▪︎🌹- 23▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zafrael merenung satu persatu wajah yang berada di dalam meeting room itu. Masing-masing berwajah tidak keruan apabila ditenung begitu tajam. Hanya pemegang saham di ZN Group berwajah biasa kerana mereka cukup kenal bagaimana seorang Zafrael jika menghadapi orang-orang yang bermasalah.

"Tuan, semua dah ada dalam ni tuan..."

Kevin bersuara setelah melihat yang lain duduk di tempat masing-masing. Meeting kali ini melibatkan staf-staf berjawatan tinggi dan ketua setiap jabatan di panggil. Meeting yang mendadak dan membuatkan mereka semua tertanya-tanya.

Puan Asyura tenang duduk di kerusi barisan ketiga. Dia pasti, meeting kali ini pasti Tuan Zafrael mahu berbicara mengenai hal yang dia katakan sebelum ini. Mengenai penyewelengan wang syarikat. Puan Asyura tersenyum tenang.

"Ainin, dah bersedia?" Zafrael memandang setiausahanya. Dia mengetaui meeting kali ini. Tidak mahu campur tangan dari papanya.

"Semua dah ready tuan. Tuan nak saya bentangkan sekarang ke?"

Zafrael hanya mengangguk sekilas. Ainin terus berdiri. Menekan alat kawalan jauh lalu skrin LCD dan bilik meeting itu serta merta bertukar gelap. Zafrael memusingkan kerusinya. Menghadap skrin LCD di hadapannya.

Ainin menarik nafas panjang. Ini bukan pertama kali dia membentangkan mengenai proposal projek Mega di Langkawi. Bukan calang-calang projek yang di harus bentangkan. Jika tersalah cakap, habis dirinya dihentam oleh pegawai atasan.

"Baiklah itu saja. Ada apa-apa bantahan atau cadangan?" Ainin memandang mereka yang lain.

Tangan dia sejuk dan sedikit menggigil. Blazer hitam yang dipakainya tidak sedikit pun membantu dirinya menghangatkan tubuhnya. Kevin pula tersenyum nipis melihat kegugupan Ainin yang berdiri berhampirannya. Bagi dia, penjelasan dari Ainin sangat baik. Tiada cacat cela.

"Ada!"

Ainin mengerut dahi melihat seorang lelaki berkepala botak mengangkat tangan. Pandangan sinis dilontarkan kepada lelaki itu mengoyahkan sedikit rasa keyakinan dia. Lelaki botak itu berdiri. Dia merupakan anak kepada seorang Tan Sri. Bekerja di bawah ZN Group.

"Aku tak setuju pasal projek mega ni! Projek yang sia-sia dan membuang masa! Untuk apa kita semua melabur wang untuk membina pusat tahfiz di sana! Tak masuk akal!" Katanya tegas. Mempamerkan senyuman mengejek.

Yang lain pula terdiam. Puan Asyura mengucap panjang mendengar kata-kata lelaki itu. Dadanya diurut perlahan.

"Kenapa pula?" Puan Asyura menentang berani. Dia cukup lelaki itu, sangat suka membantah dan menunding setiap kesalahan ke atas bahunya.

"Puan Asyura tak sedar ke? Jika kita bina pusat tahfiz di sana...tak ke satu pembaziran. Budak-budak disana menikmati kemewahan di sana tanpa perlu bayaran. Itu tak menguntungkam. Sedangkan kita perlu menanggung setiap pembelajaan keluar masuk setiap kos yang keluar semasa projek ini akan dijalankan nanti! Puan Asyura, I rasa you tak sesuai untuk jadi ketua projek kali ini!"

"Kenapa? I rasa projek ini akan memberi impak yang besar pada ZN Group. Ini pertama kali company kita involve dalam projek amal! You jangan nak membantah Azhar! Dulu bukan you beria-ria mahukan projek ini?" Bidas Puan Asyura laju.

Zafrael hanya diam memerhati. Memandang perbahasan antara Puan Asyura dan Azhar. Seorang arkiter profesional yang bekerja di bawah Puan Asyura. Para ketua jabatan, pegawai atasan dan pemegang saham saling berbisik. Tapi, mereka tidak membuka suara mahu menyampuk.

Encik Azil menjuling mata ke atas. Muak dia melihat perbalahan antara Puan Asyura dan Azhar.

"Dulu mungkin. You fikir baik-baik lah Asyura! Company ni company besar. Tak akan nak nak uruskan projek tak masuk akal macam tu! Bodoh namanya!" Tengking Azhar. Situasi semakin tegang di dalam bilik meeting itu.

Puan Asyura mengurut dadanya. Dia terduduk dan tersandar lemah di atas kerusi. Azhar tersenyum sinis. Akhirnya, dia berjaya menjatuhkan Puan Asyura di hadapan CEO ZN Group.

"Kau taknak masuk campur ke Zaf?" Encik Azil berbisik perlahan. Risau dia melihat wajah Puan Asyura.

Zafrael akhirnya berdiri. Membuatkan suasana bertukar sunyi. Azhar kembali duduk. Menyilang kaki dengan wajah bongkaknya. Dia yakin, Zafrael akan memihak padanya. Tengoklah, ayahnya siapa?

"Kevin..."

Kevin segera berdiri. Dia mengambil alih tempat Ainin yang masih kaku berdiri melihat perbalahan antara Puan Asyura dan Azhar. Kevin segera memasukkan pendrive miliknya ke dalam laptop yang tersedia di meja sebelah LCD itu.

Tidak lama itu, satu paparan keluar. Membuatkan suasana di dalam bilik meeting itu bertukar kecoh. Zafrael tenang berdiri dan mengambil mikrofon di atas meja. Dibawa rapat ke mulutnya.

"Seperti yang anda semua lihat. Ini merupakan laporan dua tahun lepas yang saya terima. Laporan kewangan dan kos keluar masuk projek kita di Langkawi. Hampir mencecah jutaan ringgit dan lari dari jumlah yang sebenar..."

Zafrael memandang wajah mereka yang lain. Renungan cukup tajam dan mampu mengunci mulut mereka. Kevin kemudian menekan slide yang seterusnya. Yang mampu membuatkan suasana sunyi tadi bertukar kecoh.

"A...apa semua ni?" Puan Asyura terkejut. Wajah dia nampak pucat.

"Kita patut tanya orang itu sendiri. Tak gitu Azhar?"

Azhar tergamam di tempatnya. Sangat jelas. Lelaki yang berada di dalam gambar itu adalah dirinya. Menerima wang dari seseorang untuk menjatuhkan ZN Group dan merampas projek mega itu.

"Ka...kau salah orang. Tak...tak mungkin itu aku! Entah-entah itu orang suruhan Asyura! Menyamar jadi aku sebab nak jatuhkan aku!"

"Masih lagi nak berdalih Azhar? Aku tahu itu kau. Aku ada upah seorang penyiasat untuk siasat kau dari kes penyelewangan duit syarikat tiga bulan lalu! Aku tahu, kau guna duit tu sebab nak bantu syarikat bapak kau yang dah muflis kan!"

Zafrael berkata cukup lantang. Membuatkan suasana menjadi tegang. Puan Asyura diam tak terkata. Tidak sangka, Azhar orang yang mencuri wang syarikat. Orang yang dia percayai selama ini. Walaupun mereka sering bertengkar.

"Bukan sikit kau curi Azhar. Banyak. Tapi aku diamkan diri sebab nak tengok sejauh mana permainan kau dan bapak kau. Tapi hari ini kau dah buat aku muak! Muak dalam lakonan kau! Aku tak suka simpan pekerja macam kau!"

Makin kecoh suasana di dalam bilik meeting itu melihat beberapa orang pegawai dari SPRM menyerbu masuk ke dalam bilik itu. Azhar semakin ketakutan. Dia kalah. Dia lupa siapa Zafrael. Yang pada bila-bila masa boleh jatuhkan dia.

"Encik Azhar Tan Sri Halil anda di tahan berkenaan kes pecah amanah. Sila beri kerjasama!"

Azhar bungkam. Merelakan dirinya dibawa oleh dua orang pegawai SPRM. Azhar tidak langsung memandang wajah mereka yang lain. Dia cukup malu. Pasti di luar sana bersusun wartawan.

Zafrael memeluk tubuh. Memandang kosong ke arah Azhar yang dibawa pergi. Puan Asyura terduduk lemah. Ainin segera membantu wanita itu. Memberikan Puan Asyura minuman.

"Kenapa kau tak bunuh je?" Kevin menyoal tidak puas hati.

Zafrael mengeleng kepala. "Saja. Aku nak tengok dia merana. Oh jangan lupa, senarai hitam nama dia dan pastikan dia dan bapak dia tak diterima oleh mana-mana syarikay pun."

Kevin mengangguk. Fuh, kena senarai hitam itu lagi seksa. Patutlah, Zafrael nampak tenang. Jika Zafran, pasti lelaki itu sudah tidak melihat dunia lagi.


























"Nak tengok tuceng! Along, nak tengok tuceng! Huawaaa nak tuceng...nak tuceng..."

Zafrael menggaru kepalanya. Ha, sudah macam mana ni? Tidak sangka Naufal boleh mengamuk di lobi utama dan semestinya mereka menjadi pusat perhatian. Naufal berguling-guling di atas lantai lobi itu. Menangis semahu-mahunya.

"Nak tuceng...nak tuceng...nak tuceng oyen...Opal windu toceng oyen..." jerit Naufal bersama esak tangisan dia.

Jai yang berada tidak jauh dari Tuan Muda dia menggaru lehernya. Puas dia memujuk Naufal, tapi Naufal tetap mahu mengamuk selagi tak dituruti kemahuannya.

"Kev, sekarang pukul berapa?" Zafrael memandang Kevin di sisinya. Sesekali mata dia memandang Naufal yang masih berguling-guling di atas lantai dan berhampiran kakinya.

"Pukul tiga petang. Kenapa tuan?"

Zafrael mengeleng kepalanya. Dia mendekati Naufal, lalu dia menarik kolar baju adiknya dan mengangkat Naufal gaya begitu membuatkan Kevin dan Jai ternganga. Naufal memberontak kuat. Hampir tercekik lehernya.

"Diam! Kalau tak, along tak bawa Opal jumpa kucing oyen Opal tu!" Ugut Zafrael. Lelah dia seharian ini dan menghadap situasi tantrum si adik pula.

Senyuman Naufal melebar. Tangisan dia terus berhenti. Naufal meletakkan tubuh kecil Naufal dan memasang kemas tali pinggang keledar. Naufal menjerit suka.

"Yeaayyy...tengok tuceng oyen!" Jeritnya teruja.

Naufal mengeleng kepala. Suka betul kalau dapat tengok kucing oren dia. Entah apa yang bestnya. Zafrael memandang Kevin dan Kai.

"Kau berdua baliklah. Naufal balik dengan aku. Kai, kau bagitahu papa dan mama yang Naufal ada dengan aku!" Ujarnya tegas.

Kai mengangguk. "Baik tuan. Hati-hati"

Zafrael angguk sekilas. Dia masuk ke tempat duduk memandu. Memandang Naufal di sebelahnya. Sakit kepala melayan budak kecil seorang ni. Macam-macam ragam.

Kereta mewah Zafrael meninggalkan perkarangan lobi utama. Staf-staf yang melihat kejadian tadi bersikap biasa. Bukan sekali dua Naufal tantrum di lobi itu. Sudah banyak kali. Tapi kali ini berbeza. Zafrael yang menghadapinya bukan Zafran.

























Naufal ceria sambil memegang kemas mainan robot di tangan dia. Zafrael pula merelakan dirinya ditarik oleh Naufal ke sana ke mari. Mujurlah mereka sempat dan masih ramai orang. Suasana masih lagi sesak dengan orang ramai dan kanak-kanak berlari sana sini dengan cerianya. Zafrael masih berpakaian formal. Kot dan tali leher sudah dibuka dan disimpan di dalam kereta.

Lengan kemeja di gulung hingga pangkal lengan. Dua butang teratas dibuka. Panas terik matahari petang membuatkan keringat meluncur keluar di dahinya. Naufal melompat-lompat riang di sisinya. Macam bapak dan anaknya sudah gayanya.

Zafrael pasrah.

"Tuceng!" Naufal menjerit kuat. Hingga menarik perhatian pengunjung lain. Zafrael hanya menayangkan wajah tidak berperasaan dia.

Laju kaki Naufal berlari. Menarik sekali tangan Zafrael. Menjerit-jerit Naufal apabila melihat kucing oren kini berada di hadapannya. Naufal berdiri. Melepaskan pegangan Zafrael.

"Tuceng! Opal atang tuceng! Opal windu tuceng!" Jerit Naufal sekali lagi. Hingga mendapat gelak tawa dari pengujung berhampiran mereka.

Zafrael menepuk dahinya. Alamak! Naufal...Naufal...

Seorang lelaki menghampiri Naufal. Dia sempat melemparkan senyuman kepada Zafrael. Kemudian, dia mencangkun di hadapan Naufal.

"Nama adik siapa?" Soalnya ramah.

Naufal memandang lelaki itu. "Opal. Nama ite Opal!" Dadanya ditepuk beberapa kali.

Lelaki itu melepaskan tawanya. Alahai, comel. Dengan wajah putih kemerahan. Comel sangat-sangat.

"Opal selalu ke datang sini?"

"Tak syelalu. Opal atang bila Opal nak atang arr!" Balas Naufal dengan wajah bosannya.

Lelaki itu masih tertawa kecil. Zafrael pula memeluk tubuh. Melihat Naufal yang sangat teruja bertemu kucing orennya itu.  Rela dia berjemur di tengah panas dari melayan angin tantrum Naufal.

"Apa nama yang kat dalam tu?"

"Tuceng! Tu tuceng!" Jawab Naufal penuh yakin.

Lelaki itu mengeleng kepalanya.

"Salah lah. Teka lagi..."

Naufal kerut dahi. Robot di tangan dia digenggam kemas. Sudahlah panas, lelaki itu ajak main teka teki. Zafrael diam memerhati.

"Betul lah! Tu tuceng! Tuceng oyen! Ni, tuceng macam baju Opal lah!" Jawab Naufal dengan wajah cemberutnya. Menunjukkan gambar pada baju di tubuhnya.

Ketawa lelaki itu makin terhambur. Naufal mencebik bibirnya. Malas melayan, dia kembali memandang ke hadapan dia. Seekor kucing yang asyik berjalan keliling tanpa menghiraukan sesiapa.

"Salah dik. Tu bukan kucing. Tu harimau..."

Naufal menghentak kakinya. Tak terima apabila tekaan dia salah. Dia memandang Zafrael.

"Tuceng lah! Opal ate tuceng tu tuceng jelah! Bukan mau-mau lah!"

Jawapan Naufal itu mendapat gelak tawa dari pengunjung berhampiran. Naufal berlari mendapatkan Zafrael. Memeluk kaki Zafrael dengan riak wajah menahan tangis. Lelaki itu pula serba salah melihat riak Naufal.

"Shh...Opal cakap nak tengok kucing kan? Along dah bawa ni Opal nak nangis pulak..." pujuk Zafrael lembut.

Mengendong tubuh kecil Naufal. Tersebek-sebek Naufal di dukungan Zafrael. Lelaki itu menghampiri Zafrael.

"Maafkan saya bang..." ujar lelaki itu memohan kemaafan. Dia merupakan pekerja di zoo itu.

"Tak apa..."

Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia beredar. Naufal pula menyembam wajahnya di bahu Zafrael. Naufal terisak-isak di bahunya. Tadi bukan main gembira, sekarang dah bertukar sedih pula.

"Weh kau tengok mamat tu. Wuuihh muda-muda dah ada anak!"

"Wehhh suami idaman sangat-sangat! Anak dia pun comel!"

Kini, Zafrael menjadi pusat perhatian para gadis dan wanita-wanita bergelar isteri. Mereka menatap kagum ke arah Zafrael yang asyik memujuk Naufal. Zafrael terus meletakkan Naufal ke bawah apabila adiknya semakin tenang. Berdesing pula telinga dia mendengar suara-suara yang mengatakan dia dan Naufal macam anak dan bapak.

"Maaf. Tapi budak ni adik saya!" Zafrael bersuara menegakkan keadilan. Tua sangat ke dia?

"Aduh bang! Tak ngaku anak pulak! Muka abang dan anak abang pun sama! Abang malu eh?" Usik seorang gadis.

"Jangan nak malu-malu dik. Ramai je kahwin muda sekarang ni!" Sampuk seorang wanita.

Zafrael menggaru kening. Ha, sudah. Naufal pula tersenyum comel sambil menarik-narik seluar Zafrael.

"Betul kak, dia ni bukan an-..."

"Jom papa. Opal aparlah..." seakan tahu, Naufal menjayakan lakonan dia. Wajahnya berpura-pura sedih.

Para wanita dan gadis disitu menjerit. "Kan! Eh abang ni tak ngaku pulak!"

Zafrael pasrah. Segera dia membawa Naufal keluar dari kelompok itu. Naufal pun satu. Pergi panggil dia papa tu dah kenapa? Hilang keyakinan dia lepas ini mahu bawa Naufal jalan-jalan.

"Kenapa lah mama dan papa bagi aku adik macam Naufal ni? Menguji iman aku betul!" Rungut Zafrael perlahan.

Naufal sempat melambai tangan pada kucing- harimau di dalam kandang itu. Harimau itu mengaum kuat seakan tahu Naufal berlalu pergi. Naufal tersenyum lebar.

"Bye tuceng. Kita umpa agi..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro