5 | Curiga

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Berikan dua tiket untuk ke Worcester. Jika boleh secepat yang mungkin."

Colby berkata seraya mengeluarkan dompet kulit dari poket belakang jeans skinny. Si lelaki penjual tiket memeriksa jadual kereta api seusai mendengar permintaan Colby tadi. Aku hanya tercegat di sebelah pagar besi sambil memerhati gelagat si lelaki tinggi lampai tersebut.

"Tiket paling awal 15 minit dari sekarang. Is that okay?"

Si kerani penjual tiket menyoal. Colby mengangguk kepala. Usai sahaja dua keping tiket dan wang kertas bertukar tangan, Colby kembali berjalan mendekati diriku. Tiket kereta api untuk ke Worcester, dia serahkan kepadaku sekeping. Aku menyambut tanpa sebarang kata.

"Kereta api akan tiba 15 minit lagi. Duduklah dulu, Ainsley. It won't take long."

Colby mempelawakan aku duduk di kerusi berbatu yang terletak berhampiran dengan kami. Pelawaannya itu aku turutkan. Sebaik sahaja aku meletak bagasi di sisi kanan, aku terus duduk. Colby turut duduk di sisi kiriku. Helaan nafas, aku lepaskan panjang.

"Haih, kenapalah nasib saya malang macam ni? Segala perancangan saya sudah melencong dari yang asal."

Aku mengeluh perlahan sambil mengusap permukaan tiket ke Worcester dengan ibu jari. Si lelaki berambut panjang separa bahu tersebut tertawa kecil mendengar keluhanku tadi. Pandanganku beralih kepadanya dengan muka pelik.

"Awak rasa saya ni kelakar, kan? Tak mampu berdikari langsung?"

"Haha, apa kau merepek ni? Aku tak cakap apa-apa pun."

Colby membalas selamba sambil tersengih. Aku mengemam bibir melihat dia seakan suka dengan apa yang berlaku kepada diriku. This guy can be irritating at times. But, he helps me. So he is forgiven. Kepalaku digeleng kecil. Colby meraup belakang kepalaku.

"Kau ni banyak mengeluh, Ainsley. Apa yang terjadi, sudah pun terjadi. Kita tak boleh elak takdir, bukan? Lagipun, aku ada di sini. Kau tak perlu risau apa-apa."

Aku mengangguk kecil mendengar butir kata dari Colby. Si lelaki berambut panjang separa bahu tersebut mengeliat kecil dengan lagak selamba. Aku menoleh ke sisi untuk melihat jika kereta api sudah tiba ataupun belum.

"Kenapa kau nak pergi ke London, Ainsley? Dari apa yang aku perhatikan, kau seakan mahu berpindah ke sana. Your luggage is quiet big."

Colby menyoal setelah seketika berdiam diri. Aku kembali berpaling kepada dia dengan muka tiada emosi. Colby menantikan penjelasan dariku.

"Hurmm, saya mahu mulakan hidup baru di sana. London merupakan bandar besar, bukan? Lebih mudah untuk saya mencari kerja di sana."

"Mulakan hidup baru, huh? Girl, its not that easy to just reboot your life. Gaya kau ni macam gadis kampung. Kau naif dan kekok."

"Saya berasal dari Manchester, okay? Untuk pengetahuan awak, Manchester bukanlah 'kampung' sangat. Saya naif dan kekok sebab bapa saya yang terlalu mengongkong. He's so annoying."

Aku membalas dengan nada geram. Colby mengukir senyuman kelat. Wajahnya berpaling ke depan.

"I see... Jadi, kiranya kau lari dari rumahlah ya? Brave little girl."

Si lelaki berambut panjang separa bahu membalas pendek dengan nada mendatar. Aku langsung tidak membalas akan butir katanya itu. Fikirlah apa yang dia mahu fikirkan. Aku penat dan aku mahu berehat. Sekarang, aku tidak mahu fikir apa-apa lagi.

He seems like a nice guy. Mungkin aku boleh percayakan dia? Tetapi, sejujurnya aku masih ragu-ragu dengan mamat bernama Colby Cooper ni. I mean, he's a stranger.

A stranger can be dangerous. Shall I take cautious of him?

Dikala aku leka bermonolog di dalam hati, kereta api yang ditunggu tiba di landasan. Colby dan aku bingkas bangun sambil memegang beg masing-masing. Angin terasa berderu ke wajah apabila kereta api tersebut meluncur perlahan di hadapanku. Sebaik sahaja pintunya terbuka, aku dan Colby melangkah masuk ke dalam.

Kami memilih tempat duduk yang agak jauh dari pintu masuk. Colby mengangkat bagasi milikku untuk diletakkan di ruang menyimpan beg. Aku melabuhkan punggung di tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Usai sahaja menyimpan beg dan bagasiku, si lelaki berambut panjang separa bahu duduk di sisiku.

"Kenapa awak nak pergi ke Worcester? Awak ada urusan apa di sana?"

Aku menyoal perlahan dikala Colby leka mengemas kedudukan duduknya agar selesa. Pandangan mata birunya beralih kepadaku.

"Aku mahu jumpa dengan kawan lama. Kereta aku di bawah jagaan dia."

"Oh, jadi awak nak ambil keretalah ni?"

"Yup."

Colby membalas ringkas seraya meletak kedua tangannya ke peha. Aku mengangguk kecil. Kedua ibu jari, aku pusingkan sambil memerhati ke luar tingkap. Kereta api mulai bergerak setelah hampir setengah jam berhenti di stesen Birmingham.

Dikala aku leka memerhati pemandangan bandar Birmingham di luar tingkap, rambutku terasa disisirkan ke belakang telinga. Serta-merta aku berpaling ke sisi. Colby hanya memaparkan reaksi selamba sambil tersenyum melihat reaksi pelik dariku.

"Urmm, yes? Ada sesuatu yang tak kena, Colby?"

"Ah, its nothing. Aku fikirkan kau tertidur tadi. Kau hanya berdiam diri sambil berpaling ke sana."

"Saya masih tak mengantuk. Saya cuma lihat pemandangan di luar."

"Oh yeah? Jika kau mengantuk, kau boleh tidur. Jauh lagi perjalanan kita untuk ke Worcester. Beritahu aku jika kau perlukan apa-apa."

Aku mengangguk kecil. Colby kembali berpaling ke depan seraya menyeluk poket jeans miliknya. Dia mulai membelek smartphone tanpa mengendahkan aku. Gelagatnya aku perhatikan dengan muka sangsi.

Kenapa dia selak rambut aku tadi? Is he did it just to make sure I'm awake or fell asleep?

Hurmm, sungguh...

Lelaki ni agak mencurigakan aku.

P/S | Kisah ini agak slow jika hendak dibandingkan dengan kisah-kisah lain. So, diharap korang dapat bersabar. Leave a vote and comment if you think this story deserve it. 🙌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro