▪︎🌹- 22▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kakak antik!"

Nurin dan Alisa menoleh ke arah pintu apabila mendengar jeritan yang begitu kuat dari Naufal. Kaki kecilnya berlari mendapatkan Nurin yang bersandar di kepala katil. Mujurlah Nurin mengenakan tudung sarung di kepala.

Alisa terpinga-pinga memandang kemunculan si kecil Naufal. Tak akan lah mama dan papa dia dah tahu pasal Nurin? Alisa menggaru keningnya. Memandang Naufal yang kini berdiri di tepi katil Nurin.

"Opal. Datang dengan siapa?" Soal Alisa lembut. Macam mana lah adik dia boleh terlepas sampai ke sini. Tiada pula Kevin memaklumkan kehadiran Naufal.

"Along!"

"Habis tu mana along?" Alisa mencari-cari kelibat Zafrael namun tidak kelihatan. Hanya Naufal sahaja disitu. Naufal memijak penghadang katil lalu naik ke atas katil.

"Au!" Naufal menjungkit bahu sambil mengeleng kepala.

Zafrael hanya menghantar dia di depan pintu kemudian terus pergi selepas membisikkan sesuatu pada Naufal. Nurin pula memandang Naufal yang asyik memandang dirinya. Bersinar-sinar mata Naufal melihat kakak cantik dia di hadapan dia.

"Kakak antik akit ke?" Naufal menyentuh tangan Nurin. Raut wajah dia berkerut sendu.

Alisa memandang sahaja interaksi antara Nurin dan Naufal. Dia juga tertanya, macam mana budak macam Naufal dengan mudahnya mesra dengan orang luas. Sedangkan selama ini, Naufal cukup dingin dengan orang luar. Tapi malam ini, lain pula sikap Naufal. Mesra bukan main lagi.

"Erm...sakit sikit je sayang" kepala Naufal diusap sayang oleh Nurin. Dia memandang Alisa yang kembali ke sofa sambil membuka iPadnya.

Naufal tersenyum. "Opal indu kakak. Dah lama tak jumpa..." ucap Naufal sepatah-sepatah. Biasa lah budak. Nak cakap laju-laju belum lancar lagi.

"Kakak pun rindu awak juga..." pipi tembam Naufal dicium oleh Nurin. Naufal tertawa suka. Dia memeluk patung singanya.

Ktak! Suara pintu yang dibuka dari luar mengalihkan pandangan mereka. Muncul wajah Zafrael dan Kevin. Dua lelaki itu melangkah masuk ke dalam. Riak wajah Zafrael sangat tegang. Dia terus menuju ke arah Alisa yang masih melekat memandang skrin iPadnya.

Apa yang diperkatakan oleh Kevin sebentar tadi, membuatkan darah jantan dia memuncak naik hingga ke kepala. Kevin sudah menundukkan wajahnya. Dia terpaksa beritahu kepada Zafrael kerana ini mengenali Nur Alisa.

Dengan kasar, Zafrael menarik tangan kiri Alisa yang berbalut dengan kain kasa. Masih ada terdapat kesan warna merah disitu. Wajah Alisa terus berubah melihat raut wajah tegang abangnya. Habis lah dia! Bersusah payah dia menyorok kesan kecederaan pada tangan dia tapi kini semuanya terbongkar.

Alisa mengetap gigi. Mata Alisa mencari-cari wajah Kevin. Lelaki itu hanya memandang Alisa dengan wajah serba salah. Tanpa mengeluarkan suara, Kevin mengucapkan 'Maaf' dengan mengerakkan mulutnya sebagai bahasa isyarat.

Alisa hanya mengangguk. Dia faham, Kevin dan Zafrael sangat rapat hubungan mereka. Kevin tidak akan menyimpan rahsia lama-lama. Dia tahu itu. Alisa memandang wajah tegang Zafrael takut-takut.

"Erm...along...a-adik boleh je-jelaskan..." ujar Alisa gagap. Gemuruh dada dia mahu menjelaskan kepada Zafrael.

"Do it!" Zafrael bersuara dingin. Membuatkan dada Alisa semakin mengecut. Takutnya.

Alisa menceritakan semuanya. Mengenai kecurangan Hakim dan kejahatan bekas sahabatnya, Rossa. Segalanya diluahkan kepada Zafrael dengan tangisan mendayu sayu. Nurin hanya diam mendengar ketegangan yang terjadi kepada dua beradik itu. Naufal pula sudah tertidur di atas ribaan dia.

"Shit! Why you didn't told me about his huh?"

"Lisa tak nak along buat perkara macam dulu lagi..."

Alisa memejam matanya rapat-rapat. Dia takut jika sisi gelap Zafrael keluar kembali. Zafrael dengan sisi dia yang lagi satu amat menakutkan. Bahkan, tiada sesiapa berani menyentuh atau menenangkan Zafrael kecuali mama dia, Nur Nasuha.

Zafrael merangkul erat tubuh Alisa. Dia memejam matanya rapat-rapat. Menenangkan dirinya. Mata dia dikelipkan beberapa kali. Melawan sisi gelapnya yang ingin muncul. Zafrael menenangkan Alisa yang sudah menangis di dada dia.

"Shh...dah jangan nangis lagi. Along taknak tengok adik along yang cantik ni nangis macam ni lagi. Janji dengan along, jangan menangis untuk lelaki tak guna tu..."

Alisa mengangguk. Dia mengelap hingus dan airmatanya menggunakan hoodie Zafrael. Wajah Zafrael saat itu hanya pasrah sahaja. Dia relakan baju dia melekat dengan hingus Alisa. Nasib sayang.

"Terima kasih along..."

Zafrael menganggukkan kepalanya. Alisa kembali duduk di atas sofa dan membaringkan dirinya di atas sofa itu. Dia rasa sangat tenang setelah meluahkan segala-galanya. Zafrael pergi ke arah katil Nurin. Mereka saling melemparkan senyuman.

"Dah tidur?"

Nurin hanya angguk. Dia sebenarnya kagum dengan Zafrael. Lelaki itu sangat bertanggungjawab dan menjaga adik perempuannya dengan sangat baik. Membuatkan hati Nurin menjadi lembut.

Zafrael merendahkan katil Nurin. Memudahkan gadis itu untuk berbaring. Nurin membetulkan kedudukannya. Naufal ditarik dan dibaringkan ke atas lengan dia. Zafrael serba salah melihat Naufal yang sudah terlena di sebelah Nurin.

"Tak apa ke dia tidur dengan kau?"

Nurin mengeleng dan melemparkan senyuman nipis. "Tak apa. Lagi pun kesian kalau dia tidur atas sofa. Sakit belakang dia nanti. Jangan risay, katil dia masih muat untuk Naufal"

Zafrael hanya mengangguk-angguk. Dah kalau, Nurin sendiri tidak kisah dia memang tiada hak nak halang. Dia membetulkan selimut di tubuh Nurin dan Naufal. Melihat kedua-dua mereka mula memejam mata, Zafrael kembali ke sofa yang berada di sudut tengah bilik.

Malam ini, dia rancang untuk menemani Nurin. Kevin memang sejak semalam menjadi bodyguard tidak berbayar kepada Nurin. Zafrael duduk di sofa single dan mengeliatkan tubuhnya. Hud ditarik menutupi wajahnya. Tidak lama itu, mereka semua dibuai mimpi.















Rossa mendengus kasar. Bibirnya digetap geram melihat Hakim yang rancak berbual bersama beberapa perempuan di sekelilingnya. Malah, lelaki itu hanya membiarkan saja perempuan-perempuan itu mencium pipinya. Rossa hanya mampu memendam perasaan marahnya.

"You tak ada hak untuk halang I Rossa! You kena ingat, selama ni...you hidup mewah atas duit I! Jadi, you memang tak boleh halang apa I nak buat sekali pun even you mengadungkan anak I! You masih belum ada hak selagi status kita belum bertukar as husband and wife!"

Kata-kata Hakim terngian-ngiang di kepalanya. Rossa hanya mampu memandang jika Hakim berfoya-foya dengan wanita lain. Rossa tidak mahu Hakim pergi darinya kerana selama ini, Hakim yang membantunya sehingga dia berjaya di pentas peragaan sebagai model terkenal. Hakim yang memberi dia wang, harta dan segala kemewahan.

Rossa mengenggam kemas gelas yang berisi air arak itu. Diteguknya selamba dan menjeling Hakim yang tidak mempedulikannya sejak mereka menjejak kaki masuk ke dalam klub itu. Akhirnya, Rossa memutuskan untuk pergi ke lantai dansa. Kalau Hakim boleh cari lain, kenapa dia tidak? Rossa tersenyum jahat.

Badan dia bergerak mengikut rentak alunan muzik yang dimainkan oleh dj di atas pentas kecil berdekatan dengan lantai dansa. Semakin lama, semakin rancak hingga badan Rossa mula dihimpit oleh umat manusia yang semakin lalai dengan duniawi.


Firman Allah SWT:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah al-Hadid (20)


Begitulah, situasi-situasi mereka yang berada di klub malam. Yang sedang terkinja-kinja menunding jari ke langit. Mengangguk kepala yang sudah disarat dengan khayalan semata-mata. Bahkan, fikiran mereka mulai berimaginasi yang melalaikan. Bersentuhan sana sini umpama mereka membelai seekor kucing.

Rossa yang semakin menggilakan harta. Bagilah emas atau perak, dia akan menerimanya. Sanggup, mengadai maruah demi wang dunia yang hanya sementara. Tidak sedar, bahawa kehidupan dunia yang disangkakan mewah ini hanyalah sementara. Tidak akan dibawa hingga ke liang lahad.

Rossa membiarkan tubuhnya disentuh, diraba dan dirinya didekati oleh lelaki-lelaki berhidung belang. Yang hanya mahukan tubuh perempuan untuk melempiaskan nafsu serakah mereka. Rossa yang semakin mabuk, hanya mengikut saja seorang lelaki yang telah menarik keluar dari lantai dansa itu.

"Erm...nak pergi mana?" Rossa meraba-raba dada lelaki itu. Yang sama-sama mabuk sepertinya.

"Kita ke syurga sayang..." bisik lelaki itu sambil merangkul kemas pinggang Rossa yang sudah terhuyung-hayang.

Rossa sempat mengapai beg tangan miliknya. Kini nama Hakim sudah hilang. Jika Hakim boleh mendapatkan kepuasan, mengapa tidak dengan dia? Jadi adil kepada mereka berdua. Sama-sama seronok tanpa mengenangkan dosa yang sudah terkumpul.

Hakim pula, sudah menempah sebuah bilik di dalam klub itu bersama dua orang wanita yang disewanya untuk melayan dirinya yang sudah mabuk sepenuhnya. Diketepikan Rossa, si kekasih hati. Janji kepuasan dia terjamin.

Di satu tempat, seorang lelaki tersenyum melihat dua manusia yang tadinya menjadi tatapan mata dia. Tidak bergerak dari tempatnya berdiri dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Mereka yang dimaksudkan oleh Tuan Zaf..." kata seorang lelaki berambut panjang paras bahu.

Memandang ketuanya yang berdiri di hadapan cermin yang besar itu. Memandang keseluruhan klub miliknya yang makin ramai pelanggan yang ingin mencari kepuasan.

"Master Ryu..."

Seorang lelaki bersut hitam menundukkan badan dia. Sebagai tanda menghormati si ketua yakuza itu. Ryu memusingkan badannya. Memandang salah seorang anak buahnya yang tiba-tiba datang ke bilik peribadinya.

"Gomen'nasai. Aru okyakusama no vu~ippu rumu de kenka ga kenka ga arimashita. (Maafkan saya Tuan. Terjadi satu pergaduhan di bilik VIP salah satu pelanggan kita)" ucap lelaki itu tanpa mengangkat wajahnya.

Ryu hanya mengangguk tanpa membalas kata-kata lelaki itu. Ryu serta orang kanannya keluar dari ruang peribadi Ryu. Mereka menuju ke tingkat tiga, dimana terletaknya bilik VIP yang sering disewa oleh orang-orang ternama yang datang ke klub milinya. Ryu merempuh kasar orang-orang yang menghalang laluannya. 

''Kenapa ni? Jangan buat hal kat sini...'' tegur Ryu dengan riak wajah tenangnya. Riak wajah dia kosong melihat dua lelaki yang berbeza usia yang bertengkar di hadapannya.

''Kau jangan masuk campur! Ini urusan aku dengan orang tua tak guna ni!'' Tengking Hakim berang. Dia tidak sedar bahawa orang yang ditengkingnya adalah ketua yakuza yang cukup terkenal.

Sedangkan, lelaki tua itu terketar-ketar melihat Ryu. Siapa saja tidak takut dengan kumpulan Yakuza Daichi dan dipimpin oleh Ryu. Silap hari bulan, kepala mereka yang dipancung tanpa belas kasihan kagi. Orang-orang Ryu mula mahu menyerang Hakim yang berani-beraninya meninggikan suara kepada ketua mereka. Ryu segera mengangkat sebelah tangan dia paras bahu, membuatkan orang-orang Ryu kembali menurunkan tangan mereka yang sudah memegang hulu pedang samurai yang sering dibawa kemana-mana sahaja.

''Kita settle baik-baik. Kau bising-bising macam ni menganggu tahu tak? Aku nak senang-senang pun tak boleh'' ujar Ryu dengan bahasa Melayunya yang sangat fasih.

Hakim mencengkam kolar baju Ryu yang baginya sangat-sangat menganggu urusan dia dengan lelaki tua itu. Ryu hanya menarik senyuman sinis. Hakim makin berang melihat senyuman senget lelaki Jepun itu yang seakan-akan mengejek dirinya.

''Kau diam bangang! Jangan sampai, aku laporkan hal ni kepada pemilik klub ni! Kau jangan nak main-main dengan aku!'' ugut Hakim. 

Ryu tertawa sinis. Sekali rentapan saja, kolar bajunya dilepaskan oleh Hakim. Ryu segera mengilas tangan Hakim dan menolak kuat tubuh Hakim ke dinding bilik. Membuatkan ringisan kesakitan keluar dari mulut Hakim. Ryu menghimpit rapat tubuh Hakim dan sebelah tangan dia makin kuat mengilas tangan Hakim. Lemah. Ryu berkata dalam hati.

''Go ahead. Aku nak tahu jugak siapa pemilik klub ni...budak mentah macam kau...senang je aku nak hapuskan. Tapi, hari ini hati aku masih baik lagi. Kalau tidak, tangan kau ni dah lama kena potong dengan aku!''

Buk! Hakim jatuh di atas lantai setelah ditolak oleh Ryu. Hakim berdesis sakit sambil sebelah tangan dia memegang bahu kirinya. Ryu memandang lelaki tua tadi yang masih berdiri statik melihat mereka.

''Apa yang terjadi sebenarnya?"

''Budak ni...dia tiba-tiba pecah masuk bilik aku! Buat onar dengan aku, ada hati nak jual dadah dekat aku!'' tutur lelaki tua itu dengan riak wajah geramnya.

Asyik dia berasmara dengan perempuan yang disewanya, pintu biliknya tiba-tiba dirempuh oleh Hakim yang masih mabuk ketika itu. Hakim masuk dan terus menumbuk lelaki tua itu membuatkan lelaki tua itu berang kerana kegiataan dia dan perempuan sewaan dia diganggu oleh Hakim. Pula tu, Hakim menyuruhnya membeli sepaket dadah yang Hakim bawa masuk ke dalam klub secara diam-diam.

''Oh macam tu. Kau masuk. Budak ni aku uruskan. Kau jangan risau, aku akan panggil dua pelayan baru untuk kau. Servis dia orang percuma...''

Lelaki tua itu mengangguk dengan senyuman lebar. Servis percuma. Perempuan seksi. Tidak sia-sia dia diganggu oleh Hakim. Ryu memandang Hakim yang sudah menunduk dengan wajah tidak tentu arahnya. Ryu yakin, Hakim di bawa pengaruh dadah. Lidah saja mata Hakim yang merah, hidung berair. 

''Bawa dia keluar. Aku taknak ada langau dalam klub aku. Lepas tu aku nak kau cek, siapa lagi yang beli dadah dengan budak ni...'' arah Ryu tegas dan keras.

Dua orang anak buah Ryu menarik tubuh Hakim dengan kasar dan menyeret lelaki itu. Ryu memang tidak membenarkan pelanggan dia membawa dadah ataupun mengedar. Kerana selama lima tahun klub dia ditubuhkan, memang bersih tanpa dadah. Klub dia hanya menyediakan alkohol.

''Perhatikan budak tu...''

''Baik Master...'' balas orang kanan Ryu. Lelaki berambut panjang itu sekelip mata hilang dalam kegelapan. Yakuza memang terkenal dengan kepantasan mereka yang umpama ninja. Membunuh dengan senyap. Ryu kembali naik ke bilik peribadinya. Masalah kecil, tapi memang Ryu sendiri akan turun tangan. Tanpa sesiapa tahu, bahawa Ryu Daichi pemilik klub mewah itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro