03 : Parti.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bab kali ini panjang. Maaf ya.

W E A K N E S S : 03

Tuan Min berjalan ke luar rumah bersama anjingnya. Memang sudah menjadi rutih harian keluar setiap pagi membawa anjingnya berjalan-jalan.

Dia teringat kata-kata Yoongi minggu lepas tentang anak Song Jaehyun itu. Ada benarnya juga dia duduk di situ. Jaehyun sudah mati, buat apa aku mahu berdendam.

"Patut ke aku tanya khabar dia? Kena tegur juga sebab berjiran" bisik Tuan Min seorang diri dihadapan pintu pagar rumah.

Semasa dia hendak berjalan ke taman, dia melihat Jihye yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

Tuan Min mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan anak musuhnya itu.

"Ohh jadi awak lah anak Song Jaehyun ya?"

Teguran Tuan Min membuatkan Jihye melompat sedikit. Terkejut agaknya apabila ditegur sebegitu.

"Ya, sa-saya anak dia. Pakcik ni siapa?" Tanya Jihye tersenyum kelat. Jihye tidak boleh dekat dengan anjing kerana alahannya terhadap anjing.

"Pakcik jiran kamu dan pemilik perumahan disini" jawab Tuan Min seraya tersenyum. Tuan Min berjalan rapat ke arah Jihye.

Jihye berasa tidak selesa dengan tindakan Tuan Min. Jihye tidak mahu berkasar dengan orang yang lebih tua daripadanya.

"Pa! Papa buat apa?" Teguran yang datang dari arah pintu pagar itu terus menghentikan tindakan Tuan Min.

Yoongi. Tuan Min lagi terkejut kerana Yoongi yang menegurnya.

"E-eh Yoongi? Kamu buat apa dekat sini?" soal Tuan Min lalu pergi ke arah Yoongi yang masih lagi tercegat di hadapan pintu pagar rumah Jihye.

"Yoongi yang patut tanya papa. Cik Lee minta papa masuk office. Sedarlah papa dah tua, gatal" Yoongi terus pergi dengan selamba.

Tuan Min juga terus pergi tanpa menoleh ke arah Jihye yang masih lagi seperti ais beku. Dia sendiri tidak faham dengan situasi tersebut.

"Rasanya papa dah jumpa ke belum eh orang yang boleh ubah diri aku ni?"

Yoongi mahu berubah. Setiap hari dia cuba, tapi dia tidak boleh. Mungkin bagi orang lain, kita yang mampu mengubah diri kita sendiri. Tapi Yoongi tidak, Yoongi tidak kuat.

Jari jemari Yoongi dengan lembutnya bermain piano. Matanya dipejamkan, merasai bunyi-bunyi keindahan alam.

Dia berhenti bermain piano. Dia termenung, memikirkan masalahnya sendiri. Bagaimana lagi caranya.

Yoongi toleh ke kanan, terlihat seorang wanita yang sedang membaca buku di halaman rumahnya.

Ya, itu Jihye. Sungguh lama Yoongi termenung ke arah Jihye. Kepalanya rasa ringan, hatinya rasa redup.

"Kenapa dengan dia ni? Apa dia dah buat dengan aku sehingga aku rasa tenang macam ni?" bisik Yoongi sendirian.

Jihye yang sedang membaca buku itu rasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia melihat sekeliling sehingga dia nampak tenungan Yoongi dari tingkat dua rumah Yoongi.

Jelas kelihatam Yoongi sedang tenung Jihye. Bila Yoongi perasan, dia pantas memandang ke arah bertentangan.

Tingkap ditutup. Wajahnya diraup , rasa kusut sudah hilang apabila melihat keanggunan jirannya itu.

"Biasalah tu lelaki, nampak perempuan je cair. Aku pun lelaki, tidak peliklah kalau cair nampak perempuan cantik"

Yoongi melelapkan matanya.

"Yoongi, minggu hadapan papa akan buat parti di rumah sempena perasmian syarikat ke-9 papa. Jadi, pastikan bilik 'kegemaran' kamu tu berkunci! Jaga perangai"

"Yoongi bukan budak darjah 4 lah papa. Benci tahu dengar? Berhenti lah layan Yoongi macam Yoongi ni budak kecil. Menyampah" yoongi terus beredar.

-

"Majlis lah parti lah. Kau tu sebenarnya nak cari jodoh, bukan nak buat perasmian. Dah tua tu sedar lah sikit!"

Yoongi sudah masak dengan perangai bapanya itu. Sudah berumur 56 tahun tetapi masih lagi keluar dengan anak dara orang.

"Memang bosan balik sini. Sorang sorang , kerja pun tiada. Aku ni belajar tinggi-tinggi tapi tiada kerja, bodohnya!" Bebel Jihye sendirian.

Sedang dia membebel , loceng rumahnya berbunyi. Dia pantas berjalan keluar untuk membuka pagar.

"Hi Cik! , saya Taehyung. Saya nak jemput cik ke majlis perasmian Syarikat Min yang ke-9. Dekat saja, ituu haa sebelah rumah je!"

Manis betul budak ni. Comel pula tu dengan senyuman petaknya itu.

"Oh, Tuan Min punya jemputan ya? Terima kasih."

"Sebelum saya pergi, saya nak cakap yang cik ni cantik! annyeongggg!" Budak Taehyung itu pun beredar bersama skuternya.

Comel. Jihye menggelengkan kepala melihat kecomelan lelaki itu.

"Nak pergi ke taknak? Hish, aku dah bersiap dah, takkan tak pergi pula?"

Jihye sudah bersiap lebih kurang 15 minit yang lepas. Dia tahu majlis sudah bermula kerana suasana riuh kedengaran dari rumah Tuan Min.

Dia berasa segan kerana pergi tanpa teman. Tiada lansung orang yang dia kenal.

Jihye punya outfit. ♡

Kakinya bergerak perlahan meninggalkan rumah. Dengan langkah berat dia pergi ke rumah Tuan Min.

"Hi cik cantik!" teguran dari seorang lelaki membuat Jihye terkejut sehingga hampir tersadung.

"Eh- Hai Taehyung!" Jihye berasa lega. Mungkin dia tidak kenal Taehyung dengan rapat , tapi Taehyung saja orang yang okay dengannya.

"Pergilah makan, jemput jemput!" Taehyung menolak bahu Jihye ke arah tempat makanan. Jihye segan apabila ada dua tiga pasang mata menjeling ke arahnya.

Jihye hanya mengambil segelas air dan mengorak langkah ke arah kawasan yang lebih gelap dan tidak ramai orang.

Majlis baru sahaja bermula, Yoongi sudah bosan. Dia tidak suka pergi ke majlis sebegini, dia lagi menyampah apabila dia perlu bersama dengan bapanya sepanjang majlis ini.

"Hi Yoongi, dah lama uncle tak jumpa kamu, matang ya kamu sekarang!"

Yoongi nak taknak saja senyum. Malas betul mahu senyum dengan muka muka munafake ini. Nampak saja baik, tapi hati macam arang.

"Yoongi tunggu sini sekejap boleh? Papa nak pergi tegur orang."

Yoongi melihat langkah bapanya pergi ke arah susuk tubuh wanita yang berada di bawah pokok.

"Menggatal saja dia ni"

"Papa! Yoongi nak tegur juga. Tak salahkan?"

Tuan Min terdiam. Entah apa yang dia mahukan dari Jihye. Rasa mahu hentam saja kepala Tuan Min ni kan?

"Apa kamu buat di bawah pokok tu? Kenapa tidak pergi makan?"

Jihye sekali lagi terkejut dengan teguran secara tiba tiba itu. Hendak saja dia pulang ke rumah apabila melihat wajah Tuan Min.

Yoongi disebelah Tuan Min hanya menjeling saja gelagat gedik bapanya itu. Sungguh malu dengan gelagatnya itu!

"Hari itu dapat berborak sekejap saja kan? Nama kamu pun uncle tak sempat ingin tanya."

"Macam mana tak sempat dah kalau papa menggatal tak ingat dunia" perli Yoongi lalu memandang ke arah lain.

"Nama saya Jihye. Song jihye."

Sebelum sempat Tuan Min bersalam tangan dengan Jihye, Yoongi dulu mencapai tangan Jihye.

Hilang niat Tuan Min untuk menyentuh kulit lembut Jihye. Jihye sedikit terkejut kerana tindakan Yoongi tersebut.

"Kamu dulu duduk di Kanada kerja apa?" Soal Tuan Min.

"Banyak tanya orang tua ni" desis hati Jihye.

"Em saya pakar psikologi klinikal."

Tuan Min terdiam sejenak. Jika dikira, pekerjaan Jihye lagi tinggi daripada pekerjaannya.

Tetapi, Jihye malas untuk pergi ke mana mana pusat rawatan untuk mendapatkan kerja. Korea selatan memerlukan pakar psikologi , bila- bila masa sahaja Jihye boleh meminta kerja dengan sijil yang dia ada sebelum ini.

"Oh, baguslah macam tu!"

"Tuan Min, ada tetamu ingin berjumpa Tuan Min" pengurus Tuan Min memanggilnya lalu beredar meninggalkan Yoongi dan Jihye.

Jihye hanya mampu senyap dan melihat gelas yang dipegangnya. Agak kekok berdiri tanpa berbuat apa dihadapan Yoongi.

"Kau.."

Jihye mengangkat muka, memandang wajah Yoongi yang sedang tenungnya lama.

"Dia ada masalah emosi ke apa? Murungnya muka!"

Jihye sudah agak dari kali pertama dia berjumpa Yoongi, tingkah laku Yoongi yang pelik itu membuatkan Jihye tahu bahawa Yoongi ini salah seorang pesakit kecelaruan emosi.

"Kau..pakar psikologi?"

"Y-ya saya. Hehe" Jihye menggaru kepalanya. Entah kenapa dia berasa segan berdepan dengan Yoongi.

"Tolong aku..boleh tak?"

"Hah? Tolong apa?"

"Datang rumah aku petang esok, aku harap kau datang. Aku perlukan bantuan kau"

Yoongi terus beredar meninggalkan Jihye dengan banyak persoalan. Jihye masih kaku dengan otak yang banyak persoalan itu.

"Aku boleh datang kalau bapak kau tu takde dekat rumah , dahlah gatal!!!" Jerit hati Jihye. Kalau boleh dia ingin saja jerit sekuat hati.

Vote & comment. 💜


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro