t w e n t y t w o -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi-pagi lagi aku sudah siapkan sarapan untuk Abang Umar. Geramnya aku semalam! Bangun-bangun je tengok dia boleh tidur dekat luar. Memang saja aku nak uji dia semalam dan terbukti dia memang belum bersedia untuk semua ini.

Medina tabah, okay? give him space for all this.

"Good morning!" Sapa aku apabila ternampak dia sudah bersiap untuk turun laut harini.

"Hurm."

"Abang nak makan? Medina dah masak nasi goreng ni," kata aku sambil mencedokkan nasi goreng di dalam pinggan. Dia pula hanya pandang aku dengan pandangan kosong.

"Aku dah lambat. Aku pergi dulu," katanya sebelum dia pergi ke pintu. Dia sudah siap-siap dengan barangnya untuk keluar daripada rumah.

"Eh abang!"

Cepat-cepat aku siapkan bekas makanan untuknya. Dia pun satu bukan nak cakap awal-awal semalam. Kan dah kelam-kabut. Kalau tak makan lapar nanti macam mana?

Lantas, aku berlari anak sehingga mendekati ke arahnya yang berada di pintu. Aku menghulurkan bekas tingkat satu untuknya. Mana lah tahu dia lapar dekat sana nanti takdalah aku risau.

"Abang nah! Medina dah siapkan bekal untuk abang. Makan tau," senyumnya terukir manis dibibir.

"Hurm."

Itu saja jawapannya sebelum dia mencapai bekal makanan itu dari tangan aku. Tangannya aku genggam, dia tersentak dengan tindakan aku. Aku mengucup tangannya lembut dan senyuman terukir manis untuknya.

"Jaga diri nanti tengah hari Medina masak lagi untuk abang. Okay?" Senyumku. Dia pula hanya menghela nafas sebelum dia pergi menunggang motosikal miliknya.

"Bye abang! Hati-hati. I love you!" Laungku sambil melambai tangan ke arahnya. Dia pula hanya berikan jelingan.

Kalau dah angau. Jeling pun terasa hot!

Aku tergelak kecil sebelum menutup pintu dan pagar kembali. Nampaknya aku kena fikir nak masak apa untuk makanan tengahari nanti.

-

Umar sudah sampai di laut. Rizal yang berada di dalam perahu sudah tersenyum-senyum dengan sengihan nakal apabila melihat wajah kawannya itu.

"Alamak pengantin baru kerja lah harini. Kalau aku jadi kau Umar, aku tak kerja harini. Yalah dapat bini mana boleh berenggang," usik Rizal buatkan mereka yang lain ikut tersengih bersama.

"Kalau tak boleh nak berenggang, kau nak bagi bini kau makan apa? Air laut?" Perlian Umar begitu pedas dihawa telinga Rizal.

Lelaki itu mencebik, dia gurau saja. Umar saja yang ambik serius!

"Alah.. ilek ah Umar. Aku gurau jelah. Haish kau ni," katanya sebelum menyiapkan jaring ikan untuk dibetulkan.

Umar meneguk air botol yang dipegang olehnya. Rizal masih tersenyum dan sengih sekali lagi.

"Malam pertama macam mana Umar? Best ke?" Soalnya tanpa segan silu. Umar yang meneguk air terus terbatuk habis tersembur dek kerana dengar soalan daripada Rizal.

"Kau jangan buat aku rasa nak campak kau kat laut." Marahnya. Rizal tergelak berdekah habis harini dia asyik mengusik pengantin baru itu.

"Alahai Mar.. Kamu baru je kahwin. Kesian isteri kamu belum sempat nak bermanja lagi nak kena berpisah sudah. Inai di jari masih merah menyala lagi," kalini Pak Man pula mengusiknya.

"Takpalah Pak Man. Dia faham."

"Jomlah, dah siap ke?" Umar menukar topik, dia kalau boleh taknak bahaskan benda ni terlalu panjang.

Rimas baginya.

"Ha jom. Kita dah boleh gerak dah ni," kata Rizal. Dia sudah siapkan alatan apa yang patut sebelum bertolak. Kalau lambat pergi takut cuaca tak mengizinkan pulak.

Mereka semua menghidupkan enjin bot dan bersiap sedia untuk turun ke laut.

__

Yanti terasa kasihan melihat ibu majikannya yang masih memeluk baju anaknya iaitu Medina. Dia amat merindukan anaknya sehingga dia tidak dapat pergi semalam hari paling bahagia untuk anaknya gara-gara suami yang mementingkan diri.

Pembantu rumah itu terasa sungguh terkilan dengan tindakan Tuan Razif. Tidak patut dia mengongkong isterinya sampai macam ini sekali.

"Buk, makan ya buk? Sudah lama buk tak makan hanya minum air kosong. Nanti buk sakit macam mana?" Pujuknya lembut, dia meletakkan dulang yang berisi nasi ayam tadi di tepi katilnya.

"Takpalah saya takda selera," perlahan saja nadanya seperti orang tidak bermaya.

Yanti terdiam, dia juga tidak tahu apa lagi yang dia boleh bantu selain untuk memujuk. Kalau dia boleh bantu sudah lama dia bantu Puan Halina untuk berjumpa dengan Medina. Tapi apakan nasib, dia cumalah hanya orang gaji di dalam rumah ni saja. Hanya mampu berdiam.

"Kalau begitu, saya keluar dulu ya buk? Nanti kalau terasa nak makan. Makan ya? Saya pergi dulu," Yanti melangkah keluar dari dalam bilik Puan Halina.

Namun tidak selang beberapa langkah. Dia terlihat Tuan Razif baru balik daripada kerjanya. Yanti terus menunduk kepala memberi hormat kepada Tuan Razif.

"Selamat pulang Tuan Razif," sapanya dengan senyuman tipis. Briefcase yang dipegang olehnya diserahkan kepada Yanti.

"Puan mana? Dah makan?" Soal Tuan Razif, jam pada pergelangannya ditanggalkan.

"Oh.. macam biasa tuan. Dia enggak mahu makan. S..saya turun dulu iya?" Pintanya untuk mengundur diri. Tuan Razif menghela nafas panjang sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik.

Dia melihat isterinya mengiring menghadap langsir yang terbuka. Cermin lutsinar itu menjadi tatapan untuknya. Tuan Razif rasa serba salah apabila mengongkong isterinya sampai macam ini. Ini semua untuk kebaikan semua orang namun tiada siapa yang faham.

"Halina, kenapa awak tak makan lagi?" Soalnya yang melabuhkan punggung dibirai katil sebelah isterinya.

"Biarlah abang bukan kisah pun. Kalau saya mati sekalipun belum tentu abang kisah pasal saya," dinginnya. Dia masih mengenggam baju Medina dalam dakapan.

Tuan Razif menghembus nafas berat sebelum dia memandang semula ke arah isterinya yang berbaring lemah.

"Apa yang awak nak untuk saya gembirakan hati awak?" Pujuknya. Puan Halina memandang tajam ke arah suaminya yang berada disisi.

"Saya nak jumpa dengan anak saya. Baru masa tu saya boleh makan," kedengaran suaranya seakan tegas. Tuan Razif menghembus nafas untuk yang entah keberapa kali.

"Sanggup abang biarkan Medina dengan hari bahagia dia tanpa keluarga? Abang tahu tak yang abang tu pentingkan diri! Kalau arwah Izzan masih hidup mesti dia pun tak suka dengan perangai abang!" Jeritnya separa kuat.

"Okay," Tuan Razif bangun dari katil dan memandang ke arah isterinya dengan lama.

"Saya izinkan awak tidur dekat sana. Tapi hanya untuk dua hari satu malam saja. Lepas itu, saya tahu awak balik ke rumah ni walau apa pun faham? Puas hati awak?" Tegasnya.

"Abang kejam," satu suara sebelum dia melangkah keluar daripada bilik. Bahu Tuan Razif dirempuh perlahan oleh isterinya sendiri.

Tuan Razif mengeluh perlahan sebelum dia kembali membersihkan dirinya terlebih dahulu untuk menunaikan solat fardhu zohor sekejap lagi.

-

Medina yang sedang leka memasak untuk suaminya tersenyum girang. Dia terasa gembira apabila tak sabar nak tunggu encik suami rasakan air tangannya. Sudah selesai, dia menutup gas api dan memasukkan lauk tadi ke dalam bekas mangkuk.

Dia menanggalkan apron dan letakkan di atas meja. Semua hidangan sudah terletak elok di atas meja. Hanya tunggu Umar saja. Dia membuka aplikasi WhatsApp dan conversation dia bersama suaminya ditekan.

Encik suami ♥️

Abang, makanan dah siap Medina tunggu nak makan sama-sama dengan abang ♥️
Loveyou!

Dia menutup telefonnya letakkan di tepi mahu saja dia hendak bangun daripada kerusi. Bunyi telefon pintarnya berdering untuk diangkat. Tertera umminya sedang membuat panggilan. Mata Medina terbutang luas, dia meloncat gembira dan terus saja mengangkat panggilan dari umminya.

"Assalamualaikum ummi! Ummi! Medina rindukan ummi!" Jeritnya dihujung panggilan, rasa sebak dia ketika ini. Baru sekarang baru dapat panggilan dari umminya.

"Walaikumsalam Ya Allah. Medina, ummi pun rindukan Medina sayang. Medina macam mana? Medina sihat? Suami Medina mana? Sorry sayang.. ummi tak dapat pergi hari bahagia Medina. Maafkan ummi."

Suara sebak Puan Halina buatkan gadis itu mengendur kembali. Mood nya kini pudar kembali perasaan gembiranya melayang entah hilang kemana.

"Ummi takpa. Medina faham, ummi jangan rasa serba salah okay? Medina faham. Mungkin, walid belum terima Medina lagi. Medina terima, mungkin Medina pun bukan anak yang terbaik untuk dia."

"Medina anak yang baik sayang. Medina budak yang baik, jangan cakap macam tu okay? Sebenarnya ummi nak cakap ummi nak datang kampung. Kalau boleh ummi nak jumpa dengan Medina."

"Nenek cakap Medina dekat rumah suami." sengihnya dihujung panggilan.

"Ya ke ummi! Boleh je! Ummi datang je. Lagipun Medina rindu sangat dengan ummi. Lagipun Medina ada banyak benda nak cerita dengan ummi!" Sengihnya teruja terlalu gembira bila dia dapat tahu umminya akan datang ke kampung.

"Okay sayang.. Esok nanti kita sambung call. Ummi nak siap packing barang ni, okay?"

"Okay ummi. Assalamualaikum," katanya sebelum dia meletakkan panggilan. Medina tersenyum girang.

Dia menunggu Umar untuk beritahu kepadanya suami tentang umminya akan datang ke kampung tak lama lagi.

"Kalau ada walid kan lagi best?"

__

"Doktor.. doktor rasa penyakit saya boleh baik ke?" Soalnya penuh rasa sayu, dia terlalu takut. Lama-kelamaan penyakitnya makin teruk.

Selama ini, dia hanya berpura-pura kuat tapi sakit di dalam hanya Tuhan saja yang tahu. Betapa kuatnya untuk dia melawan penyakit yang dia hadapi sekarang ini.

Doktor Khadijah memberikan senyuman tipis, dia tidak boleh cakap penyakit Zahra tidak boleh sembuh. Dia tahu setiap penyakit mesti akan ada ubatnya. Dia tidak mahu gadis muda itu lagi tertekan dengan keadaannya.

"Zahra.. awak boleh sembuh. Awak kena kuat. Tuhan ada. Jangan pernah berhenti berdoa untuk kita minta pertolongan dari-Nya. Jangan mengalah okay?" Doktor Khadijah memberikan kata-kata semangat kepada Zahra. Gadis itu hanya tersenyum tipis.

"Sebelum itu... Saya nak bagi ni," doktor itu membuka laci mejanya dan serahkan rantai kepunyaan Zahra. Lantas gadis itu membutang mata.

"Thanks doktor! Saya ingat saya punya dah hilang. Oh my god!" Dia cepat-cepat mengambil rantai itu yang berada ditangan Doktor Khadijah.

"Doktor jumpa dekat mana?" Soalnya ingin tahu.

"Oh... Haritu ada doktor lelaki ni terjumpa rantai awak. Jadi, dia tolong pass dekat saya." Senyumnya. Zahra juga tersenyum gembira.

Puas dia selongkar dalam rumah. Semua dia geledah untuk cari rantai lehernya. Itu saja peninggalan arwah mamanya untuk dia. Kalau tiada, ibarat hidupnya tidak bererti. Itu saja untuk dia kuatkan semangat untuk hidup.

"Kalau macam tu, saya pergi dulu doktor. Thanks again for today." Senyumnya sebelum dia memeluk gadis berusia itu dalam dakapan.

"No problem dear. Jangan lupa makan ubat, kena ikut peraturan. Okay?" Pesannya. Zahra mengangguk faham sebelum dia melangkah keluar daripada bilik Doktor Khadijah.

Dring!

Bunyi telefon berdering di dalam begnya. Dia membuka zip begnya dan mengeluarkan telefon itu dari beg tangan. Dia terlihat 'Harith' tertera pada skrin telefon pantas dia menyelak ke butang merah kerana dia tidak mahu diganggu oleh lelaki itu.

Tidak semena-semena dia melanggar bahu seorang doktor untuk buat kali kedua. Cepat-cepat dia tunduk meminta maaf berulang kali.

"Awak ni memang suka langgar orang ke macam mana?" Suara garau itu menyapa gegendang telinganya membuatkan dia takut untuk memandang.

"Maaf i tak sengaja... I m..mintak maaf sorry!" cepat-cepat dia berlari anak tanpa menoleh ke arah belakang. Dia tersangat rasa malu dan takut untuk pandang wajah lelaki itu.

Hairul terangkat kening pelik dengan tindakan gadis yang sama melanggarnya pada tempoh hari.

Namun matanya terlihat segugus kunci yang berada di atas lantai. Dia tersengih kecil dan menggeleng kepala perlahan beberapa kali.

"Dua kali langgar dua kali jatuh barang. Comel." Sengihnya kecil. Dia tersenyum suka sebelum dia kembali mencari gadis itu semula.

-

"Aduh mana pulak kunci kereta aku ni!" Dia menggeledah mencari kunci di dalam beg. Langsung tiada.

"Haish... Kau pun satu Zahra. Suka sangat gelabah ish!" Dia berdecit geram dan terpaksa untuknya kembali untuk mencari semula kunci keretanya. Mungkin sudah jatuh semasa dia berlari tadi.

"Awak cari ni ke?" Suara garau itu menyapa ke arahnya untuk kali kedua. Dia memusingkan badan melihat siapakah gerangan manusia itu. Zahra terkejut kunci keretanya berada ditangan si lelaki yang memakai cort putih itu tadi.

"Y..ya i punya. Thanks," terus saja dia mencapai kunci yang berada ditangan lelaki itu tanpa teragak-agak. Lelaki itu tersenyum tipis.

"Lain kali jangan jatuh barang lagi. Hari itu rantai jatuh harini kunci. Esok lusa apa pula barang awak yang jatuh itu. Haha alahai. Take care okay Zahra? Saya pergi dulu, assalamualaikum," katanya sebelum melangkah masuk ke dalam hospital kembali.

Zahra yang tidak memandang lelaki itu terus menoleh ke arahnya. Lelaki itu sudah masuk ke dalam hospital semula. Zahra sedikit kaget, lelaki itu mengenalinya?

"Oh.. haritu doktor lelaki ni terjumpa rantai awak. Jadi, dia tolong pass dekat saya."

Zahra menghela nafas panjang sebelum masuk ke dalam perut kereta. Mukanya ditekup, malunya dirinya saat ini! Rasa nak letak muka bawah tayar kereta.

Serta-merta dia menghidupkan enjin kereta untuk pergi dari kawasan hospital dengan kadar segera.

__

Medina yang menyikat rambutnya menoleh ke arah suaminya yang berada di atas katil. Lengannya menutup separuh mukanya kelihatan Umar harini terlalu penat.

Habis saja balik tengahari tadi dia terus makan kelam-kabut sebab selepas itu dia akan jadi runner untuk kedai Makcik Jai. Selepas itu, dia akan menghantar tong gas pula. Medina rasa kasihan suaminya yang bertungkus lumus untuk mencari rezeki.

Gadis itu duduk di birai katil, mungkin harini Umar nak tidur di atas katil sebab badannya semalam sakit tidur di atas kerusi. Kusyen kerusi itu pun dah nampak uzur. Medina terasa sebak dengan suaminya sendiri.

"Abang?" Panggilnya namun Umar tidak menyahut.

"Abang.." Medina menolak sedikit lengan suaminya membuatkan Umar berkerut.

"Hurm?"

"Ummi nak datang kampung tak lama lagi," katanya seakan takut-takut. Bukan apa takut suaminya tiba-tiba mood swing.

Macam tak kenal Umar.

"Hurm."

Itu je jawapan daripada mulut lelaki itu. Medina tersenyum manis ke arah suaminya.

"Abang.."

"Boleh tak malam ni Medina nak peluk abang?" Soalnya manja, dia menoleh ke arah Umar yang langsung tiada respon.

"Abang.. boleh tak?" Rengeknya. Umar berdecit kalini lebih kuat daripada tadi.

"Takyahlah Medina, rimas lah. Aku penat lah harini," rengusnya kasar. Medina mencebik mulutnya, semalam dia tidak dapat tidur kalau tiada bantal peluk. Kalau dekat rumah nenek, dia tidur nyenyak sebab banyak bantal dia boleh peluk.

Kalini, Umar sajalah yang dapat jadi bantal peluknya.

"Takpalah... Sorry ganggu abang," Medina agak terasa hati dengan tindakan Umar. Dia hampir mengeluarkan air mata baru saja dia nak bermanja suaminya sudah menolaknya begitu saja.

Umar mengalihkan tangan dari muka, dia menoleh ke arah Medina yang sudah mengiring badan kebelakang. Dia merengus kasar sebelum menarik tubuh Medina semula.

Dia menarik lengan Medina untuk memeluknya. Gadis itu agak terkejut dengan tindakan dirinya sendiri.

"Dah puas?" dia kembali meletakkan tangannya pada wajah. Medina yang menangis tadi terus tersenyum suka. Dia memeluk Umar dengan erat sebelum dia melelapkan mata.

"Selamat malam abang."

Continue.

--

Saya tak reti nak buat adegan sweet, rip for me ')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro