t h r e e -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zahra masuk ke dalam bilik Medina terlihat kawannya itu masih minum minuman keras serta tisu pula berlambak di atas lantai akibat gadis itu menangis agak teruk sehingga lebam dibawah biji matanya.

Sudah tiga hari Medina berkeadaan sebegitu rupa. Seperti orang yang sudah tidak mahu untuk teruskan hidup.

"Beb, please. Minuman ni tak elok lah minum banyak!" Zahra menghalang tangan Medina untuk terus minum air kencing syaitan itu. Tapi dia masih berdegil.

"I stress! Jadi i nak minum!"

Sekarang, Medina memang tidak kelihatan terurus. Nampak kusut-masai dengan keadaannya belum mandi. Rambutnya pula menggerbang mengalahkan hantu Kak Limah.

"Beb, stress boleh buat dengan benda yang lain. You pergi lah shopping, jogging and anything healthier activities you can do!" Kata Zahra. Dia sudah mengambil semua minuman keras itu di atas meja lampu bersebelahan dengan katil Medina.

"Eee... i serabut lah Zahra! Why i selalu dibandingkan? I pun manusia ada hati and perasaan juga!"

Medina sudah mula hempas bantal ke seluruh arah. Perasaan tidak dapat dikawal. Rasa mahu saja satu bilik dia sepahkan cuma dia fikir hanya duduk rumah orang saja.

Zahra mengambil tempat disebelah kawannya, dia menarik tubuh Medina dalam dakapan dan cuba untuk menenangkan kawannya itu.

Medina masih lagi belum reda dengan kesedihan. Hatinya masih terluka dengan kata-kata walid pada tempoh hari.

Zahra faham akan keadaan Medina. Dia tidak pernah salahkan mana-mana pihak. Dia sebagai kawan hanya mampu memujuk Medina.

"I rasa macam tak nak hidup! Arwah abang i pun dah takda. Kenapa i je tak pergi dulu?" Dia meluahkan segala isi hati yang terbukam di dalam hati.

"Beb... Beb listen to me!" Zahra memegang kedua pipi Medina supaya menyuruh kawannya itu melihat wajahnya.

"Beb.. i tahu i bukan kawan yang terbaik untuk you. Yang ajar you tentang agama, ajar you tentang kebaikan. Tapi, i know orang macam kita ni lah everyday akan ada rasa untuk ingin berubah ke arah lebih baik tapi takda support lagi-lagi takda support from family."

"Medina... you masih lagi beruntung you masih ada parents yang selalu nak terbaik untuk you. Yang selalu ambik berat pasal you. Bukan macam i, i dah takda siapa beb. I sorang-sorang, itu pun i masih bersyukur you still my bestfriend. If you takda, i rasa memang hidup i forever alone."

"I tahu i ni siapa je untuk nasihatkan you. I pun banyak dosa dah tak terkira langsung dosa i. Tapi, you kena bersyukur sebab you lahir dalam family yang teguh dalam agama. Tapi, you jangan cakap kenapa Tuhan tu tak ambik you dulu mungkin Dia nak kita berdua berubah menjadi lebih baik."

"You kena bersyukur sebab you masih hidup, walaupun i tahu i hidup tapi i still buat dosa. But you, Medina. You still have a family!" Luah Zahra panjang lebar itu membuatkan Medina sedikit terdiam.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Zahra. Zahra memang tiada siapa-siapa melainkan makciknya yang masih duduk di Thailand. Itupun makciknya masih tidak boleh menerimanya sebagai anak saudara.

Medina terdiam seketika, terkelu lidahnya saat meneruskan perbualan.

Zahra kembali menarik Medina dalam dakapan semula. Dia juga tidak mahu kawannya tiada harapan untuk teruskan hidup. Dia juga sayang Medina, satu-satunya family yang dia ada.

"Thanks beb, you selalu ada dengan i. Kalau you takda, i tak tahu apa jadi dekat i," kata Medina, lemah. Zahra tersenyum disebalik pelukan, tangannya masih mengusap tubuh belakang Medina dengan lembut.

"Takpe beb, i ada je okay?."

Akhirnya pelukan terlerai, Zahra tersenyum dan dia mengelap air mata Medina yang dari sejak tadi tidak habis dirembes keluar.

"Dah lah you menangis nampak buruklah, sekarang ni you pergi mandi mulakan new lifestyle," arahnya. Medina sudah tersenyum segaris

Medina sudah kembali pulih seperti sediakala. Dia menghembus nafas berat, dia akui dia harus kuat untuk hadapi semua benda ini.

"Senyumlah Medina. Come on beb," sengih Zahra. Akhirnya, Medina menayangkan senyuman segaris menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"Macam tu lah kawan i!" Tangan Zahra automatik bergerak untuk menyerabutkan rambut Medina. Medina pula sudah menarik muka.

"Oh, by the way beb. I ada benda nak bagitahu dekat you ni" Zahra mula teringat hajatnya untuk beritahu kepada kawannya itu.

"Apa dia?"

"Esok i nak berangkat pergi Kedah. Untuk photoshoot majalah. So, dalam tiga minggu macam tu, i takda tau."

Medina berkerut lamanya Zahra ada sesi photoshoot disana. Zahra juga memang agak terkenal dengan model untuk majalah Trend. Dengan paras rupa yang unik benar-benar tarik perhatian, tidak usah dicakap majalah semua berkenaannya laris di pasaran.

"So, i rasa better you pergi balik kampung you. I bukan nak halau you tapi dekat kondo i ni banyak sugar daddy plus playboy bahaya," kata Zahra. Medina pula sudah memuncungkan mulutnya.

"Alah... i tak kisahlah. Bukannya test i pun semua tu. Sugar daddy yang tua tu i takda selera okay," Medina membuat muka menyampah. Zahra sudah tergelak kecil melihat kawannya.

"One day if Tuhan tu jumpa kan you dengan suami yang takda langsung perasaan. Baru masa tu you nak menggelupur. I just cakap padan muka je."

Medina sudah mula menarik muka tanda tidak suka, dia bukan apa dia takut kalau nenek dan datuknya tidak terima dengan kehadirannya disana nanti. Mahu kalau datuknya halaunya suruh pulang tak ke naya?

"Alah...beb!"

"No, demi keselamatan you. You kena pergi balik kampung lagipun you dah lama kan tak balik?" Soal Zahra, Medina terdiam.

Ya, dia sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Kali terakhir dia bertemu dengan atok dan neneknya hari terakhir dimana mereka adakan kenduri tahlil untuk arwah abangnya lima tahun yang lepas.

"You jangan risau kereta i yang Swift tu you pinjam je nanti i letakkan kunci dekat dalam balang kaca depan ruang tamu tu. Pasal duit you jangan risau i akan bank in kan tapi tak banyaklah i boleh bagi kat you, bulan ni i pokai beb," tergelaknya. Medina turut tergelak bersama.

"It's okay. you dah banyak dah tolong i tak terbalas budi you dekat i. One day, i will pay off it. Im swear."

"It's okay beb, kitakan dah macam family right?" Senyumnya. Medina terus memeluk kawan baiknya itu dengan erat.

Dalam dunia ni, ada tiga orang yang sangat memahaminya. Arwah Abang Izzan, umminya dan Zahra. Mereka bertiga sajalah dapat memahami sikap Medina.

Dia bersyukur kerana ada lagi orang yang masih sayangkannya. Cuma dia tertanya-tanya, tidak pernah ke walidnya ada perasaan sayang terhadap Medina walaupun hanya sebesar kuman?

__

Selepas membaca surah Yassin, aku termenung pada batu nisan yang tertera nama arwah Izzan. Kenangan aku dengan kawan aku terlalu banyak, sampai aku sendiri tidak boleh merima kenyataan yang dia telah pergi meninggalkan aku.

Aku tahu, itu semua takdir qada' dan qadar Allah. Namun, aku sebagai manusia dan hamba tidak boleh mempertikaikan ajal serta maut. Ini semua sudah tertulis oleh-Nya.

Walaupun perit untuk aku telan, tapi aku tetap kena hadap. Hadapi bahawa orang yang banyak berjasa pada aku telah pergi. Belum sempat lagi untuk aku membalas jasanya. Tapi tak mengapalah, Allah lebih sayangkan kau, Izzan.

"Dah hampir lima tahun kau pergi, Izzan. Aku doakan kau sentiasa aman dekat sana," gumam aku perlahan. Tangan aku pantas membersihkan daun kering yang ada pada pusara arwah.

"Umar budak miskin! Umar budak miskin!" Sekumpulan kanak-kanak lelaki mula mengejek Umar yang masih umur 10 tahun.

Umar hanya diam, tangisnya ditahan ditubir mata dari sejak tadi.

Budak lelaki itu berlari sehingga ke belakang dewan kuliah madrasah. Dia duduk berteleku bersandar pada dinding.

Dia menangis teresak-esak kerana dia tidak dapat menerima kenapa dirinya selalu diejek.

"Kalau aku tahu, aku taknak hiduplah macam ni! Selalu kena ejek aku benci semua orang!" Tangannya memukul-mukul bahagian kepala dengan kuat.

"Umar!"

Jerit seorang budak lelaki yang tidak jauh dari situ, dia melangkah pantas ke arah Umar supaya menenangkannya.

"Weh! Sabar weh sabar. Jangan macam ni!" budak lelaki itu terus memeluk Umar supaya bertenang. Dia memegang tangan Umar kuat supaya dia tidak memukul kepalanya dengan lebih teruk lagi.

"Aku taknak hiduplah! Kau blah!" Umar menendang budak lelaki itu namun dia bangun semula untuk memujuk Umar kembali.

"Weh... Kau dengar cakap aku. Atok aku cakap, kalau kepala kita serabut kita kena istighfar. Jadi, kau ikut aku tau," budak lelaki itu mula memegang tangan Umar. Dia juga risau akan keadaan Umar yang tidak dapat kawal perasaannya.

Budak lelaki itu menuturkan bacaan istighfar dengan perlahan dia menyuruh Umar mengikut gerakkan mulutnya sekali. Umar perlahan-lahan menggerakkan mulutnya cuba untuk beristighfar.

Akhirnya, diri Umar sudah tenang sediakala dia tidak lagi memukul bahagian kepalanya. Umar mula mengalirkan air mata, dia akui walaupun dia anak lelaki tapi dia tidak mampu untuk hadapi semua ini.

Budak lelaki yang duduk disebelahnya terus mengusap tubuh belakang badan Umar. Dia kasihan terhadap Umar kerana diejek kerana status keluarganya yang miskin.

"K..kau siapa? Kenapa kau nak tenangkan aku? Sedangkan orang lain ejek aku, hiraukan aku tapi kenapa kau tak pula?" Katanya serak-serak basah.

Budak lelaki itu tersenyum manis ke arah Umar, dia menghulurkan tangannya.

Umar pula berkerut dahi tidak tahu apa motif budak lelaki itu yang mahu berjabat tangan dengannya secara tiba-tiba.

"Nama aku Izzan Wafiq bin Muhammad Razif. Aku baru je sekolah sini, tapi tadi aku terdengar budak-budak yang lain ejek kau. Aku nampak kau nangis, jadi aku tak boleh tengok orang nangis. Dengan aku sekali jadi kabut. Hahaha maaflah," dia mengusap belakang tengkuknya perlahan. Umar mengesat laju air mata dengan hujung baju jubah putihnya.

"Nama aku..."

"Umar Imtiyaz!" Sengih Izzan. Umar terkejut macam mana dia boleh tahu namanya sedangkan mereka baru saja berjumpa.

"Macam mana kau tahu nama aku?" Soal Umar, hairan.

"Oh, aku tadi cakap dengan seorang budak laki ni. Jadi, aku cakap dengan dia apa nama kau," senyum Izzan segaris. Menampakkan lesung pipit pada pipi kirinya.

"Mulai harini, aku akan jaga kau. Jadi, kita kawan?" Senyum Izzan lebar segaris, matanya bersinar memandang Umar. Dia masih menunggu Umar untuk membalas hulurannya.

Umar pula lambat-lambat menyambut huluran Izzan, akhirnya tangan mereka bertaut. Izzan tersenyum manis dan Umar pula tersenyum kecil.

"Kau janganlah sedih, atok aku cakap kita kena kuat sebab Allah ada sentiasa dengan kita. Jadi, kau kena kuat tau nanti aku ajar kau macam mana nak jadi savage."

Umar tergelak kecil, Izzan pula sudah tersenyum gembira.

Sejak dari hari itu, bermulalah satu ikatan persahabatan yang kukuh. Namun kini, hanya jadi sebuah memori. Memori yang cukup indah untuk diingati.

Dalam kenangan.

"Izz, aku balik dulu lain kali aku ziarah kau lagi. Assalamulaikum," Umar bangun dari duduknya. Lengan baju kurta yang dipakainya ditarik sehingga ke siku.

Langkahnya mula keluar dari kawasan perkuburan, enjin motorsikal dihidupkan. Lalu dia meluncur laju untuk pergi tinggalkan kawasan itu.

-

Hairul berhentikan motorsikalnya di depan kedai Makcik Jamilah. Dia daripada tadi mencari susuk tubuh Umar namun tiada dimana-mana.

Idea nakalnya sudah muncul apabila dia ternampak Makcik sedaranya yang sedang susun sayur terung disitu. Dia mula tersenyum jahat, perlahan-lahan dia dekati Makcik Jamilah dan mula untuk terkejutkannya.

"Assalamualaikum kum!" Hairul mengetuk meja kaunter dengan kuat.

"Woi! Hantu kum kum bagi salam!" Latah Makcik Jamilah kuat. Dia yang sedang menyusun terung di dalam bakul tadi habis dibaling tepat ke arah Hairul.

"Aduh.. sakitlah Makcik Milah!" Hairul menggosok bahunya.

"Ha... Padan muka kau! Siapa suruh terkejutkan aku?" Marahnya. Pantas saja dia mengemas semula terung tadi di dalam bakul.

"Alah... Saja je nak bergurau dah lama tak bermanja dengan Makcik Milah. Pom!" Hairul menepuk meja lagi sekali membuatkan makcik sedaranya itu melatah untuk kali kedua.

"Ish kau ni! Eh berambuslah kau!" Makcik Jamilah bercekak pinggang. Marah sungguh dengan anak sedaranya yang tidak habis-habis mengusiknya dari tadi.

Hairul ketawa besar, air matanya mengalir keluar tanpa sengaja kerana tidak berhenti tergelak.

Bertuah betul ada anak sedara macam ni.

Akhirnya, ketawanya berhenti. Makcik Jamilah hanya berikan jelingan maut sebelum dia kembali membuat kerja.

"Makcik Milah," panggil hairul.

"Apo?"

"Makcik Milah ada nampak Umar tak?" Soal Hairul, hairan. Matanya masih lagi mencari Umar sekeliling kawasan kedai makcik sedaranya.

"Oh.. tadi dia kata nak melawat kubur arwah Izzan. Sekejap lagi dia baliklah tu," balasnya. Tangannya masih ligat menyusun sayur-sayur berada di dalam bakul.

"Dah lama saya tak melawat kubur arwah," Hairul berjeda seketika. Dia jarang balik sini, jadi memang tidak sempat untuk melawat kubur arwah kawannya.

"Bila kau nak melawat?"

"In Sha Allah, saya memang dah plan nak lawat esok petang," senyum Hairul segaris.

"Sebenarnya saya datang sini saya nak cakap Hanania nak kahwin," kata Hairul. Balang plastik yang penuhi gula-gula berperisa itu diambil selamba.

"Bilanya?" Terkejutnya. Makcik Jamilah yang sedang buat kerja tadi terus tergendala.

"Minggu depan.. sebab tu saya ambil cuti," balas Hairul. Mulutnya masih penuh dengan gula-gula berperisa yang di makan sejak tadi.

Hairul ni daripada kecil suka makan makanan ringan disebabkan dia sudah menjadi doktor dia kena kurangkan makanan kegemarannya. Kalau tidak sehari je dia boleh habiskan jajan-jajan dekat kedai runcit Makcik Jamilah ini.

Telinga Hairul menangkap bunyi motorsikal milik Umar di depan kedai runcit, ternyata kawannya sudah pulang dari melawat kubur arwah.

Umar terus melangkah masuk ke dalam kedai, Hairul yang berada di situ dia endahkan.

"Makcik Milah.. barang yang makcik suruh hantar tu mana? Maaf lambat tadi," kata Umar. Dia sudah memakai sarung tangannya untuk mengangkat beberapa tong gas untuk dihantar sekejap lagi.

"Ha takpa, Makcik Milah faham. Umar pergi ambik tong gas yang kat bahagian depan tu."

Umar pula mengangkat tong gas itu masuk ke dalam motor yang bertayar tiga itu. Hairul pula, hampir saja lupa hajatnya untuk beritahu kepada Umar tentang perkahwinan adik perempuannya.

"Eh jap.. Umar!" panggil Hairul. Umar menoleh dengan kening terjungkit satu.

"Hm?"

"Ni..Hanania adik aku nak kahwin," kata Hairul. Umar pula hanya tayang reaksi biasa saja.

"Jadi?"

"Ish kau ni, jadi kau kena tolong aku lah!" Hairul sudah memasamkan muka. Kalau dengan Umar ni apa dia cakap serupa tak payah cakap je!

"In Sha Allah."

Umar menghidupkan enjin motor lalu dia meluncur laju daripada kawasan kedai runcit Makcik Jamilah.

Hairul menggeleng kepala, penat juga dengan perangai Umar yang hati kering ni.

"Kalau aku yang lelaki ni pun penat layan hati kering kau ni. Macam mana lah keadaan bakal bini kau nanti. Siapa yang kahwin dengan kau ni, mohon lah perempuan tu tabah," omel Hairul. Tangannya masih mengambil beberapa keropok di kedai makcik sedaranya.

Astaghfirullah.

"Eh amboi, sedap tangan kau ambil. Bayar eh," kata makcik sedaranya yang baru saja perasan tindakan Hairul yang tidak berhenti mengunyah daripada tadi.

"Alah.. nanti saya bayar lah jangan risau," kata Hairul. Dia mencapai beberapa keropok lagi dan gula-gula di situ untuk dibawa pulang.

__

Selesai solat isyak, semua jemaah sudah pulang ke rumah masing-masing. Umar yang sedang menuju ke luar kawasan masjid dipanggil oleh Tok Mad dari jauh. Pantas Umar menoleh dan menunggu Tok Mad yang sedang menuju ke arahnya.

"Ya Tok Mad, ada apa?" Soal Umar dengan penuh sopan.

"Takda.. saja nak borak-borak dengan kamu, memandang kamu tu asyik sibuk dengan kerja," sengih Tok Mad. Umar pula tersenyum kecil.

Susah betul nak nampak Umar ni betul-betul senyum. Teerlalu mahal senyumannya.

"Maaflah Tok Mad, nak cari duit poket sendiri jadi saya kenalah usaha," balasnya.

"Takpa tok faham. Tapi itu lah, tok tengok kamu macam tak terurus dah. Pakaian pun macam tak terurus je. Kamu okay ke?" Soalnya, hairan.

"Eh.. saya okay je Tok Mad, cuma itu lah terkejar-kejar masa untuk bekerja jadi semua benda buat sendiri jadi tak sempat," sengihnya kecil.

"Dah ada isteri nanti senang pakaian terjaga makan pun terjaga. Kamu tu dah layak kahwin dah, Umar. Sudah masuk 33 dah."

Umar tersenyum kecil, dia memang janggal kalau nak bercerita tentang isu perkahwinan. Dia sendiri tak berminat untuk dengar, ini kan pula dia mahu berkahwin.

"Saya masih belum bersedia Tok Mad, saya banyak lagi kekurangan. Nak jaga diri sendiri pun tak terjaga ini kan pula nak jaga anak dara orang. Saya taknak lah nanti, saya bagi anak dara orang makan pasir," tangannya mengaru belakang tengkuk yang tidak rasa gatal. Janggal untuknya untuk berbual pasal hal ini.

"Semua manusia tak sempurna Umar. Tapi pasangan kita tu lah yang akan menyempurnakan kita. Sebab dua-dua usaha untuk berubah dan menyempurnakan rumah tangga," senyumnya. Umar hanya membalas senyuman dia tidak tahu untuk balas kata-kata Tok Mad.

"Dah malam dah ni, kalau macam tu saya balik dulu. Assalamualaikum," katanya sebelum berundur untuk pulang, dia menyalam tangan Tok Mad untuk kali kedua.

Kakinya melangkah ke arah motosikalnya lalu dia menghidupkan enjin dan motorsikalnya terus hilang dari pandangan Tok Mad.

Tok Mad hanya tersenyum, dia sudah sayang Umar seperti mana dia sayang arwah cucunya, Izzan. Dia juga merindui arwah cucunya yang sentiasa buatkan dia gembira juga.

"Atok.. nanti atok pujuklah Umar itu kahwin. Izzan yakin umur dah 30 pun still takkan nak kahwin," perli Izzan dihadapan kawannya itu, Umar. Ketika itu mereka berdua 13 tahun.

"Biarlah kalau aku tak kahwin pun bukannya ganggu hidup kau pun," bidas Umar. Dia menjeling maut ke arah Izzan.

"Kau kena kahwin. So, nak taknak kau kena kahwin" Izzan tergelak besar ke arah Umar seakan mengejek.

"Betul itu, kita sebagai umat Islam. Kena lah kahwin. Memang kahwin itu harus tapi kalau rasa dah cukup segalanya kena lah kahwin nanti jadi hukum lain pula kalau niat berubah," kata Tok Mad. Dia juga turut berada sekali bersama mereka di halaman rumahnya.

"Kena ke tok?" Umar sudah menarik muka tanda tidak suka.

"Ha see.. Kan aku cakap!" Izzan sudah membuat muka penuh yakin. Umar pula sudah menjeling tajam. Izzan tergelak kecil.

"Atok.. In Shaa Allah kalau Izzan dah masuk dewasa. Izzan nak cari isteri yang dulu dia bukanlah seorang muslimah tapi dia usaha untuk jadi solehah dan seorang manusia yang taat kepada perintah Allah."

Tok Mad dan Umar berkerut seakan tidak faham apa yang Izzan cuba sampaikan.

"Kenapa pula? Bukan ke isteri tu kena solehah dari awal?" Soal Umar. Izzan tersenyum.

"Aku tak kisah siapa pun perempuan itu walaupun dia ada kisah hitam buruk sekalipun tapi dia tetap berusaha untuk jadi solehah. Sebab dari situlah, kau akan nampak keikhlasan seseorang manusia dan dari situ kau kena bersyukur sebab Allah kurniakan kau isteri yang sentiasa nak jadi yang terbaik untuk kau dan Maha Pencipta di atas sana."

Umar terdiam, Tok Mad pula sudah tersenyum senang apabila mendengar penjelasan daripada cucunya. Terharu mendengar Izzan bercakap seperti itu walaupun umurnya masih muda tapi pemikirannya matang mengalahkan usia.

"Betul kata Izzan, tapi ingat Umar. Tidak boleh kata taknak kahwin. Sebab Allah memang sudah tetapkan siapa pasangan kita nanti. Kalau kita tak nak kahwin kita akan rasa sunyi dan tiada pelengkap dalam hidup," senyumnya.

"Baiklah." Umar menarik muka seakan terpaksa mendengar nasihat Tok Mad.

"Eee... Dah besar pun nak muncung. Sepak kau japgi," perli Izzan. Umar terus mahu menendang Izzan tapi pantas Izzan larikan diri. Mereka tergelak sesama sendiri membuatkan Tok Mad tersenyum suka.

Tok Mad kembali sedar, dia tersenyum mengenangkan kembali memorinya bersama cucu-cucunya.

Dia berharap Umar akan berjumpa dengan seorang gadis yang mampu mengubahnya dan membahagiakannya satu hari nanti.

Continue.

--

Harap bab ni memuaskan hati, sorry dah lama tak update ada masalah penggunaan bahasa terlalu banyak hehe.

By the way, thanks yang masih menunggu! :3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro