t w o -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Umar!"

Jerit Hairul dari arah belakang. Umar yang sedang membetulkan perahunya itu terus menoleh ke arah empunya suara.

Dia berkerut dahi apabila melihat Hairul yang sudah sampai ke kampung.

"Umar! Kau tak rindu aku ke do?" Hairul sudah bersemangat apabila datang dekat ke arah Umar. Hampir lima bulan dia tidak berjumpa dengan kawan baiknya itu.

"tak."

Itu saja jawapan daripada bibir Umar. Hairul memegang hatinya terasa sakit yang mencengkam sehingga ke lubuk hati.

"Auch! Sampai hati kanda buat dinda begini adudu," Hairul pura-pura menangis. Sedih kerana rindunya tidak terbalas.

"Kau asal? Datang sini tetiba buat drama," hairan Umar dan tangannya ligat saja membuat kerja tanpa endahkan kawannya disebelah.

"Eee.. hati kering lah kau ni. Macam mana lah bakal isteri kau nanti kan? Sian dia ish..ish..ish.." Hairul menggeleng kepala.

Dia kenal sangat kawannya yang memang hati kering daripada dulu sampai sekarang. Tak pernah berubah!

"Aku ambik cuti sampai minggu depan. So, saja lah datang sini ingatkan kau rindu aku rupanya hm lambet lah si lelaki bernama Umar ni nak ada perasaan," perli Hairul.

Umar pula hanya memekakkan telinga langsung dia tidak layan lawak jenaka daripada kawannya. Dia lagi pentingkan kerjanya yang sedang betulkan perahu yang hampir bocor.

"Umar."

"Hm?"

"Kau tak pergi turun laut ke harini?" Soal Hairul, hairan. Dia keluarkan kerepok di dalam poketnya.

"Tak sangka pula doktor boleh makan keropok," perli Umar, selamba.

"Alah... Aku pun nak juga merasa bukannya tak boleh merasa langsung," kata lelaki itu sambil mencebik. Umar hanya reaksi biasa.

"Aku tak turun laut. Cuaca harini macam tak bagus. Esok aku pergi."

Hairul hanya angguk sambil makan keropoknya. Mulut tidak habis-habis mengunyah daripada tadi. Ajaib betul poket ada keropok sebanyak itu.

Tetiba saja seorang lelaki datang ke arah mereka berdua dengan muka pucat semacam. Seolah-olah baru nampak hantu.

"Mar!"

Umar dan Hairul memandang ke arah empunya suara dan terlihat Rizal datang dalam keadaan tergesa-gesa.

"Hm asal?" Soal Umar, hairan. Rizal termengah-mengah untuk bersuara.

"Ni... Fahmi mengamuk dengan kau weh! Dia jumpa Tok Mad nak serang kau!" kata Rizal dalam keadaan termengah-mengah. Jelas kelihatan dia seakan risau dengan kejadian yang disana.

Umar berkerut seakan terkejut bila mendengar beritu yang disampaikan. Dia meninggalkan kerjanya dan berjalan sehingga ke rumah Tok Mad dengan segera!

-

"Mana Umar! Dia dah memperkosakan adik saya tok! Mana dia?" Jerit Fahmi. Riuh satu kampung akibat peperangan yang berlaku.

"Sabar Mi... Cuba terangkan dekat tok apanya berlaku sekarang ni?" Soal Tok Mad, hairan.

Dia pelik kerana Umar bukan seorang yang macam tu. Lagi-lagi dia seorang yang memang tiada hati untuk bercinta dengan mana-mana perempuan.

Macam mana boleh Fahmi kata Umar telah memperkosakan adik perempuannya pula?

"Argh! Saya dah tak boleh sabar lagi. Budak tu memang dah melampau tok! Kononnya apa orang putih kata heartless? Taik kucing dia! Akhirnya adik saya juga jadi mangsa baham buaya dia," kata Fahmi, dia tidak boleh sabar lagi dengan keadaan sekarang ni.

Tok Mad sudah melepaskan keluhan berat. Fahmi ini memang panas baran sekali dia marah susah nak pujuk dia supaya bersabar.

Akhirnya, Umar dan yang lain melangkah ke arah rumah Tok Mad. Mahu saja langkah Fahmi untuk memukulnya tapi sempat ditahan oleh orang kampung supaya menenangkan Fahmi supaya dia tidak menyerang Umar.

"Eh Umar! Kalau kau tu anak lelaki sini lah!" Jerit Fahmi. jelas kelihatan urat-uratnya mula timbul. Badannya masih lagi ditahan dengan orang kampung.

"Kau ni apahal nak menjerit-jerit? Tertelan microphone ke?" kalini Umar membalas dengan tegas. Dia tidak suka bila ada orang buat kecoh depan rumah Tok Mad.

Biadab.

"Kau yang rogol adik aku kan? Kau bertanggungjawab sekarang!"

Umar berkerut tanda tidak faham apa yang berlaku. Dia terus memandang tepat ke arah Aini adik perempuan Fahmi di situ. Aini menunduk saja kepalanya dari sejak tadi.

Umar tersenyum mengejek. Dia nampak biasa saja langsung tidak takut.

"Aku rasa adik kau baru je aku nampak dia bonceng dengan lelaki pukul 12 malam haritu. Tapi aku fikir positif je lah sebab aku ingatkan itu sepupu dia ke apa. Cuba kau tanya adik kau. Dia mengandung dah berapa minggu?" Kata Umar.

Fahmi terdiam mahupun orang kampung. Suasana menjadi senyap seketika. Fahmi terus berubah menjadi berang semula.

"Argh! Kau jangan nak mengelat lah Umar!" Jerit Fahmi. Umar terasa bingit ditelinga.

Dia tidak suka suasana bising, baginya memeningkan kepala. Serabut!

"Kau tak payah jerit-jerit lah. Kalau suara sedap takpalah juga. Aku kata tanya adik kau dah berapa bulan dia mengandung!" Tegas Umar.

Fahmi berjeda seketika. Dia terus menoleh ke arah adiknya. Aini sudah mula tidak senang duduk, dia terasa seperti diancam.

"Aini cakap dengan aku. Kau mengandung berapa bulan?" Soal abangnya tegas. Aini hanya tunduk.

"Cakap lah Aini!"

"D.. dah masuk 4 minggu," tunduknya malu, dari tadi wajahnya ditundukkan saja.

Umar tersenyum sinis. Jangan nak main helah dengan Umar. Kau salah orang.

"Rizal, hari tu kau ada dengan aku kan?" Soal Umar.

"Haah.. aku pun nampak Aini. Bukan haritu je, masa aku nak pergi masjid aku nampak dia dengan sorang laki." Kata Rizal.

"Hari itu makcik nampak Aini dengan sorang laki tapi makcik segan nak tegur takut salah orang."

"Haah sama lah Jah, aku nampak juga."

Orang kampung sudah mula berbisik sesama sendiri. Mereka juga nampak Aini pernah keluar berdua-duaan dengan seorang lelaki.

"Aku jumpa Aini haritu dua minggu lepas. Jadi Aini, ada kata-kata terakhir untuk selamatkan diri?" Soal Umar.

Umar tahu Aini pernah ada perasaan terhadapnya kerana memang Aini ada pernah meluahkan perasaannya suka terhadap Umar. Namun, Umar tolak kerana dia masih belum buka hati untuk sesiapa.

Namun, dia tak sangka cara macam ni dia nak pancing Umar masuk ke dalam jeratnya. Nampak dari luaran baik namun ada simpan tanduk setan disebaliknya.

Lagi sekali, anda salah orang untuk dikenakan.

Aini terdiam seribu bahasa begitu juga dengan Fahmi. Diam langsung tidak berkutik. Orang kampung sudah mula memandang sinis terhadap Aini.

Aini melangkah pergi dari situ, Fahmi pula hanya membalas dengan jelingan. Dia juga turut melangkah pergi bersama adik perempuannya.

"Kepada orang kampung... Maaf lah ya. Ha semua boleh bersurai," kata Tok Mad bagi meleraikan kekecohan disitu.

Hairul menepuk tangan, terasa kagum melihat Umar dari sejak tadi. Umar hairan melihat kawannya yang seakan bangga.

"Kau dah kenapa, gila?" Jeling Umar, maut. Mata Hairul mula bersinar.

"Abang Umar... Saya sudah mula terpikat dengan Abang Umar!" Katanya gedik seperti mahu saja campak selipar pada mukanya itu.

"Kau jangan sampai aku campak kau dekat laut," tegasnya. Hairul mula tergelak besar. Dia tahu Umar bukan seorang yang boleh bawak bergurau.

"Ha Umar... Malam ni Umar pergi ke masjid?" soal Tok Mad.

"Pergi tok, In Shaa Allah."

"Kalau macam tu, saya pergi laut balik. Assalamualaikum," kata Umar. Dia menyalam kedua tangan Tok Mad dengan lembut.

"Eh Abang Umar! Jangan tinggalkan dinda Hairul!" Laungnya dari jauh.

"Kau jangan... Umar tu aku punya!" Kata Rizal.

"Argh...Takda-takda. Abang Umar tunggu saya!"

Mereka berdua berlari mengejar Umar dari arah belakang. Tok Mad pula hanya menggelengkan kepala, tergelak melihat mereka bertiga.

Umar...Umar... hati kau terlalu keras.

__

Sudah genap seminggu Medina terkurung di dalam rumah kerana Tuan Razif yang mengawal kebebasannya. Dia daripada semalam lagi asyik merungut sungguh bencinya terhadap walidnya sendiri.

Medina sudah terasa seperti duduk di dalam penjara. Dia tidak tahan lagi duduk seperti ini terasa tempat neraka baginya.

Dia mencapai beg bagasinya di atas almari dan mengemas semua barangnya untuk masuk ke dalam beg.

Dia rasakan mungkin walidnya akan suka apabila dia keluar daripada rumah ini dan dia tidak lagi menyusahkan siapa-siapa ummi mahupun walidnya sendiri!

Klik!

Terdengar bunyi pintu dibuka oleh seseorang terlihat pembantu rumahnya baru melangkah masuk menatang dulang dipenuhi dengan sarapan pagi untuk Medina. Namun, gadis itu endahkan masih ligat untuk mengemas barangnya.

"Cik Medina...Izinkan saya masuk ya?" Pintanya. Dia masuk lalu dan dia letakkan dulang itu di atas meja.

Yanti terkejut dengan tindakan anak majikannya itu. Dia risau dengan Medina yang sudah siap kemas barang seperti mahu keluar daripada rumah.

"Ya Ampun! Cik Medina ke mana kamu sik bawa beg semua ini?" Cemas sekali cara percakapan Yanti. Dia bimbang akan berlaku lagi perkara seperti semalam.

"Makcik Yanti. Medina nak keluar daripada rumah ni! Medina dah tak tahan," dia membawa beg bagasinya sehingga keluar daripada bilik.

"Ya ampun! Jangan begitu cik Medina!" Laungnya cuba untuk menghalang gadis itu. Namun, Medina tidak endahkan kata-kata pembantu rumahnya.

Dia heret beg bagasinya untuk turun sehingga ke ruang tamu.

-

"Cik Medina! Jangan kok kamu pergi!" Laung Yanti sehingga menuruni anak tangga mengikuti langkah Medina.

Puan Halina yang sedar kelibat anaknya terus dekati dengan tergesa-gesa. Hatinya rapuh apabila Medina membawa beg bagasinya seperti mahu keluar dari rumah ini.

Ya Allah, apa sudah jadi?

"Medina nak pergi mana sayang? Ya Allah... Medina. Kita bincang okay?" Pujuk Puan Halina, dia risau akan keadaan anaknya.

Sudah tiga tahun Medina tidak pulang ke Malaysia itu pun buatkan dirinya gila bayang inikan pula Medina mahu melangkah keluar dari rumah.

"Ummi, halalkan semua ummi pernah bagi dekat Medina selama ni. Maafkan Medina, ummi. Medina tahu Medina bukan anak yang baik sama seperti arwah Abang Izzan." Dia sengaja menekankan perkataan arwah abangnya di depan Tuan Razif.

Tuan Razif yang berada diruang tamu hanya pamerkan reaksi biasa langsung tidak bertindak apa-apa.

"Tapi...Medina nak pergi mana sayang?" Risau sekali perasaan Puan Halina. Dia juga tidak pernah membeza-bezakan anaknya. Dia sayangkan anaknya sama rata.

"Medina pandai jaga diri ummi. Nanti apa-apa Medina telefon ummi okay?" Medina mencium kedua pipi Puan Halina.

Saat dia melangkah keluar dari pintu utama, Tuan Razif mula bersuara membuatkan gadis itu serta-merta berhenti dari terus berjalan keluar.

"Kau kena ingat, bila satu tapak kaki kau keluar je dari dalam rumah ni. Kau bukan lagi anak aku dan aku haramkan kau jejak ke dalam rumah ni lagi."

Medina terasa perit untuk ditelan apa yang Tuan Razif katakan padanya. Air matanya bergenang ditubir mata. Rasa sakit mencucuk-cucuk di dalam hati.

"Abang! Apa ni abang?" Teriak Puan Halina, dia tidak setuju apa yang suaminya katakan.

"Kamu diam, Halina. Aku tengah bercakap anak yang tak kenang budi macam dia!" Tuan Razif bangun dan tunding jari menghala ke arah Medina yang berdiri di pintu utama.

Medina langsung tidak menoleh kebelakang, dia tidak mampu melihat ummi menangis kerananya dan tidak mampu melihat muka walidnya.

Dia tahu dia bukan anak yang baik.

"Kau dengar sini, Medina. Kalau dah rasa hebat, kau pergi jangan balik lagi. Aku anggap yang dua-dua anak aku dah mati."

"Kau jangan sesekali pakai kereta sebab itu daripada duit aku. Segala kad kredit kau jangan ambik satu sen pun!"

Zap!

Kata-kata terakhir Tuan Razif memang sungguh kecewa dengan sikap anak perempuanya itu. Medina pula sudah mengalirkan air mata, tapi dia gagahkan juga kakinya untuk menyusun atur untuk keluar daripada rumah.

"Medina!" Laung Puan Halina. Dia berlari mendapatkan anaknya dipintu utama. Namun, Tuan Razif menghalang laluan untuk isterinya.

"Biarkan dia pergi."

"Yanti!" Panggil Tuan Razif. Yanti pantas membalas laungan majikannya.

"Y..ya tuan."

"Suruh pengawal keselamatan jangan bagi nama Medina Delisya jejak kaki ke sini. Kalau dia datang, halau dia balik," arahnya.

"B..baik tuan," Yanti takut untuk membantah dalam masa yang sama dia rasa simpati terhadap Medina.

Puan Halina sudah meraung sekuat hati memanggil anak gadisnya namun Yanti terus saja memujuk dan mengusap tubuh belakangnya.

"Sabar puan, ini semua ujian. Sabar ya?" Yanti turut mengalirkan air mata apabila melihat masalah keluarga yang tidak pernah berbaik daripada dulu.

__

Dindong! Dindong!

"Wait!" Zahra yang sedang makan betir jagung di dalam balang itu mula tersedar akan kehadiran seseorang dari luar rumah.

Tangannya membuka tombol pintu. Alangkah terkejut dia melihat wajah Medina dengan mata membengkak akibat menangis dan tangannya pula sedang membawa beg bagasi.

"Beb.. why? What happen?" Zahra membuka pagar dan memberi ruang untuk Medina masuk ke dalam rumah.

Dia memimpin tangan Medina yang langsung tiada reaksi wajah pada muka. Hanya termenung dan matanya membengkak akibat menangis yang agak teruk.

Dia duduk di atas sofa seperti orang yang tidak bermaya serupa orang yang tiada semangat untuk hidup.

Zahra pula mengambil tempat disebelah kawannya dan bahu kawannya dipeluk rapat. Dia begitu susah hati melihat Medina sebegitu rupa.

"Beb, cuba cakap dengan i. Apa dah jadi ni? Sampai you bawak beg baju you semua ni. Ni mesti walid you kan?" Soal Zahra. Dia sudah dapat meneka apa yang sedang berlaku.

"Zahra, buat masa sekarang ni i nak tumpang tidur rumah you. I janji dapat kerja i akan bayar semua sewa," kata Medina dengan tatapan mata yang redup.

Zahra menghela nafas, dia pun tidak tahu mengapa ayah Medina sanggup buat cara macam ini.

"Takpa beb, you duduk lama mana pun i tak kisah janji you okay. Dah, jangan nangis okay? I ada dengan you," Zahra menarik tubuh Medina dalam dakapan.

Tangannya mengusap tubuh belakang Medina dengan lembut. Dia juga kasihan terhadap Medina. Dari dulu sampai sekarang hubungan dia bersama ayahnya tidak pernah berbaik.

Ada saja perbalahan yang tidak pernah habis.

Zahra saja yang memahami situasi Medina. Dia tahu betapa peritnya apabila seorang ayah tidak pernah berikan sokongan kepada anaknya sendiri.

Medina masih mengalirkan air mata. Dia juga tidak tahu apa yang dia harus buat selepas ini.

Harap dia akan terus kuat.

"Medina!"

Kedengaran lantang sekali suara Tuan Razif di bawah. Medina turun dengan wajah bingung tidak tahu apa yang berlaku.

"Kenapa?" Soal Medina. Dia melihat wajah ayahnya yang daripada tadi langsung tiada secalit senyuman.

"Medina, kenapa ponteng kelas piano? Kenapa Medina jadi macam ni. Medina nak jadi apa!" Bergema ruang tamu akibat suara Tuan Razif.

"Because of you always control my life! I can't!" Kalini Medina membalas dengan lantang.

Mahu saja Tuan Razif naik tangan untuk hala ke wajah Medina pantas Izzan menarik tangan ayahnya.

"Walid, please we can discuss about this. Tapi bukan cara macam ni," pujuk Izzan.

"Medina benci walid!" Sebak Medina. Terus saja dia berlari laju naik ke atas semula.

"Kamu tengok Izzan? Kamu manjakan dia apa dah jadi sekarang?" Berang Tuan Razif. Izzan memimpin ayahnya ke sofa supaya bawa bertenang.

"Walid... I know sometimes Medina tu kepala batu but kita ada caranya untuk ubah dia. Macam api bila dilaga dengan api lagi marak kan? Disebabkan tu kita kena ajar dia jadi macam air tapi air yang membawa dia ke arah kelembutan. Walid.. sedegil mana pun Medina tu dia tetap budak yang baik," pujuk Izzan.

Tuan Razif hanya diam, Izzan mengusap tubuh belakang ayahnya dengan lembut. Dia meminta diri untuk naik ke atas dimana dia hendak memujuk adiknya, Medina.

Izzan naik ke atas dan mengetuk pintu bilik Medina. Dia membuka tombol pintu bilik adiknya terlihat Medina sedang menangis sambil memeluk bantal.

Izzan tersenyum manis sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil di sebelah adiknya.

"Medina? Hei... Sini," Izzan menyuruh adiknya memusing menghadapnya. Medina hanya ikut dan mereka berdua menghadap antara satu sama lain.

"Medina... Jangan lah Medina melawan. Medina kan budak yang baik? Tak baik tau Medina meninggikan suara dekat walid. Walid dia sebagai ayah kena menasihati anak dia jadi apa salahnya kita sebagai anak dengar nasihat dia, right?" Kata Izzan lemah lembut.

"M..Medina bukannya niat nak melawan, tapi tulah walid tu suka kongkong hidup Medina. Suka suruh Medina buat yang Medina tak suka buat. Kelas piano tu dah lah cikgu dia menggatal. Abang tahu, haritu dia menggatal dengan Medina!" Luahan hatinya.

"Eh siapa nak menggatal dengan adik abang ni? Amboi, meh jumpa abang dulu," Izzan sudah mula memasamkan mukanya.

Medina tergelak kecil melihat abangnya sedang memimikkan muka tanda marah.

Tapi comel!

"Kenapa Medina gelak pulak? Abang tengah serius tau." Kata Izzan, hairan.

"Takdalah, abang tak sesuai buat muka. Nampak comel!" Medina mula tergelak besar dan air matanya terkeluar ditubir mata terlalu banyak sangat ketawa.

"Eh budak ni suka pulak. Suka eh.. nak abang marah pulak ke?" Tangan Izzan mula menggeletek pinggang adiknya.

Medina terus menjerit suka dan perasaannya kini kembali okay. Izzan saja yang mampu memujuk Medina untuk tersenyum semula.

Namun hanya tinggal kenangan, kenangan yang hampir musnahkan semuanya.

Kenangan yang hampir buatkan runtuh semangat untuk bangun semula.

Kenangan yang menyeksakan diri yang tidak mampu untuk melupakan.

Kenangan yang terindah membuatkan dia tidak mampu untuk teruskan kehidupan.

Mohon biar kenangan pergi takkan pulang kembali.

Continue.

--

Jumpa di chapter yang seterusnya 🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro