Bab 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aku rasakan tu kekasih Doktor Qayyum lah."

"Yeke? Takkan Doktor Qayyum minat perempuan free hair? Macam tak kena je."

"Ha'ah Doktor Qayyum takkan lah nak pilih perempuan yang tutup aurat pula kan?"

"Habis tu Doktor Jannah yang tutup aurat tu tak nak pula Doktor Qayyum dengan dia? Apa cerita?"

"Dah perangai dia gedik siapa je nak dengan dia."

"Tu lah aku yang perempuan ni pun tak suka dengan dia. Gedik!"

Perbualan beberapa orang jururawat di kaunter pertanyaan membuatkan Jason berkerut dahi. Lebih-lebih lagi apabila nama Qayyum di sebut-sebut di bibir mereka.

Apa hal ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?

Baru dia mahu bersuara, bunyi dehemen seseorang membantutkan niatnya.

"Ehemmm, korang ni dah takde kerja nak buat? Bergosip je. Pahala tu dah banyak sangat ke sampai nak buat dosa mengumpat orang?" Tegur Khalif dengan sinis. Wajahnya mendatar saja menatap lima orang jururawat yang sedang bersembang di depan kaunter pertanyaan.

Pagi-pagi dah membawang. Banyak sangat agaknya pahala mereka berlima sampai nak sedekahkan semua pahala-pahala mereka pada orang yang di umpat oleh mereka itu.

Terkejut jururawat-jururawat itu apabila di tegur oleh Khalif. Mencicit mereka berjalan laju meninggalkan kaunter pertanyaan itu. Hanya tinggal dua staf sahaja di situ memandangkan mereka berdua bertugas di kaunter tersebut.

Khalif menggeleng kecil. Baru tegur macam tu dah mencicit berlari. Apa nak jadi pun tak tahu lah. Name tag staf penjaga kaunter itu dikerling sekilas.

Laura
Jalilah

"Hah awak berdua ni duduk kaunter buat kerja bukan membawang sana sini. Sibuk jaga tepi kain orang. Jaga je lah kain sendiri." Kata Khalif berbaur sindiran.

Jalilah dan Laura diam membisu. Mereka berdua tunduk menekur saja apabila di sindir oleh Khalif. Bukannya mereka tak tahu Khalif kalau bersuara memang menusuk ke dalam hati. Pedas! Lancang! Belum lagi kena maki atau kena tengking, mahu menangis menahan malu.

Nak balas? Jangan di balas kalau tak nak dapat malu. Lebih baik diam daripada menjawab.

Jason menahan dirinya daripada mengukir senyuman melihat wajah takut dua orang staf yang menjaga kaunter itu. Tahu takut rupanya.

"Eh, Jason!" Khalif yang perasan Jason tidak jauh daripadanya pantas menegur lelaki itu. Kakinya laju mengorak langkah ke arah Jason.

Jason hanya mengukir senyuman nipis saja sebagai balasan sapaan Khalif itu.

"Awal kau masuk kerja? Bukan sepatutnya lagi dua minggu ke baru kau masuk kerja? Takpe ke tinggalkan isteri dengan anak-anak kau kat rumah? Siapa ambil Umar dengan Uwais dekat sekolah?" Tanya Khalif kehairanan.

Yelah, tak sampai seminggu Jason jaga Nurul berpantang. Tup tup muncul pula pagi ni. Seingatnya Jason mohon cuti sebulan untuk menjaga isterinya berpantang di rumah.

"Sepatutnya macam tu lah tapi abang dengan kakak ipar aku duduk rumah aku buat sementara ni. Kata diorang, diorang nak jaga Nurul dengan anak-anak dekat rumah sementara aku kerja. Uwais dengan Umar abang aku yang hantar dan ambil diorang dekat sekolah." Sambil berbual, Jason dan Khalif menuju ke arah lif utuk naik ke atas.

"Oh, macam tu faham-faham." Khalif mengangguk faham.

Tinggg

Pintu terbuka, beberapa orang doktor dan jururawat keluar daripada perut lift. Setelah itu mereka berdua masuk ke dalam dan menekan button nombor 6.

"Abang kau tak kerja ke?"

"Kerja je. Buat dari rumah. Bos dia pun jenis tak kisah sebab biasanya abang aku lebih banyak buat kerja dekat luar berbanding dekat pejabat. Tak pernah aku tengok dia berenggang dengan Ipad dia tu. Ada je benda yang dia kena buat." Jason  bukannya tahu sangat kerja apa yang Jackson lakukan secara detail. Apa yang dia tahu Jackson bekerja sebagai mata-mata Steve.

Apa yang Steve arahkan pada Jackson langsung dia tidak tahu termasuk tentang hal yang berlaku di club Star Night. Macam mana Jackson boleh terlibat dalam hal club itu pun dia tidak tahu. Dia bukannya jenis yang suka masuk campur tentang hal orang.  Selagi tidak membahayakan nyawa sesiapa selagi itu lah Jason hanya membiarkannya saja.

"Best betul abang kau. Buat kerja dari rumah je."

Jason tergelak. Best? Apa yang bestnya pun tak tahu lah. Duduk rumah tak keluar-keluar bosan betul. Macam takde life, gitu.

Tingggg

Mereka pun sampai di tingkat ruang kerja mereka. Sampai saja Ummi dan Taufiq yang sedang bersembang pantas menegur Jason.

"Jason? Bukan kau masuk kerja dua minggu lagi ke?" Tegur Taufiq sedikit hairan apabila Jason sudah pun masuk kerja semula.

"Ha'ah ni tak sampai seminggu kau dah masuk kerja semula takpe ke biarkan Kak Nurul macam tu je?" Seingatnya di rumah Jason tiada maid atau pun saudara mara. Jadi siapa yang uruskan Nurul dan anak-anaknya bila Jason keluar bekerja?

"Hmmm, abang dengan kakak ipar aku ada jaga isteri dengan anak-anak aku. Diorang tinggal dengan aku sementara waktu. That's why aku masuk kerja."  Jawab Jason. Dia duduk di tempat duduknya yang bersebelahan dengan Qayyum. Rindu sungguh dengan meja kerjanya. Hahahahaha tiberrr......

"Oh, begitu aku ingatkan kau berani nak tinggalkan Kak Nurul urus anak-anak kau dalam dia tengah berpantang macam tu." Kata Ummi.

"Are you crazy? Takdenya aku nak biarkan Nurul uruskan anak-anak dalam dia tengah berpantang macam tu. Setiap kali Nurul lepas bersalin memang aku akan cuti sebulan." Nasib baik juga kedua-dua anak lelakinya sudah pandai berdikari walaupun masih kecil.

Uwais dan Umar pandai mengemas rumah dan juga memasak. Itu semua berkat ajaran Nurul yang memang suka mengajar anak-anak mereka supaya pandai hidup berdikari.

Ummi dan Taufiq mengangguk faham.

"Eh, Jason? Kau dah masuk kerja? Biar betul?"

Jason mengeluh kecil. Balik-balik soalan yang sama. Macam dah takde soalan yang lain nak di tanya. Dia menoleh ke belakang. Ternyata yang bertanya itu adalah Haziq.

Qayyum yang turut bersama dengan Haziq terus duduk di meja kerjanya. Langsung tidak terkejut dengan kehadiran Jason walaupun dia tertanya-tanya kenapa Jason masuk kerja terlalu awal. Yelah, dia nampak motor Jason terpakir elok di tempat pakir buat apa dia nak terkejut bila nampak Jason kan?

"Abang dengan kakak ipar dia ada kat rumah untuk jaga isteri dengan anak-anak dia. That's why dia masuk kerja awal." Jawab Khalif bagi pihak Jason. Tersengih dia melihat wajah Jason yang mula rasa annoying dengan soalan yang dama daripada mereka.

Siapa je tak annoying bila di tanya soalan yang sama banyak kali? Kalau dia, dia pun rasa annoying. Rasa nak hempuk je siapa yang bertanya tu.

"Hmmm, by the way Qayyum ada apa-apa yang jadi ke sepanjang ketiadaan aku ni?" Soal Jason tertanya-tanya. Dia masih memikirkan tentang apa yang digosipkan oleh jururawat-jururawat di kaunter tadi.

"Huh? Takde apa yang berlaku, biasa je. Kenapa?" Qayyum memandang wajah Jason dengan wajah hairan.

Jason yang berdiri di tepi meja Qayyum mula masuk ke dalam untuk duduk di tempatnya.

"Ni mesti kes dekat kaunter tadi tu kan? Hmmm, kau tak payah kisah sangat lah Jason. Biasa lah ada je benda nak di gosipkan kalau melibatkan Qayyum. Ingat lagi tak kes Jannah tu. Kemain membawang sana sini." Ujar Khalif sambil menongkat dagu.

Jason mengangguk. Gila tak ingat tentang hal tu? Kejadian yang memalukan dan membuatkan Qayyum pertama kali naik tangan pada perempuan. Memang dia akan ingat sampai bila-bila.

"So, apa jadi?"

"Mardhiah datang buat rawatan dekat sini. Untuk first day aku datang dengan dia sama-sama. Tak sangka pula jadi kecoh sampai macam ni." Qayyum mengeluh kecil. Penat betul nak hadap benda-benda macam ni.

"Mardhiah buat rawatan? Bagus lah kalau macam tu. So, dia tak buat rawatan ke harini?"

"Buat tapi dia datang dengan Sha. Sha yang minta sebab dia tak nak ganggu masa kerja aku. Aku pun okey kan je lah."

"Elok juga macam tu. Arghhhh tak sabar nak operate orang." Jason merenggangkan anggota badannya. Dah lama tak buat kerja. Rindu nak pegang pisau bedah.

"Choiii, kau cakap macam nak semua orang sakit je."

Jason tersengih. Hehehehe....













"Mar, kau boleh tunggu sini sekejap tak? Aku nak pergi toilet sekejap. Sakit perut pula tiba-tiba." Pinta Qaisha sambil memegang perutnya yang memulas secara tiba-tiba.

Ini mungkin kerana dia minum susu pagi tadi. Dia memang mudah sakit perut apabila dia minum susu pada waktu pagi sebelum sarapan. Sia-sia je bila dia sarapan pada akhirnya dia akan membuang sampai perutnya kosong semula.

Nampaknya dia kena makan tengah hari di cafe hospital ini sebelum pulang. Nak masak dia rasa malas. Blade tidak pulang makan tengah hari kerana dia mempunyai meeting hingga ke petang.

Mardhiah tersentak.

"T-toilet?"

Qaisha akan tinggalkan dia sendirian? Di sini? Matanya melilau melihat sekelilingnya. Ramai orang yang berada di sekitar mereka. Pesakit, jururawat, doktor dan pelawat. Dia mula rasa resah.

Qaisha yang perasan riak wajah Mardhiah yang resah itu mengukir senyuman kecil. Dia membuka begnya lalu mengeluarkan sehelai shawl hitam yang sentiasa di bawa bersama dengannya.

Walaupun dia sudah bertudung litup tapi entah mengapa dia suka membawa sehelai shawl di dalam begnya.

"Jangan takut, kau duduk sini nanti aku datang. Tak sampai 10 minit, aku janji." Kata Qaisha. Dia memakaikan shawl pada Mardhiah sekadar untuk melindungi wajah kakak kembarnya itu daripada di lihat orang.

Mardhiah tidak mampu untuk berkata apa-apa. Melihat Qaisha yang pergi secara tergesa-gesa itu membuatkan dia menjadi serba tidak kena. Bangku yang tidak jauh daripadanya di hampiri. Langsung dia tidak angkat wajahnya.

"Excuse miss? Awak yang datang dengan Doktor Qayyum semalam kan?"

Mardhiah tersentak apabila bahunya di sentuh. Matanya membulat ketakutan. Terus dia menepis tangannya yang menyentuh bahunya itu. Shawlnya di tarik ke depan menutupi wajahnya. Dia diam membisu. Langsung tidak mahu membalas sapaan orang menegurnya itu.

"Shiela? Kau buat apa tu?"

Shiela? Jadi yang menyentuh dia orang yang bernama Shiela inikah? Tapi apa yang dia mahukan daripadanya?

"Oh, Hana. Takde buat apa pun cuma aku tegur akak ni je. Nak tanya apa hubungan dia dengan Doktor Qayyum. Ke aku salah orang?" Shiela menggaru keningnya.

Hana yang mendengar penjelasan Shiela terus melirik ke arah perempuan yang membelakangkan mereka berdua. Macam betul je.

"Hmmm, cik awak dengan Doktor Qayyum ada apa-apa hubungan ke?" Soal Hana dengan ingin tahu. Shiela yang berdiri di sebelah Hana turut menunggu perempuan yang membelakangkan mereka ini menjawab pertanyaan mereka.

"Oiiii korang berdua buat apa tu?" Beberapa orang jururawat menghampiri Shiela dan Hana. Mereka saling berpandangan.

"Siapa perempuan tu?" Tanya salah seorang daripada mereka.

Pelik apabila Hana dan Shiela seakan-akan menahan perempuan itu.

Mardhiah semakin resah gelisah. Rasa takutnya semakin mencengkam dirinya. Suara-suara yang kedengaran ramai di belakangnya membuatkan dia semakin cemas.

Mana Qaisha?

Qaisha, tolong cepat datang!

Dia mula menggigil ketakutan. Dia tidak mampu untuk bergerak atau bersuara. Dia terlalu takut sehingga tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Air matanya mula bergelinang di tubir matanya. 

Duggggg

Mata Mardhiah membulat besar. Dadanya berasa amat sakit. Sakit yang tidak tertanggung. Kedua-dua belah tangannya mencengkam kuat bahagian dadanya yang terasa mahu meletup saat ini. Seketika dia tersedar sesuatu. Rasa sakit ini bukan sekadar sakit biasa tetapi....

M-mustahil!

Dugggg

Mardhiah menggigit bibirnya kuat-kuat agar dia tidak mengeluarkan sebarang suara. Anak matanya perlahan-lahan mula bertukar berwarna hitam.

T-tolong jangan...

Kenapa?

Kenapa sekarang?

"Cik, saya bercakap dengan awak bukannya dengan bangku ni." Panas pula hati Hana apabila perempuan ini langsung tidak menoleh mahu pun menjawab pertanyaan mereka berdua.

"Cik, awak pekak ke?" Shiela memegang bahu Mardhiah lalu memusingkannya dengan kassr agar mereka saling berpandangan.

Shawl yang menutupi wajah Mardhiah melorot jatuh ke bawah. Namun wajah Mardhiah masih tidak kelihatan kerana di halang oleh juraian rambut panjangnya.

"Cik-..." Shiela terus mati kata apabila mendengar dengusan kasar keluar daripada mulut perempuan di depannya ini.

"Berani kau sentuh aku huh?" Mardhiah mengeram marah. Kedua-dua belah tangannya dikepal kuat. Dia menyeringai jahat.

Hana, Shiela dan beberapa orang jururawat yang berada di situ mula berundur beberapa langkah. Entah mengapa mereka merasakan ada aura gelap yang menakutkan mengelilingi tubuh perempuan itu.

"Weh, kenapa dengan dia? Dia marah ke?"

"Mana lah aku tahu!"

"Kau punya pasal lah ni Shiela. Asal tarik dia macam tu!"

"Aku geram sebab dia tak jawab pertanyaan aku dengan Hana tapi tak sangka pula dia marah macam ni." Balas Shiela. Entah mengapa dia mula rasa kecut perut.

"Menyusahkan!" Baru sahaja dia mahu mendongakkan wajahnya tiba-tiba ada satu tangan yang menarik wajahnya hingga tersembam pada sesuatu yang keras.

Apakah?

Mardhiah mengeram kuat. Namun satu usapan lembut pada bahunya membuatkan dia tersentak.

"Awak semua buat apa ganggu dia ni? Dah takde kerja lain nak buat?"

"D-doktor Qayyum...." Hana dan Shiela mula rasa gugup.

Qayyum menatap satu per satu wajah jururawat-jururawat yang berada di situ dengan tajam sebelum dia menarik Mardhiah agar mereka beredar daripada situ. Shawl yang melorot ke bahu Mardhiah di letakkan semula atas kepala Mardhiah agar wajahnya tidak kelihatan.

Tiba di satu lorong yang tiada orang lalu Qayyum memberhentikan langkahnya. Nafasnya di hela kecil. Dia menatap Mardhiah yang sedang menatapnya dengan pandangan dingin.

"Aku tak sangka kau akan keluar waktu siang."

Mardhiah mengukir senyuman sinis. Atau lebih tepat Afrina!

"Aku boleh keluar bila-bila masa yang aku nak. Kau jangan ingat aku hanya berjaga waktu malam saja." Balas Afrina mendatar.

"Kenapa kau keluar? Panggil Mardhiah semula. Kau jangan buat hal dekat sini. Sini ramai orang dan sini tempat kerja aku." Tegas Qayyum.

Sejujurnya dia terkejut saat melihat perubahan pada Mardhiah. Pada mulanya dia tidak perasan kerana terlalu geram dengan tingkah jururawat-jururawat yang suka menyibuk hal orang lain. Tetapi perhatiannya terus teralih apabila Mardhiah mengepal tangannya dengan kuat. Daripada situ dia mula perasan sesuatu yang aneh. Mujur dia sempat menarik wajah Mardhiah daripada di lihat orang.

Apa yang menghairankan, macam mana Afrina boleh keluar pada waktu siang? Setahunya Afrina hanya keluar saat senja mula menjelma. Ada sesuatu yang berlakukah sehingga sisi Mardhiah yang ini keluar secara tiba-tiba? Ada kaitan dengan jururawat-jururawat tadi tu ke?

"Jangan harap! Lagi pula dah lama aku tak keluar waktu siang." Afrina merenggangkan segala otot-ototnya. Matanya yang berwarna hitam galak melihat persekitarannya. Saat matanya bertembung dengan cahaya matahati dia mendengus.

"Aku benci matahari!" Getusnya.

Qayyum mengeluh.

"Mana Qaisha?" Soal Qayyum. Takde guna dia memaksa Afrina untuk 'tidur' semula kerana Afrina sangat degil.

"Toilet." Jawabnya sepatah.

Qayyum terus menghantar chat pada Qaisha agar bertemu dengan mereka berdua di cafe.

"Dah jom pergi makan, aku lapar." Qayyum menarik lengan Afrina agar Afrina mengikutinya ke cafe. Lantak lah apa orang nak kata dekat dia. Kisah pula dia.















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro