02 : Hobi dan Hobi.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Okay , fyi aku ada edit dia punya prolog dekat intro. Jadi , boleh baca semula sebab kalau tak baca nanti tak faham cerita. Wajib baca tau!

Terima kasih. 💙

Part ni panjang sikit ya.

W E A K N E S S : 02

Jihye tiba di Korea selepas 17 jam berada di dalam kapal terbang. Punggungnya juga sudah sakit kerana duduk terlalu lama.

Dia perlu mengambil teksi untuk sampai ke kota Seoul. Mujur banyak teksi di sekitar lapangan terbang.

Sebelum pergi , dia berhasrat untuk minum di kafe berdekatan.

-

Americano nya disedut , merasai kelainan Americano Kanada dan Korea. Lain sangat rasanya.

Hidupnya pasti akan sunyi disini , tiada keluarga dan tiada rakan. Hanya berseorangan walaupun di tanah air sendiri.

"Kenapa tu?"

"Apa diorang buat tu?!"

Mata Jihye beralih ke arah bunyi bising di ruang menunggu , kelihatan beberapa orang lelaki sedang bergelut.

Ada 4 orang lelaki bertubuh sasa menarik seorang lelaki yang sedang bersama isterinya yang sarat mengandung.

"Rasa kasihan pula dengan isteri dia"

Jihye juga turut rasa kasihan melihat lelaki itu di bawa pergi meninggalkan isterinya yang sedang menangis.

"Hmph , punya lama mereka bergelut baru sekarang pengawal nak datang. Baik tak payah buat kerja" bisik Jihye sendirian.

Yoongi keluar dari biliknya. Hari sudah petang, lepas sahaja dia membunuh lelaki yang telah curi kad bank dia, dia terus berehat.  Setakat kad bank kena curi , dia punya naik angin sampai membunuh.

Dia tidak mahu cari fasal dengan orang , tetapi orang yang datang cari fasal dengan dia. Itu yang membuatkan dia benci akan gangguan.

"Kau tak boleh duduk dekat sini!"

Bunyi bising yang datang dari luar membuatkan Yoongi rasa ingin tahu apa yang berlaku.

Rambut serabainya itu diselak kebelakang , perlahan lahan dia berjalan ke arah sekumpulan manusia yang bising di depan rumah jirannya itu.

"Kau tak boleh duduk sini! Tak kisahlah ni rumah peninggalan bapak kau ke apa ke! Kau tetap tak boleh tinggal sini!"

"Ta-tapi ini kanㅡ"

"Bapak kau tu jahat! Bapak kau banyak bawa sial dekat sini!" Jerit salah seorang lelaki yang umurnya sekitar 50-an.

"Ayah saya dah mati! Kenapa perlu ungkit semua tu!"

"Baik kau pergi sebelum kami semua report polis!"

Wanita yang rambutnya beralun itu tidak mampu bergerak walaupun semeter. Tidak sanggup untuk pergi kerana rumah itulah satu satunya peninggalan mendiang bapanya.

"Bising apa dekat sini? Balik rumah boleh tak? Bising, faham tak?" Sampuk Yoongi.

Siapa saja tak kenal Yoongi , semua orang yang tinggal disitu kenal Min Yoongi. Kawasan perumahan itu dipegang oleh Tuan Min , tak peliklah kalau mereka kenal anak lelakinya.

"Eh Yoongi , n-ni diaㅡ"

"Balik. Semua balik." kata Yoongi yang menundukkan wajahnya , lansung tidak mengangkat wajah. Dia benci nak berhadapan dengan orang disitu.

Wanita tadi juga bergerak perlahan pergi dari situ. Tidak sampai 3 langkah , dia dipanggil oleh Yoongi.

"Kau.. kau duduk situ."

Wanita itu memalingkan wajahnya ke arah Yoongi , bermain dengan jarinya. Dia juga takut dengan Yoongi disebabkan wajah Yoongi yang menakutkan.

"Ye?"

Yoongi lansung tidak mengangkat wajahnya , malah terus melihat kakinya sendiri.

"Kau tinggal dekat sini. Aku izinkan"

Yoongi terus pergi masuk ke rumahnya tanpa melihat wanita itu, dibiarkan wanita itu tertanya tanya siapakah dia.

"Dia.. a-anak Song Jaehyun?"

"Kau bodoh Yoongi! Kenapa kau tengok tak muka dia! Kau bodoh! Kau penakut!" Jeritnya jauh di sudut hati.

"Dia dah mati , takkan aku nak kacau anak dia? Tak Yoongi , jangan kacau anak orang"

Dia mengetuk kepalanya sendiri , bingung. Dia sudah melupakan tentang hal Song Jaehyun yang telah meminjamnya duit sebanyak 300,000.

Entah bagaimana rasa dendam itu ada , banyak cara yang fikirkan.

"Aku kena juga minta semula duit aku. Kau nak mati , matilah. Duit aku kau tak bayar."

"Yang bodohnya aku tak kenal muka dia! Apa ke bodoh Yoongi ni."

Cakap dengan diri sendiri tu biasa baginya , Yoongi bukan ada kawan pun. Lebih baik cakap seorang diri.

"Eleh mamat tu acah cool , padahal penakut. Nak pandang aku pun tak mahuuu" cakap Jihye sendirian.

"Besar juga rumah ni"

Masih bersih , mungkin tuan rumah dah bersihkan rumah ni selepas pemergian bapanya.

"Tah-tah lelaki tu tuan rumah , tiba tiba izinkan aku duduk sini. Hm yela kot dia"

Panas telinga dia kena maki hamun dengan pakcik makcik yang tak sedar diri tu! Suka hati lah , ini rumah bapa dia sesuka hati saja mahu halau.

"Yoongi , kenapa kamu tak bagitahu anak Jaehyun tu balik? Sesuka hati kamu saja nak suruh dia duduk situ"

Naik panas aku dengar orang tua ni membebel. Mentang-mentang dia banyak duit , sesuka hati nak halau orang. Aku bunuh baru tahu.

"Siapa kesah? Sejahat-jahat Yoongi , Yoongi pun ada rasa belas kasihan dekat orang lain, bukan macam papa muka suci hati kotor, caw"

Aku tak suka nak kurang ajar dengan papa , tapi tengok lah tu. Jahat lagi dia dari aku , sekurang-kurangnya aku adalah sisi baiknya.



Vote , Comment 💜







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro