Bab 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

James :
📷 Photo
📷 Photo
📷 Photo
- Died

Blade mengukir senyuman sinis apabila melihat gambar yang di hantar oleh James iaitu mayat Fang Lee dan anak-anak buah lelaki cina itu mati dalam keadaan yang ngeri.

Dari apa yang dapat dia lihat dalam gambar-gambar itu, banyak kesan darah kering di merata tempat. Bukan itu juga serpihan-serpihan daging juga turut bersepah sana-sini.

Qaisha yang tidak jauh daripadanya di hampiri. Terus skrin Iphonenya di tunjukkan pada wajah Qaisha.

"What the hell?" Membulat mata Qaisha melihat gambar-gambar tersebut. Melihat darah-darah kering merata tempat membuatkan dirinya berasa loya. Terus dia menolak tangan Blade agar jauh daripadanya.

"I-itu Fang Lee?" Soalnya dengan nada yang tak percaya. Dia masih cam cincin yang di pakai pada jari jemari lelaki itu walaupun wajah pada mayat lelaki itu hancur teruk. Membayangkan keadaan mayat-mayat itu saja membuatkan kepalanya sedikit pening.

Gila! Ini sangat-sangat gila!

"Yeah..." Blade menyimpan Iphonenya ke dalam poket seluarnya. Matanya merenung Qaisha yang masih terkedu dengan apa yang di lihatnya tadi. Afrina yang diam di hujung dinding itu di kerling sekilas. Diam saja perempuan itu tanpa bicara.

Namun matanya dapat menangkap bibir perempuan itu menyeringai jahat dengan apa yang mereka bualkan. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran Afrina. Tentang kematian Fang Lee serta orang-orang lelaki cina itu telah pun di rancang sebenar-benarnya.

Patutlah dengan mudah saja Afrina memberikan rantai yang berbentuk kunci itu pada Fang Lee kerana perempuan itu tahu perangkap yang telah di pasang luar dan dalam kawasan yang mempunyai peti harta keluarga mereka.

Pada kawasan luar terletaknya beberap perangkap lubang yang terkandung besi-besi yang tajam di tanam secara menegak. Salah langkah akan terus jatuh ke dalam dan mati tercucuk. Andai terlepas perangkap itu semasa berjaya membuka pintu peti tersebut terpasangnya bom yang apabila pintu itu terbuka luas bom itu akan meletup serta merta.

Segala harta-harta berupa duit dan emas terletak jauh terpelosok dalam peti yang tertanam dalam tanah di sebuah hutan tebal yang tiada siapa yang akan terfikir untuk menanam harta di situ kerana jalannya yang curam dan boleh jatuh ke dalam gaung jika tidak berhati-hati. Boleh dikatakan keluarga Qaisha sangat bijaksana.

"Then, apa kau nak buat dengan harta-harta keluarga kau? Korang berdua pewaris semua harta-harta tu." Soal Blade pada Afrina.

Dia mengerahkan dua puluh orang Eagle Eyes yang diketuai oleh Elan dan James untuk mengeluarkan semua harta milik keluarga mereka berdua untuk di bawa ke markas mereka.

"Entah, aku tak perlukan semua tu." Jawab Afrina mendatar. Langsung tidak memandang wajah Blade. Baginya semua harta itu tidak bernilai pada matanya.

Qaisha tidak mampu untuk berkata apa-apa. Masih terkejut dengan apa yang dia lihat dan dalam masa yang sama dia tidak faham dengan kata-kata Blade. Otaknya  ligat berfikir. Harta? Harta apa? Harta karun?

Blade memandang wajah Qaisha pula. Melihat Qaisha yang seakan-akan blur itu dia ketawa kecil. Pasti perempuan itu tidak tahu tentang harta keluarga mereka. Kalau dia bagitahu dia yakin Qaisha akan terkejut besar.

"Kau tak bagitahu pada Sha tentang harta keluarga korang?"

Afrina ketawa sinis.

"Perlu ke? Sedangkan aku pun dia tak ingat apatah lagi tentang harta pusaka keluarga sendiri?"

Qaisha tersentap. Fuhhhh makan dalam.

Tapi bukan salah dia kalau dia tak ingat siapa keluarganya sendiri.

"Tapi aku serahkan semua harta tu pada Sha. Aku tak perlukan semua tu untuk hidup." Sambungnya lagi.

"Why?"

Afrina tidak menjawab.

"Wait, apa yang korang borakkan ni? Harta? Harta apa?" Soal Qaisha apabila tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya. Geram pula apabila asyik berteka-teki.

"Your family simpan harta yang bernilai lebih lima juta ringgit dalam sebuah peti simpanan dalam bawah tanah di sebuah hutan tebal. Fang Lee simpan kau dalam club selama ni sebab dia cuba cari kembar kau untuk dapatkan rantai berbentuk kunci yang merupakan kunci pada pintu peti simpanan tu.

Bila dia dapat apa yang dia nak dia lepaskan kau dan serah pada aku. Tapi diorang tak tahu kawasan tu penuh dengan perangkap maut. Afrina tahu tentang perangkap tu jadi dia tak kisah untuk serahkan rantai dia pada Fang Lee. End up semua mati macam apa yang kau nampak dalam gambar-gambar tadi." Terang Blade panjang lebar supaya Qaisha lebih faham.

Qaisha pula sudah menganga. Lebih-lebih lagi apabila Blade mengatakan harta yang di simpan oleh keluarga mereka bernilai lebih lima juta. Lima juta! Gila! Tujuh keturunan pun takkan habis. Fuhhhh...

"Liar. Tak percaya aku." Kaya betul keluarga mereka sampai mampu simpan harta lebih daripada lima juta. Beli dua buah banglo tiga tingkat pun masih ada baki duit tu.

"Up to you, you want believe or not." Tunggu kejap lagi Elan dan James pulang dengan membawa semua harta tu baru Qaisha akan percaya dengan apa yang dikatakannya tadi.

Qaisha berdiam diri. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Blade. Dia mengerling ke arah Afrina yang diam sejak sedari.

Betulkah apa yang mereka katakan itu?













Qayyum :
- Jason dah bagitahu pasal tadi
- Sha okay?

Blade membaca chat Qayyum itu dengan wajah yang berkerut. Haih, Jason ni kecoh betul.

Blade :
-Sha okay, don't worry
-Btw, aku tak balik malam ni
-Ada hal

Send

Bluetick

Qayyum :
-Laaa yeke aku masak kuew teow seafood ni.
-Takpe lah kalau macam tu.
-Aku habiskan, sejuk nanti tak sedap 😋

Blade mencebik. Terliur pula dia.

Blade :
-15 minit, aku sampai
-Jangan habiskan!

Qayyum :
-Lambat habis~~~
-😘😘😘
-📷 Photo
-Sedap oooo 🤤🤤

Blade yang melihat gambar yang di hantar oleh Qayyum itu membuat dirinya bertambah geram. Ishhhh budak ni memang sengaja!

Blade :
-😒

Segera dia keluar daripada chat whatsapp. Makin dia layan Qayyum, makin menjadi-jadi Qayyum mengusiknya.

Baru sahaja dia mahu masukkan Iphonenya ke dalam poket seluar, bunyi notyfication whatsapp menghentikan tingkahnya. Mulanya dia mahu menghiraukannya saja kerana menyangkakan chat daripada Qayyum tapi apabila dua tiga kali berbunyi terus dia buka.

Sangkaannya meleset apabila tertera nama Jason pada notyfication whatsappnya. Terus dia buka tanpa berfikir panjang.

Jason :
-Bro, Qay ada whatsapp?
-Sorry bukan sengaja bagitahu dia
-Budak tempat kerja kecoh so terpaksa story
-Btw doktor tu suka Qay so bila  Qay tahu benda ni mengamuk teruk dia tadi
-Kena penampar juga lah perempuan tu, terkejut juga aku tadi
-Qay bukan jenis sentuh perempuan sesuka hati

Blade baca setiap chat yang di hantar oleh Jason. Qayyum tampar doktor perempuan tu? Agak terkejut apabila Qayyum yang terkenal dengan sikap menghormati perempuan telah naik tangan kerana kejadian pagi tadi.

Blade :
-Really?
-Thanks inform to me

Jason :
-Small matter

Iphone di simpan dalam poket. Wallet dan kunci kereta yang berada di atas meja ruang tamu di capai sebelum beredar keluar.

"Nak pergi mana?" Soal Elan apabila berselisih dengan Blade di pondok luar markas.

"Home."

Elan mengangguk sekilas. Kopinya yang masih panas di hirup perlahan sambil menikmati angin malam. Tenang je rasa.

Blade memandu kereta dengan kelajuan yang maksima supaya dia ceat sampai di rumah. Jalan yang lenggang memudahkan dia memecut laju tanpa sebarang masalah.

Sampai sahaja dia terus memakirkan keretanya di sebelah kereta Qayyum. Motor Qayyum di pakir dalam garaj. Semenjak keretanya sudah siap di servis, Qayyum sekali sekala akan membawa kereta untuk pergi ke kerja.

Dari luar rumah dia dapat mendengar bunyi orang-orang sedang bercakap di ikuti dengan bunyi muzik. Tengok drama mungkin?

"Assalamualaikum." Ucapnya sebelum masuk ke dalam rumah. Kelibat Qayyum di ruang tamu tiada. Hanya televisyen sahaja yang terpasang menyiarkan drama melayu.

Dekat dapur lah tu.

"Eh, sampai dah? Cepat...." Tegur Qayyum dengan nada perli. Dua buah mangkuk kaca di pegang. Dia melangkah menuju ke meja tengah ruang tamu di hadapan televisyen. Diletakkan dua buah mangkuk tersebut berhadapan televisyen.

Sambil makan kuew teow sambil layan drama syok oooo. Kena pula dengan teh ais uuuuu mantul! Layan habis!

Blade tidak membalas sebaliknya terus duduk di sebelah Qayyum.

"Eh eh ehhh tak malu sungguh. Siapa ajak dia makan sekali entah." Usik Qayyum. Dia mengacah-acah mengambil mangkuk Blade agar jauh daripada Blade.

"Ishhh, aku lapar ni." Balas Blade dengan nada yang mendatar. Ada yang kena lepuk ni. Sengaja betul.

Qayyum ketawa mengekek.

Tahu pun lapar. Bab makan laju je balik.

"Baca doa makan." Arah Blade.

Qayyum dengan senang hati membaca doa makan. Sambil mendengar sambil itu Blade cuba menghafal.

"Aamiin...."

Mereka berdua makan tanpa bersuara. Qayyum pula sambil makan sambil menonton drama yang di siarkan. Bukan selalu dapat santai-santai macam ni.

"Jason bagitahu aku apa yang jadi dekat hospital tadi. Kau tampar doktor perempuan tu. Jannah kan nama dia? Dia gilakan kau betul?" Soal Blade terus terang.

Soalan Blade itu menyentakkan dirinya tapi wajahnya masih kekal tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Nak salahkan Jason tak boleh sebab dia sendiri turut tak sangka dia menaik tangannya pada wajah Jannah. Semuanya berlaku dengan pantas.

"Aku bukan sengaja tampar dia. Tengah emosi semua benda berlaku dengan pantas." Jawab Qayyum bersahaja. Namun, jauh di sudut hatinya terselit rasa serba salah dalam hatinya.

"Aku tak kisah pun kau tampar dia ke apa, kalau aku jadi kau teruk perempuan tu kena dengan aku tadi. So, hubungan kau dengan dia?"

"Sekadar rakan sekerja satu tempat, tak lebih. Aku dah ada Mardhiah buat apa aku nak dengan dia. Lagi pun aku tak suka bercinta masa bekerja. Haih, letih aku macam ni. Setiap masa nak tegur aku, terlalu beriya sedangkan aku dah cakap aku tak suka dia lebih daripada kawan satu tempat kerja. Itu pun masih tak faham bahasa." Keluhnya.

Nampak je dia tenang tapi kalau dah hari-hari kena ganggu siapa je yang suka? Buat sakit otak je. Dah orang tak nak tak payah lah nak menggedik lagi. Orang lain suka itu orang lain punya hal tapi bukan dia. Dia sangat-sangat tak suka!

"Then why not kau kahwin dengan Mardhiah secepat yang mungkin? Bila kau dah kahwin dia tak kacau kau dah sebab kau suami orang bukan orang bujang." Itu pun kalau tak kacau. Kalau masih kacau juga macam mana? Macam tu lah ceritanya.

Tersedak Qayyum apabila isu itu di bangkitkan. Kahwin dengan Mardhiah secepat yang mungkin? Nak mati kena belasah dengan Afrina? Uihhhh memang tidak lah.

"Nanti lah aku belum bincang dengan Afrina lagi." Sampai sekarang dia tidak berani berjumpa dengan Afrina. Takut weh.

Blade ketawa sinis. Tch! Macam dia tak tahu adik lelakinya takut nak berhadapan dengan sisi Mardhiah yang lagi satu itu.

Mereka berdua makan sambil berbual tentang hari perkahwinan Blade dan Jackson yang berlangsung pada hari dan waktu yang sama.














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro