▪︎🌹- 30▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Semua tak kena! Itu tak kena! Ini tak kena! Buat sendiri lah senang!" Amuk Nurin di luar bilik Zafrael. Entah apa yang merasuki bosnya hingga dia sekali terkena tempias harini.

Sikit saja kesilapan pada laporan kewangan dan Nurin tidak perasan akan kesalahan itu. Padahal sebelum dihantar kepada bosnya, laporan itu telah disemak oleh Encik Azil. Tetapi, entah macam mana dia terkena amarah Zafrael pada hari ini.

Kevin yang kebetulan ingin mengetuk bilik ketuanya terus terhenti. Memerhati tingkah laku Nurin yang asyik bercakap sendiri dan menendang-nendang angin. Seakan gadis itu ingin melepaskan amarahnya.

"Ehem!" Kevin berdehem keras.

Membuatkan Nurin tersentak. Dia menarik senyuman kekok dan membuatkan Nurin salah tingkah. Lelaki tu perasan ke? Kalau tidak, habis lah Nurin. Kevin memerhati Nurin yang laju saja bergerak pergi bersama satu fail di tangannya.

Kevin terus menolak pintu bilik Zyan dari luar. Sebaik saja dia menapak masuk, dia berkerut kening melihat Zyan yang tertawa seorang diri dan mata lelaki itu terpaku pada layar skrin komputernya.

"Kenapa kau gelak? Dah gila!" Ucap Kevin selamba. Dia duduk di hadapan sahabatnya.

Zyan menjeling Kevin sekilas. Hancur sudah mood dia yang ceria tadi dan digantikan dengan wajah dinginnya. Kevin yang melihat rakaman CCTV di skrin komputer lelaki itu terangguk-angguk sendiri.

"Kau yang buat Nurin marah macam tu sekali? Patut pun..." Kevin terangguk-angguk. Menongkat dagu di atas meja kerja Zyan.

"Muka kau beku. Suka marah-marah. Tapi belakang, seronok kau ketawa dia ya. Kalau aku bagitahu ni...auch!" Kevin mengerut keningnya menahan sakit.

Tulang ketingnya disepak oleh Zyan dari bawah meja. Membuatkan lelaki itu mengosok laju kaki kanannya. Sakitnya boleh tahan. Tulang keting pula tu yang kena.

"Kau jangan nak memandai bagitahu dia! Kalau tak, aku tahu lah nasib kau nanti!" Penuh amaran, Zyan berkata kepada Kevin.

Kevin menarik senyuman kecilnya melihat reaksi Zyan. Zyan mahupun Zafrael sama-sama menaruh perasaan pada gadis yang sama. Tapi itu lah, hingga kini Nurin masih belum menyedari sisi kedua Zafrael. Cukup pandai lelaki itu melakonkan wataknya sebagai seorang Zafrael. Cumanya, dia lebih kejam.

"Kau berani ke bunuh aku? Kau tak sayang aku ke?" Penuh sayu, Kevin mengedipkan matanya seakan menahan airmatanya ingin jatuh ke pipi.

"Siapa je sayang kau"

Kevin meletakkan tangannya di dada. Sangat sakit. Perlahan-lahan hujung jarinya naik ke matanya. Mengelap airmata yang ingin menitis. Zyan menatap jijik ke arah Kevin yang berdrama airmata di hadapannya.

"Kau sangat kejam! Kejam sangat-sangat! Hatiku tersakiti. Oh...tuhan apa salah daku disakiti begini..." Kevin menundukkan wajahnya. Air mukanya semakin berubah sendu.

Bruk! Kevin terjatuh dalam keadaan menungging. Wajahnya tersembam kasar di atas lantai. Zyan menyepak kasar kerusi yang diduduki oleh Kevin. Geli dia mendengar ayat yang keluar dari mulut Kevin. Sangat dramatik.

"Jijik kau tahu tak!" Ujar Zyan kasar. Geli geleman dia mengingati riak dan suara Kevin. Mimpi ngeri dia jika Kevin bertindak lebih lagi.

"Tak guna! Rosak lah muka kacak aku! Dah tak ada perempuan nak usha muka aku lagi!" Cebiknya dan melihat wajahnya di cermin yang terdapat di dinding bilik kerja Zyan.

"Muka idaman para gadis. Muka yang menjadi igauan para gadis. Nasib baik elok lagi. Kalau tak, aku mintak ganti rugi dari kau Zyan si gila! Dasar orang gila! Muka hensem macam aku ni nak tonyohnya di atas lantai!"

Kevin berpaling. Dia tercengang melihat tiada kelibat Zyan di situ melainkan dirinya. Kevin mengetap gigi kuat. Tak guna! Dia tinggalkan. Buat penat saja dia membebel dan memuji diri di hadapan Zyan.

"Kau tunggu lah orang gila! Aku seret muka kau pulak nanti. Ahahahaha...uhuk!"

Kevin mengurut dadanya. Perit rasa tekaknya apabila tersedar air liur sendiri ketika tengah ketawa.

"Mesti Zyan mengumpat aku. Pasti sangat!"





















Dia memutar matanya malas mengekori langkah panjang kaki lelaki di hadapannya. Memasuki sebuah syarikat permodelan yang baru pertama kali dia jejak. Nurin mendengus kesal kerana dia terpaksa mengheret beg pakaian milik bosnya. Sedangkan lelaki itu, hanya melenggang sambil bermain dengan telefonnya.

"Tak guna punya bos! Suka sangat kerah tenaga perempuan aku! Eii, elok muka dia aku tumbuk biar patah semua gigi" ucap Nurin dalam nada cukup perlahan.

Terkial-kial dia menarik bagasi bersaiz kecil milik Zafrael. Dia tidak tahu apa dibawa oleh lelaki itu. Berat semacam je. Macam bawa batu pun ada. Mahu patah tulang tangan dia menarik beg itu. Zafrael pun satu, dalam ramai-ramai staf dia juga yang dicari. Sedangkan lelaki itu ada pembantunya sendiri.

"Mr Zafrael"

Kening Nurin berkerut melihat semua kru di dalam bilik itu menunduk hormat kepada Zafrael. Lelaki itu tidak sedikit pun melemparkan senyumannya. Juga ada tiga orang model wanita yang masing-masing mempunyai ketinggian yang membuatkan Nurin berasa iri. Postur badan yang cantik dan sangat sesuai apabila mereka berdiri di sebelah Zafrael.

Sedangkan Nurin, hanya paras bahu lelaki itu saja. Sangat kerdil dia di sisi Zafrael.

"Sarah come here!" Suara tegas Zafrael kedengaran. Dengan langkah tergesa-gesa Nurin mendekati ketuanya.

"Bawa barang aku ke dalam bilik sana. Wait me there! You girl, don't go anywhere untill I finish my job!" Ucap Zafrael dingin. Sangat dingin.

Dengan penuh terpaksa, Nurin mengangguk kepalanya. Membawa bagasi kecil milik Zafrael ke sebuah bilik tidak jauh dari tempat penggambaran itu. Bilik yang begitu luas dan dilengkapi semua. Penghawa dingin. Sofa yang empuk dan selesa. Mini pantri. Nurin begitu teruja. Tidak lah dia bosan sambil menunggu bosnya siap dengan kerjanya.

Dari dalam bilik, Nurin dapat melihat dengan jelas kegiatan di luar melalui cermin bilik itu. Padahal dia sangat yakin, cermin bilik itu dari luar warna gelap dan tidak kelihatan isi di dalamnya. Nurin mengambil peluang melihat kru-kru di situ melakukan kerja mereka.

Dia juga dapat melihat seorang jurusolek lelaki menghias wajah Zafrael yang memejam matanya. Membuatkan lelaki itu tidak dapat seperti biasanya. Nampak kelainan disitu. Pakaian lelaki itu juga ditukar kepada pakaian lebih santai namun masih terserlah kekacakkannya.

Nurin mencebik bibir melihat tiga orang model wanita mendekati Zafrael yang berdiri segak di hadapan kamera. Setahu Nurin, Zafrael diminta oleh pihak agensi pakaian ternama untuk Zafrael dijadikan model lelaki utama. Nurin melihat saja gaya dan riak wajah dilakukan oleh mereka semua.

Hampir dua jam menunggu, Nurin menghabiskan waktunya dengan bermain game di telefonnya. Bunyi pintu ditutup sedikit pun tidak menganggu fokus Nurin. Bunyi suara tembakan, suara pekikan dari Nurin memenuhi bilik rehat itu.

Zyan mengusap perlahan rambutnya yang mulai serabai. Bekerja selama 2 jam tanpa henti membuatkan tubuhnya berasa lelah. Zyan mendekati Nurin yang santai di atas sofa sambil memegang telefonnya.

"Alamak! Sikit je lagi nak chicken! Bodohnya tak nampak enemy kat belakang!" Nurin mengetap gigi kuat. Dia hanya dapat kill sebanyak lima sahaja.

Nurin memang dari dulu lagi minat bermain game sebegitu. Ditambah lagi, dia sering bermain dengan adiknya di kampung ketika waktu lapang mereka sebelum di marahi oleh Puan Ramlah kerana tidak sedar waktu solat.

Tersentak Nurin apabila telefon miliknya dirampas kasar oleh seseorang. Angkat saja wajah, sengihan di bibir ditarik dengan wajah terkedunya. Kepala yang tidak gatal digaru melihat riak wajah serius bosnya.

"Ah...err...Tuan Zaf...hehe" ucap Nurin gugup.

Zyan melihat skrin telefon gadis itu dengan dahi berkerut. Pubg? Dia seakan tidak percaya tapi dia cuba percayakan. Lihat saja tingkah Nurin yang seakan kasar dan suka mencari pasal dengannya.

"Sediakan bekal aku" ucap Zyan dingin. Dia duduk di sebelah gadis itu. Telefon milik gadis itu kembali diletakkan di atas meja kaca.

Nurin bergegas memunggah paper bag dan meletakkan bekalan milik Zafrael yang sempat mereka beli di sebuah restoran sebelum ke tempat pergambaran itu. Nurin menyusun dengan teratur lauk pauk, nasi dan kudapan untuk mereka makan.

"Lepas ni kita balik"

"Ah...err...okay Tuan!" Sahut Nurin laju. Tak sabar mahu balik dan merehatkan badan.

Rasa lenguh satu badannya mengikuti si bos kemana-mana lelaki itu pergi satu hari ini. Sudah macam PA lelaki itu saja lagaknya. Zyan diam, menjamah makanan di hadapannya tanpa membuka suara.























Alisa mengangkat wajah melihat seseorang berdiri di hadapannya. Kening dia berkerut melihat wajah Hakim yang kini berdiri menjulang di hadapannya. Sekaligus, menghalang permandangan Alisa yang asyik memandang tasik di hadapannya. Alisa menjungkit kening ke arah lelaki itu.

"Can I sit here?"

Alisa tidak menjawab, sebaliknya dia mengengsot tubuhnya ke tepi. Membenarkan Hakim duduk di sebelahnya. Alisa malas mahu melayan lelaki itu. Dia membuka telefonnya. Melihat notifikasi yang masuk bertalu-talu tanpa henti.

"How are you?"

"I'm fine" balas Alisa ringkas. Nadanya kedengaran tidak mesra seperti dulu.

Hakim tersenyum nipis. Mengerling Alisa di sebelahnya. Jujur, dia masih terkejut memikirkan latar belakang Alisa yang sebenarnya. Tidak sangka, Alisa merupakan pewaris tokoh perniagaan terkenal. Ryan Zafran. Seseorang yang begitu dihormati, digeruni dan berkuasa. Tapi, Alisa cukup bijak menyembunyikan identiti dia.

"I miss you..." ucap Hakim tiba-tiba. Menyentakkan Alisa yang asyik berbalas chat dengan kawan-kawannya di luar negara.

"Did you say something?" Alisa menatap wajah Hakim. Hati Alisa masih lagi berdegup kencang berada di sebelah lelaki itu. Dia belum move on dari Hakim. Tapi, Alisa akan cuba perlahan-lahan untuk melepaskan Hakim jauh dari hidupnya.

Hakim tersenyum nipis. Lelaki itu mengambil langkah berani. Mengenggam erat tangan kanan Alisa. Dibawa ke atas ribaannya. Dielus lembut tangan yang dulu selalu berada di dalam genggamannya. Alisa cuba menarik tangannya, namun pegangan Hakim terlampau erat.

"Aku rindukan kau Alisa. Please, we get back. Hakim tak boleh hidup tanpa Lisa di sisi Halim. You're my everthing...please honey."

Alisa membuang wajahnya ke arah lain. Dengan sekali tarikkan kasar, Alisa menarik tangannya dari genggaman Hakim. Alisa berdiri dengan riak wajah marahnya. Diikuti oleh Hakim.

"We ain't going back like before. Please Hakim...lepaskan aku. Antara kau dan aku dah tak ada apa-apa lagi. Past is past. Aku tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan kau, Hakim! You have Rossa! Takecare of her. She's pregnant your child!" Tekan Alisa tegas. Dia tidak boleh fikir dengan Hakim yang senang-senang menangih kembali cintanya.

Hakim mengetap giginya. Tidak terima penolakan Alisa terhadap dirinya. Hakim mencengkam kuat kedua lengan Alisa. Membuatkan Alisa berdesis sakit kerana cengkaman tangan lelaki itu yang terlalu kuat.

"Aku boleh putus dengan dia kalau kau nak Lisa! Aku boleh suruh dia gugurkan budak tak guna tu! Tolong Alisa...kita kembali macam dulu! We start our new life! Kita buka buku baru! Hakim sayang Alisa sangat-sangat!" Pujuk Hakim dalam nada lirih.

Alisa mengeleng kepalanya. "You're too much Hakim! That's your child and you can say like that! You are too much! Please, bertanggungjawab apa yang Hakim dah buat pada Rossa! You'll be a father soon, Hakim!

Hakim semakin bengang. Makin kuat dia mencengkam lengan Alisa. Membuatkan Alisa berdesis sakit dan merontan meminta diri dilepaskan. Kawasan yang diduduki mereka jauh dari pandangan orang ramai. Hanya ada mereka berdua sahaja. Alisa ketakutan melihat Hakim begitu.

"Tak! Hakim tak akan lepaskan Lisa pergi! Kau hak aku Alisa! Hak aku! No one can take you from me! Hakim sayangkan Alisa! I can do anything to have you. Cara kasar atau halus, Hakim akan buat Alisa!" Ucap Hakim dengan senyuman sinisnya.

Alisa makin ketakutan. Dia sudah lah bersendirian. Airmata Alisa bergenang di tubir matanya.

Buk! Tubuh Hakim terpelanting di belakang. Jatuh di atas rumput dalam keadaan terlentang. Seorang lelaki berambut panjang mencengkam kuat kolar baju Hakim.

"Don't you ever touch her!" Ucapnya dalam nada dingin. Menumbuk wajah Hakim tepat di rahang kanan lelaki itu.

Hakim meneguk ludah melihat lelaki itu. Hakim tidak terdaya mahu melawan lelaki bertubuh besar itu. Lelaki itu segera bangkit dari tubuh Hakim. Mendekati Alisa yang sudah menangis ketakutan. Riak wajahnya terus bertukar lembut.

"Come with me miss Alisa. Master send me to pick you up."

Kotaro. Lelaki itu yang menyelamatkan Alisa dari kejahatan Hakim. Kotaro menarik Alisa pergi dari tasik itu. Mujurlah, Alisa sentiasa mengaktifkan location di telefonnya. Membolehkan Kotaro menjejak gadis itu tanpa perlu menghubungi anak buah mereka yang lain.

Mujurlah dia tiba cepat dari jangkaan. Sikit saja Alisa luka, maka Kotaro akan menerima nasib yang lebih buruk. Kotaro sudah memaklumkan kepada Ryu melalui pesanan ringkasnya. Ryu masih berada di Jepun. Menguruskan permasalahan di sana sehingga selesai.

Kotaro tinggal di Malaysia untuk memantau casino milik Tuannya sepanjang Ryu berada di Jepun. Sekaligus, menjaga gadis kesayangan tuannya. Alisa sangat bersyukur dengan kehadiran Kotaro yang menyelamatkan dirinya.

Hakim yang terdampar di atas rumput itu mengetap giti kuat. Sikit saja lagi, dia mah berjaya. Tetapi, kedatangan mamat Jepun itu sangat menganggu niantnya. Hakim tiada cara lain, dia harus mendapatkan Alisa. Ya, Nur Alisa. Gadis itu akan menjadi miliknya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro