o n e -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Medina, after this kita nak pergi mana?"

Mereka berdua masih lagi berada di kafe, sehari suntuk mereka berjalan di luar. Namun, langsung tidak menghalang mereka untuk bebas ke mana sahaja.

Medina yang sedang mengoleskan gincu dibibir pantas dia menoleh ke arah Zahra lalu tangannya kembali masukkan gincu tadi serta bedak compact powder ke dalam beg tangan miliknya yang berjenama Chanel.

"I tak nak balik," Medina sambung semula makan kek berperisa red velvet yang dipesan olehnya tadi. Zahra sudah mula terasa kecut perut.

"Oh god darling! daddy you marah i... Nanti i nak cakap apa?" Dahinya berkerut. Risau akan amukan Tuan Razif yang simbah ke arahnya nanti.

Siapa je tak kenal Tuan Razif yang perangai singanya itu. Scary.

"Nope. Please lah beb. I baru balik UK bagilah i having fun," Dia sanggup habiskan masa berjam-jam dengan shopping berbanding dia kena hadap muka walidnya di rumah.

Medina baru saja balik ke Malaysia tiga hari yang lepas. Kalau nak ikutkan hati langsung dia tidak mahu jejak ke sini lagi. Cuma disebabkan hatinya meronta untuk berjumpa dengan umminya bagaikan gila menahan rindu.

Sudah sekian lama Medina menetap di luar negara. Makcik Anne yang menjaganya setelah habis tamat sekolah menengah. Selepas saja tamat tempoh pengajian di sana, dia pulang semula ke Malaysia. Itu pun kerana dia rindukan ummi dan kawan baiknya.

Dia nak fikirkan pasal walidnya sendiri? Lambat lagi lah jawabnya.

Zahra pula mengeluh perlahan bukan dia tidak tahu perangai kepala batu kawannya yang sorang itu.

"Now, dah pukul 9 malam. You nak pergi mana lepas ni?" Soal Zahra.

"Hm i nak having fun malam ni. So why not kita pergi club?" Sengih Medina. Zahra pula menyilang tangannya ke dada.

"Please babe..." Medina sudah memujuk Zahra. Dia cuba membuat muka comel di hadapan kawannya itu.

"Bruh... Fine," akhirnya Zahra mengalah dengan pujuk rayuan dari Medina. Gadis itu bersorak suka.

Mereka berdua sudah bersiap sedia untuk bersurai dari kafe. Kaki menyusun langkah berjalan sehingga menuju ke ruang bawah tanah pasaraya yang di mana terletak kereta Audi berwarna biru gelap milik Zahra.

__

Puan Halina cuba untuk menelefon anak gadisnya daripada tadi tidak diangkat. Dia risau akan keselamatan anaknya takut-takut terjadi sesuatu yang tidak diingini.

"Medina.. mana kamu pergi ni sayang?" Gusarnya. Hatinya daripada tadi ada saja benda yang tidak kena. Dia sudah mula memikirkan hal yang bukan-bukan.

"Itu lah awak sayangkan sangat anak kesayangan awak. Apa jadi? Saya kalau nak ikutkan hati, nak je halau dia daripada rumah ni," Tuan Razif yang sedang membaca tafsiran Hadis itu mula bersuara.

"Abang... Jangan lah macam tu. Mungkin sekejap lagi dia balik lah," pujuk Puan Halina. Dia masih lagi yakin anak gadisnya itu akan pulang ke rumah.

"Tiga hari baru balik UK perangai serupa macam setan. Kalau macam ni lah perangai, saya nak je halau dia balik kampung. Senang atok dia boleh ubah dia jadi manusia sikit."

"Dah saya nak tidur, kalau awak tunggu anak awak tu sampai esok lah dia tu takkan balik," buku yang dibacanya diletakkan di atas meja dan dia menyelubungi dirinya ke dalam selimut.

Puan Halina terasa sungguh hampa, dia juga mahu hubungan anak dan suaminya kembali pulih seperti sediakala.

Namun, susah baginya untuk menyatukan kembali kain yang kian lama pudar untuk jadikan semula kain yang baru.

Dia hanya mampu berserah kepada Allah. Semoga hubungan keluarganya akan berbaik semula.

"Medina... Ummi harap kamu cepat balik," getus hati Puan Halina berharap agar anak gadisnya pulang dengan segera.

__

Suasana dikelab malam itu sungguh bising dan membingitkan telinga. Zahra dan Medina mengorak langkah untuk masuk ke dalam Kelab Pandora yang agak terkenal di Malaysia.

Selesai saja membayar, mereka berdua melangkah masuk dengan penuh keriangan. Suasana di dalam kelab itu penuhi dengan ramai orang sehingga tempat duduk pun sukar untuk dicari.

"Beb! I nampak satu meja kosong dekat sana jom!" Medina terpaksa bercakap kuat kerana rentak muzik dan keriuhan di dalam kelab itu dapat mengatasi suaranya.

Medina menarik lengan Zahra untuk pergi ke satu meja kosong di situ. Badan mereka berdua mengikut rentak muzik yang rancak sehingga lupa semua masalah mereka hadapi.

Pelayan itu terus dekati ke arah mereka berdua untuk membuat pesanan. Medina memesan dua botol wain berperisa anggur merah dan satu air coca-cola. Zahra agak terkejut dengan pesanan yang diminta oleh kawannya kerana dia pun jarang minum minuman keras.

Pelayan itu terus berundur diri. Medina pula mengikut rentak lagu dengan penuh asyik sekali.

"Beb! You mana boleh minum banyak sangat nanti you mabuklah!" Kata Zahra, risau. Dia mula susah hati apabila Medina sudah minum terlampau banyak. Takut akan memudaratkan dirinya nanti.

"It's okay... Lagipun i dah lama tak rasa wain dekat Malaysia ni!"

"Suka hati you lah, kalau you mabuk i tak nak angkat you okay!" Zahra mula rasa geram. Medina pula sudah leka dengan keriuhan dalam kelab tersebut.

"Beb! Jom menari! Jom lah!" Medina menarik lengan Zahra. Laju saja mereka berdua pergi ke sudut ruangan tengah di mana ramai orang yang sedang leka menari mengikut rentak lagu muzik yang agak rancak.

Mereka berdua hanyut dalam arus dunia masih lagi belum ingat untuk pulang ke rumah. Namun, nafsu menghanyutkan segala-galanya.

Mereka berdua terleka sehingga larut malam. Medina sudah biasa dengan keadaan macam ini apabila berada di luar negara malah makciknya sendiri tidak pernah menghalangnya untuk pergi.

Medina dan Zahra menari mengikut rentak sehingga mereka lupa akan tentang semuanya.

-

"Saya nak kamu bertiga cari Medina sampai dapat, faham?" Tegas sekali cara percakapan Tuan Razif.

"Baik tuan," kata pengawal peribadinya.

Dia sudah naik hantu dengan perangai anaknya seorang itu. Sudah pukul tiga pagi masih lagi belum balik ke rumah.

"Kalau dia degil kau heret je rambut dia suruh dia balik. Kalau tercabut kepala sekalipun jangan peduli. Dia dah tak boleh bagi muka!"

Perangai Medina memang tidak sama sekali dengan arwah abangnya iaitu Izzan.

Dia akui, dia rindukan anak lelakinya. Banyak sangat kenangan dan kebaikan lelaki itu tinggalkan namun Allah lebih menyayangi anaknya.

Dua orang pengawal peribadi Tuan Razif bergerak mengikut GPS telefon milik Medina untuk tahu dimanakah gadis itu berada.

"Okay, kita kena gerak Kelab Pandora. Sekarang!" Arah salah seorang daripada mereka. Pantas saja dia menekan pedal minyak untuk sampai ke sana.

-

"Beb! You dah banyak minum ni!" Zahra mula risau akan kawannya itu. Sudah terhuyung-hayang akibat alkohol yang terlalu banyak dia minum.

Medina tindak endahkan kata-kata Zahra. Dia meneguk botol air kencing syaitan itu sehingga habis.

"Beb... Please stop!" Zahra menghalang tangan Medina. Tapi gadis itu bertindak lebih agresif.

"Argh! I dah tak tahan dengan perangai walid i suka bandingkan i dengan arwah Abang Izzan. I know, abang i baik tapi kenapa i selalu diketepikan?" Medina mula berkeadaan orang yang tidak waras.

"Beb..dah jom kita balik. You dah banyak minum ni!" Zahra mula rasa panik. Dia menarik lengan Medina namun gadis itu tidak berganjak dari tempatnya langsung.

"Eee... i tak nak baliklah! If you nak balik, you balik okay i nak having fun," katanya dalam keadaan separuh waras. Zahra sudah mati dek akal bagaimana cara untuk dia bawa Medina pulang.

Tidak lama selepas itu, dua pengawal peribadi itu sudah sampai tempat pada masa. Dia mencari susuk tubuh Medina anak majikannya. Akhirnya, dia jumpa diruangan sudut disisi kelab itu.

Dia datang ke arah Zahra dan Medina di situ. Dia terlihat Medina sudah dalam keadaan separuh sedar akibat minum alkohol terlalu banyak.

"Cik Medina, kamu kena balik segera ke rumah."

"Eee... you ni siapa pulak? I tak nak balik lah. I tak nak jumpa walid i. So, please get lost!"

"Angkat dia," arah pengawal salah seorang. Akhirnya, tubuh badan Medina diangkat lalu diletakkan ke atas bahu.

"Lepaskan i lah! I tak nak balik lah! Eee.. lepaskan i lah!" Medina mula memukul-mukul dan menendang ke seluruh arah.

Pengawal itu mengangkat tubuh Medina dengan kuat kerana takut badan anak majikannya jatuh ke atas lantai dengan ketidakstabilan tubuh Medina di atas bahu pengawal tersebut.

Namun, perkara itu membuatkannya menjadi riuh. Pengawal di kelab itu datang ke arah mereka namun pengawal peribadi Tuan Razif lebih pandai bertindak.

Akhirnya, Medina berjaya di bawa keluar dari kelab tersebut dan pantas saja tubuh Medina masuk ke dalam sebuah kereta Alphard berwarna hitam milik Tuan Razif.

Zahra pula cepat-cepat pulang, dia takut selepas ini dia yang akan dipersalahkan oleh Tuan Razif. Banyak kali Tuan Razif memberi amaran kepadanya namun dia tidak sanggup untuk jauhi daripada kawan baiknya sendiri.

Medina merupakan satu-satunya kawan baik yang rapat dengannya dari sejak kecil. Dia juga tidak sanggup untuk berjauhan dengan Medina.

Mana mungkin orang yang kita sudah anggap sebagai sebahagian daripada keluarga musnah begitu saja. Zahra akui, dia juga tidak mahu kehilangan Medina.

Langkahnya berjalan sehingga ke keretanya dan dia meluncur laju daripada kawasan situ untuk pulang rumah dengan segera.

__

Kereta sudah masuk ke dalam perkarangan rumah banglo milik Tuan Razif.

Salah seorang pengawal peribadi sudah mengangkat tubuh Medina yang sudah tidak sedarkan diri dan bau alkohol pada bajunya sungguh kuat sehingga mencucuk-cucuk ke rongga hidung.

Medina diletakkan di atas salah satu bangku di situ. Puan Halina terus melangkah pergi ke arah anak gadisnya.

"Ya Allah... Medina!" Puan Halina mendekati anaknya dan rambut Medina pula tertutup separuh muka itu diselak ke tepi.

"Dasar anak setan!" Tuan Razif yang baru melangkah keluar memandang jijik ke arah anak gadisnya yang masih khayal dengan air kencing syaitan.

"Abang! Jangan cakap macam tu abang. Medina ni juga anak kita!" Kata Puan Halina yang masih membela anak gadisnya.

Dia kasihan melihat Medina dalam keadaan serabut dan tertekan.

"Aku tak ada anak setan macam dia ni."

"Yanti!" Teriak Tuan Razif dari luar rumah. Pembantunya yang bernama Yanti itu terus datang ke arahnya.

"Ya tuan?" Soalnya dalam lenggok bahasa Indonesia.

"Ambil satu baldi air," arah Tuan Razif. Pantas saja pembantu rumahnya itu pergi ke dapur untuk ambil apa yang dipinta oleh majikannya.

Akhirnya, dia membawa besen yang dipenuhi dengan air diberikan kepada Tuan Razif.

Tuan Razif ambil lalu dia simbah ke arah anak gadisnya itu dengan mengejut. Puas hatinya apabila dia membuat sedemikian.

"Abang... Apa abang buat ni? Ya Allah!" Medina yang masih tidak sedarkan diri itu Puan Halina memeluknya kuat.

Suasana diluar ini sungguh sejuk sehingga ke tulang. Namun, tidak sedikit pun Tuan Razif rasa serba salah walaupun sekelumit.

"Ini baru simbah dengan air. Dekat akhirat nanti lagi teruk kena simbah dengan api."

"Menyesal aku ada anak macam ni. Huh...Menyusahkan aku!" Baldi tadi sudah campak entah ke mana.

Langkahnya laju saja masuk ke dalam rumah semula. Puan Halina sudah mengalirkan air mata, seorang ibu dia juga kasihan melihat anaknya yang selalu tertekan.

"Yanti.. bantu saya pimpin Medina masuk ke dalam," pinta Puan Halina.

"B..baik puan," Yanti membantu Puan Halina untuk memimpin Medina sehingga ke dalam rumah.

Abang!"

Seorang kanak-kanak perempuan yang baru saja turun dari anak tangga itu menghampiri seorang pemuda lelaki yang sedang sibuk membuat persiapan hari jadi untuk adik perempuannya diruang tamu.

"Abang.. cantik tak Medina?" soal Medina yang masih berumur 13 tahun itu tersengih suka. Dia memusingkan bajunya yang kembang di bahagian bawah itu seperti gaya puteri diraja.

"Cantiknya adik abang sorang ni," lelaki itu melutut dihadapan adiknya dan tangan adiknya diraih dengan lembut. Satu senyuman mula tercalit manis dibibirnya.

"Abang sayang Medina tapi Medina sayangkan abang tak?" Soalnya. Medina pantas anggukkan kepala.

"Medina sayang sangat dekat abang," suaranya diperlahankan. Dia memeluk abangnya dengan erat dan matanya dipejam kuat.

"Medina janji dengan abang, Medina jadi anak yang baik dan jaga diri Medina untuk jadi perempuan yang taat kepada perintah Allah ye sayang?" Tangannya diusap lembut belakang tubuh adik perempuannya itu. Dia tersenyum manis disebalik pelukan.

"Medina janji!"

"Good girl," bibirnya mengukir senyuman lebar dan pantas saja tangannya mengusap rambut adiknya dengan lembut.

Namun janji itu hanya sekadar kenangan maafkan Medina abang.

Medina gagal.

Continue.

--

How first chapter? Sorry kalau tidak memuaskan masih lagi belajar dan cuba untuk memperbaiki jalan cerita.

Penggunaan bahasa melayu juga masih belajar untuk mendalami lagi harap korang semua dapat menghayati jalan cerita ini.

Anneyoung!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro