07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


W E A K N E S S : 07

Jihye sekarang bekerja di Klinik Psikologi di Mapo gu. Selepas kejadian yang berlaku di rumah Yoongi bulan lepas, dia tidak lagi berjumpa dengan Yoongi.

Biasanya dia hantar makanan dirumah Yoongi, hanya berjumpa dengan pembantu rumah mereka.

Tuan Min yang tahu tentang hubungan Jihye dan Yoongi yang semakin renggang itu sudah memulakan langkah pertama.

Hari ini hari minggu, hari dimana Jihye bercuti. Buat apa lagi selain duduk termenung dirumah.

Wanita itu sudah khatam 4 buah novel selama 2 minggu. Mahu keluar tetapi dengan siapa? Rasa bodoh pula pergi berjalan seorang diri.

Selalunya di Kanada dia bersama Lia, rakannya itu.

Sedang wanita itu termenung, loceng rumah berbunyi. Langkah malasnya itu diaturkan pergi ke luar rumah.

"Ya?"

"Hai! Ingat lagi tak?!"

"Hehe Taehyung!"

"Kenapa datang ni? Ada apa?"

Taehyung berhenti tersenyum. Dia menutup pintu pagar rumah Jihye. Lengan wanita itu ditarik masuk ke dalam rumah.

"Eh Tae- Taehyung, kenapa ni?!"

Taehyung menolak kuat pintu rumah Jihye. Terhinjut bahu wanita itu kerana terkejut.

"Jangan sesekali kau terima apa-apa barang dari orang tua tak guna tu!"

Dahi Jihye berkerut. Siapa yang berada dihadapannya itu? Taehyung atau orang lain yang serupa macam Taehyung?

"Ya, aku bukan budak mentah yang macam kau fikirkan..

... mak kau hantar aku sebelum dia mati, untuk jaga kau!"

Makin berkerut dahi wanita itu, dengan jelingan tajam yang diberi oleh Taehyung itu.

Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku. Siapa Taehyung?

"H-hah? Ka-kalau awak dihantar untuk jaga saya, ke-kenapa awak boleh jadi pekerja Tuan Min?..

.... jangan peningkan kepala saya, Taehyung. Siapa awak?"

Lelaki itu mengeluh, cuba menenangkan hati. Mencari titik bagaimana dia mahu jelaskan segalanya kepada Jihye.

"Ayah kau, musuh orang tua tu! Aku ni pekerja palsu je, bekerja bukan sebab dia, aku bekerja dengan dia sebab kau!..

.... sebelum ayah kau mati lagi aku bekerja dengan dia, sebab mak kau yang suruh"

Dua tahun yang lepas.
5 September 2018/ Kanada.

"Taehyung, tolong jaga Jihye. Kamu tahu kan, makcik sedang sakit. Kalau jadi apa-apa, Jihye pasti akan pulang ke Korea"

Taehyung menundukkan wajah, menyorokkan rasa sedihnya itu.

"Kamu tahu kan Min Yeosan itu seorang yang macam mana? Dia pasti akan cuba mendapatkan Jihye."

"Saya janji dengan makcik, saya tetap akan jaga Jihye!"

Lelaki itu menangis, betapa sayangnya dia dengan Jieun, ibu Jihye. Hanya Taehyung yang setia menjaga Jihye, mengikut segala perintah Jieun.

"Sampai sekarang, Tuan Min tak tahu yang aku pembantu setia mak kau. Aku mengaku, ayah kau memang jahat, tidak peliklah mak kau tinggalkan dia..

.... satu je aku nak kau buat, jangan terima apa-apa dari lelaki tu. Aku dapat tahu yang dia sekarang tengah kejar kau lepas kau bergaduh dengan Yoongi."

Lagi terkejut wanita itu apabila Taehyung juga tahu yang dia sedang bergaduh dengan Yoongi.

"Bertahun-tahun aku perhatikan kau, kau selamat. Tapi sekarang, kau mungkin tak selamat."

Jihye menghembus nafas perlahan, cuba mentafsir segala-galanya.

"Jangan risau, aku ada"

Taehyung mengusap lembut kepala Jihye. Jihye terkejut, tidak sangka perangai Taehyung yang seperti budak-budak itu rupanya hanyalah lakonan.

"A-awak bukaㅡ"

"Bukan. Aku bukan budak-budak mentah yang macam kau fikirkan, aku penjaga setia kau"

Terukir senyuman petak Taehyung, senyuman itu membuat Jihye tersenyum.

"Dia sekarang kerja dekat Klinik Psikologi, Mapo gu."

Yoongi yang duduk diatas kerusi sambil membutangkan bajunya itu hanya mendiamkan diri.

Mendengar satu persatu maklumat yang diberi oleh pekerjanya.

"Dia dulu tinggal di Vancouver, Kanada danㅡ"

"Cukup. Belikan tiket penerbangan aku ke Kanada secepat yang mungkin. Hanya tiket untuk seorang."

Lelaki bertubuh sasa yang disebelahnya itu hanya mengangguk faham.

Yoongi berdiri, mengambil tuksedonya lalu keluar dari bilik kerja.

Kunci kereta dicapai, enjin kereta dihidupkan. Malas berlama-lama didalam pejabat bapanya itu, dia mengambil peluang untuk pulang ke rumah.

"Rindu setengah mati."

"Aku rindu kau, bodoh!"

"Sial, kau sial Yoongi!"

Gelas yang dipegangnya itu dicampak ke atas lantai, serpihan kaca yang tajam itu diambil.

Tanpa sebarang halangan lelaki itu menoreh tangannya tepat di pergelangan tangannya.

Darah yang memancut lansung tidak menarik perhatiannya, berkali-kali dia menoreh pergelangannya itu sehingga rebah.

"Tu-tuan muda? Tuan muda!"

Wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu dengan pantas mencapai telefon rumah, mendail nombor pihak hospital.

"Kenapa ni Sarㅡ Yoongi!"

Tuan Min yang dengar jeritan pembantu rumahnya itu segera berlari naik ke atas bilik Yoongi.

Ketakutan lelaki itu memegang tubuh anaknya yang sudah terbaring diatas lantai.

"Lukanya sangat besar. Punca dia rebah sebab dia menahan kesakitan, jangan risau dia okay"

Keluhan berat dilepaskan oleh Tuan Min. Dia seorang bapa, siapa saja yang tak risaukan anak sendiri? Walaupun mereka sering bergaduh.

"Kau ni dah nak mati sangat ke Yoongi?"

"Diamlah papa! Rimas tahu tak? Kenapa papa yang ada dekat sini? Kenapa bukan Jihye? Mana Jihye?!"

Tuan Min mengeluh. Memang sengaja Tuan Min tidak beritahu Jihye tentang Yoongi.

"Keluar sekarang. Keluar Min Yeosan!"

"Jangan kurang ajar Min Yoongi! Jaga adab kamu dengan papa!"

"Aku takde adab! Keluar!"

Lelaki tua itu merengus geram, dia terus melangkah keluar daripada hospital.

Yoongi merehatkan dirinya, dia rasa tenang duduk di dalam hospital berbanding dirumah.

Semuanya kerana Jihye. Dia terlampau rindukan Jihye sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

Lelaki itu hanya termenung, memikirkan tentang Jihye. Dia sangat rindukan wanita itu, sentuhan wanita itu, senyuman wanita itu.

Dia rindukan segala-galanya, walaupun hubungan mereka hanyalah sebagai seorang doktor dan pesakit.

Semua orang tahu yang Yoongi sukakan Jihye. Jihye juga tahu, tapi selepas apa yang telah berlaku, semuanya hilang.

Bagaimana dengan syarat yang Yoongi beri kepada Jihye? Syarat yang mengatakan bahawa Jihye akan menyerahkan dirinya kepada Yoongi jika dia berubah.

Tetapi segalanya hancur disebabkan Yoongi juga. Yoongi tahu yang dia patut disalahkan.

Dengan perangai Yoongi yang sudah berbeza, mudah saja lelaki itu terpengaruh sehingga dia menghancurkan kegembiraan yang dia ada dengan Jihye.

📍 Korang faham tak dengan bab kali ni? Aku rasa macam hancur sangat apa yang aku tulis.

📍 Okay tak? Bagilah tahu aku! Nak tahu juga hm.

📍 Anda faham segalanya? Sila komen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro