01 : Kawal diri, Min Yoongi!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

W E A K N E S S : 01

Deruan angin terhenti tatkala pintu dan tingkap sudah tertutup. Tiada lansung cahaya yang menderu masuk ibarat berada di dalam kubur yang sudah tiada jalan keluar.

Lelaki gila itu duduk di atas kerusi kayu menghadap dinding. Bukan dinding kosong, tetapi dinding yang penuh dengan cecair merah.

Hujung bibirnya terangkat, kaki disilang penuh keriangan selepas memuaskan nafsu membunuh mangsanya.

Pistol ditarik keluar lantas dinding tebal itu ditembak hingga tembus dan sehingga habis peluru. Kelihatan cahaya memasuki lubang kecil itu dan serta merta ruang bilik itu terang.

Pintu diketuk berkali-kali menaikkan darah Yoongi.

"Jangan ketuk! Bising! Dasar syaitan!" Jeritnya sehingga ketukan pintu terhenti.

Nafas ditarik. Puas mendengar tembakan yang dilepaskannya tadi. Dia ketawa sendirian. Wajah pucat mangsanya yang ke-10 itu dipandang. Terlantang di atas lantai seperti mayat yang sudah bertahun lama dibiarkan.

Kepala mayat yang berlubang akibat tembakan gila Yoongi itu masih mengeluarkan darah. Cecair merah tersebut masih belum berhenti mengalir.

Sekotak rokok diambil di bawah kerusi. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak tersebut.

"Hmph, seronok dapat bunuh kau Junmyeon. Seronok sangat."

"Pergi buang mayat yang baru dia bunuh sekarang! Aku tak mahu rumah sebesar istana ni ada bau yang jijik!" Jerit Tuan Min mengarahkan semua anak-anak buahnya.

"Tch, Min Yoongi! Keluar sekarang!"

Yoongi menuruni anak tangga perlahan-lahan sambil bermain dengan kunci bilik tempat dimana dia bunuh semua mangsanya.

"Kenapa pa? Ada apa-apa?" Tanya Yoongi dengan reaksi wajah menakutkan.

Bapanya juga dia takutkan, apatah lagi orang lain.

"Kenapa Yoongi taknak berubah? Berubah lah Yoongi! Macam mana kalau kawan-kawan papa tahu anak papa ni seorang pembunuh?!"

"Padan muka papa. Siapa suruh bagi Yoongi main pistol masa kecil-kecil. Sekarang, tengoklah siapa punca" Jawab Yoongi seraya tergelak.

"Papa tak kira, papa tetap akan cari seseorang yang akan bantu kamu!" Tuan Min berlalu pergi bersama kunci kereta.

Dia sendiri takut untuk berdua-duaan dengan anak lelakinya di rumah. Yoongi memang suka membunuh, tapi dia membunuh apabila ada orang lain yang menganggu hidupnya. Dia bencikan gangguan.

"Cubalah kalau boleh!" Jerit Yoongi sebelum papanya keluar dari rumah.

Dasar lelaki psiko!

"Hi darling! Good morning! So, you only have two weeks from now. Imma miss you bitch!"

Talian ditutup selepas Lia mengucap kata-kata terakhir untuk kawan baiknya itu, Jihye.

Sudah tiba masa untuk Jihye pulang ke tanah airnya. Cukuplah 3 tahun yang diluangkan bersama ibunya di Kanada.

Dia akan merindui peluk cium ibunya. Dia akan merindui setiap saat mereka berdua di Kanada.

Buku-buku disimpan di dalam kotak. Dalam masa yang sama, Jihye juga turut gembira untuk pulang ke Korea.

Baginya sudah lama dia menghirup udara Kanada, tiba masa untuk dia menghirup udara segar di Korea pula!

Sudah 5 hari ibunya meninggal. Mendiang ibunya meninggalkan sekeping surat kepadanya sebelum pergi.

To my beloved daughter,
I love you so much dear. Take care of yourself, don't get hurt. I'll miss you! I'm going to have an amazing life after this! Find someone who can make you happy!

I'll watch you, Jihye ssi! I love you ♡


Your pretty mom,
Ji eun ♡

Air mata Jihye mengalir tatkala membaca surat tersebut buat kali kedua. Hampir putus urat apabila dia dapat tahu tentang kematian ibunya.

Sepanjang ketiadaan ibunya, nasibnya sama sahaja. Dia juga boleh terima kepergian ibunya itu.

"Jihye akan rindu ibu selalu, Jihye sayang ibu"

Gambar ibunya ditatap lama. Air mata jatuh di atas gambar ibunya lalu dia mengesat air matanya itu.

"Dia yang akan bantu Yoongi untuk berubah, layan dia elok-elok, Min Yoongi"

Wanita yang sedang duduk berhadapan dengannya itu ditatap penuh perhatian. Hujung bibirnya terangkat.

"Yoongi, tunjukkan bilik dia. Papa nak pergi kerja, nanti lewat. Silakan, Cik Park"

Cik Park hanya mengikut Yoongi dari belakang. Hatinya sudah bergetar, tidak tahu ingin buat apa.

"Psiko betul lelaki ni! Kenapalah aku tawarkan diri! Benar-benar psiko dia ni! Mafia gila ke apa dia ni!"

Hati Cik Park tidak habis-habis menjerit untuk keluar dari rumah sebesar istana ini. Dia sudah tidak senang duduk dengan pergerakan Yoongi menyeramkan itu.

Sungguh perlahan Yoongi berjalan, dengan mulut yang sedang bersiul seperti tengah mencari mangsa baru.

Mereka sampai tepat dihadapan pintu bilik bewarna putih. Yoongi memandang lama ke arah Cik Park.

Matanya yang tajam tepat menusuki mata hazel Cik Park. Sungguh menyeramkan!

"Ya Cik Park, aku psiko. Kau kena tahu, aku bencikan gangguan."

Hujung bibirnya terangkat. Yoongi menolak kasar lengan Cik Park lalu mencampak tubuh ringan Cik Park ke dalam bilik.

Hati Cik Park sudah tidak senang.

Yoongi menghempas pintu bilik lalu beredar. Dia ketawa melihat reaksi wajah Cik Park yang ketakutan itu.

Dia mengeluarkan kunci pintu bilik rahsia dia yang tidak semua orang tahu. Menghirup bau jijik di dalam bilik tersebut.

Bau darah yang hanyir itu boleh dikatakan bau seperti lavendar baginya. Lelaki gila, memang gila.



ㅋㅋㅋ Hambar betul bab 1. Ayoh menangis ramai-ramai! So, macam mana? Okay tak?
Kongsikan pendapat anda tentang bab 1.

Have a nice day! ⛅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro