▪︎🌹- 21▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Along!"

Alisa menjerit kecil dan mata bulatnya memandang wajah Zafrael meminta penjelasan. Kevin yang turut berada di dalam bilik itu hanya diam memerhati. Mereka sekarang berada di hospital kerana Nurin terpaksa ditahan ke dalam wad selama dua hari.

"Shh...diam lah budak!" Kepala adiknya ditarik dan dikepit di bawah ketiaknya. Alisa mengerut dahi memandang riak alongnya yang lain macam.

"Siapa kakak tu along? Along buat apa huh? Jangan-jangan..."

Alisa membulatkan matanya. Zafrael segera menarik adiknya keluar dari bilik itu. Dia memberi isyarat untuk Kevin berjaga dari dalam. Dia harus menerangkan kesemuanya pada Alisa. Memang tidak lah dia mahu memanggil mama dia kesini.

"Along tak bodoh lagi lah adik! Kakak tu...erm...pekerja along. Dia pengsan jadi along bawa dia ke sini" tuturnya dengan wajah datar.

Tak akan lah dia nak bagitahu Alisa yang dia menaruh hati pada Nurin. Hilang macho dia nanti. Lagipun, dia ingin memastikan ada perasaan cintanya betul atau tidak. Zafrael tidak mahu meluah perasaannya lagi. Kerana dia tidak mahu menyakitkan perasaan seorang perempuan apabila dia bertemu dengan cinta sejatinya.

"Ohh...habis tu yang along suruh Lisa belikan baju dan benda ni..." plastik yang berisi pad diangkat paras kepalanya. Menunjuk kepada Zafrael. "Untuk kakak tu ke along?"

Zafrael angguk. Tak akan dia pula yang perlu belikan untuk Nurin. Mana dia nak letak wajah dia nanti belikan barang perempuan yang satu itu. Nasib ada Alisa menjadi penyelamat dia.

"Erm...nanti dia dah sedar kau bagilah pada dia. Along dengan Kevin nak balik kejap. Nak mandi. Nanti kalau ada apa-apa kau bagitahu along..."

"Okay along. Hehe..."

Alisa tersengih. Boleh juga dia berkenalan dengan gadis itu sementara along dia tak ada. Jaranglah seorang Zyan Zafrael ambil berat pasal perempuan ni kecuali dia dan mama dia. Itu lain cerita.

Kevin segera keluar apabila mendapat isyarat tangan dari Zafrael. Alisa melambai-lambai tangannya kepada dua lelaki itu. Hilang saja kelibat mereka, Alisa segera masuk ke dalam bilik itu sambil menyanyi kecil.

"Eh kakak dah sedar?"

Nurin mengerut dahi melihat seorang gadis muda berdiri di sebelah katilnya. Wajah dia berkerut hairan melihat gadis muda itu. Alisa menarik sengihannya. Dahinya ditepuk.

"Saya Alisa kakak. Kakak boleh panggil saya Lisa je. Saya adik Zafrael"

Nurin mengangguk. Tidak sangka dia berjumpa dengan adik Zafrael seorang ni. Nur Alisa. Siapa saja tak kenal, tapi gadis itu lebih suka hidup sederhana dan tidak menunjukkan kekayaan dia. Wajah cantik itu membuatkan Nurin tidak puas memandang.

"Erm akak Nurin. Alisa boleh panggil akak Nurin atau Sarah.." Nurin duduk bersandar di atas katil. Dia sedar dah lama tapi sengaja dia mengambil masa untuk merehatkan diri.

Alisa mengangguk. "Oh kakak. Along ada suruh Lisa belikan akak pad dengan pakaian baru untuk akak"

Nurin memandang bungkus di atas kabinet di sebelah katilnya. Zafrael...baik betul lelaki itu membantunya. Nurin jadi serba salah pula kerana telah memarahi Zafrael. Tapi salah lelaki itu juga sebab naikkan kemarahan dia.

"Kakak dah bagitahu keluarga akak ke?"

Nurin angguk. Dia baru saja memaklumkan kepada Sofia melalui WhatApps. Sofia hanya memberikan emoji tangan 'OK' sahaja. Mungkin sepupunya masih dalam tugas. Nurin tidak kecil hati pun.

Alisa dan Nurin kembali diam. Alisa banyak bermain dengan telefonnya. Melihat instagram miliknya. Dia tersenyum sendiri melihat beberapa komen peminatnya di salah satu gambarnya.

Nurin pula menyandarkan badan sambil memikirkan sesuatu. Sudah lama dia tidak menghubungi ibunya dikampung. Apa khabar agaknya orang tua tu dengan adiknya. Sihatkah? Sakitkah? Nurin mula merindui keluarganya di kampung.

"Kakak dah lama ke kenal along?"

Nurin tersentak. Hilang segala lamunan dia. Dia memandang gadis cantik di sebelahnya. "Erm...tak lama pun. Akak pekerja Tuan Zafrael sebenarnya. Kami kenal macam tu je..."

Alisa terangguk-angguk. Maknanya, tidak terlalu rapatlah. Tapi kenapa Zafrael nampak macam gelisah semacam je. Jangan-jangan...- Alisa menutup mulutnya dengan mata terbeliak tidak percaya. Along dah jatuh cinta!

"Alisa..."

Nurin memetik jarinya di hadapan wajah Alisa. Pelik melihat riak wajah gadis itu. Entah apa yang difikirkan oleh budak tu agaknya. Nurin memandang Alisa yang mula mengimbas wajahnya.

"Erm...tak ada apa-apa kak hehe..." Alisa tersenyum simpul. Cuba untuk mengawal riak terujanya. Arghhh...dia kena bagitahu kembarnya. Jarang-jarang along ada perempuan ni!

Mereka berbual kosong. Alisa mengambil peluang untuk mengetahui latar belakang Nurin. Tidak sangka dia, Nurin seorang gadis yang begitu kuat dan cekal demi menghidupi keluarganya di kampung. Alisa pula, dia semakin rapat dengan Nurin.














Hakim meraup wajahnya kasar. Dia memandang sekumpulan lelaki yang berkumpul di bawah pokok sambil berbual. Hakim memandang salah satu ahli di dalam kumpulan itu dengan wajah penuh dendam. Dia baru mendapat berita bahawa dirinya telah dikenakan tindakan disiplin kerana tidak hadir ke kelas dua minggu berturut-turut tanpa alasan yang kukuh.

Dia memandang Zafuan dengan perasaan meluap-luap. Jika tidak memikirkan imej dia yang merupakan anak kepada penyumbang tetap di universiti itu sudah lama dia menghentam wajah Zafuan yang galak bergelak tawa bersama kawan-kawannya.

"Weh Kim, sudahlah tu...kau angin macam ni pun belum tentu selesai masalah!"

Rakan Hakim menegur melihat lelaki itu yang tidak habis-habis mendengus tidak tentu arah. Dia memandang ke hujung padang, di mana Zafuan bergelak tawa bersama rakan-rakan dia. Mereka berehat setelah menjalani latihan bola sepak.

"Aku geram tahu tak! Budak tu dah lama buat aku hangin satu badan! Eh! Kalau bukan disebabkan dia, muka kacak aku tak lebam macam ni tau!" Dia menunding jari pada wajahnya yang masih mempunyai kesan kebiruan yang semakin pudar.

"Habistu, yang kau bising-bising dekat sini. Akan selesaikan masalah ke? Budak tu elok je bahagia dengan member dia..." sampuk seorang lagi kawan rapat Hakim.

Mereka memandang tidak suka dengan kehadiran Zafuan. Lelaki itu sudah mencuri tumpuan ramai pensyarah termasuklah coach mereka. Entah-entah kedudukan Hakim sebagai kapten bola sepak akan jatuh ke tangan Zafuan.

"Aku ada cadangan. Apa kata kalau kita kenakan budak tu?"

Masing-masing mempamerkan riak wajah bingung. Hakim menjungkit keningnya. "Kau nak buat apa?"

"Macam ni..."

Hakim mula terangguk-angguk. Mereka semua tersenyum penuh maknya. Mereka akan jalankan rancangan mereka. Zafuan, kau tunggu jelah nasib kau budak! Hakim tertawa jahat di dalam hati. Dia akan pastikan Zafuan tersungkur di bawah kakinya. Melutut memohon keampunan.

"Weh pehal geng firaun tu gelak-gelak. Pastu pandang kita pulak..." Anas bersuara sambil memuncung ke arah kumpulan Hakim yang duduk di atas bangku di tepi padang.

"Gila agaknya. Macam kau tak kenal dia orang tu macam mana..." celah Rafiq dengan riak malasnya. Dia memang malas mahu cari pasal dengan kumpulan Hakim.

Alih-alih mereka juga yang kena hadap Ketua Jabatan mereka. Tindakan disiplin akan dikenakan dan menyebabkan rekod buruk mereka semakin bertambah.

Zafuan hanya membuat wajah bosannya. Tapi dia suka melihat wajah Hakim yang cacat sebelah kerana terkena tumbukan darinya dua minggu lepas. Zafuan masih tidak puas hati lagi, tapi dia harus pandai mengawal kemarahan. Mujurlah berita itu tidak sampai ke pengetahuan papa dia. Kalau tidak, masalah akan jadi semakin besar.















"Papa nak tu..."

Naufal menunjuk kearah patung singa yang berada berdekatan dengan kaki Zafran. Patung singa kesayangan dia. Maklumlah, dia ingin membela singa tapi Zafran menegah kerana tidak boleh membela haiwan ganas itu.

"Kamu dari mana Zaf?" Zafran menegur anak sulungnya yang baru masuk ke dalam rumah. Jam di dinding dikerling sekilas.

Sambil itu tangan dia memberikan patung singa kepada Naufal. Nur Nasuha pula berada di dapur. Menyediakan juadah ringan-ringan untuk mereka makan pada malam ini. Zafrael yang asyik menatap telefonnya segera menoleh.

"Erm...Zaf dari markas. Ada hal sikit kat sana..." balas Zafrael datar. Memang betul, dia menyelesaikan satu masalah yang ditimbulkan oleh salah seorang anak buahnya.

Zafran mengangguk ringkas. Mata dia bukan tidak nampak percikkan darah yang terkena di kemeja yang dikenakan oleh Zafrael. Sengaja dia bertanya. Zafran kembali mengarahkan matanya ke arah skrin TV. Tidak lama itu, Nur Nasuha datang sambil menatang dulang berisi air teh dan karipap panas yang baru siap digorengnya.

"Naik mandi Zaf. Lepas tu turun makan. Mama ada sediakan makanan dekat atas meja. Bersihkan diri dulu. Buat apa yang patut baru turun bawah..."

"Baik mama..." pipi Nur Nasuha dikucup sekilas oleh Zafrael. Lalu Zafrael bergegas naik ke tingkat atas. Nur Nasuha mengeleng melihat tingkah anak sulungnya.

"Sayang. Dah main tu...sini dekat mama..." panggil Nur Nasuha lembut. Naufal segera berlari mendapatkan mama kesayangan dia.

Dengan manja, dia duduk di atas ribaan Nur Nasuha sambil memeluk patung singa kesayangannya. Zafran segera bersila di bawah menyertai isteri dan anaknya. Beginilah mereka bertiga, nasib ada si kecil Naufal bersama mereka.

"Papa...Opal nak lion..." rayu Naufal. Masih belum lelah lagi mahu Zafran membelikan dia seekor singa.

"Bulan lepas papa dah belikan cobra kan. Nak apa lagi ni sayang?"

Memang betul. Bulan lepas baru saja dia belikan dua ekor ular cobra kepada Naufal. Puas bermain, ular itu ditinggalkan. Hasilnya, Zafrael membawa dua ekor ular itu ke markas mereka dan dibela di sana.

"Alaa, yang tau tak beshh papa...tecik...Opal yang yang beshar...garang macam mama..." kata Naufal satu-satu.

Zafran melepaskan tawanya. Ada pula kaitkan Nur Nasuha dengan singa. Naufal...Naufal...memang cari pasal. Nur Nasuha segera memicit geram pipi anaknya. Ada ke patut sama kan dia dengan singa.

"Mama ni..." Naufal menjeling mamanya kerana telah mencubit pipi tembam dia. Segera dia gosok-gosok bagi menghilangkan rasa sakit.

Bunyi derap langkah yang menuruni tangga membuatkan mereka mendongak. Zafrael kembali turun, kali ini dengan penampilan yang lebih kemas. Hoodie kelabu dan seluar pendek paras lutut menjadi pilihannya. Juga beg dijinjing di tangan kiri.

"Ma...pa...along nak keluar malam ni. Dengan Kevin. Mungkin along akan stay kat mansion along sendiri..."

"Okay..."

Zafran dan Nasuha hanya mengangguk. Naufal yang melihat alongnya terus berlari laju. Tidak padan dengan kecil, habis bergegar pipi tembam Naufal. Zafran dan Nasuha tergelak melihat gelagat lucu anak bongsu mereka.

"Nak itut..."

Naufal menarik-narik hujung hoodie Zafrael. Matanya dibulatkan, dengan wajah dibuat comel. Zafrael terus mencangkung, menyamai ketinggian dengan si adik.

"Bawa jelah Zaf. Boleh papa dengan mama dating malam ni. Macam tak biasa kamu bawa adik kamu tu..." ujar Zafran sedikit melaung dari ruang tamu.

Zafrael terus mengangguk. Nasib papa dia izinkan. Seorang wanita berusia datang ke arah Zafrael dengan membawa paperbag yang berisi bekalan untuk Zafrael.

"Terima kasih"

Wanita tua itu hanya mengangguk dan terus pergi. Dia sudah lama berkhidmat di rumah agam Ryan Zafran dan menjadi pembantu rumah disitu.

"Ma...pa...Zaf pergi dulu..." pamit Zafrael sambil memimpin tangan kecil Naufal yang sudah terlompat-lompat itu. Seronok lah tu dapat ikut along dia keluar.

"Along. Kita main picu-picu ya..." ucap Naufal kuat. Tidak sabar mahu melihat si along menembak orang-orang yang diikat di bawah tanah.

"Not tonigt Opal. Hari ini kita main benda lain..." ucap Zafrael setelah meletakkan Naufal di baby seat nya di seat belakang.

Wajah Naufal terus murung. "Emph...tak beshhh..." dia menarik wajah.

Zafrael mengusap kepala Naufal, dia menghulurkan pistol mainan kepada Naufal dan memasang tali pinggang pada Naufal.

Selesai, dia terus masuk ke dalam kereta. Beg miliknya diletakkan di seat sebelah. Dia menekan button start, lalu enjin kereta Audi TT itu kedengaran. Dia tidak membawa lamborghini miliknya kerana memikirkan keselamatan Naufal yang bersamanya.

Naufal diam di belakang sambil menonton cerita kartun di seat belakang tanpa mempedulikan sekelilingnya. Zafrael pula sengaja mengambil jalan lain untuk tiba di hospital. Ya, dia mahu melawat Nurin dan memastikan Alisa dan Nurin baik-baik sahaja di sana.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro