendekati Zayden selepas Joel sudah keluar dari bilik.

"Miss me?" soal Rihanna dengan senyuman manis walaupun matanya sudah bergenang dengan air mata.

Zayden tidak mampu berkata kerana dia ingat gadis itu akan berada di Brighton lama lagi tetapi sekarang gadis itu berada di hadapan matanya.

"When did you reach here, babe?" soal Zayden lalu bangun dari kerusinya.

"Yesterday night. Ingat nak buat kejutan. Terkejut tak?" soal Rihanna dengan tawa kecilnya.

Zayden melangkah mendekati Rihanna dengan senyuman kecil kerana kehadiran Rihanna memang kejutan buat dirinya.

"I missed you so much, my sunshine." balas Zayden seraya mendakap Rihanna erat dengan tangannya di pingangg gadis itu kerana dia tidak dapat mengungkapkan kata selain memeluk satu-satunya gadis yang bertakhta di hatinya.

Rihanna membalas dakapan itu dengan air mata membasahi pipinya. Bauan cologne di tubuh jejaka itu sudah dapat menenangkannya dan menyebabkan dia berasa selamat. Dia sendiri tidak boleh menahan rindu apatah lagi Zayden. Mereka tidak berjumpa secara bersemuka selama dua bulan disebabkan kesibukan masing-masing.

Zayden meleraikan pelukan itu lalu membawa Rihanna duduk di sofa dalam biliknya.

"Nangis pulak baby aku," kata Zayden lalu mengesat air mata di pipi Rihanna.

Rihanna hanya menggumam perlahan sambil mengesat sisa air mata di wajahnya.

Zayden mengukirkan senyuman kerana dia tahu gadis itu merinduinya lebih dari dirinya. Dia selalu hubungi Noah untuk mengetahui tentang gadis itu apabila Rihanna tidak dapat menjawab panggilannya. Rihanna pernah sekali tidak menjawab panggilannya semasa sedang menangis tak dapat menahan rindu. Semua perkara dia tahu kerana Noah selalu memberitahunya.

"Dah kenapa makin kecil je aku tengok?" soal Zayden sambil merangkul erat bahu Rihanna dan mencium ubun-ubun gadis itu.

"Aku macam biasa je. Kau yang aku tengok dah makin kurus. Hilang dah abs," balas Rihanna lalu meletakkan tangannya di pinggang Zayden dari belakang dan melentokkan kepalanya di bahu jejaka itu.

"Nanti aku pergi gym balik. Jangan risau sebelum kita kahwin dah ada berketul-ketul dekat badan aku," usik Zayden lalu mencucuk pipi Rihanna dengan jari telunjuk.

"Siapa nak kahwin dengan kau? Perasaan punya budak," usik Rihanna sambil menepis jari Zayden yang sedang mencucuk pipinya.

Zayden menarik Rihanna rapt lagi sehingga tiada jarak lagi anatara mereka lalu merehatkan kepalanya di atas kepala gadis itu.

"Lunch?" soal Rihanna apabila perutnya mula berkeroncang. Dia mengangkat kepala melihat Zayden yang juga sedang melihatnya.

Zayden tersenyum kecil sebelum menggeselkan hidungnya dengan hidung mancung gadis itu.

Rihanna menepuk perlahan dada Zayden lalu bangun dari duduknya.

"I'm starving, Mr Lee. Please fill your girlfriend's tummy before we go on a date." kata Rihanna sambil menyilangkan beg Gucci miliknya di badan dan memakai semula mask hitamnya.

"Okay then, Miss Henderson. Your loving boyfriend will fulfil your wish." jawab Zayden dengan senyuman lebar lalu bergerak ke meja kerjanya untuk mengambil barang penting.

"I'll wait at Clarissa's table," kata Rihanna kerana sudah lama dia tidak bersembang dengan gadis itu.

"Okay, baby. I see you there," balas Zayden sambil mengemaskan meja kerjanya.

Rihanna keluar dari bilik Zayden dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya.

'I love him no matter what,'

'I love her infinitely,'

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

❤STAY SAFE GUYS❤

🎇HAPPY NEW YEAR GUYS🎇

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro