6 | The Rude Girls

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gedeguk! Gedeguk!

Aku terjaga dari tidur apabila kereta api bergegar kuat. Terpisat-pisat dibuatnya aku. Kelopak mata digosok lembut dengan kedua tangan. Dalam keadaan mamai, aku mengeliat kecil. Berapa lama agaknya aku terlelap? Tidak sedar pula aku tertidur tadi. Mungkin sebab aku terlalu letih dan runsing?

Seusai meregangkan urat saraf, aku berpaling ke sisi. Hanya kerusi kosong yang dapat aku lihat. Kelibat Colby langsung tidak kelihatan. Serta-merta aku berkeriut seraya bangun dari kerusi. Ruang dalam kereta api tersebut aku perhatikan teliti. Langsung tidak kelihatan akan susuk tubuh si lelaki berambut panjang separa bahu tersebut.

Kemana dia pergi? Tak mungkin dia tinggalkan aku, bukan?

Pandanganku beralih ke arah rak meletak barangan. Beg hiking milik Colby berwarna hitam kuning masih tersusun kemas di situ. Beg dia masih berada di sini, jadi tak mungkinlah dia sudah turun tinggalkan aku. Kemana dia pergi agaknya?

Perlahan-lahan aku bergerak keluar dari kerusi tersebut. Langkahku diorak ke bahagian gerabak belakang. Beberapa penumpang yang mendongak memandangku mengukirkan senyuman. Senyuman mereka itu aku balas sambil melambaikan tangan.

Sambil aku berjalan, sambil aku memerhati sekeliling. Pintu besi yang menghubungkan diantara gerabak-gerabak yang ada, aku tolak ke sisi. Setelah seketika berjalan sambil meninjau ruang dalam kereta api tersebut, aku ternampak kelibat Colby. Dia kelihatan asyik bersembang dengan dua orang gadis remaja di bar kecil.

Aku tak sangka pula ada bar kecil di dalam kereta api ni. Not bad.

"Colby..."

Aku memanggil namanya seraya berjalan mendekati mereka dari sisi. Si lelaki bercermin mata berserta dua orang gadis remaja tersebut berpaling kepadaku seusai mereka sedar akan kedatanganku. Colby tersenyum simpul. Pandanganku tertacap pada sebuah kamera DSLR di tangannya.

"Kau baru bangun, Ainsley? Come, come... Take a seat. Kalau kau lapar, di sini ada makanan ringan. Aku boleh belikan kau sandwich keju."

Teguran Colby membuatkan aku kembali memandang wajahnya. Dua gadis remaja tersebut hanya tersengih melihat keadaanku sambil menongkat dagu dengan sebelah tangan.

"Saya tak lapar... Terkejut saya bila awak takde di sebelah saya tadi."

Aku merungut kecil. Colby tertawa kecil sambil memerhati gelagatku yang kini duduk di sebelah kanannya.

"Maaflah. Aku bosan. Jadi, aku merayaulah di sekitar sini. Kenalkan, Sara dan Rina. Mereka berasal dari Amerika. Sara dan Rina, kenalkan. This is Ainsley, from Manchester England."

Colby memperkenalkan aku kepada dua gadis remaja tersebut. Mereka berdua menganggukkan kepala sambil terus menerus tersengih. Colby meletak kameranya ke atas meja bar. Aku memaparkan wajah pelik apabila dua gadis tersebut membuatkan aku terasa tidak senang hati.

Kenapa mereka asyik pandang aku macam tu? Is there something wrong with my face?

"Urmm, kenapa kamu berdua-"

"Dia cantik, Colby! Apa hubungan kau dengan dia, hurm? Is she your wife? Or your girlfriend?"

Belum sempat aku menyoal, si gadis berambut kuning keemasan bernama Sara terus bertanya tanpa berselindung. Soalannya itu membuatkan aku tersentak, manakala Colby menjungkit sebelah kening.

"Huh? Kenapa kau fikir macam tu? She's just a friend. Aku baru berjumpa dengan dia tadi. She need help, so I'm helping her. That's all."

Colby menjelaskan dengan nada selamba. Dua gadis tersebut berbalas pandangan kemudian mereka tertawa kecil. Aku mulai terasa lain macam dengan gelagat mereka. Is it just me or this two girl really rude? Kenapa mereka gelak?

"Tak mungkinlah kau baru kenal dia, Colby! Look at you two! Kau dan dia nampak macam suami isteri! She look so homely! Plus, she seeking for you even you're just gone for a few minutes!"

Kali ini, si gadis bernama Rina pula membuka mulut. Aku dan Colby berbalas jelingan. What the heck? Is this a normal conversation or they just want to tease us? Colby menggosok belakang kepala, kemudian dia meneguk arak yang berada di sisinya.

"Mengarutlah. Aku cuma tolong dia."

"Hahaha! Yeah, right! Look at you blushing!"

"Nope! This alcohol made me blush!"

"Denying means its true!"

Aku mengerut dahi melihat Colby dan dua gadis tersebut berbalah. Aku tak pasti kenapa, tetapi aku boleh rasakan ada sesuatu yang tak kena. This two girls is way too friendly for being a stranger. Colby berpaling kepadaku apabila tangannya aku genggam perlahan dari belakang. Dua gadis tersebut beralih perhatian untuk menuang arak ke dalam gelas kaca.

"This two girl really is weird, Colby. I think we should leave?"

"Right now?"

"Yes, right now."

Aku memberi balasan dengan muka serius. Colby menggigit bawah bibir, kemudian dia berpaling semula kepada Sara dan Rina. Dua gadis tersebut mendongak melihat aku dan Colby bangun dari kerusi kayu.

"I need to take my leave now. Thanks for the companions. Have a safe travel you two."

Colby memberi kata untuk beredar dari situ. Aku hanya mengangguk. Dua gadis tersebut memaparkan wajah hampa mendengar butir kata dari Colby tersebut.

"Awww, come on! Kita masih belum habis bersembang, kan? Kenapa kau tergesa-gesa ni? Ainsley, you're really a party pooper!"

"Yeah! Come on, Colby! Accompany us! Gadis tu cuma kawan kau, kan? Stay with us!"

Sara dan Rina cuba memujuk supaya Colby terus melepak dengan mereka. Genggaman tanganku pada tangan Colby, aku eratkan. Don't you dare listen to them, Colby Cooper. Those girls is odd. Leave them.

Tanpa disangka, genggaman tanganku Colby balas. Perbuatannya itu membuatkan jantungku terasa berdebar.

"Sorry, girls. Goodbye now. Adios Marista!"

Serentak dengan itu, Colby terus beredar tanpa menoleh. Aku sempat mengambil kamera miliknya yang berada di atas meja bar. Dua gadis tersebut menjuih bibir. Kami terus berjalan ke gerabak dimana tempat duduk kami berada sebentar tadi. Sebaik sahaja pintu besi yang menghubungkan gerabak ditutup, Colby menghela nafas panjang sambil menekup dahi.

"Those girls really is weird huh, Ains?"

Colby menyoal dengan nada separa berbisik. Aku mengangguk pantas.

"Yeah. So weird and odd. Sikap mereka buatkan saya terasa meluat. Apa yang awak bualkan dengan mereka?"

"Nothing much. About weather and our journey. But, they sure is crazy."

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"They keep asking me to have a threesome with them."

"What. The. Heck?"

"I know, right?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro