05 : Rapat.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Se-selamat petang Tuan Min" Jihye menyapa Tuan Min dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ada apa datang ni? Nak jum-" ayatnya dipotong.

"Dia datang jumpa Yoongi, bukan papa" kata Yoongi menarik tangan Jihye masuk ke rumah.

Bahaya jika dibiarkan papanya bersama perempuan, dia juga tidak sangka papanya begitu gatal.

Sebelum ni, okay je. Bila jumpa Jihye, muka dia memang minta betis Yoongi.

"Please ignore him whenever he asked you or talked to you."

Aku sekadar mengangguk. Memang itu apa yang aku nak buat apabila berjumpa dengan Tuan Min.

Nanti bila tidak dilayan, ada saja tindakan lain yang dia nak buat dekat aku.

"Apa aku nak buat sekarang?"

Jihye menarik nafas perlahan-lahan. Sesi rawatan terhadap Yoongi amat susah baginya kerana Yoongi mempunyai gangguan emosi yang terlampau tinggi.

"A-awak takkesah kalau saya pegang tangan awak? Yela awa-"

Yoongi terus menarik tangan Jihye lalu mengenggamnya dengan erat.

"Lagi, apa aku nak buat?"

Jihye terkejut. Yoongi menundukkan wajahnya, tangisannya perlahan kedengaran.

"To-tolonglah cepat. A-aku dah tak tahan"

"Okay kita mula." Jihye menyuruh Yoongi untuk melihat ke dalam anak matanya.

"Kenapa awak nak berubah? Ini keputusan yang terlalu awal bagi seorang pesakit ma-"

"Aku berubah sebab kau! Kau buat aku lemah, aku benci kau. Kau ganggu hati aku, aku bencikan gangguan.

...tapi sebab kau, aku lemah! Aku pembunuh! Aku takut kalau aku tak berubah kau tak terima aku!

"Ey! Awak suka potong ayat saya!"

Jihye merengus. Dia ingin lepaskan tangannya dari Yoongi malah Yoongi mengenggamnya dengan erat.

"Tolonglah faham aku"

"Y-ya sa-saya faham"

Hatinya tidak berhenti berdegup kencang selepas kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Yoongi.

Jujur, Yoongi takut dengan semua orang disekelilingnya selepas 2 minggu tidak keluar rumah.

Disebabkan dia tekad untuk menjadi seorang yang berguna, dia sanggup tidak keluar rumah.

Dia tidak mahu berjumpa orang lain.

"Jangan pandang orang dengan mata awak yang macam tu!"

"Apa?" Yoongi menjeling.

Jihye bawa Yoongi keluar daripada kawasan rumahnya selepas dua minggu terkurung.

Dalam masa dua minggu, Yoongi rasa geram nak cari mangsa, dan dalam masa dua minggu dia tekad untuk berubah.

"Pergi beli." Jihye menyuruh Yoongi membeli Ice Americano untuk mereka berdua.

"Kau gila? Aku mana pernah beli sendiri!" Yoongi mengeluh. Jihye yang sedang bermain dengan telefonnya itu hanya memulaukan Yoongi.

"Ish yelah!" Yoongi menolak kerusi yang diduknya itu dengan kasar, merengus kemarahan.

Jihye menjeling ke arah Yoongi yang dengan kekonya menghulurkan duit ke arah cashier wanita itu.

"Jangan buat kerja lembab sangat boleh tak?"

Yoongi yang berdiri sambil tangan didalam poketnya itu bersuara tatkala wanita itu tidak henti tersenyum gedik melihat Yoongi.

"Eh, sayang! Jangan marah-marah, dia pekerja baru rasanya! Terima kasih!"

Jihye memeluk bahu Yoongi lalu menariknya duduk di meja mereka.

"Ish, jangan tegur orang macam tu! Patutlah rasa nak membunuh, awak yang ganggu diri awak sendiri" Jihye membebel. Matanya merenung ke arah Yoongi yang merengus, rimas duduk di dalam kafe tersebut.

"Awak kena hilangkan rasa dingin awak tu! Kalau tak-"

"Kalau tak sampai bila-bila kau tak terima aku, kan?" Yoongi memotong ayat Jihye.

"Eh ha-ha-ha a-apa aw-awak ni" Jihye menggaru lehernya.

Yoongi tersenyum sinis. Mungkin ini kali pertama dia senyum walaupun sedikit sinis, tetapi Jihye berjaya membuatnya tersenyum.

"Kalau aku berjaya jadi orang yang lebih berguna, kau nak bagi apa dekat aku?"

Yoongi menyedut Ice Americano yang dibelinya tadi, berjalan pulang ke rumah.

Ini kali pertama dia jalan kaki, ingin saja dia menyumpah tapi disebabkan Jihye yang sedang bersamanya, dia okay.

"Awak nak apa?" Jihye tersenyum, melihat Yoongi yang berjalan tanpa melihat kearahnya.

Tangan yang disatukan dibelakangnya itu dilepaskan.

"Aku nak kau, boleh?"

"Ey, awak dari se-"

"Sebelum bapa aku curi kau, baik aku curi kau dulu. Tak gitu?"

Jihye tersentak. Sejak semalam Yoongi asyik mengaku yang dirinya inginkan Jihye.

"Masa saya jumpa awak dulu, awak se-seram, tapi kali ni awak memang betul-betul seram.."

Yoongi tergelak.

Tuan Min yang melihat mereka berdua dari tingkat 3 rumahnya berasa tidak puas hati.

"Sihat lah sangat, tak guna"

[ tak, apa masalah dia anak dia nak bahagia kan? ]

"Esok, biar aku datang rumah kau. Tak payah datang rumah aku, orang tua dekat atas tu gilakan kau lebih dari aku"

Sekali lagi Yoongi menyedut minumannya sehingga habis.

"O-oh o-orang tua tu.." kata Jihye sambil menjeling ke tingkat atas rumah Yoongi.

"Macam mana first date? Seronok? Makin sihat tak?"

Yoongi hentikan langkahnya. Tangan yang diseluk ke poket itu dikeluarkan lalu menyilangkan tangannya di dada.

"Seronok sangat, terlebih seronok. Satu lagi, jangan sentuh hak Yoongi"

Sudut bibirnya terangkat, dia terus melangkah ke bilik tidurnya.

"Ish apa aku nak buat ni? Kalau betul-betul dia nak dekat aku macam mana? Ish!"

Dari tadi Jihye bingung, dia mahu tahu sama ada Yoongi betul-betul mahukan dia atau Yoongi sengaja bergurau.

"Aku rasa dia tu sengaja pura-pura sakit! Elok je gelak , senyum dengan aku! Aku buntu!"

Jihye buka tingkap biliknya, angin malam yang menerpa wajanya itu sangat dingin.

Matanya terpaku di sebuah cahaya yang datangnya dari salah satu bilik di rumah Yoongi.

Sedang ralit dia melihat bilik tersebut, muncul Yoongi yang tidak berbaju dihadapan tingkap itu.

Mujur saja Yoongi tidak perasan Jihye yang sedang melihat dirinya yang tidak berbaju itu.

"Jangan Jihye!"


Benda bodoe yang aku merapu dekat sini. Sebodoh-bodoh bab ni, bodoh lagi aku yang minta vote. Sedekahkan lah vote , nah love 💜.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro