Bab 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Qaisha, Blade dan Qayyum saling berpandangan sesama mereka. Afrina yang berada di sebelah Qayyum menjadi perhatian mereka bertiga.

Qaisha menggaru kepalanya yang di litupi dengan tudung. Tak sangka pula dia pergi ke tandas sekejap perkara yang tidak disangka-sangka berlaku dalam sekelip mata.

"So, apa kau nak buat?" Soal Blade pada Qayyum. Saat dia menerima panggilan daripada Qayyum yang mengatakan Mardhiah telah berubah menjadi Afrina membuatkan dia terus ke hospital setelah mendapat izin daripada Steve.

Kini mereka berempat berada di restoran yang agak jauh daripada persekitaran hospital. Tujuannya Qayyum tidak mahu mereka menjadi perhatian staf-staf hospital dan akan menimbulkan lagi gosip terbaru.

"Hmmm, entah lah." Qayyum menongkat dagunya atas meja makan. Matanya melirik ke arah Afrina yang tenang duduk di sebelahnya. Mata Afrina di tutup dengan kaca mata hitam kepunyaan Blade. Gila nak biarkan orang lain nampak mata Afrina yang hitam pekat itu? Tak pasal-pasal orang ingat Afrina ni hantu.

"Bawa Afrina balik lah kalau macam tu." Ujar Blade apabila masing-masing diam membisu tidak tahu mahu buat apa.

"Aku tak nak." Balasan Afrina yang dingin itu membuatkan Blade, Qayyum dan Qaisha berkerut hairan.

"Kenapa tak nak balik? Bukannya ada apa-apa yang menarik pun dekat sini." Soal Qayyum.

Afrina menyungging senyuman sinis.

"Dah lama aku tak keluar waktu siang. Apa kata kau bagi aku keluar hurmmm? Aku bosan duduk dalam bilik kurungan tu." Kata Afrina dengan senyuman senget.

Qaisha yang melihat senyuman itu tidak berasa selesa. Seakan-akan ada muslihat di sebalik senyuman itu.

"Jangan nak mengada. Balik ikut Qaisha." Tegas Qayyum. Dia tak gila lagi nak biarkan Afrina bergerak bebas macam ni. Risau perempuan itu melakukan perkara yang bukan-bukan.

Afrina berdecit.

"Fine, aku akan balik tapi aku nak jumpa doktor lelaki tu dulu." Pinta Afrina dengan senyuman lebar.

"Kau nak buat apa jumpa dia? Kau jangan nak buat macam-macam." Qayyum menatap Afrina dengan tajam.

Afrina nak jumpa Umair? Buat apa?

"Aku dahagakan darah...." Jawab Afrina meleret-leret.

"Hell no!" Qayyum bingkas bangun secara spontan dia menepuk meja makannya agak kuat.

"Qay, sit down. Chill okay." Blade menarik Qayyum untuk duduk semula apabila melihat wajah bengang Qayyum. Jarang untuk dia mahu melihat Qayyum marah seperti ini.

"Kau jangan buat gila ehhh aku suruh kau balik tu balik je lah. Tak payah nak jumpa Umair. Kau takde urusan dengan dia!" Telan Qayyum. Sungguh dia sangat tidak suka apa yang difikirkan oleh Afrina yang baginya amat gila itu.

Afrina ketawa sinis.

"Takde urusan dengan doktor tu? Uh huh? Ahahahaha kau kelakar. Eh hehehehe kau lupa hurm? Urusan Mardhiah bermaksud urusan aku juga." Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Qayyum terdiam.

Ah, damn it! Sungguh dia terlupa tentang perkara itu.

Sudahnya, dia kematian kata-kata untuk membalas kata-kata Afrina.

"Why not, kau bawa je dia jumpa Doktor Umair?" Cadang Blade pula. Ada sesuatu yang bermain dalam fikirannya tika ini.

"Are you crazy, Blade?" Qaisha terkejut mendengar cadangan suaminya itu. Dah kenapa pula Blade tiba-tiba suruh Afrina di bawa berjumpa dengan Umair pula ni?

"What? Why not? Alang-alang dia dah muncul kenapa tak bawa je jumpa Umair? Biar dia sendiri rasa masa buat sesi rawatan Mardhiah tu." Balas Blade sambil berpeluk tubuh.

"Ye tak ye juga kan? Tak terfikir pula." Qayyum setuju dengan cadangan Blade.

Tapi tidak pada Qaisha. Dia sedikit risau dengan kehadiran Afrina yang secara tiba-tiba ini. Dia masih tidak faham macam mana Afrina boleh muncul pada waktu siang sedangkan selama ni Afrina hanya muncul pada waktu malam sahaja.

"Kalau macam tu aku stay dengan Afrina sampai selesai." Putus Qaisha setelah lama berfikir. Mungkin apabila Afrina di bawa jumpa dengan Doktor Umair segala persoalannya akan terjawab.

"Me too."

"Eh, kau tak pergi kerja ke?" Soal Qayyum terkejut.

Blade menggeleng kecil.

"Sir suruh aku settle tentang hal ni sampai selesai. So, takde masalah tentang kerja aku." Kalau dia tak ada Elan yang akan back up dia untuk seketika jika Steve perlukan apa-apa. Tapi amat jarang Steve menyuruh orang lain mengambil alih kerja-kerjanya kerana Steve lebih gemar melakukannya sendiri jika dia tidak dapat bekerja atau mempunyai urusan di luar.

Melainkan jika Steve tidak cukup tangan untuk melakukannya berseorangan dan ketika itu baru lah dia akan meminta pertolongan daripada Elan atau pun James.

"Best aeee jadi kau, senang je dapat izin dari bos. Anak emas bos ke tu?" Gurau Qaisha.

Qayyum tergelak.

"Well, i'm his..." Tak sempat Blade mahu menghabiskan ayatnya, Qayyum cepat-cepat memotong percakapan Blade.

"Lover."

Qaisha ketawa mengekek apabila Qayyum berjaya mengenakan Blade yang sudah memasang wajah mendatar.

"Fuck." Carut Blade apabila Qayyum sengaja cari pasal dengan dirinya. Matanya menjeling Qaisha yang sedap mengertawakan dirinya dengan tajam.

Ini lagi sorang. Patutnya isteri back up suami bukan ikut sama ketawakan suami yang sedang di bahan.

Afrina yang melihat Qaisha dan Qayyum ketawa hanya menatap mereka dengan pandangan kosong saja. Gembira? Dia tak tahu apa perasaan gembira yang sebenar-benarnya melainkan perasaan puas apabila membunuh orang dan juga perasaan marah yang maha hebat.

Qayyum yang perasan raut Afrina yang kosong terus mencuit bahu perempuan itu.

"Kau nak apa?" Soal Afrina dengan dingin.

"Uishhh garang lah kau ni. Cuba lembut sikit. Senyum ke ini muka ketat je. Tak tegang ke kulit muka tu?" Balas Qayyum dengan gurauan.

Terangkat kening Afrina? Dia mengukir senyuman sinis.

"Ada menyusahkan hidup kau ke?"

Qayyum terdiam. Dia mati akal mahu membalas kata-kata Afrina yang memang sinis itu. Kepalanya yang tiba-tiba saja gatal di garu.

Bukan Qayyum saja tetapi Blade dan Qaisha turut terdiam sama. Memang tidak dinafikan apabila Afrina membalas kata-kata mereka memang akan sentiasa sinis dan akan buat orang terdiam seribu bahasa. Langsung tidak bertapis dan akan buat orang terasa dengan kata-kata tajamnya.

Apa yang boleh dikatakan, berhadapan atau bercakap dengan Afrina hati memang kena kental. Kalau tak memang hari-hari kena koyak dengan Afrina.

"Erkkk aku pergi jumpa Doktor Umair dulu lah ya. Jom Blade." Qaisha menepuk lengan Blade agar mereka berdua bergegas pergi daripada situ. Malas nak masuk campur sebenarnya.

Tanpa banyak cakap, Blade turut saja apa yang dikatakan oleh Qaisha walaupun dia agak blur. Yelah, tiba-tiba je lengan dia kena tepuk lepas tu nak jumpa Doktor Umair pula. Dah kenapa kan?

Tinggallah Qayyum dan Afrina berdua di meja makan itu.

"Haih, kau ni cuba cakap tu lembut-lembut dengan aku sikit. Memang lah takde menyusahkan hidup aku tapi aku kan nak kahwin dengan kau. Aku tak nak lah kau nampak tua sebelum umur yang sepatutnya kau jadi tua. Nanti orang ingat isteri aku adalah seorang nenek. Hah, baru kau tahu betapa puakanya mulut mak cik-mak cik bawang." Balas Qayyum sambil mencebik.

"Bukan masalah aku."

Qayyum mengeluh. Memang bercakap dengan Afrina ni menyakitkan hati je. Pulangkan Mardhiah semula kepadanya. Pulangkan!!!!













Afrina dan Umair saling berpandangan antara satu sama lain. Sorang dengan pandangan tajam dan sorang lagi dengan pandangan gementar. Suasana di dalam bilik itu sunyi sepi.

"Not bad." Kata Afrina secara tiba-tiba.

Terangkat kening Qayyum.

Not bad? Apa yang not bad?

Umair pula tercengang. Perempuan yang merupakan pesakit di depannya ini di pandang hairan. Not bad?

Blade dan Qaisha hanya memilih duduk di sofa yang terletak tidak jauh daripada mereka. Mereka suami isteri lebih selesa berdiam diri dan tidak mahu masuk campur. Lagi pula kedatangan Blade di sini pun hanya sekadar ingin mengawasi setiap gerak geri Afrina. Tidak lebih daripada itu.

"Apa yang not bad?" Tanya Qayyum tertanya-tanya. Takde angin takde ribut tiba-tiba cakap not bad. Siapa je tak pelikkan?

"Muka dia." Jawab Afrina tanpa perasaan.

"Uhuk."

Bukan Blade, Qaisha mahu pun Umair yang tersedak tetapi Qayyum. Qayyum yang sedang minum air mineral tersedak mendengar balasan Afrina yang tiada perasaan itu

Blade menggigit bibirnya menahan dirinya daripada mengukir senyuman lucu. Kelakar melihat wajah Qayyum yang sudah merah kerana tersedak mendengar jawapan Afrina itu.

Umair terpinga-pinga. Aik?

"Kau dah kenapa, nak mati dah?" Soal Afrina pada Qayyum. Pelik apabila tiba-tiba je Qayyum tersedak.

"Choiii, mulut kau memang minta nak kena jahitkan?" Geram pula Qayyum apabila Afrina cakap seolah-olah perkara itu perkara biasa.

Ya Allah, bolehkah dia tahan dengan mulut puaka Afrina lepas mereka nikah nanti? Baru malam pertama dah berperang mulut. Haihhhh....

"Dah tu tiba-tiba tersedak. Nak mati lah tu." Kata Afrina dengan selamba.

"Eh mak cik aku tersedak bukan tanda nak mati. Aku tersedak sebab terkejut tahu tak? Terkejut! Nak aku ajar terkejut tu macam mana? Risau kau mati buat kali kedua je nanti." Balas Qayyum dengan jelingan tajam.

Afrina tersenyum sinis.

Mati buat kali kedua huh?

"Aku mati, Mardhiah mati." Balas Afrina dengan sinis.

Qayyum dan Afrina saling bertentang mata. Masing-masing mempamerkan wajah tidak puas hati.

"Erkkk korang berdua memang datang sini nak suruh aku tengok korang berdua gaduh ke macam mana ni?" Umair mula bersuara apabila mula merasakan suasana seakan-akan tegang.

"Sorry Umair lupa pula tujuan asal aku ke sini. So, macam apa yang kau tahu Mardhiah ada split personaliti kan? Pagi tadi yang kau jumpa the real person yang masih hidup adalah Mardhiah dan yang depan kau ni sisi kedua Mardhiah iaitu Afrina.

Nampakkan ketara perangai diorang ni macam mana? Senang je nak detect. Mardhiah seorang yang pemalu, sopan, cakap pun lembut je tapi kalau Afrina hmm macam ni lah. Gangster terlepas." Kata Qayyum dengan perlian tapi memuji Mardhiah dalam masa yang sama.

Afrina menjeling Qayyum dengan tajam bagai mahu merobek-robek mulut Qayyum yang mengutuk dirinya secara terang-terangan.

Umair mengangguk faham. Tak perlu terangkan pun dia dah boleh nampak perbezaan antara Mardhiah dan Afrina. Lihat bahagian mata pun sudah cukup memberitahu segalanya. Seram.

"Tapi macam mana Afrina boleh 'terjaga' pada waktu siang? Sedangkan apa yang di beritahu, Afrina hanya akan 'berjaga' pada waktu malam? Ada apa-apa yang berlaku ke sehingga perkara ini berlaku?" Tanya Umair dengan profesional.

"Itu kau kena tanya dia jangan tanya aku. Aku pun tak tahu macam mana dia ni boleh keluar waktu siang." Ujar Qayyum sambil menunjuk ke arah Afrina yang asyik merenung Umair dengan tajam.

"Jadi, erkkk Cik Afrina..." Umair teragak-agak ingin menyebut nama Afrina. Entah kenapa dia jadi tidak senang duduk apabila di renung sebegitu. Seram duhhh seram!

"Just call me Afrina..." Tutur Afrina sambil menyeringai.

Tappp

"Kau apa hal?" Afrina menatap Qayyum dengan tajam. Wajahnya bengis menahan amarah yang mahu meletus. Dahinya yang mulai merah di sentuh.

Shit!

"Kau tu yang apa hal tenung Umair macam tu? Pandang biasa sudah lah." Balas Qayyum dengan selamba. Baru kena jentik dekat dahi dah nak mengamuk. Baran sungguh!

Bukannya dia tak nampak wajah Umair yang gugup itu. Siapa je tak gugup bila di pandang sebegitu? Dengan mata warna hitam pekat, sengih jahat serupa pontianak je. Nasib baik pagi kalau malam? Pengsan agaknya Umair ni.

Afrina merengus.

"Aku keluar sebab 'dia' ni lemah! Takut sampai tak reti nak balas semua perbuatan diorang semua tu. Elok aku bunuh je sampah-sampah tu semua." Afrina ketawa mengekek apabila mula membayangkan wajah-wajah ketakutan jururawat-jururawat yang berani-beraninya menyentuh dirinya tadi.

Afrina memejam matanya seketika. Entah mengapa dia mula dahagakan darah manusia. Dia rindukan wajah ketakutan mangsa-mangsanya. Dia menyeringai jahat.

Qaisha mula bangun apabila kurang senang dengan kata-kata yang diucapkan oleh Afrina itu. Jujur dia mula seram dengan Afrina.

Bunuh?

"Sha, calm down. It's okay, nothing will happen." Blade memegang lengan Qaisha lembut agar Qaisha kembali duduk di sebelahnya. Dia tahu Qaisha tidak senang duduk apabila sisi Afrina itu keluar sejak dari mula lagi.

"But...."

"Trust me. Kalau dia berani apa-apakan Umair aku dengan Qayyum ada untuk uruskan kembar kau."

Qaisha mengeluh kecil. Dia duduk semula di sebelah Blade. Dia resah. Terlalu resah!

Blade mengusap lembut kekura tangan Qaisha agar isterinya itu bertenang. Matanya tidak lari daripada memerhati setiap gerak geri Afrina. Tapi dia tahu Afrina tidak akan berkelakuan agresif di sini. Macam mana dia tahu? Gerak hatinya berkata sebegitu.

Umair pula sudah seram sejuk. Okey, ini kali pertama dia berhadapan situasi seperti ini. Kebiasaannya dia hanya berjumpa dengan pesakit yang normal bukan 'entiti' yang menghuni dalam tubuh mereka seperti yang di alami oleh tuan empunya tubuh itu sendiri.

Ini kali pertama! Fuhhh!!!

Seketika suasana kembali sepi. Begitu juga dengan Afrina.

Krik krik krik krik

Afrina merengus.

"Diam pun." Qayyum menggeleng kecil melihat Afrina yang mula mahu membuat perangai gilanya.

"Kau-..." Kot doktor milik Qayyum yang di letak atas kepalanya di tepis kasar. Bengang dengan Qayyum tidak habis-habis membuat anginnya naik.

"Apa kau, cuba orang tanya tu jawab elok-elok? Nak kena jentik lagi? Gelak macam orang gila tu dah kenapa? Nak tambah gila lagi ke?"

"Kau memang nak mati kan?" Afrina mula berdiri menghadap Qayyum dengan wajah yang bengis.

Melihat perkara itu Blade terus bangun menghampiri Afrina tapi di tahan oleh Qaisha. Terus langkahnya mati. Qaisha menggeleng kecil supaya Blade tidak terburu-buru.

Qayyum turut bangun menghadap Afrina tanpa gentar.

"Mati? Aku memang nak mati tapi mati bila masa yang sepatutnya aku mati. Aku bawa kau jumpa Umair sebab kau sendiri tak percaya dengan rawatan apa yang Mardhiah buatkan? So, kau nak bising apa? Umair tanya, jawab elok-elok lah. Tak payah nak gelak mengilai macam orang gila. Benda tak kelakar pun." Balas Qayyum dengan nada yang sedikit meninggi.

Afrina diam tidak membalas. Dia terkejut apabila Qayyum yang selama ini berkata lembut dengan dirinya tiba-tiba saja meninggikan suara kepadanya.

"Qay, sabar Qay. Jangan marah-marah, benda biasa tak perlu diperbesarkan." Umair cuba menenangkan mereka berdua.

"Aku nak balik." Kata Afrina mendatar. Wajah Qayyum langsung tidak di pandang. Entah mengapa dia tidak boleh terima Qayyum meninggikan suara kepadanya.

Sedar dirinya bersuara tinggi, Qayyum mula rasa serba salah.

"Afrina...."

"Aku benarkan Mardhiah buat rawatan tapi dengan syarat jangan sesiapa yang berani dekat dengan Mardhiah melainkan orang yang berada dalam bilik ni kalau tak nak kena bunuh dengan aku." Ujar Afrina berbaur amaran. Setiap apa yang dia katakan dia akan lakukan.

Qayyum mati kata. Sungguh dia berasa amat bersalah dalam hal ni. Tidak sepatutnya dia meninggikan suaranya pada Afrina. Tapi kenapa Afrina seakan-akan merajuk dengan dirinya? Terasa hatikah?

Dia melihat Afrina yang sudah beredar keluar di iringi oleh Qaisha dan Blade. Dia melepas keluhan kecil. Tahu dirinya bersalah dalam hal ni.















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro