▪︎🌹- 05 ▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ZN GROUP.

Dia mendongak wajah, memandang bangunan pencakar langit itu. Yang terletak di tengah-tengah bandar, bahkan dikeliling bangunan pencakar langit yang lain. Tiba-tiba dia terasa dirinya kerdil apabila berada di hadapan bangunan itu. Keluhan lemah terbit dari bibirnya.

" Okay, cool Sarah. Kau boleh buat! " Nurin tersenyum lebar. Dia mengenggam tangan paras dada. Memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Kaki menapak memasuki bangunan itu. Dia datang ke sini pun menaiki motor sahaja. Honda Vario kepunyaan Sofia menjadi hak dia buat sementara. Itu pun dia parking nun jauh di sana. Di hadapan sebuah deretan kedai makan.

Apabila dia sampai di hadapan lobi utama, sekali lagi Nurin terlopong luas. Bayangkan, betapa mewahnya bangunan itu. Di tengah aras, terdapat pohon-pohon menghijau dan ada air terjun buatam yang jatuh dari aras paling atas ke bawah. Sangat memukau pandangan Nurin.

" Miss? " .

Nurin tersentak. Terangkat juga bahu dia apabila ditegur secara tiba-tiba oleh seorang wanita bertudung yang berdiri di sebelahnya. Berkerut dahi dia memandang wanita itu.

" Erm- betul ke ni ZN Group? " soalnya walaupun sebelum masuk tadi, ada perkataan besar yang cukup gah di atas sana.

Dari jauh memang dia boleh nampak. Tapi Nurin menginginkan kepastian sahaja. Wanita tadi mengangguk. Dia nampak sangat professional dengan pakaian formao yang tersarung di tubuhnya.

" Betul cik. Kalau boleh saya tahu, apa urusan cik ke sini? " penuh sopan wanita itu membalas pertanyaan Nurin.

Nurin berasa kagum. Tidak sombong seperti yang dia bayangkan selama beberapa hari ini. Pengaruh novel dan drama tv kuat sangat. Nurin menarik sengih.

" Erm- saya datang nak lapor diri... " dia mengeluarkan surat dari fail yang berada di tangannya. Nurin serahkan kepada wanita itu. " Saya nak lapor diri sebagai kerani di bahagian kewangan... " sambung Nurin. Kali ini nadanya lebih tenang.

Tidak gugup seperti tadi. Wanita tadi memandang Nurin lama. Tidak lama itu, satu senyuman tercalit di bibirnya.

" Cik ikut saya... " kata wanita itu sambil scan kad kerja yang tergantung pada lehernya ke lif.

Tidak sampai sesaat, lif itu terbuka. Tidak ramai staf yang berlegar di ruangan lobi kerana kebanyakkan mereka berada di aras atas. Hanya orang tertentu sahaja berada di lobi.

Nurin tersedar akan sesuatu. Bangunan ini, berkembar. Ada satu lagi bahagian bangunan di sebelah kiri bangunan ini. Malah bangunan di sebelah sana, dia perasan ramai orang keluar masuk.

" Ini bangunan utama. Sebelah kiri tu pula, hotel. Kebanyakkan staf disini, tidak masuk campur urusan hotel di sebelah. Kecuali jika ada hal mustahak atau arahan dari pihak atasan baru lah kami akan ke bangunan sebelah " tutur wanita tadi tanpa dipinta.

Nurin terangguk-angguk. " Nama saya Nurin Qaisarah. Boleh panggil Nurin. Awak? " .

Wanita itu senyum. " Saya Ilya. Panggil Kak Ya je " .

Ting! Mereka tiba di tingkat 20. Keluar saja pintu lif, mereka sudah nampak perkataan berwarna silver di dinding itu. FINANCE DEPARTMENT. Ilya membawa Nurin ke kaunter hadapan, sebelum mereka di benarkan masuk ke bahagian kewangan itu.

" Yani, Encik Azil ada? " Ilya memandang seorang gadis yang tekun menaip di komputer itu.

Nurin pula memandang sekeliling. Ramai pekerja wanita disitu. Malah semuanya bertudung dan berpakaian sopan. Nurin melepaskan nafas lega. Ternyata syarikat ini mengamalkan etika pemakaian mengikut agama Islam.

Hanya ada sesetengah sahaja non-muslin disitu. Tetapi mereka turut berpakaian sopan. Mengenakan skirt bawah lutut dan berpakaian longgar. Ternyata, inilah antara penyebab kenapa syarikat ini berjaya di mata dunia.

" Jom Nurin. Ikut akak " ajak Ilya setelah mendapat kebenaran dari gadis yang menjaga pintu masuk tadi.

Ilya membawa Nurin ke bilik Encik Azil. Ketua di bahagian Kewangan. Head of Finance Department. Pintu bilik berkayu itu diketuk terlebih dahulu oleh Ilya.

" Masuk! " kedengaran satu suara tegas menyahut dari dalam.

Ilya senyum. Dia menolak pintu bilik itu, membuka luas untuk Nurin masuk sekali ke dalam. Ilya kemudian menutup pintu bilik itu. Mereka pergi ke meja kerja Encik Azil.

" Morning Azil. I ada bawa new worker for you... "

Encik Azil yang mendengar terus mengangkat wajah. Nurin pula sudah ketakutan, namun dia tetap menenangkan hati dia. Wajah Encik Azil yang serius itu sedikit sebanyak membuat dia ketakutan.

" You must be Nurin Qaisarah right? HR told me that, a new girl will coming this morning for her first experience... " tutur Encik Azil tegas. Tangan dia memusingkan pen di jarinya.

" Yes. I am... " jawab Nurin dalam nada tenang. Debaran di dada makin berkurang.

Encik Azil mengangguk. Dia memandang ke arah Ilya. " Thanks Ilya for bring her here. Nanti I treat you lunch... " Encik Azil menyengit mata.

Ilya pula membuat wajah bosan. Dia pergi begitu sahaja meninggalkan Encik Azil bersama Nurin. Ilya harus kembali ke bawah sebagai receptionist. Menjaga kaunter di lobi utama jika ada pihak urusan ingin berurusan dengan pihak atasan.

Encik Azil memandang Nurin yang masih berdiri di hadapan dia. Wajah dia masih serius seperti tadi. " Have a sit miss Nurin. I've a lot to told you about this company...policy and a few rules you must follow before you start your work... ".

Nurin tanpa banyak soal, menarik kerusi di hadapan meja kerja Encik Azil. Dia duduk saja, sudah terasa betapa lembutnya kulit kerusi itu. Selesa. Nurin rasa macam di syurga. Hilang rasa pegal di kaki.

Encik Azil memusingkan kerusi ke belakang. Tangannya mengapai satu fail warna putih. Diselak terlebih dahulu, sebelum dia kembali memandang Nurin. Fail tadi diletakkan di hadapan Nurin.

" Read first before you sign... " .

Nurin kini mengerti. Bukan senang untuk bekerja di syarikat besar ini. Harus mengikut beberapa prosedur dahulu sebelum dimulakan untuk bekerja. Nurin membawa dengan teliti. Walaupun mata dia terasa berpinar memandang beberapa ayat dalam English yang amat panjang itu.

Setelah yakin, Nurin tanpa teragak-agak menurunkan tandatangan di muka surat terakhir. Walaupun Nurin hanya ada sijil SPM jangan ingat dia bengap sangat. Walaupun dia hanya boleh berbahasa Inggeris tidak terlalu lancar sangat.

Encik Azil senyum jua akhirnya. Nurin melepaskan nafas lega. Hampir sesak dada dia berada di ruangan serba luas dan mewah itu dengan ketuanya.

" Congrats Nurin. You are apart of us... " Encik Azil bangun. Tangan kanan dilekapkan ke dada. Dia menunduk hormat pada Nurin.

Gadis itu turut berdiri sama. Berbuat hal yang sama seperti Encik Azil lakukan pada dia. " So basic gaji you, RM1500... kalau kerja you bagus, maybe pihak atasan akan naikkan you pangkat and gaji you. So Nurin, tunjukkan prestasi yang bagus... " ujar Encik Azil dengan senyuman lebar.

Kacak! Nurin hampir terpesona dengan kekacakkan ketua dia itu. Encik Azil pula tersenyum kecil. Dia menekan interkom di mejanya. Memanggil setiausaha dia di luar sana.

" Tia, come in... " ujarnya tegas.

Nurin pula membetulkan tali beg silangnya. Tidak lama itu, seorang gadis manis berbaju kurung moden warna ungu lembut memasuki bilik ketuanya.

" Tia, awak tunjukkan kubikel untuk new worker kita" ujar Encik Azil tanpa memandang Fatia.

" Nurin awak boleh ikut Fatia. Dia akan tunjukkan tempat awak " .

" Baik bos. Terima kasih... " ucap Nurin sopan. Encik Azil mengangguk saja.

Nurin mengikuti Fatia dari belakang. Mereka keluar dari bilik Encik Azil. Melalui setiap ruangan kubikel yang lain. Semua tekun membuat kerja. Hanya ada segelintir sahaja yang bersembang sesama sendiri. Itu pun sekejap sahaja.

Fatia berhenti di hadapan kubikel yang kosong. Berada di paling hujung dan agak terlindung dari pandangan pekerja yang lain.

" Ni kubikel awak. Kalau perlukan apa-apa bantuan, awak boleh tanya kami semua. Jangan risau, kami tak makan orang " sempat Fatia berseloroh di hujung ayatnya.

Nurin hanya tersenyum kecil. Dia masih kekok lagi. " Erm- terima kasih Fatia... " .

Fatia senyum lebar. " Tak ada masalah. Saya harap kita boleh jadi kawan! ".

Nurin sudah bersinar mata. Baru hari pertama, dia dah ada kawan. Dengan terujanya, Nurin menyambut huluran tangan Fatia.

" Kita kawan! " lalu tawa mereka berdua pecah .

Alhamdulillah. Nurim sudah mampu bernafas lega. Tidak sia-sia dia menghantar resume ke syarikat besar ini. Akhirnya, dia diterima walaupun sebagai kerani biasa sahaja. Yang pasti, dia ada kerja untuk menyara keluarganya di kampung.



HAPPY EID MUBARAK 🌹
Raya, raya juga...kesihatan pun jaga. Amalkan perjarakkan sosial, ikut arahan yg dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

#kitajagakita
#staysafe

Banyak ke dapat duit raya tu? 🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro