▪︎🌹- 24▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nurin tersenyum lebar melihat hasil hiasan dia setelah bertungkus lumus selama enam bulan ini. Dengan hasil duit gaji yan dia kumpul, dia mampu membeli sebuah apartmen berhampiran dengan ZN Group. Sarah juga ada membantu dan sepupunya itu begitu berat mahu melepaskannya pergi kerana tiada peneman selepas ini.

Mujurlah, abang Aidil baik hati dan membayar muka pendahuluan dan bulanan tiga bulan akan datang. Apartmen ini pun dia suruh Abang Aidil cari kan kerana kebanyakkan dia dia cari sangat jauh dan agak mahal bayarannya. Selepas ini, Nurin tidak perlu lagi menyusahkan Sarah walaupun dia tahu Sarah tidak mempersoalkan bantuan dia selama ini.

Tapi Nurin cukup berasa segan mahu meminta bantuan dari keluarga paksunya. Banyak sangat paksu dia dan sekeluarga membantu dia selama ini. Nurin ingin hidup berdikari dan merasai pengalaman bekerja di negeri orang. Asyik mengelamun, dia hampir lupa yang isi wang di dalam dompetnya semakin nipis.

Bahana, terlalu banyak berbelanja membeli hiasan dalaman untuk ruang tamu. Hasilnya, memang memuaskan tapi esok dia nak makan apa? Hanya tinggal beberapa ringgit sahaja itu pun cukup-cukup makan. Hutang dengan pihak bank lagi. Memang Nurin harus bekerja keras lagi lepas ini.

Dia bergegas mencapai tudung sarung, kardigan, kunci rumah, kunci kereta dan dompet. Dia menyarung ala kadar kerana jam sudah pukul 11 malam. Dia mahu singgah ke kedai makan pula selepas pulang dari bank. Juga memberi wang kepada ibunya di kampung.

Sampai saja di tempat pakir, dia tersenyum melihat sebuah kereta Myvi tersadai cantik di petak pakir. Hadiah dari Tunku Atiya; isteri kepada Abang Aidil. Masih baru lagi. Mulanya, Nurin menolak namun dipaksa keras oleh Tunku Atiya untuk menerimanya. Nurin sangat bersyukur kerana dia dikelilingi orang baik-baik.

"Bismillah..." enjin kereta dihidupkan. Nurin sesekali memandang sekeliling kawasan pakir itu.

Masih ramai orang yang lalu lalang di bawah dan ada juga yang masih berbual di bawah pondok berdekatan walaupun sudah larut malam. Nurin segera mengundurkan kereta dan keluar dari kawasan pakir. Sempat Nurin berbalas senyuman pada pengawal yang menjaga di pondok hadapan. Sistem keselamatan yang begitu tinggi membuatkan Nurin memilih tinggal di apartmen tersebut.

Nurin memandu ditemani alunan suci ayat-ayat al-Quran yang di pasang pada corong radio. Beralun lembut dan sesekali bibir Nurin mengikuti alunan suci Al Quran. Dia bukanlah hafizah, tapi dia ada menghafal beberapa surah untuk dijadikan ayat hafazan dia.

Nurin mengeliling kawasan lorong berhampiran Maybank mencari tempat pakir. Namun, tiada pakir kosong berdekatan. Semuanya penuh dan membuatkan Nurin terpaksa mencari pakir kosong yang agak jauh. Nurin memakir di belakang bangunan kosong dan lorong itu agak sunyi.

Rasa takut mula menguasainya. Tapi, Nurin cepat-cepat keluar dari keretanya dan berjalan laju setelah mengunci kereta. Kardigan di tarik kemas dan dompetnya digenggam kemas. Rasa takut cuba ditepis. Nurin akhirnya bernafas lega apabila dia tiba di tempat ramai orang dan tiada yang mencurigai. Mungkin mainan perasaan dia saja kerana terlalu takut.



























Kevin memanjangkan kakinya lalu menyebabkan orang di hadapannya jatuh tersungkur di atas jalan. Lelaki itu terkejut melihat Kevin berdiri di hadapannya. Segera dia bangun dan berundur ke belakang namun di halang oleh seorang lelaki lain. Berbadan tegap dan berwajah serius. Lelaki itu jatuh terduduk. Dia terkempung.

Jai bersandar santai di keretanya. Tidak lama itu, lima buah kereta mewah mendekati kawasan lorong itu. Mengempung hingga tiada peluang untuk lelaki itu melarikan diri. Jai tersenyum sinis. Kevin pula menarik sarung tangan hitamnya. Rambutnya kelihatan bersinar disinari cahaya malap lampu jalan.

"Kau nak lari mana Acai? Kau dah janji mau bayar hutang aku! Tapi ini, lu nampak wa macam wa ni hantu!" Kevin mencangkung di hadapan lelaki itu. Ukiran tatu kelihatan pada lengan kirinya. Yang selama ini dia sorokkan.

Acai ketakutan. Tidak sangka dia tertangkap apabila asyik berseronok di tempat judi dan perempuan di keliling pinggang dia. Tidak sangka, Kevin dan Jai datang pada waktu tidak tepat dan membuatkan suasana di pusat perjudian itu menjadi kecoh angkara tembakan dilepaskan oleh Acai sendiri.

"Ma...maaf wa belum ada duit mau bayar hutang lu! Wa...wa janji wa akan bayar nanti! To...tolong lepaskan aku! Wa janji sama lu, wa bayar bila wa dah ada duit!" kata Acai tersekat-sekat.

Takut dia melihat sekumpulan lelaki yang berdiri mengelilingi dirinya. Kevin menarik kasar kolar baju Acai. Dibawa Acai ke arah dimana Zafrael sedang bersandar di bumper kereta sambil menghisap rokok. Riak Zafrael nampak tegang sekali. Acai terketar-ketar melihat Zafrael.

"Lu banyak bunyi Acai! Sekarang, lu jawab sama wa punya bos!" Kevin menekan kuat kaki Acai hingga lelaki itu jatuh melutut di atas jalan.

Acai menunduk ketakutan. Dia kenal lelaki di hadapannya.

"Acai...Acai...kau tahu tak kau dah banyak sangat buat masalah dengan aku. Banyak sangat-sangat. Kau nak aku sebutkan satu persatu ke?" Kening Zafrael terjungkit tinggi.

Putung rokok yang sudah pendek dihempas kasar ke atas tar. Dilenyek menggunakan kasut mahalnya. Zafrael menarik kasar rahang Acai. Membuatkan lelaki itu bertentang mata dengannya. Bibir Zafrael tersenyum sinis.

"Kau dah khianat kumpulan aku! Kau dah bocorkan maklumat kumpulan aku dekat musuh aku! Duit aku kau ambil! Hmm...apalagi ya? Perlu ke aku senaraikan kesalahan kau tu?" Zafrael menekan setiap patah katanya.

Acai bermandi peluh. Menggigil badan dia. Nasib dia sungguh malang hari ini. Memang betul dia mencuri duit Zafrael. Dia terdesak sangat pada waktu itu. Tiada cara lain, dia meminjam pada Kevin pula. Dia sudah gian berjudi dan membeli dadah. Hidup dia hanya bergantung pada dua benda itu.

"Ma...maafkan aku Tuan!" Acai tertunduk lemah. Tiada guna dia berdalih lagi. Dia sudah tertangkap. Tiada celah untuk dia melarikan diri.

Kawasan itu tiada orang yang lalu lalang. Tiada CCTV. Zafrael tersenyum sinis. Mudah betul lelaki itu meminta maaf. Mujurlah dia tersedar awal. Sistem keselamatan kumpulan dia masih stabil lagi. Tidak sia-sia dia menyuruh Jai menggodam sistem musuh mereka.

"Tch! Mudah betul kau minta maaf kan!"

Buk! Kaki Zafrael menendang kuat kepala Acai. Membuatkan tubuh lelaki itu jatuh ke atas jalan. Acai mengerut kesakitan. Kepala mula berasa pening. Berdegus juga kepala dia ditendang oleh Zafrael.

"Kau dengar baik-baik bangsat! Aku paling tak suka ada orang membelot dalam kumpulan aku! Kau tahu kan! Mana sumpah setia yang kau angkat tu huh!"

Acai terduduk lemah. Zafrael menghemtam tubuh Acai umpama lelaki itu punching bag saja. Ditumbuk. Ditendang. Dengan sekuat hati. Kevin dan Jai memandang Acai dengan wajah biasa mereka. Tiada sesiapa boleh meredakan kemarahan Zafrael.

"Uhuk! Sa...sakit...to...tolong lepaskan a...aku..." rayu Acai. Dia terbatuk kuat hingga mengeluarkan darah. Tubuh dia remuk dibelasah oleh Zafrael.

Perit. Sakit. Itulah yang Acai rasakan. Zafrael mendengus kasar. Barreta 92 ditarik keluar dari sisi pinggang dia. Pistol kesayangan yang dia bawa kemana-mana sahaja. Acai yang melihat pistol itu membuntang matanya.

"Aku tak suka simpan sampai macam kau ni lama-lama."

Bang! Bang!

Tembakan dilepaskan oleh Zafrael tepat di dada kiri Acai. Tubuh Acai kaku tidak bergerak. Mata dia terbelalak luas. Tapi suara jeritan seseorang menyentakkan mereka semua. Masing-masing mula mengeluarkan senjata.

"Siapa tu?"

























Nurin menghela nafas lega. Dia baru sahaja selesai menghantar sejumlah wang kepada keluarganya yang jauh di kampung. Dia hanya mempunyai ibu dan adik yang masih bersekolah. Membuatkan Nurin bertekad ingin mengubah nasib mereka sekeluarga.

Dia keluar dari Maybank. Resit ditangan digenggam kemas, dia berharap duit gajinya cukup menampung hidup ibu dan adik di kampung. Kalau boleh, Nurin tidak mahu ibunya mengambil upah menjahit pakaian lagi.

Kasihan. Puan Ramlah sudah tua. Sejak kebelakangan ini, ibunya mudah jatuh sakit kerana faktor usia yang makin lanjut. Adik lelaki dia pula masih bersekolah. Memerlukan wang untuk menampung mereka dua beranak di kampung.

Hanya pada Nurin mereka bergantung. Puan Ramlah bersyukur kerana mempunyai anak sebaik Nurin. Malah Nurin sanggup berkorban berhenti belajar di universiti kerana mereka. Nurin tidak dapat mencapai cita-cita dia apabila dia hanya sempat menyambung pengajian selama 2 tahun.

Nurin melangkah perlahan menuju ke Myvi miliknya. Keadaan lorong yang sunyi, lenggang itu membuatkan dia berasa takut. Tetapi dikuatkan hati. Bibir terkumat-kamit membaca surah pelindung.

Setiba dia di sisi kereta , satu keluhan lemah terkeluar. Dia mengetap gigi apabila satu tayar depan dia pancit. Nurin menjatuhkan bahu. Automatik tangan naik menggaru kepala.

"Kenapa lah masa macam ni kau nak buat hal wahai kesayangan aku..." dia mencangkung di tepi longkang di sebalik bangunan.

Bibir bawah digigit. Nak telefon pomen, sudah tentu pomen tidur jam sebegini. Bayangkan, Nurin sanggup keluar jam 2 pagi kerana ingin mengirimkan wang kepada ibunya.

"Sekarang kau jawab. Siapa nak tolong aku ni..." dia memandang tayar keretanya.

Nurin rasa ingin menjerit saja. Malang betul nasib dia di pagi ini. Tiada orang pula lalu lalang ingin meminta bantuan. Bengkel berdekatan pula jauh. Nurin jadi putus asa.

Cahaya lampu kereta dari arah bertentangan membuatkan Nurin mengukir senyuman lebar. Dia kembali berdiri dengan penuh semangat. Berdiri di tengah jalan, melambai tangan sambil membuat lompatan kecil.

Tetapi tidak lama itu, tubuh dia menjadi kaku. Tidak bergerak. Mata Nurin terbeliak luas. Apakah? Dia mengosok matanya beberapa kali. Tolonglah...tolonglah cakap yang dia sedang bermimpi.

BANG! Tetapi bunyi tembakan yang dilepaskan cukup menyakinkan Nurin bahawa ini bukan mimpi. Ini realiti! Nurin menjerit lantang dek kerana rasa terkejut dan takut .

"Siapa tu?" seorang lelaki berpakaian serba hitam menoleh ke belakang. Kaki kanan masih di atas kepala lelaki yang ditembak tadi.

Menekan kuat ke atas tar. Kawasan lorong itu sudah penuh dengan sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam. Dia mengecil mata melihat figura tidak jauh dari mereka. Hanya berjarak 100 meter.

"Ada perempuan bos. Nak aku settle kan minah tu ke?" sahut seorang lelaki yang memegang riffle.

"Tak payah. Kau bawa bangkai ni masuk dalam kereta. Minah tu biar aku selesaikan" arahnya serius.

Sempat kaki dia menendang kuat kepala lelaki itu membuatkan lelaki itu terus tidak sedarkan diri. Lelaki yang memegang riffle itu menjungkit bahu. Dia mengangkat lelaki tadi bak guni di atas bahunya.

Lelaki berpakaian serba hitam itu mula melangkah mendekati seorang gadis. Mujurlah ada satu kain hitam menutup separuh wajah dia. Tetapi iris hitam itu cukup tajam mengecam wajah si gadis.

"Nurin?" perlahan bibirnya menyungging senyuman sinis.

Baretta 92 diangkat tinggi, seakan mengacu pada gadis itu. Nurin yang melihat lelaki itu makin mendekat mula rasa takut yang amat.

"Ya Allah...dia nak bunuh aku ke?" mata dipejam rapat. Nurin tidak sedar yang dia sudah tersandar di badan keretanya.

Kini lelaki itu berdiri di hadapan Nurin. Muncung pistol itu diacukan di dahi gadis itu. Rasa berpuas hati kerana dapat mengenakan gadis itu. Menggigil habis satu badan.

"Ja-jangan bu-bunuh saya..." rayu Nurin dengan kedua tangan dirapatkan ke dada.

Dia tidak mahu lagi nyawa dia ditarik pada malam ini. Masih banyak benda lagi yang belum dicapai olehnya. Nurin berdoa di dalam hati. Moga-moga hati si pembunuh itu berlembut.

"Ka-kalau encik nak duit...saya ada..." tutur dia takut-takut.

"Aku tak nak duit kau..." balas suara garau itu. Kedengaran serius.

'Andai aku pergi malam ini, sampaikan pada ibu dan adik yang aku sayangkan mereka'.

"Aku nak kau...boleh?" suara lelaki itu kedengaran meleret. Hembusan nafas hangat itu jelas terasa di pipi Nurin.

Nurin laju-laju mengeleng. "Ka-kalau encik nak bunuh... bunuh je saya...saya rela asalkan maruah saya terbela" balas Nurin dalam nada bergetar.

Perlahan, lelaki itu menjatuhkan tangan dia ke sisi. Iris hitam pekat itu memandang lama wajah cantik gadis di hadapan dia. Walaupun berpakaian santai, gadis itu masih menyerlah di malam hari.

"Ikut aku"

Tangan Nurin ditarik kasar. Dia berjalan menuju ke kenderaan miliknya tidak jauh dari tempat Nurin. Tarikan penuh paksaan itu membuatkan Nurin bertindak menyepak betis lelaki itu.

"Jangan! Saya taknak!" lawan Nurin berani.

Lelaki itu berdecit apabila terasa sakit pada bahagian betis kanan dia. Gila tak sakit! Kena sepak kot. Sudahlah Nurin pakai selipar yang keras tu. Mahu lebam betis dia nanti.

"Jangan melawan! Ikut je aku kalau kau nak selamat..." ugut lelaki itu.

Nurin terus terdiam. Lelaki itu menolak kasar tubuh Nurin masuk ke tempat duduk penumpang. Lelaki itu memandang anak buahnya tadi.

"Kau balik dulu. Aku nak hantar perempuan ni dulu..." ujarnya pada si sahabat yang berada di atas superbike nya.

"Jai, kau bawa kereta minah tu ke bengkel biasa. Nanti aku bayarkan" arah dia pada Jai, orang kanan dia.

Jai mengangguk. Dia menyambut huluran kunci yang dicampak oleh bosnya dengan baik. Macam mana dia dapat kunci tu? Dia sempat merampas dari tangan Nurin semasa gadis itu meronta tadi.

"Orait bos" Jai tersengih. Dua jari dirapatkan ke dahi, dia membuat gaya salute.

Lelaki itu mengeleng kepala. Jai... Jai....

Dia masuk ke dalam kereta BMW nya. Lelaki itu memandang Nurin sekilas. Nurin kelihatan masih takut-takut dengannya.

"En-encik tak bunuh saya kan?" Nurin pandang lelaki di sebelah dia.

Lelaki itu berdecit perlahan.

"Aku belum gila lagi nak bunuh kau perempuan. Lagi pun..." dia mendekatkan diri ke arah Nurin.

Membuatkan Nurin automatik rapat ke pintu. Badan dikecilkan apabila wajah lelaki misteri itu sangat rapat dengan wajahnya. Nurin menelan air liur payah. Apa dia nak buat ni?

"Aku belum puas mainkan kau lagi..." bisik lelaki itu perlahan.

KLIK! Nurin memandang bawah. Rupa-rupanya lelaki itu memasang tali pinggang untuknya. Nurin menarik nafas lega. Lelaki itu tersenyum sinis. Pedal minyal ditekan, kereta itu mula bergerak meninggalkan lorong itu.

Masing-masing mengunci mulut. Nurin pula tidak sedikit pun memandang lelaki misteri itu. Orang yang telah melepaskan tembakan tadi, berada di sebelah dia. Lelaki yang sangat berbahaya.

"Te...terima kasih..." ucap Nurin sebaik sahaja lelaki itu berhenti di hadapan apartmen dia. Nurin menutup pintu kereta lelaki itu perlahan.

Lelaki itu hanya mengangguk dan terus meninggalkan Nurin di hadapan pondok pengawal. Nurin mengucap syukur di dalam hati. Nurin berharap ini kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki misteri itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro