06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

W E A K N E S S : 06


Selama 2 minggu Yoongi menjalani rawatan bersama Jihye, ada perbezaan berbanding perangainya yang sebelum ini.

Tuan Min ada kata, Yoongi seorang yang mudah terpengaruh, jika Yoongi terlalu berpengaruh, perangai lamanya mungkin akan mengusai dirinya semula.

"Yoongi!"

Jihye memanggil Yoongi yang baru saja keluar dari kawasan rumahnya.

"Nak pergi mana!"

Yoongi hanya memekakkan telinga, dia terus memandu keretanya.

"Yoongi, awak dah 3 hari tau tak datang rumah saya. Pergi mana?"

Yoongi hanya mendiamkan diri. Talian terus ditutup. Yoongi mengeluh berat, telefon bimbitnya dicampak ke atas katil.

Jihye semakin rimas, dia risau apa yang dicakapkan oleh Tuan Min itu benar, dia mudah terpengaruh!

Ambil masa sebulan untuk memulihkan kecelaruan minda Yoongi, takkan perangai lamanya terus mengusai dirinya?

Dia berlari keluar dari rumahnya, pintu pagar ditutup. Dia terus berlari masuk ke dalam kawasan rumah Yoongi.

Terhenti kakinya berlari tatkala melihat ramai pengawal lelaki di hadapan rumah Yoongi berpakaian tuxedo hitam.

"Cik siapa?" , tegur seorang lelaki yang berketinggian 5'6.

"Y-yoongi ada? Saya doktor dia, saya datang nak sambung sesi rawatan dengan dia"

Jihye terus berjalan masuk tanpa dihalang oleh pengawal-pengawal bertubuh besar itu. Wanita itu berlari ke bilik Yoongi, tapi biliknya kosong.

"Yoonㅡ"

Pintu bilik yang sudah lama tidak dibuka itu tiba-tiba terbuka.

"Yoongi?"

"K-kau buat apa dekat sini?"

"A-apa awak buat dalam bilik ni?!" Jihye ingin menolak pintu tersebut, mahu melihat jika ada sesiapa didalamnya tapi dihalang Yoongi.

Yoongi merentap tangan Jihye lalu bawak ke bilik tidurnya.

Tubuh ringan Jihye ditolak sehingga jatuh di atas katil.

Butang kemejanya dilonggarkan sedikit, pantas dia menyerang bibir Jihye. Dia mencium rakus bibir wanita itu, kedua-dua tangan wanita itu ditahan daripada menghalangnya.

"Yoongi! Awak buat apa dekat bilik tu?! Bagitahu saya!" Yoongi terus mencium bibir Jihye sehingga wanita itu terdiam, tidak menjerit ingin lepas dari Yoongi.

"To-tolong Jihye, jangan ganggu aku kali ni je. A-aku tak tahan!"

Jihye termenung sambil duduk berhadapan dengan Yoongi. Dia duduk termengah-mengah dihadapan Yoongi.

"Ke-kenapa awak buat semua ni? Se-sebulan tau.. awak buat rawatan dengan saya. Ta-"

"Aku kata aku dah tak tahan!"

"Ya! Saya tahu awak bencikan gangguan! Terlampau bencikan gangguan! Tapi kenapa awak tak bunuh je saya yang selalu ganggu awak ni? Hm?"

Yoongi yang hanya menundukkan wajah itu mengeluh berat. Dia tidak mampu menghadap wajah Jihye yang penuh dengan api kemarahan.

"Te-tengok saya Yoongi, tolonglah.." , tangisan mulai kedengaran. Teresak-esak Jihye meminta Yoongi untuk berubah.

Tangan Yoongi digenggamnya erat, Yoongi tidak mampu berbuat apa-apa.

Berkali-kali Yoongi cuba membunuh diri, tetapi dia ingat tentang Jihye, terhenti setiap perbuatannya ingin mengambil nyawa sendiri.

"This is the first failure I have in treating my patients, awak pesakit pertama yang saya gagal rawati! Saya kecewa!"

Jihye melepaskan tangan Yoongi lalu mengorak langkah keluar daripada bilik Yoongi.

"Jihye stop! Jihye! Song Jihye! STOP!"

Jihye memegang kepalanya, kakinya berhenti dari terus melangkah.

Sebuah tangan melingkari pinggangnya. Teresak-esak wanita itu menangis, tidak sangka Yoongi akan buat begitu kepadanya.

"A-aku minta maaf"

"A-awak takkan dapat saya! Awak lansung tak berubah! Saya takkan serahkan diri saya dekat awak selagi awak tak berubah!"

Wanita itu beredar meninggalkan lelaki itu dengan penuh persoalan.

"Se-serah?"

Yoongi terkejut. Dia ingat Jihye tidak akan menerima syarat yang diberinya jika dia pulih.

Dia berlari mengejar Jihye tetapi dia berhenti. Lelaki itu hanya membiarkan wanita itu pergi.

Yoongi tidak dapat lagi pergi ke rumah Jihye setiap hari setelah apa yang berlaku hari ini.

Dia kesal. Dia bencikan dirinya, dia tahu itu salahnya, salah dia sebab terlalu terpengaruh.

Setiap masa dia lindungi Jihye, mana-mana saja wanita itu pergi, pasti ada mata yang melihatnya dari jauh.

Semuanya kerja Yoongi. Dijaga elok wanitanya, dia tidak akan biarkan wanitanya terluka.

Jihye tidak tahu yang Yoongi sentiasa melihat apa yang dilakukannya setiap hari.

Mulai hari ini, Yoongi hanya mampu menghantar orang lain mengikut Jihye kemana-mana.

Tidak mahu melihat Jihye sedih, dia hanya menghantar orang lain. Mungkin sebelum ini, dia menjaga Jihye dengan matanya sendiri, tetapi kali ini dia hanya menjaga Jihye menggunakan mata lain.

Dia tetap akan pastikan Jihye selamat.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro