▪︎🌹- 06 ▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tiba sahaja Zafrael di syarikat besar itu, semua staf-staf yang kebetulan berada di lobi berdiri tegak dalam barisan yang panjang bagi menyambut kedatangan bos besar mereka buat kali pertama. Selama ini, Zafrael tidak suka menginjak kakinya ke syarikat keluarganya, sebaliknya dia lebih suka bekerja dari rumah sambil diurus secara langsung oleh Encik Rahman; ketua pengarah utama di ZN Group.

Encik Rahman tersenyum lebar di sisi beberapa barisan pihak pengawai, wakil jabatan serta pihak atasan hotel yang berhubung langsung dengan syarikat induk utama mengenai kedatangan bos besar mereka. Zafrael mengemaskan cuff link pada pergelangan tangan dia. Mata nan tajam bak helang itu merenung satu persatu wakil board of director dari syarikat lain.

Zafrael berdiri megah, disisinya ada Kevin yang lengkap dengan sut hitam, berkaca mata hitam dan earpiece di telinganya. Dia tidak akan kemana-mana kecuali di atas arahan Zafrael sendiri jika lelaki itu menginginkan privasi.

" Selamat datang Tuan Zafrael " .

Encik Rahman menghulur tangan kanan. Tersebut lebar dia apabila huluran salam dia, disambut baik oleh Zafrael. Hilang terus desas-desus yang menyatakan bahawa bos besar mereka seorang yang sombong, berlagak dan tidak suka bercakap dengan orang bawahan.

" Hmm..." hanya gumam ringkas balasan dari Zafrael. Lelaki itu terus berjalan menuju ke lif VIP yang hanya dinaiki oleh CEO ZN Group sahaja. Kecuali mereka yang membeli pas VIP, akan dibenarkan menggunakan lif tersebut.

Tiba di tingkat 30, Zafrael melangkah keluar. Diiringi Kevin di belakangnya. Staf-staf perempuan yang berada di bahagian pengurusan itu masing-masing memanjang leher ingin melihat wajah bos besar mereka.

Zafrael tidak sedikit pun tersenyum. Dia berhenti di hadapan seorang wanita, yang berwajah cantik dan manis bertudung. Wanita itu merupakan setiausahanya. Bukan pembantu peribadi yang menguruskan segala hal-hal mengenainya.

" Ainin... " katanya perlahan. Tetapi cukup membuatkan bulu roma Ainin berdiri. Seram.

" Ehem. Pagi ini Tuan tak ada apa-apa urusan. Hari ini jadual Tuan free without any meeting with the other..." ujar Ainin terketar-ketar.

Mana taknya, selama ini dia banyak berurusan dengan Encik Rahman. Selalu dia akan naik ke tingkat 40, untuk berjumpa dengan Ketua Pengarah Utama itu dalam membahagikan tugas bos besarnya kepada lelaki tua itu.

" Kalau ada sesiapa nak jumpa aku, cakap aku sibuk. Kau boleh buat kerja kau, pastikan jangan ada sesiapa pun ganggu aku atau masuk ke bilik kerja aku! " ujar Zafrael tegas.

Ainin mengangguk. " B-baik Tuan... " .

Zafrael berpuas hati. Dia menolak pintu kayu yang menghubungkan ke biliknya. Tidak lama itu, kelihatan keselurhan ruang mewah di dalam bilik kerjanya. Zafrael memang tidak suka jika ada yang menganggu atau sengaja merempuh masuk ke biliknya.

Kevin pula duduk di sebuah meja kecil, yang dilindungi kubikel kaca. Disitu lah tempat dia selama Zafrael berada di syarikat ini. Kevin tidak boleh jauh, atau pergi ke mana-mana melainkan jika dibenarkan oleh Zafrael sendiri.

[ ZAFRAEL'S OFFICE ]

[ KEVIN'S ROOM ]

Zafrael menanggalkan kot birunya, disangkut di tempat penyangkut yang disediakan di sudut ruangan bilik itu. Kevin sudah hilang bersama-sama kerjanya. Bukan sahaja pengawal peribadi, secara tak langsung dia juga merupakan pembantu peribadi lelaki itu. Di mata kasar, mereka menganggap Kevin sebagai pengawal peribadi kepada seorang Zyan Zafrael.

Zafrael menghidupkan skin iMac sebelum membuka fail-fail yang bertimbun di atas meja. Fail laporan yang diminta olehnya untuk memeriksa jika setiap ketua jabatan menjalankan tugas atau tidak.

Beg dompet, minyak wangi, kunci kereta dan pistol miliknya diletakkan ke dalam lacinya. Kecuali iPhone 8+ miliknya sahaja yang diletakkan di atas meja dan dibuat mode silent. Zafrael tidak ingin sesiapa pun menganggu waktu kerjanya.





Ainin mendongak kepala apabila terlihat bayang seseorang yang sedang berdiri di hadapan dia. Terkebil-kebil kata Ainin memandang sosok seseorang yang selama ini menerajui bangunan ini sehingga berjaya di mata dunia. Segera Ainin berdiri dan menunduk hormat pada lelaki itu.

" T-tuan president... " ujarnya gugup. Hampir saja tangan kanan dia naik ingin menepuk dahi sendiri tetapi cepat-cepat dikawal. Dia tidak mahu sikap gopohnya mengundang rasa tidak enak di mata lelaki itu.

Ryan Zafran senyum nipis. Wajah dia beku tanpa senyuman. " Zafrael dah masuk? " soalnya sambil memandang skrin iPhone X miliknya.

Dengan gugup, Ainin mengangguk. " D-dah Tuan President...Tuan Zafrael baru masuk tadi... " katanya lagi. Masih dalam keadaan menunduk.

Zafran mengangguk. Kasihan pula dia melihat setiausaha anaknya yang ketakutan itu. Segera dia berdehem. " Jangan takut. Saya tak makan orang... " ujarnya dalam nada mengusik.

Seketika, Ainin terpana. Tu-tuan president dia tersenyum? Wajah Ainin diserbu warna merah. Malu. Pertama kali menatap wajah President of ZN Group secara dekat-dekat sebegini. Membuatkan jantung dia hampir luruh.

" Saya cuma nak hantar ni... " Ryan Zafran mengangkat tangan kanan dia. Ada bekas bertingkat besi di tangan dia. Diletakkan di atas meja.

" My wife suruh hantar pada Zafrael. Nanti awak bagi bekal ni pada Zafrael sebelum waktu lunch ya..." pesan Zafran sekali lagi.

Risau betul Nur Nasuha pada anak sulung mereka. Dia cukup faham dengan anak sulungnya itu. Jika melibatkan kerja, Zafrael sanggup tidak makan satu hari demi menyudahkan kerja-kerjanya. Sampaikan, suatu hari itu Zafrael pengsan kerana terlampau stres dan berperut kosong.

Sejak dari hari itu, isterinya mula mengatur jadual makan untuk anak sulungnya. Tadi sebelum dia berangkat ke syarikat ini, Nur Nasuha sempat menitip bekalan buat mereka berdua. Ryan Zafran apalagi, dia tidak perlu susah payah makan diluar. Air tangan isterinya lagi menyelerakan.

" Baik Tuan President. Saya akan bagi pada Tuan Zafrael nanti... " ujar Ainin dalam senyuman.

Ternyata Mrs President dia sweet juga. Sampaikan menitip bekalan makanan buat anak dia. Bertuahnya. Dia melambai tangan pada Zafran yang mula beredar dari ruangan itu.

Ainin kembali duduk. Tidak sangka, dia dapat juga bertemu dengan Ryan Zafran secara bersemuka begini. Walaupun sudah berusia, ketampanan dia masih terserlah lagi. Masih tampak gagah dan kuat lagi. Lengan berotot, dengan wajah kacak sebegitu sesiapa sahaja pasti menoleh dua tiga kali.







Kevin tersandar kekenyangan di ruang pantry di tingkat 20 itu. Dia hanya memesan makanan secara delivery sahaja di sebuah restoran berdekatan. Dia malas mahu memandu ke sana dan beratur panjang-panjang semata-mata mahu makan di restoran itu. Kawasan rehat itu sunyi sahaja, kerana kebanyakkan staf-staf mereka makan di kafeteria di tingkat 10 bangunan tersebut.

Tetapi, mata Kevin tunak pada seorang gadis yang baru sahaja tiba di pantry itu. Membawa satu beg, yang dia yakin bahawa beg itu berisi bekalan makanan milik gadis itu. Berkerut dahi dia mengamati wajah gadis itu.

" Pekerja baru ke? " gumam dia perlahan. Sambil-sambil itu dia melipat bungkusan makanan untuk dibuang nanti.

Sebaik sahaja dia mengangkat wajah, Kevin terkedu melihat gadis itu yang kini sudah berdiri tegak di hadapan dia. Dengan senyuman lebar, gadis itu menarik kerusi di hadapan Kevin dengan senyuman manisnya.

" Tak sangka, ada juga yang lepak dekat pantry selain saya selama ni... " ujar gadis itu dalam nada gembiranya. Beg berisi bekalan makanan miliknya, diletakkan di atas meja bulat tersebut.

Kevin berdehem. " Erm...kau buat apa kat sini? " soalnya pula. Nampak macam bodoh pula apabila dia menanya soalan itu.

" Makan. Tak akan saya datang sini nak tengok muka encik pula kan? " sindir gadis itu. Jari runcingnya laju membuka beg berwarna hijau itu.

Ada mangkuk tingkat. Tapi ini versi plastik punya. Ada dua. Kevin yang melihat gadis itu membuka bekas bertingkat itu meneguk airliur apabila terbau aroma masakan yang menyelerakan itu.

" Encik kenapa makan dekat sini? Tak pergi makan dekat kafe or mana-mana restoran ke? " soalnya yang ligat menyusun bekas-bekas itu di atas meja.

Matanya bersinar bulat memandang wajah beku Kevin. Lelaki itu hanya mendiamkan diam diri. Rasa pelik pula melihat lelaki itu berada di pantry pada waktu ini.

Kevin geleng. " Malas. Kau pula kenapa dekat sini? " soal dia kembali.

Gadis itu tarik sengihan. " Saya memang selalu makan dekat sini encik. Hari-hari saya bawa bekal dari rumah. Jimat duit. Maklumlah, duduk bandar besar macam ni saya kena lah pandai berjimat encik... " balas gadis itu panjang lebar.

Kevin terangguk-angguk. Dia sebenarnya terliur juga melihat masakan gadis itu. Ada ulam-ulaman. Ikan goreng dua ekor. Sayur goreng, sambal belacan, dan sup sayur. Ringkas, tetapi menyelerakan.

" Encik nak? " gadis itu menghulur satu bekas berisi nasi di hadapan Kevin. " Ambillah. Rezeki encik hari ini. Saya memang suka bawah lebih...hehe... "

Kevin teragak-agak mahu mengangguk. " Erm...terima kasih..." ucapnya lalu mengikut gerak geri gadis itu.

Gadis itu membaca doa perlahan, lalu mengaminkan doa sebelum menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya. Kevin juga begitu. Pertama kali, dia bercakap dengan seorang perempuan selain Alisa dan Nur Nasuha. Ibu dan adik kepada ketuanya.

" Nama kau apa? ".

" Saya Nurin Qaisarah. Encik panggil saya Nurin je... " balas gadis itu setelah menekan nasi.

Kevin akhirnya tersenyum. Tidak salahkan jika dia berkawan dengan gadis ini. Sopan, baik pula tu. Mereka berbual mesra, sambil bergelak tawa di dalam pantry itu. Melihat suasana di luar yang agak mendung, menandakan bakal hujan tidak lama lagi.

" Dah lama kau kerja dekat sini? "

Nurin geleng. Dia mengemas bekalan miliknya sehingga bersih. Memastikan tiada sisa makanan dia yang tertumpah disitu. " Baru sebulan encik... ".

Hampir setengah jam mereka berbual kosong. Sedikit sebanyak Kevin mengetahui kisah hidup gadis itu. Ternyata ada lagi orang tidak berkemampuan seperti gadis itu. Sedangkan dia selama ini hidup cukup senang dan mewah.

" Saya pergi dulu encik. Nak solat zuhur dulu. Waktu pun dah masuk ni...terima kasih sebab layan dan teman saya berbual encik..." Nurin menunduk hormat pada Kevin.

Dia hanya mengetahui Kevin pekerja disitu. Bukan pembantu peribadi aka pengawal peribadi kepada bos besarnya. Kevin mengangguk, menghantar pemergian Nurin dengan ekor matanya. Hatinya rasa senang apabila dapat berkenalan dengan gadis sebaik Nurin itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro