t w e n t y t h r e e -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tok Mad memandang Umar dengan senyuman lebar. Umar yang minum air teh tarik itu agak janggal apabila Tok Mad memandang ke arahnya dengan reaksi wajah begitu. Mereka berdua baru saja keluar membeli barang-barang dapur. Jadi, Umar lah yang meneman Tok Mad pergi ke pekan.

"Kenapa tok pandang Umar macam tu?" Soalnya pelik. Berkerut dahinya, Tok Mad pula tersenyum tipis.

"Bukan apa... Tak sangka kamu akhirnya jadi menantu kepada cucu tok. Jaga Medina ya Umar? Dia tu dah jadi amanah Allah untuk kamu jaga. Jadi, bina lah bahtera perkahwinan kamu berdua," nasihatnya panjang lebar buatkan Umar menggaru belakang tengkuknya seakan terasa kekok.

"Baik tok."

"Pak Hamid! Bagi air limau ais bagi sejuk satu! Lepas tu mee goreng bagi sedap-sedap. Bukan apa takut api membara pula bila tengok muka orang tu!" Laungnya entah dari mana.

Fahmi duduk disalah satu meja bersama Tok Mail. Mereka berdua nampak mesra sejak dua menjak ini. Rasa sesuatu pula.

Umar dan Tok Mad hanya diamkan diri apabila mereka berdua sudah sampai di warung Pak Hamid. Mereka berdua hanya minum air dan hiraukan keadaan sekeliling.

"Tok Mail cakap je nak makan apa. Cakap je tok nak apa saya belanja" kata Fahmi penuh gah, Tok Mail tersenyum suka.

"Rugi siapa tak ambik kau jadi menantu."

"Bukan saya yang rugi tok. Tok yang rugi sebab yalah... Tok kan masih bergetah lagi mesti rasa nak kahwin lagi kan?" Kata Fahmi seakan perli. Umar pula hanya pekakkan telinga saja.

"Kalau tok nak cari isteri macam mana?" Soal Fahmi, namun suaranya sengaja bercakap kuat supaya Umar mendengar perbualan mereka.

"Ada ke nak aku lagi Mi. Aku ni dah tua dah," balas Tok Mail. Air yang dipesan oleh mereka berdua sudah tiba di atas meja.

"Alah tok... Tok kan kaya bila-bila je perempuan akan datang. Lawa-lawa pun ada biasanya nak duit ini perempuan bandar je," perlinya lagi.

Umar mengetap rahang seakan terasa tercabar apabila Fahmi menekankan perkataan 'perempuan bandar' umpama dia memerli Medina dalam hal ini.

"Boleh percaya ke?" Soal Tok Mail, hairan. Namun, dia sengaja berlagak tidak tahu apa-apa. Hanya reaksi tenang saja dipamerkan.

"Eh...Ada tok. Perempuan bandar ni kan sugar baby. Sanggup jual maruah semata-mata nak duit. Berlambak dah dekat bandar tu perempuan macam tu."

Umar mengenggam tangannya kuat. Lidahnya menolak pipinya sangat dalam. Dia mengetap gigi rahangnya supaya untuk bersabar. Tok Mad pula hanya nasihat supaya bersabar. Umar hanya berdiamkan diri selagi dia masih boleh dengar.

"Yalah... Lagi-lagi perempuan bandar tu suka duit anytime je dia sapu. Lelaki tu tua ke muda ke tetap dia nak tok," katanya pedas sehingga tertusuk dalam hati. Lelaki itu menoleh melihat Umar juga ada di sini tidak jauh darinya.

"Eh Mar! Tak perasan kau ada kat sini. Tahniah lah kau dah kahwin kan? Tak sangka kau dah kahwin kan. Yalah.. dulu kau kan lelaki kononnya hati kering tiba-tiba je kahwin terkejut lah aku. Best ke kahwin?" Gelaknya dekah sengaja dia mengapi-apikan keadaan. Tok Mail juga turut ketawa, dia juga sengaja menjolok api yang sedang meluap-luap.

Umar memandang atas untuk menarik nafas supaya bertenang. Dia selagi bersabar, dia sabar. Kalau dia meletup kau jangan tanya kenapa.

"Ha...macam mana keadaan isteri kau? Masih dara lagi ke?" Gelaknya besar.

Umar bangun sehingga kerusi jatuh ke bawah dan dia menumbuk meja buatkan pelanggan yang berada disitu terdiam seketika. Dia mendekati ke arah Fahmi dan Tok Mail disitu dengan pandangan tajam.

Kolar baju Fahmi dicengkam bagi menarik lelaki menghampiri mukanya. Mata mereka berdua menikam mata sesama sendiri. Fahmi pula tersenyum sinis.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku lah!" Jerit Umar separa kuat.

"Kau yang kurang ajar dengan adik aku dulu!" Satu tendangan hinggap di perut Umar buatkan mereka berdua bergelut di atas tanah.

"Ya Allah Umar! Fahmi! Sudah lah!" Tok Mad meleraikan pergaduhan. Tok Mail pula sudah menjeling ke arahnya.

Keadaan menjadi riuh apabila mereka berdua sudah membuka langkah silat. Ini semua gara-gara mulut badan yang akan binasa. Orang kampung sudah riuh-rendah untuk meleraikan keheningan yang berlaku.

Rizal yang baru sampai di warung Pak Hamid terus berlari mendapatkan Tok Mad disitu.

"Ya Allah...Apa jadi ni tok?" Kelam dibuatnya lelaki itu apabila melihat Umar dan Fahmi sudah naik singa.

"Ya Allah Rizal! Nasib kamu datang. Kamu pergi leraikan si Umar dan Fahmi. Masing-masing dah bergaduh bukak langkah tu!"

"Tok...Umar dengan Fahmi kalau dah bukak langkah takda siapa boleh leraikan. Saya tak berani tok, melainkan arwah Izzan. Kalau Hairul ada mungkin dia boleh leraikan. Saya tak berani," kata Rizal berterus-terang.

Sungguh dia tidak berani kalau dua ketul lelaki itu sudah bergaduh. Dia sendiri tidak tahu macam mana untuk leraikan keadaan. Tok Mad pula sudah gelabah takkan pula dia nak tengok mereka berdua bergaduh dalam keadaan macam ni?

Dia terfikir apa dia harus buat?

Ya Allah.

"Eh budak miskin ada kat situ lah? Kesian," Fahmi datang ke arah Umar yang sedang berbual bersama Hairul.

"Eh Mar. Bangun lah," dia menyepak kaki lelaki itu membuatkan Umar berdecit kasar.

"Kau nak apa?" Dinginnya. Fahmi tersenyum sinis melihat Umar dan Hairul disitu.

"Jom lawan, kalau kau menang. Aku akan belanja kau makan tapi kalau kau kalah, aku akan sentiasa jadikan kau hamba aku. Amacam? Setuju?" Keningnya dijungkitkan serta senyuman sinis.

"Eh Mi. Kau boleh blah tak? Semak ah tengok muka kau," kalini Hairul yang mencelah. Moodnya sudah melayang untuk makan makanannya.

"Kau budak hingusan kau diam. Kau nak aku pukul kau macam hari tu ke?" Soalnya dingin. Hairul menjeling tajam. Dia akui Fahmi lebih kuat daripadanya.

"Tahu pun diam, huh!"

"Mar... Aku tanya kau jangan bagi aku cakap dengan kayu kalau kau taknak muka kau aku ukir dengan besi pahat tu."

Umar yang sedang makan terhs hilang selera. Sekarang ini waktu rehat mereka. Membazir masa saja kalau dia nak cari pasal dengan budak tiada akal seperti Fahmi ini.

"Ni sekolah. Bukan sekolah bapak kau yang punya sesuka hati kau nak bukak gelenggang dekat sini. Berambus, aku nak makan."

Umar kembali memandang bekas makanannya. Dia terus mengendahkan Fahmi yang berada disebelah. Dia langsung tidak berminat dengan ajakan Fahmi.

Fahmi sengaja menolak bekas makanan Umar sehingga jatuh ke atas tanah. Umar sudah mengetap rahang dengan kuat dan dia menolak lidahnya dalam. Satu tumbukan dihadiahkan di kiri pipi Fahmi buatkan lelaki itu terjelupuk jatuh ke atas tanah.

Mereka sudah bergelut membuatkan para pelajar yang lain sudah menjadi riuh-rendah menyokong mereka berdua untuk bergaduh. Hairul pula sudah gelabah cepat-cepat dia berlari untuk memanggil Izzan di atas.

-

Izzan merupakan pelajar contoh serta memegang jawatan ketua pengawas pada tahun ini. Setiap kali waktu rehat, dia akan meronda di setiap tingkat kelas supaya tiada lagi pelajar akan melepak dan tidak turun makan kerana alasan 'taknak makan'.

Hairul yang berlari mendapatkan Izzan itu sudah kelam-kabut. Izzan dari jauh lagi pelik dengan kelakuan Hairul yang tergopoh akan sesuatu.

"Kau apahal?"

"W..weh Izzan! Kau k..kena cepat turun bawah!" Kata Hairul seakan tersekat-sekat. Izzan memandangnya pelik.

"Asal pulak? Kenapa?" Soalnya lagi. Baru saja Hairul ingin beritahu perkara sebenar. Gelombang suara sudah kedengaran dari arah bawah.

"Gaduh!"

"Gaduh!"

Izzan berjalan dengan cepat di tembok dinding. Dia melihat Umar dan Fahmi sudah bergelut sesama sendiri di atas tanah. Dia terus berlari turun ke bawah dengan secepat yang mungkin. Hairul juga menuruni anak tangga mengikut jejak langkah Izzan.

"Gaduh! Gaduh!" Pelajar lelaki sudah berkerumun di situ. Mereka menjadi penonton untuk melihat pergaduhan antara Umar dan Fahmi.

Izzan melihat Umar sudah terjelupuk jatuh ke atas tanah dengan bibirnya pecah berdarah. Fahmi pula memandangnya sinis apabila Umar tiada lagi kudrat untuk melawan.

"Lawan lah! Kata kuat sangat!" Jerit Fahmi separa kuat. Umar meringis sakit, perutnya betul-betul senak apabila ditendang oleh Fahmi.

Belum sempat Fahmi bertindak untuk menendang Umar. Izzan terlebih dahulu menolak bahu Fahmi supaya meleraikan pergaduhan.

"Kau dah kenapa! Dah takda akal nak gaduh dekat sini? Ha!" Laung Izzan kuat. Kelihatan mukanya memerah akibat geram dengan tindakan Fahmi yang tidak habis-habis mencari masalah.

Umar ada rekod pelajar bermasalah pun disebabkan Fahmi si jantan tak guna yang selalu membuli Umar dari kecil sehingga sekarang. Ada saja akalnya untuk mengenakan Umar.

"Kau asal eh Izzan, nak jadi hero untuk budak lelaki hingusan ni?" Sinis Fahmi. Dia hairan kenapa Izzan selalu mahu memilih pihak kepada Umar.

Padahal Umar merupakan pelajar lelaki yang paling pendiam dalam sekolah. Tapi, masih lagi pelajar yang tidak puas hati dengannya.

"Daripada aku backup kau yang tak guna ni, lebih baik aku backup Umar. At least, dia tak macam kau. Hati bangkai!" Jawapan Izzan betul-betul menyentak perasaan Fahmi saat ini.

"Dah kau berambus, aku taknak tengok muka kau. Jangan sampai aku panggil cikgu disiplin." Kata Izzan penuh dengan amaran. Fahmi pula masih belum puas hati.

Fahmi menghadiahkan satu tumbukan namun langkah Izzan lebih cepat mengelak dan tangan Fahmi tadi dia memusingkan sehingga Fahmi meringis sakit.

"Aku dah cakap jangan cabar aku." Dia menolak tubuh Fahmi sehingga jatuh atas tanah. Fahmi mengetap rahangnya dan rakan-rakannya yang lain sudah membantunya untuk bangun semula.

Fahmi akui Izzan lebih kuat darinya. Tiada siapa yang mampu mengalahkan lelaki itu. Izzan saja yang selalu dapat nombor satu dalam seni silat. Jadi, dirinya sendiri tidak mampu menandingi kelebihan pada lelaki itu. Anda salah orang untuk dipandang remehkan.

"Sial kau, Izzan."

__

Aku duduk di atas kerusi kusyen sambil menonton televisyen diruang tamu. Daripada tadi aku membelek telefon bimbit yang berada di tangan. Namun, tiada sebarang panggilan dari suami aku. Atok pun sama langsung tak angkat.

Entah kenapa hati aku rasa tak sedap daripada tadi. Ada benda sesuatu yang tak kena. Haih, overthinking dah menguasai aku sekarang ini.

"Medina! Bukak pagar ni!" Sapa satu suara agak kenal dari luar rumah. Jap, itu macam suara...

Tok Mad!

Aku membutang mata selepas saja atok aku memapah tubuh suami aku begitu juga dengan Rizal yang menolong suami aku masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah abang! Kenapa ni abang? Muka lebam-lebam ni?" Tangan aku menyentuh permukaan wajahnya, namun dia meringis sakit.

"Kenapa ni tok?" Suara aku sudah kedengaran risau. Siapa tak risau nyah, laki aku kot!

"Kenapa ni cuba cakap dekat Medina? Apa dah jadi!" Suara aku naik seoktaf akibat geram dengan mereka enggan bersuara.

"Medina sebenarnya. Umar.."

"Umar gaduh dengan Fahmi tadi," jawab Rizal. Lelaki itu serba salah berterus terang kerana Umar sudah beritahunya jangan bagitahu apa-apa kepada Medina.

Umar hanya muka pasrah, dia dah agak. Rizal takkan simpan rahsia. Tak boleh harap.

Jantung aku sudah mengepam seluruh badan dengan laju. Aku dapat je Fahmi tu memang aku lunyai-lunyai dia jadi sambal belacan!

"Takpa..Medina jaga Umar ya? Tok balik dulu nanti apa-apa panggil tok. Assalamualaikum," Tok Mad mengundur diri, aku menemani mereka berdua sehingga ke pintu.

Aku berlalu dengan pantas ke arah Abang Umar. Aku melihat dia asyik meringis sakit daripada tadi. Serta-merta aku mengambil peti kecemasan di dapur. Nasib rumah Abang Umar ada peti kecemasan. Kalau tidak, aku sendiri tak tahu nak buat apa.

Kaki aku berjalan cepat ke arahnya lalu aku mengeluarkan semua barang-barang keperluan untuk merawat luka pada tubuh suamiku.

Tangan aku mencapai antiseptik untuk letakkan dilukanya pada siku dan bahagian tangan. Tapi, tangan aku dihalang olehnya untuk teruskan perbuatan aku tadi. Aku berkerut seribu.

"Takpayah..biar aku buat sendiri."

"Abang! Please..jangan nak degil. Abang tahu tak Medina risau kat abang!" Akhirnya suara aku terlepas. Niat aku bukan untuk melawan tapi dia tak tahu ke aku ni dah macam orang gila sebab risaukan dia?

Dia hanya diamkan diri selepas aku meninggikan suara. Aku terus mencapai antiseptik tadi untuk letak pada lukanya. Perlahan-lahan aku balut pada bahagian luka serta bahagian bibirnya aku lapkan dengan kain. Nampak darah beku pada bahagian tepi bibirnya.

Selepas sudah selesai, aku mengemas semula barang-barang tadi masuk ke dalam peti semula. Aku dengan tanpa banyak suara aku bangun semula untuk pergi ke arah dapur.

Dah! Aku takda mood!

__

Daripada tadi Medina sikit pun tak bersuara. Dia hanya suapkan makanan untuk aku tapi dia sendiri taknak makan. Bila aku cakap taknak makan sekali dia boleh diam. Macam mana lah Izzan boleh pandai jaga hati perempuan sedangkan aku sendiri malas nak ambik tahu tentang perasaan orang.

Perlahan-lahan aku duduk di birai katil. Kepala aku menoleh ke arahnya yang sudah terlelap dibuai mimpi. Aku bangun bagi tidak mahu mengejutkannya lantas aku keluar daripada bilik dan pintu bilik aku tutup dengan perlahan.

Cermin tingkap aku buka dengan luas. Sekarang sudah masuk angka dua belas malam. Angin sepoi-sepoi menyapa kulit wajah aku lembut. Aku menikmati setiap kali menghirup udara segar. Rasa tenang.

Namun, tiba-tiba satu tangan menjalar pada belakang tubuh aku. Aku tersentak dengan tindakan Medina yang cuba memeluk tubuh aku dari arah belakang. Bukan kali pertama dia buat macam tu, tapi entahlah kalini perasaan aku rasa lain daripada yang lain.

Aku daripada tadi diam. Dia pun hanya diamkan diri disebalik pelukan. Aku tak tahu kenapa tapi aku dapat rasakan Medina ni memang seorang yang manja. Izzan je mampu layan perangai adik perempuan dia. Aku ni nak bermanja pun tak pandai. Sebab itulah, aku kalau boleh belum sedia untuk semua ini.

"Abang?" suaranya serak basah daripada tidur itu menyapa gegendang telinga aku. Kepala aku menoleh sedikit untuk menunggu kata-katanya.

"Maafkan Medina sebab tinggikan suara dekat abang tadi. Medina risaukan abang..risau sangat. Sebab tulah Medina tak dapat nak kawal emosi Medina. I'm sorry.." Dia mengeratkan lagi pelukannya pada bahagian pinggang aku.

Suaranya yang lembut itu sedikit sebanyak buat aku terleka. Ya Allah..betul ke aku dah bersedia untuk semua ini?

Aku memusingkan tubuh aku kebelakang dan menatap wajahnya yang baru bangun tidur.

"Dah lah tidur. Kejap lagi aku masuk."

"Habis tu abang?" Soalnya lagi. Aku melepaskan nafas panjang.

"Pergi je tidur. Kejap lagi aku masuk."

"Okay selamat malam. Jangan lama-lama tau!" Dia menjungkitkan kakinya sedikit untuk mencium pipi kanan aku. Aku terkaku...

"Padan muka kena cium.." Bisiknya nakal sebelum dia berlari masuk ke dalam bilik tidur semula. Aku masih dengan posisi aku masih sama terkaku dengan tingkah lakunya.

Bodoh..Asal aku b..berdebar?

Continue.

--

See you the next chapter!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro