04 : Berdua-duaan (?)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

W E A K N E S S : 04

Jihye masih lagi termenung di beranda rumah, sungguh malas dia ingin keluar pergi mendaftar masuk ke tempat kerja baru.

Baginya masih awal lagi untuk dia bekerja, jika ditanya boleh saja dia menjawab yang dia masih lagi dalam proses memindah rumah.

Sudah masuk jam 4:00 petang, dia masih lagi belum bersiap pergi ke rumah Yoongi. Ikutkan hati tadi dah dia pergi ke rumah Yoongi, tapi putus niatnya apabila melihat kereta milik Tuan Min yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah.

Mungkin sekarang dia patut pergi, nanti tak pasal pasal pula Yoongi datang ke rumahnya, bawa wajah gila dia tu.

Jihye tiba di pagar hadapan rumah Yoongi, dia memanjangkan lehernya seperti seorang pencuri, melihat jika ada orang di dalam rumah tersebut.

Loceng rumah ditekan beberapa kali, akhirnya dibuka juga. Jihye menggaru lehernya kerana kekok tatkala Yoongi muncul dihadapannya.

"H-hai" sapa Jihye sambil melambai-lambaikan tangannya lembut ke arah Yoongi.

Yoongi mengeluh.

"Masuklah"

Jihye berjalan membuntuti Yoongi. Jihye lansung tidak terkejut dengan rumah sebesar istana itu kerana rumahnya di Kanada setanding rumah disini.

Dia tidak mahu berbangga, tapi itu fakta. Jihye terkejut apabila Yoongi membuka pintu bilik untuknya.

Dua tiga kali dia berfikir sama ada patut atau tidak dia masuk ke dalam bilik Yoongi.

"Masuk, aku bukan nak rogol kau"

Terbeliak mata Jihye mendengarkan apa yang dicakapkan Yoongi.

Jihye mengorak langkah masuk ke dalam bilik Yoongi lalu duduk di hujung katil Yoongi.

Kalau dia tahu Yoongi menyuruhnya masuk ke dalam bilik, dia tidak akan pakai skirt ni.

Yoongi dah cakap yang dia bukan nak 'rogol' Jihye, jadi Jihye rasa selamat sikit.

Yoongi masuk lalu menarik kerusi kehadapan Jihye.

[ Gimana mahu aku cakap ya? Kaki Jihye terletak diantara kaki Yoongi, yeah! ]

"E-eh? Ja-jauh lah sikit. Anyway, kenapa a-awak suruh saya datang? Nak minta tolong apa?"

Pandangan maut Yoongi itu membuatkan Jihye lebih takut, sumpah dia tidak mahu datang kesini lagi jika Yoongi melakukan perkara yang tak elok terhadapnya.

"Rawat aku"

"H-hah? Ke-kenapa saya kena rawat awak? Hm saya balik du-"

"Duduk!"

Yoongi menarik lengan Jihye lalu Jihye terduduk semula di atas katil milik Yoongi.

"Ma-macam mana saya nak rawat awak kalau awak buat saya macam ni."

Yoongi menjauhkan dirinya sedikit daripada Jihye. Matanya masih lagi memandang tepat ke anak mata Jihye.

"Buat apa yang patut, a-aku dah penat"

Yoongi menundukkan wajahnya, tangannya bergetar dan sejuk. Dia tidak pernah meminta tolong sebegini, dia berharap jika Jihye mampu rawat dia.

"Apa masalah awak?" Beritahu saya masalah yang awak hadap selama ni"

Yoongi tarik tangan Jihye lalu keluar dari bilik.

Mereka berdiri tepat dihadapan bilik 'neraka' Yoongi. Yoongi membuka pintu bilik tersebut dan menutupnya apabila mereka berdua sudah masuk ke 'neraka' tersebut.

"Ni masalah aku." Jarinya menuding ke arah dinding-dinding bilik tersebut yang dipenuhi cecair merah.

"Ahahaha, a-awak tak pandai cat bilik ke? Ah-aha-ha-ha" gelaknya semakin perlahan, Jihye menutup hidungnya, bau hanyir masuk ke dalam saluran pernafasannya.

"Membunuh." Sebut Jihye perlahan.
Jihye ingin keluar dari bilik tetapi niatnya terhenti apabila Yoongi menarik tangannya terlebih dahulu.

Otaknya masih ligat memikirkan tentang hal ini, tidak sangka dia sedang bersama dengan seorang pembunuh.

"Tolong aku. Aku dah 5 hari tidak keluar rumah, sebab aku takut aku aka-"

"Okay, saya tolong! Tapi bukan dalam bilik ni!" Jihye menarik tangannya dari genggaman Yoongi lalu berlari keluar.

"Oh, kita ada tetamu!"

Terhenti langkah aku apabila terdengar suara yang datang dari tingkat bawah. Tuan Min sudah pulang, baik aku keluar sebelum dia menggedik!

"Salah kau sebab pakai skirt " aku hanya menjeling Yoongi yang menarik hujung skirt aku. Dia punya mengusik , lain macam!

"Jom turun" Yoongi memegang tangan aku lalu turun dari tangga ke tingkat bawah.

"Hai papa, Jihye dah nak balik. So, tiada masa untuk papa nak 'menggatal' "

Aku membulatkan mata. Tidak sangka Yoongi memikirkan benda yang sama seperti aku.

"Pergi balik cepat" bisik Yoongi ditelinga sebelum melepaskan tangannya dari tangan aku.

Senyuman kecil aku berikan kepada Tuan Min lalu menunduk hormat sebelum pergi.

"Yoongi buat apa dengan Jihye?"

"Berseronok. Lagipun, Yoongi sesuai kot dengan dia berbanding papa" Yoongi mengenyit mata lalu beredar.

Dia lansung tidak menoleh apabila Tuan Min memanggilnya, dia terus melangkah ke luar rumah.

Dia sengaja mengusik bapanya itu, biar sedar dengan perangainya yang kadang-kadang agak keterlaluan dengan Jihye.

"Pembunuh, pembunuh. Dia taknak jadi pembunuh lagi, tapi macam mana aku nak rawat kalau aku pun dia bunuh dengan pandangan mata dia tu!" bebel Jihye sendirian di atas katil.

Jika tidak ditolong, kesian pula. Lagipun, kerja macam ni memang kerja aku. Nak hentikan dia dari membunuh dengan kejam.

Emosinya boleh tahan teruk, otaknya terganggu dan sangat bercelaru. Itu apa yang aku tahu apabila dia memandang aku.



- Entah apa yang aku tulis ni, do read, comment & vote! ❤

- Jumpa anda di bab seterusnya dan di bab 1 Waitress! ❤





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro