5 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Rihanna berjalan ke meja Clarissa yang terletak di sebelah dinding lut sinar yang memisahkan bilik Joel dan Zayden. Dia melihat Clarissa sedang bercakap dengan Helena dengan riak wajah yang serius.

"Miss Elaine," sapa Clarissa sebaik sahaja melihat susuk tubuh Rihanna mendekatinya lalu menunduk hormat.

Helena menjeling Rihanna kerana disebabkan gadis itu dia dimarahi oleh Clarissa di hadapan semua staf. Dia merupakan pembantu peribadi Zayden juga tetapi tidak pernah berurusan secara terus kerana Clarissa adalah pembantu peribadi Zayden yang rasmi.

"Kenapa nak marah dia, Issa? Dia buat kerja dia je. Kesian Helena," kata Rihanna kepada Clarissa kerana dia tahu Helena dimarahi oleh gadis itu.

Clarissa tersengih mendengar kata Rihanna. Semua staf di syarikat tahu Bahasa Melayu kerana itu merupakan perkara wajib yang diambil kira sebelum pekerja dipilih.

"I'm sorry, Miss Elaine." kata Helena acuh tak acuh lalu menunduk hormat sebelum merenung muka Rihanna yang ditutupi mask hitam.

Rihanna mengangguk kecil kerana bukan salah gadis itu. Helena hanya melakukan kerjanya sahaja.

"You're going out with Mr Lee?" soal Clarissa selepas melihat notifikasi dari Zayden di skrin iPad kerja yang diberikan kepadanya. Semua aktiviti harian Zayden akan dicatatkan dan jika jejaka itu ingin keluar, dia akan memaklumkan kepadanya.

"Yup. It's been a while we didn't go on a date," kata Rihanna dengan sengihan di sebalik mask yang dipakai.

Helena yang mendengar perbualan mereka terkejut apabila mengetahui bos besar mereka sudah berpunya. Dia sudah lama cuba mengorat jejaka itu tetapi jejaka itu tidak melayannya.

"Shall we go, babe?" soal Zayden yang baru sampai di samping Rihanna. Dia menggenggam tangan gadis itu.

Helena dan Clarissa menunduk hormat apabila wajah Zayden menyapa pandangan mereka.

"Reschedule my appointments, Issa. I don't want any meetings or appointments for two days. Ring me if anything happens. Joel is in charge while I'm gone," kata Zayden kepada Clarissa yang sedang mencatat di skrin iPad. Dia mengabaikan kehadiran Helena di sana. Gadis itu selalu cuba menggodanya dengan pakaian tak cukup kain dan mengoratnya apabila Clarissa mempunyai urusan syarikat di luar.

🎶I was not living
I was just writing about it
With my head spinning
Days passing by most of the time, yeah
And you squeeze my hands two times, three times
And believe me, I love you always, always🎶

Lagu Dream of You nyanyian Camila Cabello menyentakkan Rihanna dan yang lain. Dia melepaskan pautan tangannya dan Zayden sebelum menyelongkar begnya untuk mengambil iPhone miliknya.

Noah🤍

Rihanna menepuk dahi sebaik sahaja melihat Caller ID yang terpampang di skrin iPhone.

Zayden turut melihat skrin iPhone gadis itu dan mengerutkan dahi.

"You didn't tell him?" soal Zayden kerana Noah tidak akan menghubungi Rihanna jika dia tahu keberadaan gadis itu.

Rihanna menggelengkan kepala dengan sengihan lalu menjawab panggilan itu sambil berjalan menjauhi mereka.

"WHERE ARE YOU TENGKU RIHANNA ELAINE ADREY HENDERSON?"

Rihanna menjauhkan iPhone dari telingannya mendengar jeritan kuat Noah di talian.

"Assalamualaikum. Dekat syarikat Zay. Why?"

Rihanna menyoal walaupun dia tahu kenapa jejaka itu naik angin. Dia menunjukkan isyarat kepada Zayden yang dia menunggu dia lif. Zayden hanya mengangguk.

"Waalaikumsalam. Lain kali cuba bagitahu dulu sebelum pergi boleh tak? Dah separuh mati kitaorang tak tahu kau pergi mana. Aku tak bagitahu Tengku Emuel dan Tengku Sam lagi, kalau aku bagitahu baru tahu,"

"Sorry, dude. Aku teruja sangat nak jumpa Zay. Itu yang lupa nak inform kau sebelum bertolak. Aku cari kau tapi tak jumpa. I thought want to call you but I forgot,"

"Yelah. Kat mana sekarang?"

"Syarikat Zay. We want to go for lunch before going on a date. Dah lama tak date,"

Rihanna berkata dengan sengihan lalu bersandar di dinding bertentangan dengan lif tingkat 10 itu.

"Get back to the castle before midnight. Take care. Ring me immediately if anything happens,"

"Sure, dude. Assalamualaikum,"

Rihanna melihat Zayden menghampiri dirinya selepas memesan kepada Clarissa.

"Waalaikumsalam,"

Rihanna menyimpan iPhone ke dalam beg tangannya selepas panggilan dimatikan oleh Noah.

"You didn't tell him?" soal Zayden sambil membetulkan rambut Rihanna yang sedikit serabai.

"Aku ingat nak call lepas datang sini but I forgot," balas Rihanna sambil merenung wajah Zayden yang leka membetulkan rambutnya.

Anak mata berwarna kelabu kebiruan itu selalu menyebabkan jantungnya berdegup kencang. Rambut berwarna dark brown yang digayakan side pompadour sangat memukau mata siapa sahaja.

'I can't stop falling for him,'

"Why you're so handsome, Mr Lee?" soal Rihanna dengan senyuman kecil kerana dia sendiri tidak mampu mengalihkan pandangan dari seraut wajah itu apatah lagi wanita di luar sana.

Zayden tersenyum lucu mendengar soalan Rihanna. Dia merangkul pinggang ramping gadis itu. Posisi mereka seperti sedang memeluk.

"Are you jealous, Your Royal Highness?" soal Zayden semula tanpa menjawab pertanyaan Rihanna.

"Is that even a question, Mr Lee?" soal Rihanna dengan menyampah.

Zayden tergelak kecil mendengar jawapan Rihanna. Dia merehatkan dahi pada dahi gadis itu.

"I'm happy that my girlfriend is possessive of me. I love you, sunshine." bisik Zayden dengan matanya terpaut pada sepasang mata amethyst yang sedang merenungnya.

"Je t' aime aussi, aime."

Mereka berdua tersenyum gembira dengan cinta mekar di hati masing-masing. Mereka berharap hubungan mereka akan kekal hingga ke jinjang pelamin.

Amin...

***

White Ivy Mansion, Malaysia

"Kenapa anak mama duduk dekat sini?" soal Tengku Aurora kepada Arzyn yang sedang baring di day bed di tepi rumah agam keluarga Dilarier berhadapan dengan kolam renang.

Semua ahli keluarga duduk di rumah agam keluarga Dilarier atas arahan Tok Wan selepas Rihanna dibawa pulang ke England.

Arzyn yang sedang termenung melihat kegelapan malam tersentak mendengar suara ibunya. Dia bangun dari baringannya dan duduk bersila di atas day bed.

"Lan dengan Riq keluar pergi dataran nak ambil angin. Afan dengan Ayan dah tidur. Girls semua pergi rumah Darwisha lepak tengah hari tadi belum balik lagi. Zyn malas nak keluar. Kalau keluar pun mulut lain tak berhenti berkata," balas Arzyn dengan senyuman kelatnya melirik ke arah ibunya yang sudah mengambil tempat di day bed bersebelahannya.

Tengku Aurora menghela nafas berat mendengar balasan anak lelakinya itu. Orang ramai selalu mengata yang bukan-bukan jika melihat Arzyn dan pewaris Dilarier yang lain. Selepas Rihanna pulang ke pangkuan keluarga kandungnya dan dia ditabalkan sebagai Puteri Mahkota, ramai mengutuk keluarga Dilarier kerana menyembunyikan anak orang lain dan banyak lagi spekulasi yang terhasil.

Sudah 3 bulan gadis itu pulang ke pangkuan keluarga kandungannya. Rihanna tidak menghubungi sesiapa pun setelah sampai di England. Mereka faham yang gadis itu ingin membiasakan diri dengan situasi itu.

"I know this day will come when I and Ryn know we're not twins. Zyn dah sedia lama untuk hari di mana semua akan mengutuk keluarga kita sebab pisahkan Ryn dari keluarga kandung dia," kata Arzyn dengan muka tanpa riak.

Arzyn dan Rihanna sudah menjangka perkara ini berlaku di mana saham semua syarikat Dilarier akan menurun mendadak dan banyak spekulasi negatif akan tersebar. Dia tidak marah akan Rihanna yang tidak mengubunginya dan yang lain sehingga kini kerana dia tahu gadis itu perlukan masa untuk biasakan diri dengan jauhkan diri dari mereka.

Syarikat yang dibangun bersama Rihanna masih beroperasi. Gadis itu mempunyai hak ke atas syarikat itu seperti sebelum ini tetapi gadis itu akan menguruskan ibu pejabat syarikatnya dan mereka di England. Ibu pejabat syarikat Rihanna dan syarikat mereka berdua terletak di England sebenarnya dan bukannya Malaysia. Semua ini sudah dirancang sebulan sebelum hari penyerahan harta.

"Maafkan mama, sayang. Kalau mama tak culik Ryn sebab ikutkan perasaan sangat, semua ini tak akan berlaku. Ryn akan membesar dengan keluarganya kalau mama fikir dengan waras masa itu. Mama rasa bersalah sangat sebab dah tikam belakang Leena dan Emuel," ujar Tengku Aurora dengan air mata berlinangan di pipi yang dijamah usia.

Arzyn mengeluh mendengar kata ibunya. Dia bangun dari day bed dan duduk di sebelah Tengku Aurora yang sudah tersedu-sedan. Tubuh ibunya dipeluk dari tepi.

"It's not your fault mama. Everything that happens has its own reasons. Macam mana sekali pun, nasib baik mom pernah susukan Zyn kalau tak dah tak boleh peluk adik aku itu." kata Arzyn dengan tawa kecilnya.

Tengku Aurora mengesat air matanya dengan senyuman kecilnya. Tengku Marleena pernah menyusukan Arzyn semasa dia kemurungan dan tidak mengambil berat tentang Arzyn.

"Ryn tetap anak mama walaupun dia bukan anak yang dikandung 9 bulan oleh mama dan adik Zyn," kata Tengku Aurora dengan senyuman sayu terukir di bibirnya.

Arzyn tersenyum kelat kerana dia perlu biasakan diri dengan ketiadaan Avryn di sisnya selepas ini.

'You're always my twinnie no matter what,'

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

❤STAY SAFE GUYS❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro