Bab 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kak Zu gerak dulu boleh? Saya sakit perut lah pula." Ummi memegang perutnya yang tiba-tiba sahaja memulas-mulas.

Aduh, time-time macam ni lah perutnya nak buat hal. Ni mesti kes malam tadi makan ramen. Adik dia lah beriya-iya ajak dia makan ramen. Challenge ramen katanya.

"Eh takpe akak tunggu Ummi. Kita gerak sama-sama." Balas Zuraidah. Dia tidak kisah tunggu Ummi sebentar. Boleh dia duduk rehat sekejap. Maklum lah tengah sarat mengandung ni dia cepat penat berjalan.

"Takpe kak saya pun tak tahu sekejap ke lama saya membuang ni. Akak gerak je dulu okey?" Kasihan pula pada Zuraidah apabila wanita itu berkeras mahu menunggunya juga.

"Hmmm yelah, akak pergi dulu ya." Zuraidah mengalah apabila Ummi memaksanya untuk pergi ke cafe dahulu tanpanya.

Ummi pun masuk ke dalam tandas tergesa-gesa. Tak tahan woiiii!

Zuraidah menggeleng kecil. Dia tertawa kecil. Macam-macam ragam. Dia pun jalan dengan memegang perutnya untuk keluar daripada lorong  ini.

Baru sahaja dia pusing ke kanan, dirinya di langgar oleh seseorang.

"Arghhhhh...."

Zuraidah terkejut. Mujur lah dia sempat memegang dinding untuk menampung badannya daripada terjatuh ke belakang.

"Eiiii buta ke tak nampak orang lalu? Arghhhh sial betul lah!" Tengking Jannah apabila dua cawan kopi tumpah pada kot putih yang di pakainya. Habis kotor kotnya berwarna coklat gelap.

"Maaf Jannah, akak tak perasan Jannah lalu sini. Akak minta maaf sangat-sangat." Tutur Zuraidah dengan serba salah. Lagi-lagi apabila kot putih Jannah kotor habis dengan air kopi.

Jannah merengus marah. Marah apabila kopi yang di beli untuk Qayyum turut sama habis tumpah ke kot doktornya. Terus dia buang kedua-dua cup kopi itu ke dalam tong sampah yang terletak tidak jauh daripada mereka.

"Dah tahu nak beranak tu duduk je lah rumah. Ni datang kerja menyusahkan orang." Kata Jannah dengan lancang.

Zuraidah tersentap. Hatinya terguris apabila Jannah berkata sebegitu padanya. Bukan salahnya tapi salah Jannah sendiri kerana tidak pandang depan tapi untuk marah doktor perempuan di hadapannya ini dia malas mahu membuka mulut.

Jannah merengus. Dengan sengaja dia melanggar bahu Zuraidah dengan kuat semasa berselisih dengan wanita itu.

Zuraidah yang tidak bersedia terjerit kecil apabila tubuhnya mahu jatuh ke belakang. Jannah hanya mengukir senyuman sinis. Peduli apa dia kalau Zuraidah jatuh terlentang ke apa. Bukan masalah dia kalau wanita itu keguguran.

"Miss, are you okay?" Soal Qaisha dengan cemas.

Sebaik sahaja dia keluar daripada pintu tandas, berderau darah dia apabila melihat seorang doktor perempuan sengaja membuatkan wanita mengandung ini jatuh. Mujur dia sempat bertindak jika tidak entah apa yang berlaku pada wanita ini serta kandungannya.

"O-okey... Ss-saya okey..." Jawab Zubaidah dengan gugup.

Qaisha segera menolong Zuraidah untuk berdiri dengan stabil. Tajam matanya merenung doktor perempuan itu.

Doktor? Huh, boleh pergi mati!

"Hey bitch! Bodoh ke tolak orang mengandung? Otak dekat kaki ke?" Marah Qaisha dengan nada tinggi. Peduli apa kalau orang dengar.

Terhenti langkah Jannah apabila dirinya di panggil 'bitch'. Menggelegak terus amarahnya yang sememangnya masih tidak surut.

"Who are you to call me bitch huh? Jangan nak biadap sangat. Aku ni doktor dekat sini jangan sampai aku panggil guard halau kau." Balas Jannah dengan sinis.

Zuraidah yang melihat pertengkaran tersebut mula tidak senang duduk.

"Miss..." Lengan Qaisha di sentuh tapi Qaisha hanya mengukir senyuman segaris sahaja padanya.

"So? Kau doktor boleh buat sesuka hati lah macam tu? Aku boleh je report dekat atasan hospital ni yang kau tolak orang mengandung. Bukti? Cctv ada." Qaisha melangkah mendekati Jannah yang terkedu dengan kata-katanya. Terukir senyuman sinis di bibirnya.

Jannah mengetap bibirnya apabila dia kalah untuk membalas kata-kata perempuan yang tidak dikenalinya itu. Dia menjeling cctv yang terletak elok di atas tepi sudut lorong ini. Damn it!

"Kau jangan ingat kau pangkat doktor kau bagus. Cleaner pun lebih bagus daripada kau." Ujarnya dengan sangat sinis. Matanya memandang Jannah atas bawah dengan wajah yang mengejek.

Jannah mengepal penumbuknya. Tidak dapat menahan amarahnya, dia mencengkam kuat rambut pendek Qaisha dan di tarik kuat.

Zuraidah menjerit meminta tolong apabila Jannah menyerang perempuan yang menolong dirinya.

Qaisha tidak menjerit. Wajahnya beriak kosong memandang wajah Jannah. Sakit? Langsung tidak. Dia pernah rasa sakit yang lebih teruk daripada ini. Setakat tarik rambut dia sudah pun lali.

"Jannah! Kau buat apa hah!" Tengking Khalif.

Haziq, Taufiq dan Lisa meluru ke arah Zuraidah yang masih terkejut dengan perilaku Jannah itu.

"Akak okey?"

Zuraidah mengangguk laju.

"Don't you dare touch her." Blade menepis kuat tangan Jannah yang mencengkam rambut Qaisha itu. Jason hanya berpeluk tubuh saja di tepi dinding.

Jannah terkejut melihat yang muncul di depannya. Lebih-lebih lagi Jason, sepupu Qayyum.  Dia menjeling Zuraidah dengan tajam. Kalau bukan disebabkan jeritan wanita itu pasti mereka tidak akan datang.

"Aku cuma bela diri aku je." Tipu Jannah dengan gementar.

Qaisha tergelak sinis. Bela diri? Fuck this bitch!

"Liar. Betina ni langgar bahu akak ni sampai nak jatuh terlentang. Kalau aku tak sampai agaknya boleh gugur akak ni. So, celah mana bela diri kau tu?" Keras saja nada Qaisha.

Dia tak kisah kalau doktor perempuan ni nak tolak orang sampai jatuh terguling ke apa tapi dengan orang mengandung agak-agak lah. Nak jadi pembunuh?

"What the fuck? Kau nak bunuh Kak Zu ke gila?" Sembur Khalif dengan kuat. Gila apa perempuan ni.

"A-aku... Tak sengaja...." Jannah mula menggeletar.

"Kau melampau kali ni! Aku akan report kes kau ni ke pengarah hospital." Kata Lisa dengan tegas. Jangan harap mereka akan berdiam diri tentang perkara ini.

"Dah dah jom kita gerak." Ujar Taufiq tidak mahu menimbulkan masalah yang besar apabila mereka menjadi perhatian. Mujur lah tidak ramai orang lihat perkara ini. Jatuh imej hospital ini.

Ummi yang baru keluar daripada tandas tercengang apabila melihat rakan-rakan sekerjanya berkerumun di depannya. Yang menghairankan ada dua pasangan yang berdiri di hadapan Jannah dengan wajah dingin.

Apa yang sedang berlaku?

"Ummi, tolong aku." Panggil Lisa apabila ternampak Ummi yang berdiri kaku melihat ke arah mereka.

"Apa yang berlaku?" Soalnya sebaik saja tiba di sebelah Lisa.

"Nanti aku cerita sekarang ni jom papah Kak Zu pergi cafe. Borak sana."

Ummi mengangguk kecil. Dia dan Lisa memapah Zuraidah yang sepertinya agak lemah untuk berjalan.

Haziq, Taufiq turut beredar sama. Begitu juga dengan Khalif yang di heret paksa oleh Taufiq. Tahu Khalif masih bengang dengan Jannah tapi memandangkan Jason ada di situ mereka serahkan saja perkara itu pada Jason.

"It's okay Blade biar aku settle benda ni. Kau pergi lah dengan Sha ambil result tu. Mesti kau banyak benda nak buat harini." Tutur Jason dengan tenang.

Blade mengangguk kecil.

"Jangan sampai aku nampak betina ni depan aku kalau tak nak mati." Kata Blade berbaur amaran. Tajam matanya merenung wajah Jannah. Panas sungguh hatinya apabila dengan beraninya perempuan itu menyakiti Qaisha.

Qaisha hanya mengukir senyuman sinis pada Jannah.

"Thanks Ja-...."

"For your information, tu abang Qayyum dan perempuan tu pula kakak ipar Qayyum. Kau tak rasa ke Qayyum akan benci kau sebab sentuh kakak ipar dia huh?  And one more thing Kak Zu senior kesayangan Qayyum dan kau berani nak buat dia jatuh keguguran? How dare you? Tch!" Jason terus beredar pergi sebaik sahaja dia habis berkata-kata tanpa sempat Jannah membuka mulut.

Di sebalik wajah tenangnya tiada siapa tahu dalam hatinya membuak-buak rasa ingin menumbuk wajah Jannah itu. Dia membayangkan kalau Zuraidah itu adalah isterinya sendiri. Dapat dia rasakan jika isterinya keguguran pasti isterinya meraung kesedihan. Nauzubillahiminzalik.....

"Are you okay?" Tanya Blade prihatin. Wajah tegang Qaisha di tatap. Mereka baru sahaja ambil keputusan HIV mereka berdua sebentar tadi. Alhamdulillah, seperti yang di jangka mereka berdua negatif.

"I'm okay but i hate that bitch." Jawab Qaisha. Ikutkan hati mahu saja dia menampar wajah doktor perempuan tu. Eeiiiii setan betul perangai.

Blade mengukir senyuman kecil. Wajah marah Qaisha itu entah mengapa dia nampak sangat comel.

"Calm down, Jason dah settlekan. Aku rasa perempuan tu akan dikenakan tindakan disiplin atau pun di buang kerja serta merta. Tak payah fikir sangat."

Qaisha mencebik. Mana boleh settle macam tu je. Perempuan tu hampir bunuh bayi yang masih berada dalam kandungan ibu dia takkan hanya sekadar dibuang kerja je? Tak adil!

"Aku harap tak jumpa dia lepas ni. Takut mati je aku kerjakan betina tu."

Terlepas ketawa kecil di bibir Blade. Kelakar apabila Qaisha membebel seperti itu.

"Not funny okay!" Cebik Qaisha apabila Blade mengertawakan dirinya. Ish, ini yang dia rasa macam nak merajuk dengan Blade.

Erkkk, dah kenapa pula tiba-tiba dia nak merajuk? Kepalanya di geleng kecil. Ishhh, jangan nak mengada-ngada sangat Qaisha.

"Jom pergi makan, aku lapar." Kata Blade sebaik sahaja ketawanya reda. Tidak mahu membuat Qaisha bertambah geram tentang perkara tadi.

Qaisha hanya mengekor saja langkah Blade yang mula keluar daripada lobby hospital itu. Sempat lagi dia menyumpah-nyumpah doktor perempuan itu. Jannah! Memang dia akan ingat sampai mati muka doktor gila tu. Nama je Jannah tapi perangai tak serupa nak ke Jannah! Lebih ke arah Jahannam!

Tiba di kereta, Blade segera unlock keretanya. Qaisha terus masuk ke dalam. Cuaca tak panas tapi hati pula yang panas membahang. Setelah menghidupkan enjin kereta aircond terus di pasang dengan suhu yang tinggi.

Blade yang baru masuk ke dalam kereta terus mencanak naik bulu romanya kerana terlalu sejuk. Gila apa pagi-pagi pasang aircond suhu tinggi. Sejuk duduk dalam hospital pun tak hilang lagi.

"Kau nak makan dekat mana?" Tanya Blade. Malas nak turunkan suhu aircond keretanya. Biar lah hati Qaisha sejuk dulu.

"Tak kisah mana-mana." Jawab Qaisha setelah berfikir untuk beberapa minit. Soalan kbat betul. Soalan yang sangat susah untuk di jawab oleh kaum perempuan.

"Hmmm okay." Blade membawa kereta menuju ke  restoran nasi kandar yang berdekatan dengan area hospital itu.

Memandangkan jam belum pukul 10 kebanyakkan kedai masih belum buka untuk beroperasi. Mujur Qaisha jenis tidak kisah soal makanan. Asalkan makanan tu halal dia makan saja.

Selesai makan mereka menuju pula ke butik pengantin yang telah Blade membuat appoinment. Tema mereka berwarna putih. Hanya ambil ukuran badan dan cuba pakaian pengantin sahaja.

Tentang pakaian Qaisha serahkan sahaja pada Blade memandangkan dirinya bukannya jenis kisah pasal design semua tu. Pakai pun sekali seumur hidup je. Tak ke membazir kalau beli mahal-mahal lepas tu tergantung dalam almari je.

Siap sahaja urusan mereka berdua di situ, Blade terus memandu pulang mencari surau atau masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat zohor sebelum mereka pergi ke kursus kahwin. Mujur Qaisha sempat membeli sehelai tudung sarung yang labuh menutupi dadanya.

Empat jam berlalu, Blade memandu ke markas semula untuk berehat. Tak penat mana pun cuma dia mahu tidur sebentar selepas menunaikan solat asar. Kemudian dia akan pulang ke rumahnya untuk berehat sepenuhnya.

"Pergi mana tadi?" Tanya Mardhiah sebaik sahaja Qaisha masuk ke dalam bilik.

"Pergi settle hal kahwin. Ni aku ada beli nasi goreng tom yam untuk kau. Makan lah." Jawab Qaisha dengan senyuman nipis. Plastik yang berbungkus nasi goreng tom yan diletakkan atas meja sebelah katil.

"Terima kasih Sha, susah-susah je beli untuk Mar." Ucap Mardhiah dengan senyuman manis.

"Tak susah pun, just order then ambil." Sengih Qaisha. Masa makan tadi dia teringat pada Mardhiah. Memandangkan Mardhiah berseorangan tanpa dirinya membuatkan dia terus pesan makanan untuk kakak kembarnya itu.

Walaupun orang-orang dalam markas itu selalu menjaga makan minum mereka berdua tapi dia agak segan apabila di layan lagak tuan rumah sahaja. Semua benda di sediakan. Jadi, untuk menghilangkan rasa segannya, dia sendiri akan masak untuk mereka semua.

Pada mulanya dia agak kekok untuk masak dalam kuantiti yang banyak kerana pada kebiasaannya dia hanya masak untuk dirinya seorang. Mujur lah Chann dan James seorang yang peramah dan selalu menjadi tukang rasa makanan untuknya. Lama-kelamaan dia sudah pun terbiasa malah dirinya di puji oleh mereka semua kerana masakannya sangat sedap.

Disebabkan dia tidak sempat masak pagi ini kerana telah di'culik' oleh Blade jadi dia hanya memesan makanan luar sahaja untuk Mardhiah. Pada yang lain, dia telah pun whatsapp pada James mengatakan dia tidak masak pada waktu pagi dan tengah hari.

Dia baring atas katil melepaskan lelah. Ceh, lelah lah sangat. Jam yang tergantung di dinding di kerling. Sudah masuk waktu asar. Segera dia bingkas bangun untuk ambil wudhu' dan menunaikan solat asarr.

Mardhiah hanya melihat sahaja Qaisha masuk ke dalam bilik air. Plastik yang terletak elok atas meja di ambil. Dia mengeluarkan bekas polisterine dalam plastik tersebut. Buka saja nasi goreng tom yam yang masih panas terhidang di matanya. Sungguh mengiurkan.

Dia menunggu Qaisha keluar daripada bilik air untuk dia basuh tangan sebelum makan. Tidak biasa menggunakan sudu garfu untuk makan. Dia lebih gemar makan menggunakan tangan. Lebih nikmat.

Tak sampai lima minit, Qaisha pun keluar dengan wajah, lengan dan kaki yang basah. Mardhiah berkerut hairan.

"Kenapa pandang aku macam tu?" Tanya Qaisha apabila perasan Mardhiah asyik merenungnya. Ada apa-apakah dekat muka dia?

Sambil-sambil itu dia mengambil handphonenya lalu membuka apps waktu solat. Buka saja terus dia cari bahagian kiblat. Jumpa saja terus dia tekan. Dia letak handphonenya atas lantai dan memusingkannya secara perlahan-lahan hingga jarum panjang itu tepat menyentuh gambar ka'bah.

Qaisha tersenyum apabila dia sudah pun tahu arah kiblat untuk dia menunaikan solat. Dia membentangkan sejadah ke arah kiblat yang telah di tunjukkan menerusi apps tersebut.

"Sha buat apa?"

Qaisha yang sedang memakai telekung terus terhenti.

"Nak solat lah kenapa?"

Mardhiah termangu-mangu. Solat?

Qaisha menggigit bibirnya. Lupa pula dia tentang Mardhiah.

"Takpe nanti aku explain lepas solat. Kau makan dulu sementara tunggu aku habis solat." Kata Qaisha.

Mardhiah mengangguk kecil. Sambil dia makan sambil itu matanya memerhati tingkah Qaisha yang sedang solat. Hmmm...














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro